2020 Purge?


Dapat idea motivasi sentap daripada Shane intheblues melalui videonya yang bertajuk The Great Guitar Purge of 2020!


Sejak penghujung tahun 2018 agak mula risau dengan axology aku yang semakin berkembang, sembilan gitar ketika itu (Goldie, Mirage, So-Cal, Tommy, Korina, Neon, Celeb, Nightfall, Francesco). Surut sekejap pertengahan 2019 (keluar lima - Francesco, Tommy, Korina, Mirage, Neon) tetapi kembali mengembang penghujung 2019 (masuk tiga - Sarge, Sven, Mr. Smith). Belum lagi tambah Deluxe baru-baru ini.

Gambar pertengahan 2018.
Aku bukannya pengumpul gitar, jadi tiada gunanya aku mengumpul dan menyimpan lebih daripada yang digunakan. Serius, ikut pengalaman aku gitar baru hanya hype ketika ia mula-mula diperolehi, tak lama kemudian pasti akan kembali semula menggunakan gitar yang sudah serasi dengan diri sendiri - dalam kes aku Goldie dan So-Cal.

Mrs. Ijau pun selalu sindir "balik-balik, gitar tu jugak yang dipakai~". Mungkin ada hikmahnya "kuota empat gitar" yang dicadangkan oleh Mrs. Ijau ketika mula-mula berumahtangga dulu.


Tahun ini sudahpun mula melepaskan gitar yang jarang digunakan atau yang belum memiliki nilai-nilai nostalgik, bermula dengan Sarge beberapa hari lepas. Selepas ini ada sebuah lagi gitar bakal berpindah milik juga kepada rakan seperhobian.

Harapnya tidak ter-GLTL gitar lagi dengan dana-dana yang diperolehi...

_____
AADI: Atau mungkin aku perlu set semula kuota baru.

Let-Go: Sarge


Gitar pertama dilepaskan tahun ini, Sarge (Jackson JS32 King V) aka "self-proclaim IDK Sig *Mark VI" yang hampir-hampir setahun berada dalam axology aku. Pernah dibawa jamming beberapa kali dan dua kali Isolated Gig (Vol. 1, Vol. 2) tapi belum memiliki nilai nostalgik, jadi aku tidak keberatan untuk melepaskannya kepada *rakan yang lebih memerlukannya.


Baru minggu lepas ia dipasangkan dengan DiMarzio Evolution/D-Activator, tetapi atas permintaan pembeli ia dipasangkan semula dengan pikap asal Jackson (Belcat) supaya harga jualan semula dapat diturunkan.


Dan mengambil kira pendawaian yang telah dimodifikasi supaya tak perlu bermain pateri jika bertukar pikap, proses penukaran hanya mengambil masa 15-20 minit. Mungkin aku akan buat pendawaian sebegini pada gitar-gitar lain aku selepas ini.


*Ia dibeli oleh rakan yang sama yang membeli Neon aku tahun lepas. Sebagai seorang pemain muzik semi-pro, rakan ini tadi perlukan sebuah lagi gitar sebagai backup. Harapnya gitar ini menyerlah di atas pentas bersama-sama Neon tadi.

Selain itu, dapat juga mengurangkan kuantiti gitar yang aku ada dan menutup semula lubang yang dibuka oleh Deluxe.

*Mark I, Mark II, Mark IV, Mark V.

_____
AADI: Hanya Mark III yang masih bertahan.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Ginger?


Dah agak biasa dengan Pepsi Bold bila membeli apa-apa kombo KFC, tapi agak jarang dibeli seadanya.


Terjumpa Pepsi Bold perisa halia (label jalur emas) di premis runcit 24-jam. Walaupun harga runcit yang disyorkan RM1.00 tertera pada tin, tetapi ia dijual agak mahal sedikit mengambil faktor premis runcit 24-jam itu tadi.

Rasa? Adalah sikit rasa pedar-pedih halia, tapi taklah sampai tahap ohsem seperti Bundaberg ginger beer.

_____
AADI: Dah lama tak pekena Bundaberg...

Hepi;) 2020


Untuk 2020, aku ingin kembali mengaktifkan moniker Hepi;) setelah tidak lagi bersama/mengetuai Metuk Ulau Project.


Projek pertama Hepi;) untuk 2020 ialah Hepi 2020 (tajuk akhir mungkin berbeza), yang asalnya dicipta untuk MUP dengan tajuk MUP2020. Digubah semula dengan rentak lebih neue Deutsche harte supaya lebih catchy...


Deluxe (EMG81) - RP360 (5150, Recto 4x12) - H1 (edited with Audacity).

