Laman Tersembunyi

11 October 2025

Re-Swede

Selepas dipandu uji ketika sessi jamming comeback beberapa minggu lepas, ternyata saiz langsing dan kompak singlecut Hagstrom Ultra Swede (Swede) tidaklah serasi dengan saiz perutku badanku semasa dalam kedudukan kuda-kuda perang (battle stance).

Begitu juga dengan kedudukan suis toggle 3-arah di belakang bridge (ala PRS) yang terasa janggal bagi aku yang sudah biasa dengan konfigurasi Les Paul. *Tangan akan otomatik mencari suis pada kedudukan atas pikap neck.

Oleh sebab itu ia akan dijadikan gitar bilik tidur sahaja dan dipasangkan semula dengan pikap asal. Set pikap PAF Pro/Super 3 sebelum ini (yang cemerlang) disimpan semula dalam stok peribadi untuk kegunaan gitar lain. Mungkin juga dicadang untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat (2025 purge).

*Macam manalah nanti kalau Iron Cross dibawa jamming? Hmmm...

_____
AADI: Kitar semula gambar lama.

No comments:

Post a Comment