Katanya bulan terakhir sebelum Marc Warman berhijrah kembali ke Kanada, sempatlah menapau satu lagi gitar daripada The Guitar Lair sebelum tutup kedai, hahaha... Tak boleh jadi ni.
Sebuah singlecut lagi, kali ini jenama Hagstrom model Ultra Swede. Harga runcitnya lebih kurang sebuah Epiphone Les Paul Standard Plus Top, tapi dengan klausa tutup kedai tadi, kini harganya lebih kurang 1/3 daripada harga runcit.
Ultra Swede ini singlecut yang lebih moden, nipis, langsing dan kompak berbanding model Super Swede yang spesifikasinya seakan sebuah Les Paul. Kemasan ini digelar cosmic black burst, sejenis kemasan flame maple (veneer?). Ditambah dengan binding pearloid sepanjang badan, neck dan headstock amat kontras dengan warna gelapnya.
Perbandingan saiz Les Paul dalam peti buaya. |
Sebelum ini aku hanya kenal jenama Hagstrom daripada signature Pat Smear yang selalu digunakannya semasa konsert Foo Fighters.
Hagstrom ini jenama dari Sweden, tapi model Ultra Swede ini buatan Indonesia yang berkebarangkalian besar dibuat di kilang World Musical Instrument berpandukan nombor sirinya. Tak hairanlah jika kualiti pertukangan kayunya seakan-akan sebuah LTD 200-series.
Headstock trademark Hagstrom yang agak ganas dengan emblem fleur-de-lis seakan trident. Bentuk tuning peg machine head yang unik, ditambah dengan nut sintetik berjenama GraphTech TUSQ XL hitam, pilihan yang lebih berbaloi untuk gitar pada kelas yang sama. Cuma bentuk penutup truss rod sahaja agak lucu.
Daripada nombor sirinya WI14030026, aku interpret sebagai unit ke-26 Mac 2014, tapi ia nampak agak baharu untuk sebuah gitar berusia lapan tahun. Segala hardware krom masih berkilat tak kusam atau berkarat dan tiada calar (setakat hairline biasalah). Hanya binding pearloid putih pada tempat tertentu sudah nampak kekuningan.
Fretboard daripada material bernama Resinator, sejenis bahan komposit kayu (mungkin seperti Richlite?) yang penampilannya gelap seakan-akan ebony. Inlay pun agak menarik gabungan corak pearloid dan abalone. Dengan radius fretboard shred-friendly 15" yang lebih rata berbanding 14" pada Chucky dan 12" pada singlecut lain.
Dengan potongan yang lebih langsing dan kompak serta badan berkayu basswood (maple top), ia memang ringan hanya sekitar 3.1 kg sahaja, untuk rujukan berat abang long Goldie 4.0 kg. Dalam masa yang sama, masih mengekalkan skala 24.75".
Konfigurasi tombol-tombol dan suis agak berbeza berbanding singlecut lain. Ia seakan konfigurasi Ibanez DN520K atau PRS SE. Suis toggle di belakang bridge agak janggal buatku. Mini-toggle di antara dua tombol pula adalah untuk mode pikap sama ada full humbucker atau coil-split.
Tailpiece yang agak menarik trademark Hagstrom iaitu Sustain Block Tailpiece, setiap tali disauhkan pada blok berasingan. Tapi disebabkan penampilannya yang tidak menarik, ia ditutup dengan plat logam.
Isu pertama yang aku hadapi pada gitar ini ialah output neck pickup yang bermasalah terlalu low output, seperti ada masalah grounding, bridge pickup tiada masalah. Selepas mengintai "isi perut" didapati wayar-wayar berserabut.
Selepas disiasat, ini bukan pendawaian asal daripada kilang dan aku pasti ia pernah dikacau (tempered) sebelum ini kerana ada tanda-tanda kerja tangan beginner dikesan seperti pematerian bertindih yang comot, masih ada wayar lama tidak dipotong, penggunaan pita penebat (insulation tape) PVC berbanding shrink tubing dan skematik yang tunggang-langgang.
Isu kedua yang aku jumpa ialah pickup ring retak, mungkin skru dipasang terlalu ketat, biasanya bila menggunakan pemutar skru elektrik dengan torque yang tinggi. Bila dijenguk routing kaviti pikap pula, aku pasti ini bukan pikap Hagstrom Custom 62 (rujukan).
Mungkin juga ada kaitan dengan perenggan di atas tadi. Teori aku, pikap dan elektronik asal telah dikeluarkan, diganti dengan pikap generik dan dipasang semula oleh beginner. Macam mana aku tahu ini kerja beginner? 10-12 tahun lepas beginilah kualiti kerja aku.
Bab ini aku taklah berkira sangat, pikap Hagstrom Custom 62 asal pun sebenarnya pikap BHK (Boo Heung, Korea) dijenama semula seperti pikap asal ex-Mr. Smith. Setakat pikap dan pendawaian bukan masalah besar, boleh aku selesaikan sendiri kelak.
Selebihnya, aku berpuas hati dengan fizikal gitar ini dari segi hardware, kerja kayu, kemasan, berat dan dimensi. Amat berbaloi-baloi per harga yang dibayar. Penampilannya yang moden dan agak ganas, ada "attitude" amat sesuai dikhususkan sebagai gitar metal.
Hagstrom and Prestige, The Guitar Lair brothers. |
Nickname? Malas nak fikir banyak, ia akan digelar SWEDE sahaja. Gitar kedua untuk 2022, *singlecut yang keenam dalam axology, dan keseluruhannya berkembang menjadi 10 unit (2x superstrat, 2x bass). Paling banyak setakat ini, dan semakin bahaya [tepuk dahi]...
_____
AADI: *Agaknya memang selera aku kini ke arah singlecut.
0 comments
Post a Comment