Projek kegitaran pertama untuk 2022, hampir sama rutinnya seperti tahun lepas. Kali ini set EMG pasif EMG-ALX dan EMG-H1N yang diperolehi daripada Gapnap beberapa minggu lepas dipasang pada pada Shiro (ESP Eclipse-II).
*EMG dan ESP memang serasi bersama, set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini mungkin akan dipasang semula pada Goldie atau didagangkan jika ada yang berminat.
Dengan sistem tanpa pateri (solderless system) EMG, memasang set ini amatlah mudah, hanya menyusun wayar supaya nampak kemas (meneruskan legasi YusTech) sahaja yang memakan masa.
Setup yang aku pilih ialah master VOLUME, neck TONE, bridge TONE dengan ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan GAIN booster sekitar 35-40%.
Booster OFF - sebagai pikap pasif, model H1 dan ALX (H2) ini memiliki karekter pikap klasik (PAF-ish?) dengan output agak moderate dan tidak segarang model H4 seperti yang pernah digunakan pada ex-Nightfall (sempat juga pada Goldie) yang mereplikasi karekter pikap aktif EMG 81/85.
Booster ON - seperti yang dijangka, efeknya seolah-olah mengaktifkan sebuah overdrive, menjadikan signal lebih responsif dan lebih sustain untuk distortion. Tapi untuk clean agak overkill kerana signal telahpun sedikit terpacu lampau (overdriven).
Dalam kesempatan yang ada, Shiro juga dibelanja set tali baharu GHS Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46) stok 2020 yang dalam simpanan tapi masih belum berkarat. Ditala dan diintonasi pada Eb-standard. Entahlah bila ada peluang memandu-ujinya dalam keadaan jamming...
_____
AADI: *Juga tribute untuk Alexi "Wild Child" Laiho.
0 comments
Post a Comment