Dah lama aku mencari batch susu Dutch Lady Milky 225 ml bertemakan Star Wars ini. Berkali-kali mencarinya di hampir semua pasar raya besar di Bintulu, namun tidak ketemu.
Tapi bila bahang
The Last Jedi sudah reda, barulah terjumpa kedua-duanya di kedai runcit stesen minyak Shell (Shell Mart?). Tapi dalam
website ia seperti "eksklusif" untuk premis 7-Eleven, My News, Family Mart, Happy Mart, Petronas, Shell, Petron, BHP Petrol dan Caltex sahaja, betul ke?
Tiada yang istimewa, hanyalah grafik Darth Vader untuk perisa coklat dan Storm Trooper untuk perisa strawberi. Sebagai seorang
hoarder collector, kononnya ingin disimpan sebagai koleksi, tapi bila ia mula dimain oleh anak-anak, akhirnya TERbuang juga, kah kah kah...
_____
AADI: Tisu Kleenex Star Wars pun teringin nak beli.