Laman Tersembunyi

17 March 2023

Boxing Diaries: March 2023

Selepas dua bulan lebih menyertai sessi tinju di PS Boxing Club Bintulu, alhamdulillah berat aku turun sekitar 5 kg (tanpa ada kawalan pemakanan, hahaha). Badan pun terasa semakin sihat, tiada lagi sakit-sakit lenguh otot seperti dua minggu pertama menyertai. Hanya lutut masih menjadi kekangan, kalau sebelum ini lutut kiri bermasalah, sekarang lutut kanan pula menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Walaupun sessi PS Boxing tidaklah se"happening" sessi PS Muay Thai (gym yang sama - Isnin, Khamis, Jumaat), tapi aku rasa selesa dengan kesederhanaan environment gym, jurulatih dan rakan-rakan boxer/fighter lain yang sporting. Cuma kadang-kadang terasa janggal bila dipanggil "uncle".

Beban latihan akupun kini sama dengan fighter/boxer lain yang rata-ratanya berumur 20an. Hanya warm-ups (skipping), push-ups, sit-ups dan squats sahaja masih separuh atau 3/4 beban atas tiket paling tua dan paling boroi obes. Jurulatih juga sudah membenarkan aku mencuba light sparring, dan yang lucu kadang-kadang terkeluar gerakan tangan Silat Cekak (kaedah ABCD) hahaha...

_____
AADI: Cabaran Mrs. Ijau untuk turun berat 10% hampir tercapai.

3 comments:

  1. jadi inspirasi aku ni. lepas ni badan ijau akan jadi macam Jonathan Major (Kang) lah ye

    -portdy

    ReplyDelete
  2. perghh... berketak2 badan lepas ni

    ReplyDelete
  3. port - aku rasa kalau aku kontrol makan lagi banyak turun ni

    bert - kita tunggu boxing diaries 2 bulan akan datang lagi

    ReplyDelete