Throwback Thursday: Guitar Techniques Of... Revisited


Seperti yang aku pernah katakan dalam entri ini sepuluh tahun lepas (sila abaikan gaya penulisan, ejaan dan ayat ketika itu):
"secara amnya, dvd ni mmg sesuai utk mereka2 yg ingin mengasah dan menajamkan teknik bermain gitar ala2 metallica (teknik abg ku hamit) dan bknnya utk beginner mcm aku, i think i should stick with ija medicine vcd 1st. tp xpe sebagai koleksi aku akan simpan dvd ni dan suatu hari nnti bila aku dah bleh kira thp berpengalaman aku akan pasang balik dvd ni dan blajar teknik ala2 abg ku hamit"
Terlupa pula VCD Ija Medicine.
Minggu ini aku keluarkan semula semua DVD Guitar Techniques Of... (Lick Library) yang aku ada - Metallica, Nirvana, Iron Maiden, Megadeth (eh, tak ada entri?) dan kombo Metal Riff. Walaupun masih mencabar, tetapi ternyata kali ini lebih yakin dan terasa mudah untuk mengikutinya berbanding 10 tahun lepas.

Terima kasih sekali lagi kepada mentor-mentor maya dalam DVD ini - James Humphries, Danny Gill dan Andy James.

_____
AADI: Cuba fokus satu dulu...

Wordless Wednesday: ...With Your Boots On (Part 3)




_____
AADI: Sejak 2006, masih berjasa.

Ada Apa Dengan NS Kurma Milk?


Mungkin lebihan batch bulan puasa kerana ketika dibeli, ia dijual separuh harga untuk menghabiskan stok kerana menghampiri tarikh luput.


Rasanya? Oklah jelas terasa rasa susu dan kurmanya jika dibandingkan dengan susu kurma Marigold HL, mungkin boleh aku samakan dengan rasa susu kurma Origina.

_____
AADI: Dah habis musim?

Wordless Wednesday: Selamat... Thank You! Six Years Ago



Berapa kali kitar semula gambar ni...
_____
AADI: 2013 anak satu, sekarang dah tiga...

Ada Apa Dengan Nescafe Rose Latte?


Terjumpa perisa edisi terhad Nescafe rose latte ini di Kedai Mesra Petronas.


Hampir tiada beza dengan perisa cold brew latte atau latte biasa (label crème), cuma ditambah dengan perisa dan aroma bunga ros... Ala-ala kopi bandung gitu~

_____
AADI: Kopi perisa cendol bila nak buat?

Ada Apa Dengan Goodday Green Tea Milk?


Ini antara entri yang sepatutnya disiarkan waktu bulan puasa, tertangguh dalam draft. Antara sajian untuk sungkei (iftar) dan/atau sahur ialah susu. Amat jarang beli susu berperisa selain strawberi dan coklat. Teringin untuk mencuba susu berperisa teh hijau berjenama Goodday.


Seperti Justea matcha latte, gabungan teh hijau dan susu bukanlah gabungan yang ideal (pendapat peribadi). Agak susah diterima tekak aku walaupun aku penggemar teh hijau dan susu. Dinikmati secara sejuk (berais) supaya senang diterima tekak yang dahaga.

_____
AADI: Pertama dan terakhir.

Wordless Wednesday: 1999 15" LCD Monitor




_____
AADI: Sumber majalah PC World Malaysia Mac 1999.


NYXL Goldie


Abang long Goldie yang sekian lama kurang mendapat kasih sayang dibelanja dengan set tali gitar baru D'Addario NYXL1046. Walaupun hampir tiga tahun dalam simpanan, tali-talinya masih baru bersinar dan tiada tompok karat dikesan, antara sebab utama aku menyukai D'Addario.


Planet Waves auto-trim tuning machine PWAT-331L sebelum ini dibuka dan dipasangkan kembali tuning machine Grover asal. Kenapa? Dengan menggunakan Grover pun talaan masih stabil, PWAT-331L tadi mungkin akan dipasang pada gitar yang lebih memerlukan.

Buka pickguard.
Dan untuk menunjukkan rasa kasih sayang (show some love gitu~), ia bakal diguna sebagai gitar utama untuk sessi jamming (dan gig?) akan datang. Antara sebab utama ia dipasangkan dengan saiz 10-46 berbanding 11-49 sebelum ini yang agak tinggi rintangannya untuk kulit jari-jariku yang baru saja sembuh daripada mengelupas.

_____
AADI: Salam Aidiladha 1440H.

Peti Lembut V


Dah lama aku intai softcase SKB SC58 Flying V ni di Zoso Music (Bintulu), rasanya sejak bulan April lagi, selepas mendapat info daripada seorang rakan yang rajin ke sana.


Agak berdebu, mungkin stok lama yang terperap (NOS) dan harga yang ditawarkan pun agak berbaloi. Untuk kepastian, aku membawa King V aku (Sarge) ke premis Zoso untuk dicuba muat dengan softcase ini.


Aku perlukan sebuah softcase yang ergonomik untuk mengusung Sarge ke studio jamming dan lokasi gig. Hardcase amat leceh dari segi logistik (berat dan tiada strap bahu), gigbag yang ada sekarang (generic GC-EX atau Gator GBE-EXTREME-1) cukup syarat dan hanya memberi perlindungan yang minimum.


Daripada gambar stok website SKB, ruangan dalaman softcase ini nampak lebih khusus untuk Dean V-series berbanding Flying V (Gibson/Epiphone) berdasarkan ruang yang cukup besar untuk headstock bercabang ikonik Dean.


Bentuk King V agak kecil berbanding Flying V, jadi agak longgar pada bahagian dalamannya. Masalah ini boleh diatasi dengan menyendat tuala kecil atau span tambahan. Lagi bagus longgar daripada tak muat langsung kan?


Dan ruang headstock yang besar tadi juga sebenarnya muat untuk kecondongan headstock ikonik Jackson sama ada standard atau reversed.


Memiliki dua ruang penyimpanan sampingan, satu di bahagian atas yang aku rasa sesuai untuk menyimpan kabel atau strap. Dan bahagian bawah yang memiliki poket kecil-kecilan untuk buku nota, pen, pick, tuner, tools kecil-kecilan dan tali gitar ekstra.


Dengan strap bahu yang selesa dan berpad, mobilitinya terasa seperti menggalas gigbag. Manakala material EPS yang tegap tetapi ringan memastikan gitar di dalamnya terasa terjamin tanpa ragu. Untuk masuk ruangan kargo pesawat pula, itu aku tidak jamin.


Bahagian bawah juga mempunyai alas tambahan sekiranya peti ini diletakkan secara menegak (horizantal).

Dengan adanya softcase ini, menggalas Sarge sambil mencilok-cilok sekitar gig tempatan menjadi lebih mudah. Dan jenama SKB itu sendiri terbukti berkualiti sama par dengan jenama Gator.

_____
AADI: Agak-agak boleh muat bentuk Rhoads tak?

Ada Apa Dengan F&N Seasons? (Part 3)


F&N Seasons semakin inovatif dengan minuman teh berperisa mereka. Kali ini aku terjumpa perisa tembikai laici.


Rasa tembikai tak berapa menyerlah, tetapi aroma laici lebih harum dan hampir-hampir menenggelamkan rasa tembikai tadi. Sama macam kes teh hijau Oishi Oyoshi perisa laici.

_____
AADI: Ada perisa buah naga?

Wordless Wednesday: MUP @ Borneo UGTV




_____
AADI: Baru perasan intro Kabus bass/gitar not in-sync.

Let-Go: Korina


Setelah tiga kali gagal untuk bertukar milik dek pembeli-pembeli yang tidak berpendirian dan mengayam-keluar (chickening-out), akhirnya gitar Epiphone 1958 Explorer Korina (Korina) ini bertukar milik jua kepada seorang rakan sepermetalan dari Sibu yang juga gitaris sebuah band bawah tanah yang agak terkenal di Sarawak.


Ia merupakan gitar yang paling jarang digunakan sejak diperolehi hampir empat tahun lepas. Hanya pernah dibawa 2-3 kali sessi jamming dalaman dan sekali luaran semasa rehearsal Sarawak Rock'n Mob 2018, selebihnya terperap dalam almari. Dan mungkin disebabkan ia jarang diguna, tiada sebarang ikatan emosi dan memori untuk gitar ini, melepaskannya begitu lancar sekali.

Harapanku gitar ini akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan pemilik baru berbanding terperap di rumah jika masih bersama aku.

_____
AADI: Ok, axology makin kurang...

EXL So-Cal


Kali terakhir So-Cal aku ditukar tali hampir setahun lepas dengan set SIT Rock Light (9.5-44). Biasanya gitar-gitar aku yang jarang diguna hanya perlu ditukar tali setiap enam bulan atau setahun sekali, berbanding gitar yang selalu diguna pada kekerapan pertukaran 3-4 bulan sekali.


Dan untuk menyamakan tema, kekenyalan dan talaan, ia juga dipasangkan dengan saiz 9.5-44 tapi daripada jenama D'Addario EXL120+ yang masih segar walaupun terperap lebih tiga tahun dalam stok.

Kelebihan saiz 9.5-44 ini, jika biasa dengan talaan Eb-standard, tiba-tiba terpaksa naik ke E-standard, perubahan kekenyalan tali tidak berapa ketara berbanding menggunakan saiz 10-46.

_____
AADI: Lagi setahun baru tukar tali.

Sekitar Isolated Gig Vol. 2


Ahad (28/07/2019) - Aku tiba di The Gold Mines sekitar 11.15 pagi dan acara sudahpun bermula dengan persembahan band Easternsky, memang on-time penganjuran kali ini.


Selain acara utama gig, di sebelah luar dan perkarangan ada acara sampingan iaitu jualan rokok elektronik (vape), e-Sports PS4 FIFA 2019 dan pameran figura aksi (lebih kepada Gunpla) yang memeriahkan suasana.




Oleh kerana penganjur hanya menyediakan dua buah amp gitar (amp Kardon studio Soundwave), aku mengambil keputusan untuk membawa amp sendiri Laney LX65R. Walaupun ada alternatif lain untuk gitaris ketiga (namely DI-ing), tetapi aku tetap membawa amp ini untuk membuktikan ia memang gig-worthy.


Ada beberapa cabaran bagi aku untuk gig kali. Pertama, sejak petang Jumaat tekak aku dah mula gatal-gatal, antara simptom untuk batuk selesema, aku berharap dapat mengekalkan vokal sehingga habis gig. Kedua, Ijau Jr. demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lepas, aku bertekad untuk balik seawal mungkin dan menetapkan sekitar 3.00 petang untuk beredar.

Easternsky.
Modern Chapters.
Persembahan MUP bermula pukul 12.45 tengah hari seperti yang dijadualkan. Aku mengambil peluang masa rehat buffer 15 minit untuk memasang dan soundcheck rig aku yang terdiri daripada Sarge, Airbridge, RP360 dan LX65R tadi.


Sudah sekian lama tidak beraksi bersama-sama Azrul (KIKOSP) semenjak tour bersama-sama Larrong. Kini MUP kembali full force 3-amigos dengan tambahan Nuing (RG331M).

Bila persembahan dipacu oleh pure adrenaline rush sebegini, biasanya amat mudah untuk aku mendapat sakit ulu hati (sebenarnya otot diafragma) yang aku gelarkan sebagai *post-gig syndrome (PGS).


Selepas habis persembahan baru terasa sakit, menguap tak henti-henti, berpeluh-peluh rasa nak pitam menahan sakit. Kali terakhir aku sakit begini ketika BOTB BIKF 2015, tapi ketika itu ada sedia berbekal Gaviscon, kali ini tiada...


Agak teruk sakit PGS aku kali ini, antara sebab aku terpaksa balik awal selain klausa perenggan keempat di atas. Sakitnya berterusan sampai ke malam dan terpaksa mengambil paracetamol untuk melegakan kesakitan.

PKR Brunei.
COG.

Tak berapa sempat layan persembahan band sepermetalan lain; Tangkal Hitam, PKR Brunei (Pmuzik Kana Reject), COG dan Erectus - yang menyaksikan Azrul sebagai frontman bidan terjun (ketiadaan vokalis) kali ini menggalas M-103FM yang ditala D-standard berbanding KIKOSP yang ditala Eb-standard untuk persembahan MUP.


Post-mortem peribadi
  1. Berpuas hati dengan prestasi LX65R yang sememangnya gig-worthy. Untuk gig akan datang aku hanya perlu bawa mixer kecil untuk dua gitaris berkongsi satu amp yang sama. Seperti yang pernah dipraktikkan semasa Opening Season Gig 2012 dan Oktoberfest 2012.
  2. Persembahan Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP) pertama dengan 3-amigos, dipanjangkan (extended) dan ada tiga solo.
  3. Berhati-hati supaya tidak "terpengaruh" dengan adrenaline rush yang pastinya akan menyebabkan sakit PGS.
  4. Rehat untuk cover lagu-lagu Iron Maiden era Dickinson (atau lagu-lagu bernot tinggi), mungkin akan cuba era Dianno atau Bayley pula.

Post-mortem gig
  1. Menepati masa.
  2. Ada acara sampingan (e-Sports, figura aksi, vape) memeriahkan suasana.
  3. Ada backdrop nama/logo untuk setiap band.
  4. Multi-genre bernaung di bawah satu gig - perkara yang unik untuk pengajuran gig di Bintulu.
  5. Begitu juga dengan peminat-peminatnya walaupun nampak berpuak-puak dari segi pakaian dan penampilan, tetapi pergaulan dan interaksi tetap muhibbah seperti entiti Sarawak itu sendiri.
  6. Mungkin penganjur perlu sediakan tiga amp gitar, dua amp utama dan satu sebagai backup (shit do happens) dan untuk kemudahan band yang ada tiga gitaris.
*IDK Post-Gig Syndrome - Sindrom yang mana otot diafragma (diaphragm) aku penat kerana bekerja keras meneran suara not tinggi secara mendadak dan berterusan. Waktu jamming tidak terjadi kerana ada masa untuk warm-up vokal. Kes yang sama seperti anda terus bersukan tanpa warm-up, pasti akan ada sakit-sakit otot badan.

Pemerhatian tambahan - Adakah gajet yang dinamakan strap lock sesuatu yang agak rare?

_____
AADI: Selamat berbulan Ogos.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger