Akhirnya, Bintulu memiliki pawagam Golden Screen Cinema setelah GSC Lite terbengkalai di Bintulu Times Square sejak beribu-ribu tahun lamanya (harapan setinggi gunung, bak kata Adi Herman). Dibuka secara rasminya pada Sabtu lepas (24/12/2022) di The Spring Bintulu, pada asalnya lot ini untuk pawagam MBO, tetapi ketika proses pembikinannya MBO telah dibeli oleh GSC.
Isnin lepas (26/12/2022) aku mencuba pengalaman ber-GSC dengan menonton filem Avatar: The Way Of Water tayangan paling awal 10.00 pagi. Tujuan utama adalah untuk membandingkan pengalaman menonton di sini dengan pengalaman di TGV. Kos tiket, saiz skrin, suhu dewan, jenis kudapan yang ada dan faktor bayaran letak kereta juga perlu diambil kira.
Cerita sikit pasal Avatar, dari segi visual tidak dapat dinafikan memang CGI tahap tip-top, James Cameron dan laut memang tidak dapat dipisahkan. Dari segi jalan cerita, cliché paling menjengkelkan dalam apa jua genre filem ialah bila ada watak budak/remaja yang degil.
Ada banyak plot dan babak yang boleh dipertikaikan dan dibuang sekiranya ingin mengurangkan tempoh tayangan yang gila 3 jam lebih! Contohnya, watak Spider kalau tak ada pun tak apa, selebihnya tak perlu spoiler sangat.
Kini semakin banyak alternatif untuk kaki wayang Bintulu seperti aku - AGC, TGV dan GSC. AGC pula khabarnya menurunkan harga tiket kepada RM10.00 (RM8.00 tayangan pagi) supaya mampu untuk bersaing dengan dua nama besar tadi.
_____
AADI: Team Gold? Team Red? Atau kembali Team Galactic?
No comments:
Post a Comment