_____
AADI: Acara tahunan Pepsi/7-Up.
Legasi YusTech
oleh Ijau D. Koceng 06 February 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Sebelum mengenali blog YusTech, aku tidak ada rujukan utama untuk memasang pikap gitar. Kalau ada pun hasil kerja Master Beez dalam entri-entri Bro Sub dan beberapa entri dalam blog Jo NoobAxe (yang sudah tidak aktif).

Kali pertama aku memasang pikap gitar sendiri ialah set Tesla AH-1 pada ex-Abominations (Dean VMNTx) aku awal 2011 tanpa sebarang pengalaman dan hanya berpandukan skematik daripada website Tesla. Serius, kalaulah aku ada snap gambar isi perut ketika itu, memang berserabut tak ingat dunia. Kerja-kerja pemasangan pun berlarutan hingga dua hari dengan beberapa kali pengulangan.
Selepas mengenali blog YusTech, banyak teknik-teknik berkaitan pemasangan dan pendawaian pikap gitar dipelajari walaupun hanya sekadar melihat gambar-gambar. Paling ketara ialah cara meringkaskan sambungan bumi (earth/ground) pada suis, pot, cap dan output jack.
Pertengahan 2014 YusTech ada menaja beberapa komponen yang aku istilahkan sebagai "pek permulaan pematerian yang kemas" sebagai tanda sokongan kepada minat aku yang semakin menjadi-jadi pada seni ini. Terima kasih, dan ketika ini aku bangga mengaku sebagai seorang Padawan beliau.
![]() |
Switchcraft output jack, mandatori YusTech. |
Berikut antara legasi YusTech dalam kerja-kerja pendawaian dan pemasangan pikap gitar-gitar aku mahupun gitar rakan-rakan selama lima tahun kebelakangan ini. Walaupun bukan tahap Jedi Master seperti beliau terutama bab pateri yang kemas (pematerian aku masih comot).
Beliau pernah berpesan, kalau kerja kita cuma tahap amatur jangan cas mahal tahap professional. Biasanya aku hanya akan cas RM30-40 untuk kerja-kerja penukaran pikap gitar rakan-rakan. Ya, setakat ini hanya berani terima gitar rakan-rakan sahaja, kalau total stranger memang aku tak terima.
Kalau kerja-kerja membersihkan gitar, mencuci fretboard bagai dan memasang tali gitar biasanya aku tak cas, ini passion dan satu daripada terapi minda aku.
Sekali lagi, terima kasih YusTech untuk ilmu yang dikongsikan. Legasimu akan tetap diteruskan di sebelah sini. Semoga ditempatkan bersama-sama golongan solihin, amin.
_____
AADI: Padawan, Jedi Master, kalau faham...
Wordless Wednesday: Tomb Raider 25th Anniversary
oleh Ijau D. Koceng 03 February 2021 pada 6:00 AM 1 commentTerima Kasih YusTech
oleh Ijau D. Koceng 02 February 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Menerima berita daripada admin Jamtank pagi tadi mengatakan guitar tech terkemuka dan rakan blogger kita YusTech GT telah meninggal dunia. Juga disahkan oleh Along Exists dalam Facebook beliau (terima kasih Mus Speedrider untuk link). Akupun masih menanti kepastian dan perincian ceritanya daripada rakan-rakan lain.
![]() |
Entri lama. |
Kebelakangan ini beliau tidak berapa aktif berblog (entri terakhir bertarikh 20/05/2020) tetapi lebih aktif menggunakan platform YouTube.
Video terakhir beliau bertarikh 30/01/2021.
Walaupun tak pernah berjumpa, tapi aku bangga mengaku dialah mentor online aku dan menjadi rujukan utama kalau ada kebuntuan dalam kerja-kerja pemasangan pikap gitar. Apa-apa entri AADI berkaitan pematerian dan pemasangan pikap selepas 2011 adalah dipelajari dan dipraktikkan daripada blog YusTech.
![]() |
Klontone IDK - imej Facebook YusTech. |
Tahun lepas beliau pernah meminta pendapat aku pedal apakah yang patut di-DIY-kan sebagai cabaran, akupun forward skematik litar Klon Centaur sebagai cabaran klonisasi. Nampaknya projek ini tidak sempat direalisasikan sebagai sebuah pedal fizikal, walaupun PCBnya sudah siap.
