Activated Deluxe (Part 2)


Bukannya aktiviti menukar pikap aktif lain, cuma menukar konfigurasi pot EMG dalam Deluxe (EC-1000VB) aku daripada MASTER VOLUME/DUMMY/MASTER TONE sebelum ini kepada BRIDGE VOLUME/NECK VOLUME/NECK TONE. Kebetulan ada pot tone EMG dalam simpanan, daripada tidak digunakan...

Seleaps - BRIDGE VOLUME/NECK VOLUME/NECK TONE.
Ingin bereksperimentasi dengan dinamik tona EMG 85 (neck), sebab itu ia dipasangkan dengan tombol volume dan tone berasingan. Manakala EMG 81 (bridge) hanya perlu tombol volume sahaja, tak perlu ada tone, kalau adapun ia akan sentiasa dalam keadaan full blast.

Sebelum - MASTER VOLUME/DUMMY/MASTER TONE
Dengan sistem solderless EMG, kerja-kerja begini amat senang dan jika tidak berpuas hati, boleh dipasang semula dengan konfigurasi asal (reversible).


Semasa keghairahan berkonsul PS4 sepanjang PKP dan Ramadhan lepas, memang agak jarang aku memegang gitar dan gajet-gajetnya, termasuklah Pod HD Desktop yang baru diperolehi. Sekarang selepas habis memainkan Days Gone dua pusingan, agak "gaming fatigue" dan mungkin boleh kembali santai bergitar-gitaran.

_____
AADI: Akan cuba aktifkan kembali Hepi;) Studio.

Flashback Friday: Brave New World, 20 Years Later


Banyak yang aku boleh ceritakan mengenai dan berkaitan album ini. Satu daripada album bertahap super album (all killer, no filler), soundtrack of my life (rujuk perenggan akhir) dan top 5 dalam senarai album Iron Maiden kegemaran peribadi selain SIT, FOTD, VIX dan DOD. Dalam banyak-banyak cover art album Iron Maiden, pada pendapat aku album ini memiliki cover art paling cantik.

Blood Brothers.
Album yang memperkenalkan aku (semula) kepada Adrian Smith, yang kini antara satu daripada gitaris idola. Eh? Ya, aku mula meminati Iron Maiden era FOTD, hanya kenal Dave Murray dan Janick Gers sebagai gitaris mereka, itupun info daripada inlay kaset. Bila tengok ada mamat "baru" dalam inlay BNW, aku tertanya-tanya, siapakah ini?


Memori di sebalik album ini, kasetnya dibeli pada 03/06/2000 di sebuah kedai kaset/CD dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Waktu itu beli kaset pun boleh dapat poster besar percuma. Pada sebelah malamnya pula ada gathering besar-besaran channel DALnet mIRC Malaysia di Intekma Shah Alam. Aku antara chatters tegar channel #rosak, satu daripada channel yang menyertai gathering tersebut. Ini merupakan kali pertama aku ke Shah Alam.

[Kalau aku jumpa gambar gathering, aku letak di sini kelak]

Dipendekkan cerita, habis gathering aku stranded di Intekma, hampir tengah malam sesat mencari jalan balik menapak ke Kompleks PKNS meredah kawasan perumahan berlatar belakangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan beg galas berisi poster BNW, telinga sumbat earphone berkumandang lagu-lagu BNW dipasang dengan Walkman. Nak call kawan, call siapa? Waktu itu semua belum mampu bertelefon bimbit. Akhirnya berpatah balik ke Intekma dan tidur di suraunya, esok pagi baru mencari alternatif untuk balik Puduraya dan seterusnya ke Penang (masih student USM ketika itu).

_____
AADI: Backdated.

Raya PKP


Mahu tak mahu PKP telahpun berlarutan sehingga raya. Terimalah hakikat yang raya tahun ini agak istimewa...


Aku sejak fasa kedua lagi sudahpun membuat keputusan untuk beraya di Bintulu sahaja, faktor utama ialah kesihatan Mrs. Ijau yang dah masuk trimester kedua. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali ketiga aku beraya "di perantauan".

Tapi bagi aku beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan dapat bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...

Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1441H. Raya, raya juga, tapi tak payahlah beraya ke rumah orang, duduk di rumah sendiri sahaja.

