
Ya, aku beli bass baru lagi untuk menggantikan Black Ice (ICB200EX) hasil proses "gali lobang tutup lobang" dalam entri semalam. Buat masa ni aku lebih perlukan sebuah bass berbanding gitar akustik.
Bulan Mac lepas aku ada nyatakan model ni bakal masuk dalam wishlist 2011 aku (merapu dalam entri ni). Terima kasih kepada tauke Dead Eye Guitars (DEG) kerana bersusah payah mencarikan model ni khas untuk aku (stok Bentley ni).
Kali ni ia dihantar menggunakan khidmat kurier (courier service) ABX Express, kerana menurut tauke DEG, poslaju tidak lagi menerima bungkusan yang terlebih besar (over-sized) seperti kotak bass ni. Kalau setakat kotak gitar biasa yang bukan berbentuk ektrim, seperti Replacement (RG350) aku masih lagi diterima.

Resit, manual, model tag dan dua keping kad bisnes, satu daripadanya merupakan kad bisnes yang agak "misteri". Ya, ya aku tau, Ibanez lagi, tapi kembali kepada Gio series... Up the Gios! \m/
Ibanez GSR200EX Gio Soundgear Bass
Kalau tak silap, dalam website Ibanez tahun 2009, model GSR200EX ni merupakan model limited edition. Tapi seperti kebiasaan Ibanez, ia akan menjadi model standard pada tahun berikutnya, sama seperti kes RG350M.
"There are wide variations among our GSR series guitars. The GSR200 combines straight ahead sounds with the high playability of an SR. The GSR200EX gives a punchier sound, and the newly added GSRM20 is the perfect bass for kids who are just to starting to playing. Our Jumpstart Bass Package features a GSR and all the accessories you need to get up and jamming right from your first day"
- Hype dari website Ibanez.

Finally, a GREEN bass! :)
Meet the IDK Sig Mark II (spesifikasi)
- Brand: Ibanez (lagi)
- Model: Gio Soundgear
- Model Code: GSR200EX
- Made In: China
- Serial No: HU101100562 (November 2010?)
- Construction: Bolt-on
- Body: Basswood
- Neck: Maple
- Fingerboard: Rosewood with dot inlays
- Pickups: Ibanez PPD4 (passive)
- Colour: Green shadow flat (GSF)
- Hardware: Black
- Scale: 34"
- Fret: 22 medium
- Bridge: Ibanez B10
- Special feature: Phat II EQ (active electronic) preamp.
Set as standard tuning EADG.

Standard Soundgear (GSR/SR/SRX) headstock, black satin (flat) colour with swiveling truss-rod cover.

Seperti Glaive Bro Sub, GSR200EX ni juga menggunakan nombor siri jenis sticker lutsinar plastik, amat mudah tertanggal jika selalu diusik. Kenapa tak buat jenis bercetak (printed) macam label RoHS compliant di atas tu? Atau seperti gitar-gitar Ibanez yang dibuat di Indonesia seperti Replacement dan ex-Dinoscars (GAX010LTD) aku dulu?

9V battery compartment for powering Phat II EQ.

Sekilas pandang nampak macam pikap EBMM StingRay kan?
Perbezaan ketara antara model GSR200EX ni berbanding model GSR200 yang biasa adalah pada pikapnya. Model GSR200 menggunakan pikap *PSND (dalam website dinyatakan pikap STD?) manakala model GSR200EX menjadi bahan eksperimen (EX) untuk menggunakan pikap *PPD yang seakan-akan pikap *PFR seperti pada SRX series.
Imej link dari website Ibanez.
Walaupun demikian, kedua-dua model GSR200EX dan GSR200 menggunakan preamp yang sama iaitu Phat II EQ, sama seperti yang ada pada Black Ice aku dulu.
Kelebihan
- Berwarna HIJAU! Green shadow flat (GSF), non-glossy satin finish. Warna yang sama macam ex-Dinoscars.
- Black hardware - nampak lebih "gloomy".
- Harga yang agak menarik (standard harga Gio series).
- Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus dan berkualiti, walaupun pada Gio series.
- PPD pickups + Phat II EQ preamp = deep punchy sound.
- Ringan! Lebih ringan berbanding Goldie aku. Faktor kayu basswood dan mungkin disebabkan sebelum ni aku dah biasa menggalas Black Ice yang agak berat.
Hijau, ringan, murah, pikap dan Phat II EQ merupakan antara faktor kenapa aku memilih bass ni berbanding bass jenama/model yang lain.

PPD pickups, four plastic knobs (clockwise from topright - Phat II EQ, tone, bridge pickup volume, neck pickup volume) and B10 bridge, all in black hardware.
Kelemahan
- Tombol plastik, sama seperti tombol pada Gio series yang lain (sebelum ni aku pernah memiliki tiga buah Gio series - GSR190J, GRG270, GAX010LTD).
- Memiliki medium frets seperti bass Ibanez yang lain (both Gio and full-fledged series), kenapa Ibanez tak buat bass dengan jumbo frets macam LTD?
- Pikap PPD menghasilkan bunyi yang agak "kasar" dan "dalam", dan sekiranya tombol Phat II EQ dipulas maksimum boleh menyebabkan bunyi pada amp menjadi seakan-akan overdriven tanpa sebarang pedal efek (not recommended for small wattage amps).
Dari segi keselesaan ia ringan, stabil (well balanced) dan lebih pendek berbanding Black Ice walaupun scale yang sama (34"). Tonewise masih sama seperti Black Ice mungkin disebabkan Phat II EQ.
Tapi aku memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kembali dengan bentuk Soundgear ni setelah sekian lama menggunakan bentuk Iceman. Dan disebabkan ia berwarna hijau, aku bagi nick CLOVER untuk bass baru aku ni.
*Kod-kod pikap bass seperti yang ditulis pada katalog Ibanez 2011.
- PSND - Powersound, high output with added highs (J-variant) and with plenty of punch (P-variant).
- PPD - Powerpole dual coil, passive bass sound with plenty of punch.
- PFR - Passive full range, powerful full range pickup with added low mids.
Ada apa dengan IDK Sig Mark II?
_____
Ada apa: 8th axe from DEG...
3 komen:
bila la benda ni akan di let go??? kita tunggu dan lihat hehehehehehe
letgo? klu ada bass bc rich virgin, virgo atau LTD EX-104... xmustahil~
p/s: personal attack adalah disengajakan
durian runtuh ye...?
Post a Comment