Apa-apapun, terima kasih bro Yusri Yusof untuk ilmu yang diberikan secara terus atau tidak langsung.
_____
AADI: Al-fatihah.
GAS 2021...
oleh Ijau D. Koceng 01 February 2021 pada 6:00 AM 0 commentsHari ke-32 2021, mula memikirkan halatuju dan perancangan materialistik perhobian tahunan. PKP 2.0 dah pengisytiharan darurat sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan supaya berhati-hati untuk menarik picu pembelian.
1) Kegitaran - jika tiada aktiviti seperti Santai Muzikal bulan Disember lepas, pasti tidak banyak yang terGAS tahun ini.
i) Line 6 FBV Express atau FBV Shortboard - Setelah berpuas hati dengan prestasi Fly Rig PL1 sebagai peneman gig dan jamming untuk tahun lepas, tahun ini ia akan direhatkan dan akan cuba menggunakan Pod HD pula.
Dan untuk prestasi seoptimumnya, akan cuba mendapatkan FBV Express atau FBV Shortboard untuk kegunaan gig/jamming, keutamaan kepada unit terpakai tak kisahlah Mark II atau Mark III.
ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini.
iii) In-ear monitor system - ikut pengalaman aku beberapa kali buat persembahan pentas, wedges monitor yang disediakan biasanya tidak memuaskan hati. Kadang-kadang mixing dan volume tidak optimum, kadang-kadang posisi monitor itu sendiri jauh nun di depan/tepi pentas dan bukannya di depan pemain.
Takstar pun dah kira ok. |
Bagi yang menggalas dua tugas sebagai seorang vokalis+gitaris seperti aku, amat kritikal supaya dapat mendengar vokal, bunyi gitar sendiri dan instrument asas lain (bass, kick/snare drum) dalam mix, kalau tidak sudah pasti akan "lost" dan persembahan pun ke laut - true story, pernah terjadi ketika Bintulu Bike Week 2018.
Posted by Bentley Music Sdn Bhd on Wednesday, 6 January 2021
iv) Ibanez GRGR131EX - ini boleh dikira "sudden GAS", aku jarang terlirik mata pada model-model Ibanez kebelakangan ini, apatah lagi siri-siri GIO. Tapi baru untuk 2021 model GRGR131EX dengan tema all-black (seperti konsep siri LTD Black Metal), dark sharktooth inlays(!) dan reversed headstock sudah cukup untuk menarik perhatianku.
![]() |
Imej Ibanez. |
Tapi bab-bab menambah gitar yang bertahap "sudden GAS" memang perlu muhasabah diri, jika dibawa bersabar pasti GASnya akan reda. Lagipun ada jenama/model lain yang telah disasarkan tahun ini, hanya menunggu dana GLTL dan stok masuk Malaysia sahaja.
Imej Sony. |
2) Console gaming - semenjak hype PS5 aku amat berharap agar harga PS4 turun mendadak, selalu mengintai harga PS4 Pro (ya versi Pro) untuk menggantikan PS4 Slim yang telah dilepaskan penangan gaming fatigue. Ingin kembali berkonsul, keinginan seperti tahun lepas yang terpicu akibat PKP 2.0 dan darurat. Kalau tidak termain pun, ia akan dijadikan blu-ray player atau peranti streaming services.
Sekali lagi, kesemuanya perlu dibawa muhasabah, difikirkan masak-masak dan perlu berhati-hati untuk menarik picu pembelian. Selagi musim pandemik belum berakhir dan dengan pengalaman tahun 2020, keperluan perlu didahulukan berbanding kemahuan.
_____
AADI: Selamat berbulan Februari.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Berkesempatan singgah di premis Sports Direct Malaysia di Vivacity Megamall ketika berada di Kuching minggu lepas . Dan pastinya terus menu...
-
Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung...
-
Sebelum menyertai PS Boxing , aku ada follow beberapa konten tinju di media sosial, contohnya channel Tony Jeffries . Ini antara channel ya...
-
Pancingan pertama bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap Seymour Duncan Red Devil Strat (neck, white) Billy Gibbons signat...
-
Macam tak sangka album ini sudah mencecah usia sedekad, terasa seperti baru beberapa tahun lepas ia dirilis. Tapi bila difikir semula, rupa-...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-