Bila sudah masuk 4-series mahu tak mahu perlu mencari cara untuk kekal sihat, maklumlah aku ni malas bersenam atau bersukan tapi kuat makan. Aktiviti atau sukan yang dipilih perlulah tidak membosankan supaya bersemangat dan tidak putus asa atau hanya HHTA.
Untuk 2023, aku mengambil keputusan untuk memilih sukan tinju berbanding sukan kombat atau seni bela diri lain. Juga untuk menyahut cabaran Mr. Ijau untuk mencari hobi yang sihat. Niat aku lebih kepada untuk fitness kerana sistem latihannya yang intensif tapi masih menyeronokkan.
Mula mengunjungi PS Boxing Club Bintulu sejak Selasa minggu lepas, dua sessi seminggu Selasa dan Sabtu 8.30 hingga 10.00 malam. Sessi malam Rabu tidak terlibat kerana ia sessi sparring untuk fighter/boxer.
Dengan latar belakang Silat Cekak dan Nanquan Wushu, aku tiada masalah dengan teknik. Hanya stamina dan keseimbangan badan menjadi kekangan akibat obesiti dan masalah lutut kiri. Tapi jurulatih memang sporting, beban latihan aku hanya separuh atau suku berbanding fighter/boxer lain yang rata-ratanya berumur 20an.
Serius, sudah lama aku tidak berasa penat, sakit tapi seronok sebegini, teringat zaman rajin main futsal belasan tahun yang lepas (zaman bujang). Semput pasca-COVID pun seperti sudah tiada selepas sessi pertama. Harapnya aku sentiasa konsisten dan tidak HHTA.
Dan jangan hairan kalau selepas ini entri-entri berkaitan tinju mula menyelit dalam AADI...
_____
AADI: HHTA = hangat-hangat taik ayam.
0 comments
Post a Comment