Entri pertama untuk 2021, awal tahun ini kurang sibuk kerana sessi persekolahan belum bermula (kecuali TASKA).
Kedua-dua bungkusan dari US ini diterima serentak pada hari terakhir 2020, walaupun dihantar berasingan selang dua minggu. Satu merupakan pancingan bersempena Black Friday dan satu lagi bersempena Holiday Sale. Tapi bungkusan pertama terpaksa dituntut di pejabat pos kerana ditahan kastam.
Masing-masing berisi pikap Lace Alumitone Deathbucker with Trim Ring dan Alumitone with Trim Ring dengan kemasan anodized black. Diperolehi terus daripada website Lace Music dengan diskaun 20% bersempena Black Friday dan Holiday Sale, dan paling berbaloi pengeposan percuma ke seluruh dunia.
Kedua-dua kotaknya adalah versi bulk dan bukannya retail, bungkusan Alumitone (kiri) diterima lebih proper berbanding Deathbucker (kanan) yang hanya dibungkus dengan bubble wrap. Kedua-duanya disertakan dengan set skru, tiub silikon (pengganti spring) dan sticker Lace.
Setelah berpuas hati dengan karekter dan kualiti bunyi set Alumitone HSS pada Mr. Smith, teringin pula mencuba versi yang lebih keras dan beroutput tinggi iaitu Deathbucker. Menurut The Guitar Addict (semoga beransur sihat, bro), Deathbucker ini se"garang" DiMarzio X2N.
Dengan versi trim ring ini, kedua-dua pikap nampak lebih kontemporari humbucker berbanding versi "telanjang" yang banyak lubang-lubang untuk dimasuki habuk dan fauna. Bila diterbalikkan, trim ring ini dipateri pada pikap dan tidak dapat dibuka-pasang sewenang-wenangnya.
Kedua-dua pikap ini akan dipasang sebagai set - Alumitone neck, Deathbucker bridge, dan sudahpun dirancang gitar mana yang bakal menjadi perumahnya. Modal untuk entri akan datang.
![]() |
Thoughts? |
Lain cerita - Black Friday tahun 2020 tak jadi nak rembat strap Richter seperti tahun-tahun sebelumnya (2019, 2018). Selain hanya diskaun 10%, tahun ini tiada lagi pengeposan percuma seluruh dunia untuk pembelian melebihi €25. Alasan pandemik?
_____
AADI: Up the Lace! \m/
0 comments
Post a Comment