Antara sebab set DiMarzio PAF Pro/Super 3 dikeluarkan daripada gitar rimau Tigera adalah untuk *dieksperimentasikan pada Swede (Hagstrom Super Swede) ini.
Julianbucker dan Alnico Classic yang baru sahaja dipasang bulan lepas dikeluarkan. Walaupun kedua-duanya krom nampak gorgos pada gitar ini, tapi atas faktor-faktor tertentu ia bukanlah pikap yang sesuai untuk Swede.
Tak stress ke kejap-kejap je tukar pikap gitar? Tak, bagi aku ia sebahagian daripada sessi terapi minda kerana semua aku buat sendiri (supaya kekal siuman) bukannya dihantar ke kedai dan dicas berganda-ganda.
Lagipun kerja-kerja pematerian menjadi lebih seronok selepas memperolehi stok tip pateri OEM dan timah berkualiti seperti dalam entri WW beberapa minggu lepas.
Menggunakan suis mini DPDT yang sedia ada sebagai coil-split kedua-dua pikap untuk variasi bunyi. Seperti biasa wayar-wayar dikemas dan diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.
- PAF Pro - 8.6k (series), 4.4k (split)
- Both - 6.6k (series), 3.4k (split)
- Super 3 - 26.8k (series), 13.7k (split)
*Seperti ada sesuatu yang magis dengan gitar ringan bernadi pikap high output DiMarzio seperti Super 3 ini, responnya lain macam membuatkan aku bisa tersenyum. Sama seperti respon ex-Neon yang pernah dipasangkan dengan D-Activator suatu ketika dahulu.
Dipasangkan dengan set tali baharu Harmony HE02 (10-46), ditala dan diintonasi pada Eb-standard supaya boleh digunakan sebagai gitar harian.
Tali sebelum ini Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) yang baru diguna sebulan, dikitar semula dan dipasang pada Tigera yang lebih mesra untuk talaan rendah (C-standard) bernadi Alumitone/Deathbucker.
_____
AADI: Habiskan stok Harmony.
0 comments
Post a Comment