Akhirnya Bintulu memiliki pawagam yang "proper" dengan adanya TGV Cinemas yang menjadi tarikan utama di Boulevard Shopping Mall yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.
Dapatlah kaki wayang seperti aku meneruskan hobi ini selepas tertangguh dek pandemik. Filem terakhir yang ditonton di pawagam sebelum pandemik ialah Bad Boys For Life penghujung Januari 2020.
Pawagam Ashtar Galactic Cinema (AGC) di Commerce Square sebelum ini boleh dikira agak "proper", tapi harga tiket yang agak premium per fasilitinya membuatkan pengalaman menonton agak terbatas.
Berpeluang mengunjungi premis TGV ini Khamis lepas sementara menunggu Silvia aku servis rutin di Perodua. Untuk permulaan ini filem *Venom: Let There Be Carnage tayangan 10.45 pagi menjadi pilihan. Memang heaven la cuma ada 5-6 orang sahaja penonton.
Disebabkan premis TGV ini masih baharu, belum ada sebarang poster-poster besar dan memorabilia filem dipamerkan di foyer. Kiosk konsesi makanan dan minuman belum lengkap menunya, Hall 3 tempat aku menonton Venom pula skrinnya agak kotor dan masih berbau tapak pembinaan.
Selebihnya memang standard TGV lah, setakat ini aku pernah menonton di TGV Permaisuri Miri, TGV DPulze Cyberjaya dan TGV KLCC (ini paling lejen, tahun 2002 blind date sambil tonton The Scorpion King). Untuk filem Venom itu sendiri, tak perlulah aku ulas (dan spoil) kerana AADI bukan blog ulasan filem. Sasaran seterusnya ialah filem Ghostbusters: Afterlife, The Matrix Resurrections dan Spider-Man: No Way Home bulan Disember ini.
_____
AADI: *Eternals? Tak berminat pula aku nak tonton.
1 comment
Aku pun dah tak ingat bila last tengok wayang dan cerita apa
Post a Comment