Ada Apa Dengan Komik?


Tak payah nak cerita banyak, aku masih simpan lagi koleksi aku ni... Sapa-sapa yang membesar sezaman dengan aku pastinya suatu ketika dulu korang pun ada beli/baca/kumpul kan? Ada simpan lagi tak?

Jejak Wira - Kumpul sejak 1994 (zaman PMR), walaupun lukisannya tak berapa menarik, tapi jalan ceritanya memang bagus, masih boleh dikategorikan "berpijak di bumi nyata". Kali terakhir beli 1998 sebab susah nak dapat di pasaran, yang ketika itu lebih dimonopoli oleh komik manhua lain yang lebih popular.

Raja Rimba - Sama juga kumpul sejak 1994, juga mempunyai jalan cerita dan watak yang menarik. Season 1 dan season 2 memang best, masuk season 3 dah hampeh mengarut je lebih. Antara komik manhua yang lama aku follow. Disebabkan season 3 dah tersangat hampeh, aku nekad berhenti mengumpul penghujung 2005 setelah setia mengumpul selama 11 tahun, selamat tinggal!

Dewata Raya - Cerita lain daripada yang lain nampak futuristik (mula-mula je) dengan pengaruh filem-filem sci-fi seperti Star Wars, Judge Dread dan Predators. Ternyata Tony Wong kehabisan idea sebab 100 episod pertama je best, yang seterusnya dah mula mengarut, hampeh...

Antara komik-komik lain yang aku kumpul:

  • Pembolos Keranjang (Slam Dunk)
  • X-Men (versi manga)
  • Jengking Merah (versi koleksi emas)

Kalau aku tau, bagus lagi dari dulu aku kumpul komik Budak Getah (One Piece), sampai sekarang masih on-going dan jalan ceritanya teratur makin lama makin best! That's the different between Japanese manga versus Chinese manhua.

Apa cerita/pengalaman korang?

_____
Ada apa: Bertungkus-lumus Sepanjang Hari - nama hikmat paling kvlt!

Ada Apa Dengan Racun?


Selalu sangat buat entri pasal makanan dan minuman, kali ni entri pasal keracunan makanan... Kali terakhir aku mengalami keracunan makanan penghujung tahun 2008, lepas makan di restoran Ayamas 1Borneo bersama-sama parents aku, tiga-tiga kena keracunan makanan.

Tengahari semalam badan aku rasa tak sedap, otot-otot dan sendi-sendi rasa sengal, rasa mual-mual, pening, perut sakit menyucuk-nyucuk (bukan cirit-birit) dan rasa macam nak demam. I've suspected food poisoning, so bawa pi jumpa doktor. Dapatlah beberapa ubat seperti gambar di atas tu...

Disebabkan aku tidak mengalami cirit-birit, doktor pun kurang pasti sama ada aku keracunan makanan atau sakit lain. Dapat juga surat MC dari doktor, tapi dah dekat pukul 3.00 petang, macam tak berbaloi pula MC [sigh~]

Balik rumah awal, dari pukul 4.00 petang sampai 6.00 pagi berhibernasi tak ingat dunia menahan sakit-sakit badan dan demam...

Tiga kebarangkalian punca:

  1. Cheesecake prototype *ehem-ehem* aku (consumed on Sunday around 6-7 pm)
  2. KFC tak sedap kat Bintulu town (consumed on Sunday around 5-6 pm)
  3. Mee goreng sarapan aku pagi semalam (consumed on Monday around 8-9 pm)

Aku pasti no. 3 tu lah puncanya... Daripada simptom-simptom keracunan makanan, aku tidak mengalami cirit-birit. Adakah perut aku dah biasa makan benda-benda yang dah masuk kategori basi? Hehehe...

_____
Ada apa: GAS beracun...

Metallica - ...And Justice For All


Dah lama aku tak buat entri pasal CD eBay, kali terakhir November lepas cerita pasal Poetry For The Poisoned album terbaru daripada Kamelot. Ada lagi beberapa CD eBay yang belum aku buat entri (Blind Guardian, Samson).