Lagu yang diilhamkan semasa sessi jaming Sekorok bulan Oktober tahun lepas menggunakan B-standard (Se7en), dirakam semula dalam drop-C# dan diarkibkan dalam Soundcloud.


Nightfall (EMG-HZ) - IRT-Pulse (USB) - Audacity.


_____
AADI: Menunggu add-on daripada Nuing.

Ada Apa Dengan Livita? (Part 3)


Baru ada peluang mencuba Livita Go setelah lama diintai di premis-premis pasar raya mahupun kedai runcit stesen minyak.


Rasanya seperti Livita Honey tetapi agak cair dan berkarbonat, mengingatkan aku pada rasa "air cap kuda" Booster Blitz yang sudah tidak ada lagi dalam pasaran tempatan.

Dinikmati sejuk dan berstraw (supaya disedut sikit-sikit) untuk lebih rasa "kimochi~" gitu...

_____
AADI: Dah jarang minum minuman begini, lebih berkenan kopi Sundrop.

Throwback Thursday: 20th Anniversary 2020


Bersempena 20/02/2020, tergerak hati nak buat entri album-album yang ada dalam koleksi aku yang tak seberapa ni yang menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini (in alphabetical order). Entri cerita berkaitan setiap album boleh klik pada kapsyennya.

Blaze - Silicon Messiah.
Bon Jovi - Crush.
Children Of Bodom - Follow The Reaper.
Demons & Wizards - Demons & Wizards.
HammerFall - Renegade.
*Iron Maiden - Brave New World.
Kamelot - The Fourth Legacy.
King Diamond - House Of God.
Linkin Park - Hybrid Theory.
*Untuk album Brave New World aku dah ada buat draf untuk entri berasingan bersempena ulang tahunnya bulan Mei nanti.

_____
AADI: 20 tahun lepas, di manakah anda ketika itu?

Sudden GAS: Cort G250FR


Aku jarang-jarang melirik mata pada gitar jenama Cort, paling-paling pun sebelum ini tertarik dengan varian KX5 FR. Tapi untuk 2020, ada satu model ternyata menarik perhatianku, G250FR.


Serius, memang nampak dari mana datangnya inspirasi gitar ini, tak lain tak bukan Jackson Adrian Smith SDX. Ironinya, gitar SDX ini juga buatan kilang Cort berdasarkan nombor sirinya.


Yang berbeza bentuk G-series yang sedikit offset, pikap rail bersaiz single coil (macam Plasma-RS1), 400 mm radius, neck joint ala Ibanez AANJ dan bridge Double Locking II versi Cort (bukan Floyd Rose Special).

Sumber.
Tapi selepas muhasabah diri, ia boleh diabaikan kerana aku sudahpun ada SDX (faktor idola) dan So-Cal, gitar aku yang paling ohsem setakat ini.


Pasti GASnya akan susut sendiri...

_____
AADI: Racun rakan lain, suruh beli kah kah kah...

Sembilan Tahun Lepas


15/2/2011 - Antara tarikh bersejarah dalam AADI yang tiap-tiap tahun akan ada entri throwback. Ya tahun ini dah sembilan tahun ceritanya...


Masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara? Ya, tahun ini dalam jadual jelajah Legacy Of The Beast mereka akan singgah ke Manila 16/05/2020 kelak. Bandar-bandar Asia Tenggara lain belum ada (setakat ini).


Ikut jadual, jarak antara tarikh konsert Auckland, Manila dan Tokyo masing-masing cuma ada selang tiga hari. Agak mustahil untuk menyelitkan satu lagi lokasi di Asia Tenggara untuk konsert jelajah band sebesar ini yang hanya tinggal 2-3 bulan, kan? [Edited 8.00 pm] Lebih-lebih lagi musim tersebut jatuh dalam bulan Ramadhan.

Dengan keadaan dan tanggungjawab aku sekarang, aku akan lepaskan sahaja walaupun kira sudah dekat Manila tu. Lainlah kalau Kuala Lumpur...

Angkat besi! \m/

_____
AADI: Dengar khabar (angin) mereka diam-diam dalam pembikinan album ke-17?

Throwback Thursday: World Radio Day


Tahun kesembilan ia disambut hari ini. Ya, aku masih dengar radio berfrekuensi FM, walaupun ada opsyen radio internet, app dan satelit.


Sama saja cerita macam entri dua tahun lepas - Radio Klasik masih menjadi pilihan utama selain TRAXXfm dan REDfm Sarawak (siaran bahasa Inggeris).


NSFW.

_____
AADI: Radio, mein radio...

DiMarzioed Sarge


Setelah set EMG 81/85 Metal Works Gold dirobek oleh Deluxe, nadi Sarge diganti dengan DiMarzio Evolution/D-Activator (aka *Hurricane set) yang sebelum ini pernah dipasang pada ex-Neon.


Juga dipasangkan semula hardware hitam asal - tuning machine, locking nut, FR bridge, 3-way toggle switch, knobs - dengan alasan akan digunakan selagi ia berfungsi. Hardware gold sebelum ini (GE1996T, GHL-2-G, PWAT-6R3) akan disimpan atau dipasang pada gitar lain yang lebih memerlukan.


Isi perut kembali menggunakan suis, pot dan kapasitor asal, selagi tidak bermasalah dan boleh diguna, biarkan sahaja. Hanya pendawaian dimodifikasi supaya jika aku gatal tangan menukar pikap lain lagi (atau pasang semula pikap asal), aku hanya perlu buka sambungan manual yang dibalut dengan heat shrink tubing dan tak perlu bermain pateri lagi.


Juga dibelanja dengan set tali baru D'Addario EXL115 (11-49) dan ditala D-standard. Kalau E-standard, Mr. Smith ada.


Warna putih bobbin kedua-dua pikap juga nampak lebih kontras dengan warna hijau lumut askar dan hardware hitam.


Selepas mencubanya sekejap dengan amp Micro Cube GX, rupanya aku terlupa betapa ohsemnya set ini. Pernah beberapa kali digunakan bersama ex-Neon untuk persembahan pentas, contohnya di sini, sini dan sini. Serius, set ini membuatkan gitar murahan berkarekter bunyi mahalan (temberang saja ni). Bercadang akan kembali menggunakan Sarge sebagai gitar utama untuk gig tahun ini (kalau ada).

_____
AADI: *Nita Strauss pun rekomen set ni dalam Instagram aku.

Ada Apa Dengan Dutch Lady Frozen II?


Edisi terhad susu UHT Dutch Lady berperisa ais krim vanilla dengan hype filem Frozen II (dah tengok di pawagam dengan Lil'Ijau bulan *November lepas). Terjumpa di pasar raya SK, dibeli atas dasar edisi terhad dan hype Frozen itu sendiri (ada anak perempuan biasalah).


Rasanya lebih kurang macam susu Marigold HL cuma manis dan agak kurang lemak. Mahu lagi ohsem, sejukkan sehingga tahap hampir-hampir beku (frozen, duh~) barulah terasa seperti ais krim vanilla.

Malangnya Lil'Ijau tak suka perisa vanilla ni, dia lebih suka perisa perisa coklat dan strawberi yang biasa. Si ayah jugalah yang menjadi mangsa menghabiskan kesemuanya (pek empat kotak x 180 ml).

_____
AADI: *Hampir tiap-tiap hari ungkit janji nak bawa pegi pawagam.

Activated Deluxe


Pikap asal model EC-1000VB ini ialah EMG 81/60 (standard black cover), juga terdapat dalam varian Seymour Duncan JB/59 (gold cover). Bila ditawarkan dengan opsyen tanpa elektronik, harganya menjadi semakin murah (-RM5xx). Memandangkan aku ada beberapa set pikap dalam stok peribadi, peluang dimanfaatkan sewajarnya.

Hilang satu skru ring pikap.
Set EMG 81/85 Metal Works Gold yang telah dirobek daripada Sarge dipilih untuk dipasang pada gitar ini kerana penampilan yang lebih sepadan (gold hardware) dan memaksimumkan penggunaan kaviti bateri yang sedia ada.

Sarge mungkin akan dipasang dengan set Entwistle Dark Star atau DiMarzio Evolution/D-Activator, ataupun dipasang semula pikap asal dan dijual (kah kah kah...).


Untuk menjimatkan pot dan kabel solderless EMG, aku memasangnya dengan konfigurasi ringkas master volume dan tone sahaja, manakala pot tengah-tengah hanyalah dummy.


Telah diintonasi dan ditala pada talaan drop-C bersesuaian dengan saiz tali 11-49 yang sedia ada untuk projek yang akan datang. Serius, dengan adanya gitar ini, GAS untuk mendapatkan Epiphone Björn Gelotte Les Paul lebur secara otomatik.

Dengan statusnya yang terpakai dan lebih ergonomik berbanding Les Paul, ia akan dijadikan gitar utama (workhorse) aku untuk kegunaan harian, jamming dan mungkin juga gig (ikut kesesuaian gig).

_____
AADI: Les Paul killer?

Ada Apa Dengan Nescafe Black Roast?


Pernah terbeli perisa black roast ini sekali ketika ia mula-mula diperkenalkan beberapa tahun lepas (sama batch dengan rilisan creamy roast), tapi baru teringat aku tak pernah buat entri mengenainya.