_____
AADI: #shramzb

Throwback Thursday: Ramadhan Dan Gaming


Sejak berlarutan gaming PS4 dari awal PKP hingga masuk bulan Ramadhan, terpiculah memori tiap-tiap tahun game apa yang dimainkan dalam bulan Ramadhan. Bermula dengan konsol Micro Genius IQ-501 yang memainkan game Nintendo (NES) sehinggalah dah jadi PC gamer tegar. Berikut antara tajuk game yang aku ingat dimainkan ketika bulan puasa:

1990 - Super Contra (NES)
1991 - Batman (NES)
1992 - Gun-Dec (NES)
1993 - Ninja Ryukenden (NES)

Entri lama.
1997 - Diablo
1998 - Quake II, Hexen II
1999 - Tomb Raider III: The Adventures Of Lara Croft
2000 - Baldur's Gate
2001 - Fallout 2
2002 - Call Of Duty
2003 - Will Rock
2004 - Half-Life 2
2005 - The Chronicles Of Riddick: Escape From Butcher Bay
2006 - Tomb Raider Legend, Prey
2007 - ???
2008 - BioShock
2009 - Tomb Raider Anniversary
2010 - ???
2011 - Fallout New Vegas

Bermula 2012 rasanya sudah susah mencari masa untuk gaming kerana sudah ada tanggungjawab besar ketika itu dan sama untuk tahun-tahun seterusnya.


Tahun ini dek kerana PKP, aku kembali aktif gaming dengan konsol PS4 untuk "mengisi masa lapang" dan "duduk rumah". Dan tajuk yang akan terpahat dalam memori gaming Ramadhan tahun ini ialah Days Gone. Sudahpun habis dimainkan minggu lepas, kini dimainkan untuk pusingan kedua dengan tahap kesukaran yang lebih mencabar.

Tapi minggu ini aku perasan seperti mengalami gaming fatigue, selepas habis memainkan Days Gone (pusingan pertama) terasa tidak lagi berminat untuk memainkan Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey yang dimuat turun dua minggu lepas. Mungkin sudah tiba *masanya untuk aku kembali rehat daripada gaming kot?

Selamatlah dana-dana perhobian daripada terbeli Rise Of The Tomb Raider, Shadow Of The Tomb Raider, The Outer World dan DualShock 4 camo (DS4 asal dah mula drifting).

_____
AADI: *Dan kembali menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab, hehehe...

Ada Apa Dengan Pran Pineapple Juice?


[Nanasmania] Lama tak ada entri bertag nanasmania. Inipun sebenarnya mula-mula diperolehi sebelum Ramadhan, kalau tak silap PKP Fasa-1 minggu kedua.


Buatan Pran Dairy Ltd, Bangladesh dijual dengan harga menarik sekitar RM3.00+ untuk sekotak berisipadu 1 liter di pasar raya M. Juga ada jus perisa lain, tapi nanas merupakan keutamaan AADI.

Untuk kategori jus, ia boleh dikatakan agak murah berbanding jus jenama besar yang biasanya RM5.00+ dengan isipadu yang sama. Rasa? Cukup-cukup sedap dan manis untuk kategori jus, per dengan harganya ia agak berbaloi.

_____
AADI: Sungkei dengan nanas dalam tin.

Ada Apa Dengan Frenché Roast Indulgence?


Terjumpa jenama kopi segera ini pada minggu pertama Ramadhan. Sebelum ini tak pernah tengokpun jenama Frenché Roast. Bila dibelek, rupa-rupanya ia produk Power Root Manufacturing Sdn. Bhd.


Untuk permulaan aku mencuba perisa iced French latté, yang katanya hanya perlu dibancuh dengan susu sejuk sama ada susu segar, penuh krim, rendah lemak atau alternatif susu soya.

Rasa? Memang kimochi~ lebih-lebih lagi kalau guna susu segar dan tambah beberapa skup ais krim vanilla premium. Ia merupakan antara juadah berbuka puasa harian aku.

_____
AADI: Tambah cincau lagi c'est délicieux~

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 7)


Untuk tujuh tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah.

Insya-Allah tahun depan dapat enam kupon :)
Dengan keadaan isu semasa, ramai yang memilih untuk membayar zakat secara online. Tapi membayar zakat di depan amil lagi "feel" sebab ada baca akad, doa dan dapat resit (untuk modal blog), cuma tolak bersalamanlah.

Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: Tahun lepas katanya tutup kilang, hehehe...

Wordless Wednesday: Slice Of Home At Work



MCO Phase-5, Day 1.
_____
AADI: Backdated.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Vanilla?


Terjumpa pula Pepsi Bold perisa vanilla (label jalur cream) di pasar raya F ketika gagal mencari Vanilla Coke. Dengan harga runcit yang disyorkan RM2.50 untuk sebotol 1.25 liter ini.