Oke bungkusan kali ni dari UK yang diterima dalam minggu sebelum Krismas. Seller ada cerita dalam emel dia salah hantar bungkusan ni ke Malta atau Mauritius kalau tak silap (kes nama Malaysia dekat-dekat dengan nama Malta/Mauritius dalam country selection), siap kena pulangkan balik sebab address not found. Sebab tu ia mengambil masa lebih dari sebulan untuk sampai ke Malaysia.

Jewel case retak-retak tu dah menjadi kebiasaan.
Kenapa aku buat entri pasal CD ni dulu berbanding CD yang aku terima sebelumnya? Coz it's Metallica! And it's ...And Justice For All damn it!
eBay purchase info
  • Purchased from: fastdecision777 (trademark sticker Castello Import)
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: $5.69+5.50 (RM36.26) menang bid
  • Ordered: 18/11/2010
  • Received: xx/12/2010 (lupa dah)
  • Label: (P)(C) 1988, 1998 Metallica
  • Publisher: Phonogram, Vertigo
  • Made in: UK
Tracklist? You know it, I know it, we know it...

Walaupun CD ni versi remastered 1998, tapi ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri CD rilisan asal versi 1988. Album studio keempat Metallica dan debut bersama bassist baru Jason Newstead.

Lars yang comel, hehehe...
Masing-masing antara kita mempunyai cerita tersendiri pasal album AJFA ni. Bagi aku yang lambat mengenali Metallica, album AJFA ni aku layan selepas aku layan Black, Load dan Puppets, semua zaman-zaman kaset dulu la. Walaupun aku lambat mengenali Metallica (perantaraan album Black dan Load) tapi rata-rata ramai member aku mengenali Metallica menerusi album AJFA ni.

Waktu aku layan album ni somewhere in 1998-1999 waktu aku second year kat USM, bertukar-tukar kaset dengan housemate. Aku pinjam kaset ni, dia pinjam kaset ARLO aku, masing-masing layan guna Walkman (er dia guna Aiwa, Aiwa bukan Walkman hehehe) dari rumah, dalam bas, dalam dewan kuliah, kat kantin mesti bersumbat telinga, gila... Pastinya otai-otai ada cerita menarik di sebalik album ni, ruangan komen sedia untuk anda \m/

_____
Ada apa: I can't remember anything...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 3)


Bungkusan poslaju ni diterima Selasa lepas (4/1/2011) merupakan satu lagi harta rampasan perang dari CK Music's 2010 Year End Sale (YES). Ia diorder pada saat-saat akhir YES (lepas YES, harga dah lain) dan sebelum CK Music menutup akaun 2010.

Dan benda ni sebenarnya diorder oleh member yang order G1N dulu, bukan aku yang punya. Disebabkan aku dah biasa berurusan terus dengan Bro Amizan of CK Music, jadi dia pun menumpang orderlah.

Apa barang?

Korg AX5G modeling (modelling?) signal processor.

Layout dan warnanya mengingatkan aku kepada ex-AX3000G (Behemoth) aku dulu.

Pakej yang ringkas - pedal, manual, resit dan warranty card CK Music.

Dari apa yang aku perhatikan pada pedal ni dan juga padal manual, efek-efek dalam AX5G ni tak jauh beza dengan AX3000G cuma dalam bentuk kompak.

Tapi kalau diberi pilihan dan pada bajet yang sama, aku lebih suka memilih Zoom G1XN berbanding Korg AX5G ni sebab aku dah biasa dengan pedal-pedal Zoom. Tak lupa pedal-pedal Zoom (kecuali model G7 dan G9) mempunyai built-in rhythm/drum machine (a bonus feature).

Plasticy expression pedal.

Saiznya juga adalah lebih kurang macam saiz Zoom G1X/G1XN. Yang bikin gempak, pedal AX5G ni made in Japan, tak macam pedal Zoom yang made in China (kalau dulu-dulu Zoom made in Japan).

Tapi yang tak bestnya, lepas benda ni aku terima belah tengahari, belah petang tuan punya dah tuntut, tak sempat nak bawa balik rumah untuk sessi "pandu-uji". Kalau tak, dapat juga aku buat review kecil-kecilan.

_____
Ada apa: G1u aku pun belum buat entri review lagi...

Sepetang Di Pekan Beaufort


Tahun 2009 yang lepas aku ada cerita sedikit pasal Pekan Beaufort dalam entri ni. Dan aku ada snap gambar di bawah ni.

Rabu minggu lepas (29/12/2010), lepas beli dan pasang Sony Xplod CDX-GT180 kat Luie Thart Car Accessories, aku sempat ronda-ronda Pekan Beaufort. Dan memang tujuan aku ronda-ronda kali ni atas sebab nak cari Tugu Peringatan Starcevich ni (kes viral tugu di Limbang).

Bentuk plak (plaque) ni sama macam plak Serombong Kilang Rumbia di Bandar Mukah (under Malaysia Tourism), tapi tulisan plak ni dah pudar. Bukan, bukan plak ni Tugu Peringatan Starcevich yang aku cari, plak ni cuma info untuk para pengunjung (macam aku).

Aiseh, macam mana boleh salah ejaan nama "STARCEVITCH" tu? Sepatutnya "STARCEVICH", diorang ni buat plak tak double-check sebelum meletakkannya untuk tontonan umum? Aku rasa kalau anak cucu keturunan Starcevich tengok plak ni mesti diorang rasa sedih.

Oke, siapa sebenarnya Starcevich ni? Ni ada sedikit hype dari Wikipedia;

"Leslie Thomas Starcevich VC (5 September 1918 – 17 November 1989) was an Australian recipient of the Victoria Cross, the highest decoration for gallantry "in the face of the enemy" that can be awarded to members of the British and Commonwealth armed forces."

"The actions for which Starcevich received the VC occurred during the Borneo campaign of 1945. On 28 June 1945, during the capture of Beaufort, North Borneo, the leading section of Starcevich's unit came under fire from Japanese machine-gun posts and suffered casualties. Starcevich, a Bren gunner, moved forward and assaulted each post in turn, killing five of the enemy and causing the rest to retreat. Later, when the section was again held up, he adopted similar tactics and single-handedly captured two more posts, disposing of seven of the enemy."

Info selebihnya korang boleh baca kat Wikipedia atau website Sabah Tourism. Imej Starcevich aku link dari Wikipedia.

Sebenarnya aku terlepas pandang tugu peringatan ni, aku cari sampai atas bukit tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya tugu ni ada di kaki bukit saja.

Patutlah aku terlepas pandang, nampak macam batu KM tepi jalan.

Bila dah dekat nampak macam kubur je kan? Ni pun dah kira oke batu tu dah dicat putih, nampaklah oke sikit berbanding seperti dalam gambar lama di website Sabah Tourism. Pada batu tugu ni ada dua plak tembaga, besar dan kecil.

Plak besar ni bersempena memperingati peristiwa tahun 1945.
("Single-handed" pergh!~)

Plak kecil ni pula untuk memperingati kematian beliau pada tahun 1989.

Seperti dah menjadi tradisi Mat Salleh (especially British) untuk meletakkan tugu peringatan pada tempat-tempat bersejarah seperti tugu ni dan tugu di Limbang. Sekurang-kurangnya bila pelawat yang lalu pasti akan membacanya. Secara tidak langsung, sejarah dan tarikh peristiwa akan diingati (a good way to remember historical facts).

Lepas ni aku nak cari tugu peringatan berkaitan dengan orang tempatan pula.

_____
Ada apa: Somewhere in time...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger