BCB-30 Non-Boss Pedal


Satu-satunya pedal Boss yang masih bertahan dalam axology aku ialah CH-1 Super Chorus, yang lain-lain sudah dilepaskan satu-persatu untuk GLTL dan kerana aku (kononnya) lebih cenderung menggunakan multi-fx. Tinggallah CH-1 ini tunggal dalam pedal board Boss BCB-30 aku.


Nak dijadikan cerita, mencuba pedal stompbox jenama lain (yang masih ada dalam axology aku) untuk mengisi kekosongan pada BCB-30 ini. Calon-calonnya Blackstar LT-Metal, TC Electronic Spark Booster dan EHX Silencer.

Hanya saiz Silencer sahaja yang agak kecil dan longgar, manakala LT Metal dan Spark Booster boleh kira cukup-cukup muat. Sebelum ini aku pernah mencuba siri Multi-Stomp Zoom (ex-MS-50G, ex-MS-60B dan MS-60CDR) sayangnya tak muat.

Kesimpulannya, entahlah... Macam kurang mojo pula kalau letak pedal-pedal bukan Boss di dalam BCB-30 ini (hehehe). Mungkin ia akan dikhaskan untuk pedal-pedal Boss berhaluan bass kelak...

_____
AADI: Ah sudah~ Mulalah terGAS.

Kembalinya Francesco


Bass BC Rich Warlock PFG5 (Francesco) ini berjaya diperolehi semula setelah dilepaskan kepada seorang rakan pemuzik Januari tahun lepas. Sebelum berpindah milik, ia berada dalam axology aku hanya 3-4 bulan sahaja. Ketika bersama rakan tadi, ia pernah dibawa beberapa kali gig, antaranya Isolated Gig Vol. 1 dan Various Evo Band Challenge. Juga pernah digunakan oleh bassist Suaka semasa Metuk Ulau Fest 2019.


Diperolehi secara pertukaran (trade) suka sama suka dengan sistem Playstation 4 Slim 500GB (selamat tinggal PS4). Kebetulan rakan tadi juga bercadang untuk melepaskannya kerana sudah ada bass lain yang lebih optimum, dan juga ingin berjinak-jinak dengan dunia konsol.


Dengan keadaan PKP yang beransur pulih dan "gaming fatigue" aku sekarang, memang tiada lagi masa dan mood untuk berkonsol setelah gaming semaksima ketika #stayathome beberapa bulan lepas. Daripada PS4 ini terperap lagi untuk jangka masa yang lama seperti sebelum PKP, ada baiknya ia dilepaskan.

Ya, aku perlukan sebuah bass selepas terbidan terjun jadi session bassist untuk Erectus semasa gig MUF2020 bulan Januari lepas dan selaras dengan azam tahun ke-11 untuk mengembalikan haluan bass. Nak beli bass baru pula tiada peruntukan khas untuk perhobian kerana dana-dana telah disalurkan untuk menservis Silvia dan Imago serta perolehan gajet ICT tambahan untuk WFH semasa PKP.

Tapi bass ini perlu diservis, ditala dan diintonasi semula, modal untuk entri akan datang...

_____
AADI: Bolehlah dipadankan dengan strap Richter #1502PG.

Pinggan Kuasa Elemental Boboiboy


Serius, aku sudah lama tidak mengikuti perkembangan BoBoiBoy selepas DVD BoBoiBoy: The Movie, lebih-lebih lagi bila sudah masuk musim BoBoiBoy Galaxy (walaupun ada di YouTube). Ceh! Payahnya nak taip, aku taip Boboiboy sajalah...


Terjadi modal pula untuk buat entri AADI berkaitan Boboiboy. Mutakhir ini susu Fernleaf didatangkan sekali dengan hadiah percuma pinggan kuasa elemental Boboiboy bersempena filem Boboiboy Movie 2. Kebetulan susu jenama Fernleaf merupakan susu rasmi Ijau Jr. 


Ada enam rekaan kesemuanya; Boboiboy Blaze Bayley, Supra, Cyclone, Frostfire, Thorn Within dan Glacier. Walaupun filem Boboiboy Movie 2 pernah ditayangkan di Astro Ria dua kali sebelum PKP dan raya lepas, tapi hanya anak-anak sahaja yang tengok sampai habis. Aku? Aku sudah pasrah untuk tidak mengikuti Boboiboy, jadi agak lost dengan jalan cerita dan kuasa baharu Boboiboy, hehehe...

_____
AADI: Bubadibako Katon, gokakyu no jutsu!

Wordless Wednesday: Good Bye PlayStation 4




_____
AADI: Gaming fatigue.

Ada Apa Dengan Nescafe Tarik Kaw?


Inipun antara yang sudah lama berada dalam pasaran, tapi baru dibuatkan modal untuk entri AADI.


Rasanya lebih kurang seperti Nescafe tarik dalam entri 2016, cuma lebih kaw, itu sahaja... Tapi kalau nak Nescafe yang rasa lemak berkrim, boleh pilih perisa creamy roast.

_____
AADI: Flat white pun sedap, tapi edisi terhad.

The Last Of The Last Of Us?


Baru saja berpeluang memainkan The Last Of Us, Remastered dua pusingan semasa minggu pertama PKP yang lepas. Ya, ia memang antara game PS3/PS4 yang unggul terutama dari segi jalan cerita.


Dalam masa yang sama, aku juga mengikuti perkembangan sekuelnya The Last Of Us Part II termasuklah agenda, politik, LGBTQ+ dan spoiler yang telah dibocorkan sebelum tarikh rilisan.

[SPOILER ALERT] Setelah tarikh rilisan rasmi semalam 19/06/2020 (tertunda beberapa bulan), ramai yang mula memuatnaik video di YouTube terutama ulasan jalan cerita.




Apa dah jadi dengan watak kegemaran kita? Ia lebih teruk daripada jalan cerita The Last Jedi dan The Rise Of Skywalker.

_____
AADI: Mujurlah aku dah mengalami gejala "gaming fatigue".

Ada Apa Dengan Lipton Mangga Pandan Green Tea?


Dah beberapa kali aku mencuba minuman ini, tapi baru teringat ia belum pernah dibuatkan entri AADI, yang pernah hanyalah teh hijau perisa lemon ais (yang ada iklan Hugh Jackman tu) lima tahun lepas.


Rasa? Rasa mangga dah ngam, tapi rasa dan bau pandan yang agak lemak dan wangi pula seperti tidak serasi dengan rasa mangga dan teh hijau. Pada pendapat aku, rasa pandan sesuai untuk minuman jenis bertenusu. Tapi, kalau nak minuman teh hijau perisa mangga yang kick, boleh cuba jenama *Heaven & Earth.

_____
AADI: *Aku dah buat entri AADI ke belum ni?

Throwback Thursday: Foo 25


Mentelaah album-album studio Foo Fighters bersempena ulangtahun mereka yang ke-25 tahun ini.


Daripada sembilan album studio mereka, aku perlu memilih hanya lima lagu sahaja untuk projek "tribute" akan datang. Agak payah kerana aku mungkin bias memilih lagu-lagu daripada tiga album pertama yang bertahap soundtrack of my life.

Jika anda peminat Foo Fighters, sila senaraikan lima buah lagu Foo Fighters kegemaran anda di ruangan komen. Terima kasih...

_____
AADI: Fly along with me, I can't quite make it alone...

Wordless Wednesday: Singlecut Headstocks




_____
AADI: Satu (atau dua) bakal di-GLTL-kan.

Ada Apa Dengan Old Town Classic?


Ini pula agak lama dalam bentuk entri, tengok tarikh dalam gambar sehari sebelum PKP bermula.


Setakat ini aku belum pernah lagi minum kopi di premis OldTown White Coffee, tapi kopi ini memiliki rasa generik kopi putih dalam tin, cukup lemak, cukup manis, boleh menyaingi rasa kopi putih Ah Huat.

Harga pun tak berapa premium, tapi mahal sedikit daripada kopi tin Nescafe, Pokka atau Wonda. Seperti Ah Huat, jika ada tiga jenama kopi di atas tadi, OldTown ini mungkin berada pada tangga yang tercorot dalam senarai pembelian.

_____
AADI: Aku suka OldTown versi bancuh 3-in-1.

Ada Apa Dengan Monster Energy Ultra?


Entri yang terperap dalam draft yang sepatutnya disiarkan semasa bulan puasa.

Antara kategori juadah berbuka puasa yang biasa menjadi modal entri AADI ialah minuman tenaga. Kali ini tertarik hati mencuba Monster Energy Ultra.


Sebelum ini memang tak tergerak hati untuk mencuba minuman tenaga jenama Monster ini disebabkan harganya yang premium seperti Red Bull Eropah, walaupun ia adalah buatan Malaysia.

Rasa? Ia mengingatkan aku pada rasa minuman tenaga berkarbonat yang pernah dicuba sebelum ini seperti Sting, M7 Drive dan Booster Blitz.

_____
AADI: Cari alternatif lain yang lebih ekonomi.

Wordless Wednesday: Back To Normal With New Normal




_____
AADI: Dah kira fasa keberapa eh?

Les Paul 105


Pernah merapu dalam entri ulangtahun ke-100 lima tahun lepas, rasanya tak perlulah aku ulang lagi info-infonya.

EMG, Duncan, EMG, DiMarzio.
Dalam axology semasa aku ada dua buah Les Paul - Goldie dan Nightfall, ya walaupun kedua-duanya Epiphone dan bukan Gibson (tak mampu), tapi ia tetap Les Paul yang sejati. Juga ada dua buah Eclipse LTD iaitu Sven (EC-257) dan Deluxe (EC-1000VB) sebagai Les Paul Killer. *Menjadikan empat buah singlecut semuanya.

Entah bila ada peluang untuk jamming dalam keadaan sekarang. Itupun aku baru keluarkan semua gitar-gitar tadi daripada "pertapaan" selepas habis musim berkonsol PS4 (dah muak), kah kah kah...

_____
AADI: *Satu bakal di-GLTL-kan.

Skull Goldie


Setelah hampir 10 bulan menggunakan NYXL1046, abang long Goldie dibelanja dengan set tali baru Skull Strings DD1052 yang diperolehi daripada Brado Guitars dalam entri ini. NYXL tadi pun sebenarnya masih belum karat (dengan penjagaan optimum) dan aku jamin boleh bertahan sehingga setahun.


DD1052 ini memiliki kombinasi saiz yang agak pelik iaitu 10/13/17/26/36/52, berbanding 10-52 jenama lain yang biasanya 10/13/17/30/42/52. Seolah-olah seperti kombinasi set tali 10-46 biasa tetapi saiz 46 diganti dengan 52. Amat sesuai untuk talaan drop-D (atau drop-C# jika perlu). Bolehlah cuba-cuba main lagu Foo Fighters.


Satu perkara yang agak unik (atau pelik) untuk tali jenama Skull Strings ini ialah kesemua tali berlilit (wound strings, EAD) memiliki lilitan yang semakin longgar/jarang pada tiga inci terakhir. Menurut Brado Guitars (pengedar rasmi Skull Strings di Malaysia) ia bukanlah kecacatan produksi tetapi merupakan "identiti" Skull String. Mungkin untuk menjimatkan beberapa milimeter dawai pelilit per tali kot? Sebelum ini aku tak perasan pun.


Jika anda pengguna Floyd Rose (dan sewaktu dengannya), tali jenama ini perlu dipasang secara normal dengan memotong area ball-end dan bukannya secara songsang seperti yang biasa aku buat. Jika tidak, perkara seperti entri YusTech ini pasti akan menghantui anda. Sepatutnya ada amaran atau didokumentasikan dengan jelas pada label produk.


Juga kembali memasang Planet Waves auto-trim tuning machine PWAT-331L. Seperti entri tahun lepas, mekanisma penguncinya juga masih gagal mengepit tali high-E dengan ketat. Jadi ia ketiga-tiga tali halus (GBE) dililit sekali dua seperti tuning machine konvensional. Yang hairannya versi PWAT-6R3 ok pula.


Selalu lupa nak cerita pasal inlay fretboard Goldie ini setiap kali buat entri restring therapy. Jika diperhatikan, inlay fret ke-15 agak berbeza berbanding inlay fret-fret lain. Nampak seperti material plastik berbanding pearloid. Akupun hanya perasan selepas tiga tahun (2014) memilikinya. Adakah ia kesilapan semasa produksi ataupun disengajakan dan hanya unik untuk gitar aku ini sahaja? [ikon pegang dagu]

_____
AADI: Kena teropong entri lama DEG.

Throwback Thursday: 24th Load


Katanya menyambut ulangtahun yang ke-24...


Kes tak ada idea, bolehlah dijadikan entri hari ini. Kaset ori tak pernah beli, yang ada waktu itu (1996) cuma kaset dubbing daripada CD milik Cimca (abang Takilala) itupun tak semua lagu, cuma 4-5 lagu sahaja sempat dubbing. Versi CD pula dibeli dua kali, 2009 dan 2013.

Boleh dikatakan album bertahap soundtrack of my life kerana mengingatkan aku tahun menduduki SPM. Dengar kaset dubbing tadi dengan kaset album Black sambil ulangkaji pelajaran...

_____
AADI: Teringin nak cover lagu King Nothing dan Hero Of The Day.

Sprite Vs 7-Up


Antara rivalry yang hangat sejak 80an lagi, sehangat rivalry Coca Cola vs Pepsi.


Kalau pendapat aku, Sprite lebih bagus kerana ada logo "pilihan lebih sihat" katanya kurang kalori atau kandungan gula, tapi kemanisan masih boleh diterima sambil mengekalkan rasa asli.

_____
AADI: Selamat berbulan Jun, untuk Sarawakian #shggggn.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger