Laman Tersembunyi

31 March 2012

Clover's Revenge

Bass aku Clover (GSR200EX) seolah-olah sedang membalas dendam "menyeksa" jari-jariku dengan skalanya yang panjang, disebabkan aku telah membiarkannya terperap dalam gigbag beberapa bulan semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt.

Dah biasa main skala 24.75" tiba-tiba main skala 34", perbezaan hampir 10" tu...

Menghabiskan masa tengah malam dengan bermain bass bersama-sama Pandora Mini, sebagai persedian sekiranya ada sessi jamming petang nanti.

Kali ni Bob Kandar ajak aku dan Azrol jamming sebagai 3-piece band Hepi ;) dan bukan sebagai entiti Metuk Ulau Projekt, disebabkan Adi Herman sedang sibuk dengan urusan kerja manakala Korawk pula dah "bersara" dari bermain muzik.

Jadi aku kembali menggalas tugas sebagai bassist/vocalist seperti zaman aku menggunakan Black Ice jamming di Hepi ;) makeshift studio dulu...

_____
Ada apa: Back to the start.

2 comments: