Daripada pengalaman menggunakan ex-Sarge tiga tahun lepas, King V siri JS32 ini memang platform yang tegap untuk modifikasi.
Tak sampai dua hari dimiliki, Praetor ini terus dimodifikasi menggunakan hardware "emas" berprestasi yang sama pernah dipasang pada ex-Sarge - Gotoh GE1996T tremolo unit, GHL-2-G locking nut dan Planet Waves PWAT-6R3 auto-trim locking tuners.
Sebelum memulakan proses modifikasi, mengambil kesempatan untuk menggilap fret yang kusam dan merawat fretboard yang kering dengan produk Dunlop.
Seperti yang dijangka, model ini masih menggunakan pikap Belcat yang dijenama semula. Pikap ini berfungsi dengan baik, tapi untuk citarasa peribadi dan keberadaan pikap aftermarket dalam simpanan, ia akan diganti.
Pendawaian asal yang ringkas - 1x volume, 1x tone, 3-way toggle switch - dalam kaviti yang agak kemas dan bercat konduktif (hitam). Jika ingin menggunakan pikap atau preamp aktif, luas kaviti ini dapat menampung sebiji (atau dua) bateri 9V.
Sebagai gitar perumah yang berpotensi, ia dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 serta cover emas (generic Shopee) untuk melengkapkan tema hardware "emas" dan tugasnya sebagai gitar metal. Warna emas cover agak cerah berbanding bridge dan tombol (OCD melanda).
Dipasang secara humbucker penuh tidak perlu pendawaian yang kompleks seperti opsyen push-pull coil-split, series-parallel. Mengekalkan komponen elektronik asal, selagi ia berfungsi tidak perlu ditukar. Wayar-wayar dikemaskan untuk meneruskan legasi YusTech.
Dan akhir sekali dipasangkan dengan set tali baharu PRS Classic 10-52 pemberian Bro Sub The Guitar Addict tiga tahun lepas. Masih tidak berkarat selepas sekian lama dalam simpanan, tidak seperti jenama cap burung yang satu lagi tu. Action direndahkan seoptimumnya, diintonasi dan ditala pada D-standard. Sedia untuk beraksi...
_____
AADI: Kembali masuk khemah Jackson.
2 komen:
fuhhh. ganazz. mcm gita mustaine zaman kegemilangan megadeth
serius, bentuk V bagi aku lagi selesa berbanding bentuk Explorer/Kelly kalau main berdiri
Post a Comment