Untuk kali yang ke-entah abang long *Goldie bertukar pasangan pikap (macam acara tahunan pula). Kali ini dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker menggantikan set Entwistle Dark Star zebra yang dipasang pertengahan tahun lepas.
Ini merupakan projek malam tahun baru dan pemasangan hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit, kerana isi perutnya sebelum ini (50's wiring) telah disusun supaya mudah untuk dipateri tanpa perlu membuka dan mengeluarkan kesemua potentiometer.
Kedua-dua Alumitone dan Deathbucker ini disyor untuk menggunakan pot 250k, tapi aku mengekalkan pot 500k CTS Allparts yang sedia ada untuk output yang lebih nyaring (bright) sesuai dengan karekter bunyi Les Paul yang agak kelam (dark). Dipasang secara humbucker penuh tanpa opsyen split.
Direhatkan dulu, bagi peluang gitar lain beraksi. |
Karekternya seampuh set DiMarzio classic rock sebelum ini. Walaupun output Deathbucker jauh lebih tinggi berbanding Alumitone, tapi pada kedudukan neck ia menjadi agak seimbang dan tiada perubahan volume yang ketara. Kalau aku cerita faktor tona pula, biasanya temberang saja yang lebih, kah kah kah...
Lain cerita, mulanya terfikir untuk memasang set Alumitone/Deathbucker ini pada Shiro, dan memindahkan set EMG 81/60 ke dalam Goldie. Tapi selepas muhasabah diri, biarlah ESP ini dalam keadaan stok seadanya.
_____
AADI: *Bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-10 bulan April nanti.
3 komen:
Isi perut yang kemas / rapi 👍🏾
pengaruh YusTech GT... tapi soldering masih comot
aku ada guitar tu hari speker dia pula tak hidup. nantilah tahun ni aku beli speker baru. terbayang2 pula nak petik gitar karan hehe
Post a Comment