Inipun terbeli sebab dah tiada pilihan kopi tin lain ketika itu.

Tiada apa yang menarik, ia merupakan versi "O" pekat tanpa krimer/susu yang ada pada Nescafe tin original. Kalau tambah menthol(?) ia menjadi perisa black ice (label putih/perak).

_____
AADI: Tiba-tiba teringin nak minum iced latte McCafe pula.

Wordless Wednesday: Terendak Dan Pedang Melanau



Rumah mertuaku...
_____
AADI: Backdated.

Shortest Straw (Bukan Lagu Metallica)


Kini didatangkan dengan straw kertas, katanya "1st in Malaysia"... Syabas Milo dan Nestle. Tapi straw kertas bukanlah baru, ada satu kedai runcit stesen Shell (Shell Mart?) di tempat aku sudahpun menyediakan straw kertas menggantikan straw plastik biasa beberapa tahun lepas.


Kelemahan straw kertas, kena minum cepat-cepat, tak dapat direndam lama dalam minuman. Kalau tak ia akan kembang dan air pun ada sedikit rasa kertas.

Aku ada tiga set straw logam (stainless steel) beli di Shopee, satu set untuk kegunaan di rumah, satu set di pejabat dan satu set dalam kereta, menggantikan straw plastik.

_____
AADI: Bila agaknya straw serai akan dikomersilkan?

Deluxe Eclipse


Inilah sebenarnya gitar yang berada di dalam hardcase Caparison dalam entri WW minggu lepas, sebuah LTD Deluxe EC-1000 VB terpakai. Ya, sebuah Eclipse lagi, aku memang sucker dengan bentuk Eclipse. Ini merupakan pembelian *impulsif (bahaya ni) kerana harga yang ditawarkan amat berbaloi-baloi, boleh dikatakan 1/3 daripada harga unit baru EC-1000 ini.


Diperolehi daripada The Shred Sanctuary melalui Jamtank Facebook, juga ada pada platform Carousell dan Reverb. Selain unit terpakai, dengan opsyen tanpa elektronik aku dapat lagi menjimatkan kos sekitar RM500 (pikap asal ialah set EMG 81/60 black cover).


Daripada pengalaman menggunakan LTD 50-series (F-54, M-50FR), 100-series (M-103FM) dan 200-series (EC-256, EC-257) ternyata pertukangan 1000-series ini lebih halus dan amat teliti, "deluxe"lah katakan. Ia juga agak ringan sekitar 3.1 kg sahaja (tanpa elektronik) berbanding singlecut lain dalam axology aku - Goldie 4.0 kg, Nightfall 4.2 kg, Darth Sven 3.7 kg.


Sedikit dana dilaburkan untuk hardcase Caparison terpakai ini atas faktor perlindungan tambahan semasa transit berbanding jika dihantar dalam kotak biasa sahaja. Hardcase masih tegap walaupun lapisan tolex luarnya ada yang dah calar dan koyak.


Hardcase asalnya untuk Caparison Angelus, tetapi ia dapat memuatkan gitar ini dengan jayanya, ditambah dengan bubble wrap untuk memastikan ia ketat di dalam hardcase semasa transit. Mungkin hardcase ini akan dijual selepas ini untuk modal pusingan.


Daripada nombor siri, ia buatan kilang World Musical Instrument (Korea Selatan) keluaran Ogos 2014 dan produk ke-999. Kilang ini juga terkenal dengan penghasilan gitar-gitar PRS SE, Dean, Chapman Guitars dan beberapa jenama lain lagi.


Sebagai gitar terpakai, ada "luka" yang ketara pada dua bahagian belakang; neck joint dan bahagian bawah berdekatan dengan output jack. Selain daripada kedua-dua kecacatan ini, selebihnya masih nampak baru untuk gitar yang berusia 4-5 tahun. Hardware gold pun masih berkilat.


Barangan lain bukan elektronik seperti pickup ring, penutup kaviti, skru dan tombol juga disertakan. Diasingkan dalam pembungkus tali gitar mengikut saiz dan lokasi supaya tidak keliru.


Tali yang masih terpasang pun nampak baru, menurut penjual ia bersaiz 11-49. Sesuailah untuk talaan D-standard atau drop-C bergandingan dengan Cherry Boy si Nuing untuk projek akan datang. Pikap yang akan dipasang sudahpun dirancang. Proses pemasangannya akan dibuat dalam entri berasingan.


Nickname? Buat masa ini belum terfikir untuk memberi nickname, biarlah ia digelar DELUXE sahaja buat sementara waktu.

Selamat berbulan Februari.

_____
AADI: *Patutnya beli bass...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger