Hari ini katanya ulang tahun ke-40 album Master Of Puppets, *album terunggul sepanjang zaman (GOAT) Metallica. Telahpun dibuatkan entri ketika ulang tahun ke-35 album tersebut, juga boleh kembali ke entri versi 2009, versi 2014 dan entri 40th Metallica.
*Secara peribadi, ada lima album GOAT Metallica pilihanku - MOP, Black, Load, Garage Inc. dan S&M. Bukan setakat bab muzik, juga nilai nostalgik di sebalik album-album tersebut yang pasti akan mengingatkan titik-titik berbeza dalam garis masa kehidupanku.
Aku boleh dengar kelima-lima album ini tanpa skip, dan setiap lagu pasti akan mengimbau kenangan seperti membuka kembali sebuah kapsul masa.
_____
AADI: Lirik Disposable Heroes masih lagi relevan seperti isu semasa.

album metal terpadu sehingga masuk library of congress preservation
ReplyDeleteIni antara zaman aku tengah kemaruk giler dengan Metallica. Tapi sekarang memang dah tak bernafsu dah dengan mereka..hahaha...
ReplyDelete