Pada pendapat aku, rasa vanillanya tidak berapa ketara, agak tenggelam dek rasa manis tiruan, tidak seperti perisa halia. Aku berharap pihak Pepsi kembali mengeluarkan Pepsi Twist sama ada dalam versi biasa atau versi Bold.

_____
AADI: Pepsi Twist vs Vanilla Coke, dua-dua ada memori 2003.

Ada Apa Dengan Pokka Kurma Milk?


Waktu bulan Ramadhan ini memang kebiasaan akan muncul produk makanan dan minuman yang berasaskan kurma. Pokka juga tidak ketinggalan...


Rasanya lebih kurang seperti susu kurma Dutch Lady tetapi agak cair, cair seperti sirap bandung. Kenapa? Sebab ia adalah "minuman berperisa susu kurma" dan bukannya "susu berperisa kurma". Kira sama kes seperti jus oren vs minuman berperisa oren (kalau faham).

_____
AADI: Tapi versi melon milk memang kick.

Uncharted: The Nathan Drake Collection (PS4)


Ok, game ini diperolehi secara digital download (percuma sehingga 06/05/2020) bersempena kempen PlayStation #playathome. Terus bertindak selepas menerima emel daripada PlayStation Asia bertarikh 28/04/2020 lepas.
"As people around the world do the right thing by staying at home to keep each other safe, we’re offering two PS4 games on us to help players carry on having adventures while physical distancing remains in place."

Jika diintai di Shopee/Lazada, paling murah CDnya sekitar RM50+ (game yang agak basi). Adalah juga game tambahan untuk dimainkan selepas habis main Days Gone kelak.


Serius, memang puas hati dengan Days Gone, dimainkan hampir dua minggu dengan purata lima jam sehari. Setakat ini sudahpun habis main kempen utama.

Stay safe, stay at home and PlayStation.

_____
AADI: Journey juga dimuat turun sementara ia masih percuma, akan dimainkan "bila ada masa".

Ada Apa Dengan Nescafe Edisi Terhad?


Aku perasan Nescafe tin edisi terhad ini sejak beberapa tahun lepas (2018?), dan setakat ini aku hanya menjumpainya dijual di premis Kedai Mesra Petronas sahaja.


Tiada yang menarik, sama sahaja rasanya seperti Nescafe tin biasa (original) yang berbeza hanyalah ada imej Menara Berkembar Petronas sahaja.

_____
AADI: Kalaulah ada Nescafe cendol atau Nescafe kurma.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 15)




_____
AADI: Nasib baik tak kena waktu PKP fasa pertama.

Final May The 4th?


Hari yang kononnya hari Star Wars sedunia, May the 4th be with you gitu~ Dah agak tawar hati dengan franchise Star Wars selepas The Last Jedi, Solo dan The Rise Of Palpatine Skywalker hujung tahun lepas.


Jadi, tahun ini mungkin tahun terakhir May The 4th untuk aku. Banyak barangan Star Wars (sequels) yang sebelum ini aku tak bagi anak-anak main, sekarang aku biarkan sahaja. Aku amat bersetuju dengan pendapat Doomcock di bawah...


Lain cerita - Nah, sudah tiga tahun berlalu. Kembali mengimbau kenangan dalam entri ini, entri prekuelnya, entri Berteromber, entri Mus Speedrider dan entri D'Arsil. You've been great, we've been Mega sekuntum bunga sakura di Gurun Sahara!


Bagaimanakah impak penganjuran konsert selepas isu Covid-19 ini selesai kelak? Sudah pasti ia tidak akan semeriah sebelumnya...

_____
AADI: Interface editor Blogger berubah lagi, punyalah terkial-kial nak buat entri.

Ada Apa Dengan Starbucks Doubleshot? (Part 2)


Terjumpa Starbucks Doubleshot ini dijual separuh harga kerana menghampiri tarikh luput (ketika itu).


Daripada empat perisa, dua perisa ini dipilih iaitu classic espresso dan dark mocha, americano tidak dipilih kerana aku tahu ia merupakan kopi tanpa susu. Sebelum ini hanya pernah mencuba perisa caramel macchiato.

Rasa? Dark mocha merupakan kegemaran, sama macam kopi mocha lain kerana ada unsur koko di dalamnya duh~ Yang satu tu aku dah lupa sebab entri ini berada dalam bentuk draft sejak sebelum PKP/puasa.

_____
AADI: Selamat bulan Mei.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger