Sabtu yang "Bersih" (9/7/2011) - Berkesempatan meluangkan masa untuk sessi jamming bersama geng Hepi ;), sessi jamming pertama selepas berubah status. Lepas ni kena jamming belah petang saja, dah tak dapat nak jamming sampai larut malam macam dulu.
Disebabkan bass Black Ice aku dah let-go, sessi jamming three-piece (bersama Bob Kandar dan Azrol) kali ni aku main gitar (Goldie) dengan setup yang paling ringkas:
Goldie -> Pandora Mini -> Oren (bass amp)
Sangkutkan pada mic-stand, senang nak monitor.
Entri kali ni bukan nak cerita pasal sessi jamming, tapi lebih kepada ulasan mengenai Pandora Mini aku ni. Dah beberapa bulan sejak ia dibeli dari CK Music penghujung April lepas, baru sekarang aku berpeluang nak buat ulasan (review) kecil-kecilan.
Secara amnya, efek yang ada dalam Pandora Mini ni (amp, cab, mod, pedal, reverb, delay, etc) hampir sama dengan efek yang ada pada AX3000G (Behemoth) aku dulu, Korg tetap Korg!
Aku jenis malas nak edit sound, jadi aku lebih suka guna presets yang ada tersedia dalam Pandora Mini ni. Lagipun nak edit sound sendiri agak susah dan leceh sebab butang dan tombol yang ada semuanya kecil-kecil belaka.
Antara presets yang aku suka setakat ni (mostly song presets):
- #002 WONDERWALL - nice clean
- #010 TROOPER - British hi-gain Metal sound, need to explain more?
- #013 7NATION - lower octave sound
- #014 AENIMA - heavy distortion
- #029 WHERE I - spooky sound
- #031 NTHEBOX - macam intro lagu Generator Foo Fighters
- #058 EVERLONG - Foo Fighters lagi?
- #063 STAIRWAY - (to heaven?) great acoustic clean
- #064 SYMPHONY - (of destruction?)
- #073 AS YOU ARE - intro from Nirvana's famous song
- #077 UPRISING - cool synth
- #087 CRAZYTRAIN - I'm going off the rail on this
- #092 SANDMAN - bunyi distortion berpasir
- Coming soon...
Info-info bab teknikal tu boleh layari website rasmi Korg, tak reti aku nak cerita. Aku cuma buat ulasan mengenai kelebihan dan kelemahan Pandora Mini dari pendapat peribadi aku.
Kelebihan
- Kecil, saiznya lebih kurang sebesar saiz MyKad. Macam tak percaya pula semua efek seperti dalam AX3000G boleh dimuatkan dalam Pandora Mini ni.
- Disebabkan ia kecil, jadi ia amat mudah alih (mobile) dan sesuai untuk travelling musician.
- Lebih murah daripada Pandora PX5D (discontinued) yang terdahulu.
- Skrin LCD yang berlampu (backlit) dan jelas walaupun kecil. Boleh dipadamkan (disabled) untuk menjimatkan bateri.
- Boleh disambung terus pada PC menggunakan USB dan edit sound guna perisian Pandora Mini Sound Editor.
- Cuma menggunakan sebiji bateri AA sahaja yang boleh bertahan agak lama (dengan syarat, keluarkan bateri sekiranya tidak digunakan dalam masa yang lama). Atau guna power dari USB bus.
- Dua jenis output - normal 1/4" mono phone jack untuk disambung pada amp, dan mini 1/8" stereo phone jack untuk headphone. Bila dah sambung dengan headphone, anggap saja ia seperti Walkman atau iPod untuk gitar.
- Pitch pada AUX input yang boleh diubah kepada up/down one octave.
- Boleh digunakan untuk gitar dan juga bass!
- Oh ya, comes with built-in rhythm patterns, metronome and tuner too...
Perbandingan saiz dengan GA-1 tuner, K618i klasik dan Master Yoda.
Kelemahan
- Kecil, mudah hilang, kebarangkalian salah letak (misplaced) adalah tinggi.
- Tidak berapa sesuai digunakan untuk live performance atau jamming sebab ambil masa untuk memulas tombol bila menukar presets/patches yang lain (kecuali empat favourite patches yang boleh diset pada empat butang one-touch recall ABCD).
- Tidak mempunyai penyangkut tali pinggang (macam pager), yang ada cuma lubang kecil untuk diikat pada landyard. Penyelesaian, belikan pouch handphone :)
- Butang dan tombol yang kecil, agak susah untuk pengguna bertangan besar untuk edit sound. Penyelesaian? Edit guna perisian Pandora Mini Sound Editor.
- It's Plastic!
Did you know? Pandora Mini juga boleh digunakan untuk bass, terdapat banyak presets yang tersedia untuk bass (macam AX3000B?). Nanti kalau dah ada bass (baru), aku buat ulasan (mini) tambahan khas untuk bass.
Di rumah aku selalu guna Pandora Mini ni bersama-sama headphone Sony MDR-XD100 ataupun sambung dengan Oren Kecik pada clean channel untuk setup yang mini.
_____
Ada apa: Aku baru perasan AADI Odometer hampir mencecah 25k hits!
4 komen:
boleh digunakan bersama amplitube x?
aku rasa xdpt, sbb ia cuma guna MIDI via USB saja... software yg ada cuma utk edit sound saja (mcm cable AX3000G aku dulu) bkn utk recording
keciknya efek... main sambil tidur boleh la
kira efek tahap walkman ni doc
Post a Comment