Laman Tersembunyi

07 January 2023

Death Alumitone Praetor

Entri pertama untuk 2023, menjadi rutin seperti tahun-tahun sebelumnya (2021, 2022) untuk memasang/menukar pikap gitar sendiri pada ambang/malam tahun baharu.

Kali ini gitar Praetor pula menjadi mangsa, dipasang dengan set Lace Alumitone/Deathbucker menggantikan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 sebelum ini. Kenapa? Kerana aku boleh...

Selagi ada nafsu dan kerajinan, set pikap begini akan *berotasi keluar-masuk dalam gitar-gitar aku sehingga mendapat kombinasi gitar-pikap yang memuaskan hati. Selebihnya tak perlulah aku cerita ketemberangan pikap ini.

Inipun aku tak janji berapa lama boleh bertahan pada gitar ini, nanti dah bosan atau jika sudah ada pikap pasangan D Sonic camo, pasti akan bertukar lagi.

_____
AADI: *Dah lompat empat gitar.

No comments:

Post a Comment