Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Throwback Thursday: MAS Pre-2000


Terjumpa relik zaman menuntut di USM Penang dulu ketika mengemas bilik di rumah kampung beberapa minggu lepas. Koleksi tiket kapal terbang dan pas masuk Malaysia Airlines (MAS) BKI-KUL, KUL-PEN sekitar 1997-2001.

Dulu menaiki MAS terasa eksklusif kerana penghujung 90an terbang sana-sini belum lagi menjadi kebiasaan. Ketika itu Air Asia belum lagi gah seperti awal 2000an, masih logo kepala helang. Orang Borneo terpaksa berbelanja besar jika menuntut di Semenanjung.

Kalau guna duit sendiri hanya mampu balik setahun sekali, mujurlah pihak biasiswa juga ada menyediakan tambang ulang-alik setahun sekali. Dapatlah balik dua kali setahun, sekali waktu cuti panjang semester dan sekali waktu raya.

FYI, harga tiket Kelas Golden Club (business class) untuk penerbangan malam lebih kurang sama seperti harga tiket Kelas Ekonomi penerbangan siang. Kalau ada peluang memang aku pilih Golden Club. Lagilah terasa eksklusif, lebih-lebih lagi untuk remaja bawah 20 tahun merantau solo. Ya, dulu ada penerbangan malam dan awal pagi yang harganya lebih murah.

Diambil gambar kenang-kenangan untuk modal entri AADI ini sebelum dilupuskan bersama-sama barangan lain yang sudah 30 tahun terperap dalam laci dan almari bujang aku.

_____
AADI: Sempat merasa Subang Airport.

Popular Imago


Tersinggah di premis Popular Bookstore, Imago Kota Kinabalu sehari sebelum pergi ke Kundasang. Agak terkejut kerana premis ini masih ada menjual DVD anime seperti 10 tahun lepas (CD-Rama?) pada harga yang masih dikira munasabah dan mampu milik.

Amat berharap kalau ada DVD boxset Yakitate!! Japan, tapi malangnya tiada. Ia antara DVD anime yang aku cari dari dulu. Ketika ia mudah didapati di CD-Rama dan/atau Speedy Video berbelas tahun lepas aku tak pandang pun, kerana ketika itu masih hangat dengan budaya menyedut torrent.

Koleksi DVD yang dijual bukannya yang lama sahaja kerana ada DVD musim pertama One Piece Netflix live action. Yang ini walaupun ramai yang kata bagus dan true to source material, tapi aku tak mahu terlayan, cukuplah dengan versi komik/manga sahaja yang sudah beribu-ribu episod. Versi anime pun aku dah ada masa nak layan. Skip~

Cuma DVD yang ini aku menyesal tak beli - Godzilla Minus One + Shin Godzilla. Minus One tu antara filem yang ditunggu-tunggu tayangannya di Malaysia, malangnya tiada. Dek kerana mengejar masa dan melayan karenah anak-anak, terlupa untuk berpatah balik ke Popular ini.

_____
AADI: Harapnya nanti masih ada bila aku kembali.

Flashback Friday: February Stars (Part 2)


Untuk bulan Februari 2023, AADI hanya ada lapan entri, paling sedikit sejak September 2018 yang ada sembilan entri. Selepas entri Jazz, hampir dua minggu tiada entri...

12/02/2023 - Sekeluarga balik Membakut tak sampai 24 jam selepas notis daripada kakak aku yang mengatakan ayah sedang nazak di kampung. Melalui jalan udara BTU-BKI yang hanya ada satu penerbangan pada pagi Ahad.

Kami terlambat sekitar 30 minit, tapi syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan jenazah. Taklah begitu terkejut dengan pemergiaannya, kerana waktu kami balik bulan Disember lepas pun sudah ada tanda-tanda sakit tua.

15/02/2023 - Hari ini aku mula demam (bukan coov) yang berlarutan sehingga balik Bintulu. Juga tak terbuat entri ulang tahun Maiden Singapore 2011, mungkin sudah boleh move-on selepas 12 tahun.

19/02/2023 - Kembali ke Bintulu, sebelah malam Mrs. Ijau dan anak-anak pula demam (bukan coov), berkemungkinan besar influenza. Di kampung pun dengar-dengar keluarga kakak/abang aku pun ada yang demam.

22/02/2023 - Kembali bekerja selepas cuti seminggu, itupun "hati" masih di rumah mengenang Mrs. Ijau dan anak-anak yang masih demam.

26/02/2023 - Baru ada peluang menonton filem The First Slam Dunk yang eksklusif di pawagam GSC sahaja.

27/02/2023 - Balik kerja kepala sakit, sampai tahap air liur pekat dan muntah-muntah sebelah malam. Biasanya kalau simptom begini aku ada salah makan (food poisoning). Tak sempat tengok Marty Friedman/Megadeth secara live dari Bodukan.

28/02/2023 - Syukur alhamdulillah hari ini aku sihat, sebelah malam sudah dapat kembali menyertai sessi tinju di PS Boxing Club selepas "ponteng" dua minggu.

_____
AADI: Selamat 3.3

Wordless Wednesday: Coming Home



_____
AADI: Selepas 30 bulan tak keluar Sarawak, akhirnya...

Wordless Wednesday: KNS Aeropod




_____
AADI: Datang dari Bintulu nak naik keretapi, keretapi rosak, sedih...

Ada Apa Dengan Dunkin' Donuts?


Dunkin' Donuts, antara perusahaan francais (restoran/kiosk) yang tidak terdapat di Bintulu atau mungkin di seluruh Sarawak secara amnya (sila betulkan jika salah). Kebiasaannya aku hanya berpeluang membelinya ketika berada di LCCT atau KKIA.

Mengintai Dunkin' Donuts dalam entri ni.

Dan kebetulan semalam ibu bapa aku datang ke Bintulu dua minggu awal daripada perancangan (tak sabar nak menimang cucu), jadi aku memesan supaya mereka membelikan sekotak (5+1) di KKIA.

Kalau diikutkan rasa Dunkin' Donuts ni biasa saja, taklah sedap sampai tahap "out-of-this-world" lebih kurang macam rasa donut yang terdapat di kedai-kedai kek.

Cuma mungkin disebabkan peluang untuk menikmatinya agak jarang, jadi nikmat bermusim (seasonal taste) tu yang membuatkannya "sedap", sama seperti makan *McDonald's, A&W, nasik kandaq, durian, dodol, ketupat, rendang dan lain-lain makanan bermusim.

_____
Ada apa: *Bintulu tak ada McDonald's, jangan hairan...

Antara Conan, Black Pepper Chicken Dan Seafood Claypot Rice


Sabtu (3/9/2011) - Kalau raya tahun lepas kami menonton filem Resident Evil: Afterlife versi 3D (Mrs. Ijau masih lagi berstatus *ehem-ehem*) di GSC Suria Sabah, raya tahun ni pula kami menonton filem Conan The Barbarian. Disebabkan versi 3D tidak lagi disiarkan (biasanya selepas minggu ke-3) versi 2D pun jadilah, sebab aku memang nak sangat menonton filem Conan reboot ni (aka Conan 2011).

Malangnya aku hanya terhibur dalam 30-40 minit pertama sahaja, bila dah masuk bab Conan dah besar aksi ganas makin berkurangan dan jalan ceritanya sudah agak "cair", seakan-akan sudah jadi seperti filem-filem swords and sorceries yang lain (Kull, LOTR, Narnia).

Kalau dibandingkan dengan filem Conan The Barbarian (1982) lakonan Arnold Schusahnaksebut Schwarzenegger (aka Conan 1982), ternyata Conan 1982 jauh lebih "advance" berbanding Conan 2011 dari segi watak (companions Subotai, Valeria, Akiro), jalan cerita, prop (detailed weapons, armours, buildings), muzik (dengar saja theme song Anvil Of Crom ni memang sudah cukup meremangkan bulu roma) dan pemilihan lokasi penggambaran yang memang eksotik. Walaupun waktu itu (80an) kesan khas "movie magic" dan teknolgi CGI agak terbatas. Namun demikian, John Milius dan krew mampu menghasilkan filem yang memang kvlt!

Conan The Barbarian (1982)
Imej Wikipedia.

Pertama kali menontonnya di kaca TV sekitar 1989-90, filem Conan 1982 ni antara filem yang tersenarai dalam "my all-time favourite films" selain Star Wars, Back To The Future, Indiana Jones dan filem-filem Clint Eastwood. Btw, aku ada dua versi VCD Conan 1982 ni (versi lanun dan versi ori Speedy) aku dah lupa di mana aku simpan, mungkin ada di kampung. Agaknya versi DVD pun aku ada kot?

Gambar hiasan - Kucing dan Koceng?

Oke, lupakan sejenak cerita pasal Conan. Kebiasaan selepas selesai aktiviti tonton-menonton (bukan Toriton) di GSC Suria Sabah ni, kami akan menuju ke Suria foodcourt yang berada di tingkat 3. Dengan ruang makan yang agak luas dan pemandangan laut serta Pulau Gaya yang agak mendamaikan, begitu juga dengan makanannya...

Ada dua gerai yang menjadi pilihan kami (aku dah lupa nama gerai), satu menyediakan makanan jenis dalam claypot, satu lagi jenis sizzling western food.

Black pepper chicken pilihanku.

Seafood claypot rice pilihan Mrs. Ijau

Black pepper chicken tu sama saja seperti di tempat-tempat lain, yang membuatkan ia agak menarik sebab ia dihidangkan dalam keadaan sizzling (sos masih mendidih/membuak-buak). Seafood claypot rice juga tiada apa-apa yang istimewa selain nasi, seafood (udang, sotong, bebola ikan) dan telur dimasak di dalam mangkuk tembikar (hence the claypot name) dalam keadaan masih panas.

_____
Ada apa: Conan's gory head-chopped fried rice...

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes (Part 3)


Sekitar Sickening Art Part 4 yang berlangsung Sabtu lepas (15/1/2011) di Razz Ma Tazz, Kota Kinabalu. Pasal gig ni mungkin Jairo akan buat entri (sebab dia wartawan), atau tunggu saja majalah Karisma keluaran bulan depan, kot-kot ada coverage.

Imej link dari Facebook Mohd. Rizal

Gitaris utama (gitaris kedua atau seasonist? Jairo sila betulkan kalau salah) kugiran Demizer (yang juga gitaris untuk kugiran Pentuzera) sedang beraksi di atas pentas dengan Kelly Kelly aku (err I mean my ex-Kelly Kelly)... Owh btw, beg Gator GK2110 dalam gambar tu pun aku dah let-go kepada orang yang sama hujung bulan lepas waktu aku balik Sabah (tak sempat nak buat entri). Katanya tempat beradu Zoom GFX-5.

Walaupun cintaku tak lama dengan Kelly Kelly, tapi aku tetap rasa bangga sebab ia kini berada di tangan orang yang sepatutnya, and as Metal as it should be... As a Jackson!

_____
Ada apa: Kelly? Dinky? KV? RR?

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes (Part 2)


"Vote for your favourite band in town to perform the opening act for Wali Band Live! in Stadium Likas". Daripada 26 kugiran yang tersenarai, satu daripadanya ialah kugiran I'm Not Single. Aku tak minat pun Wali Band, tapi entri ni bukan pasal Wali Band.

Mat (bass), Zam (drums), Johanth (vocal, guitar), Pianz (lead guitar).
Imej link dari Facebook Wali Band Live! in Stadium Likas.

Hehehe... Memang Mephisto aku kelihatan gagah perkasa di situ. Aku tak menyesal let-go Mephisto kepada gitaris tersebut beberapa bulan yang lepas, sebab ia lebih priceless selalu turun-naik stage dan keluar-masuk studio di bawah jagaan gitaris tersebut berbanding di bawah jagaanku.

Aku tak banyak info mengenai kugiran I'm Not Single ni selain kedua-dua gitarisnya merupakan geng-geng sekampung aku. Apa-apa soalan boleh tanya Takilala atau Jairo, sebab diorang lebih rapat dan mengetahui underground scene di Sabah.

_____
Ada apa: Kalau diorang join guna hype Majestic East kan bagus, hahaha!

Guitar Talk: Buku Belajar Gitar


Ada banyak buku belajar gitar dijual di luar sana, ada yang bagus ada yang "memeningkan". Macam aku yang tadak mentor nak mengajar aku main gitar - CD/DVD, Youtube, Internet dan buku sajalah tempat belajar main gitar... Bila pandai sikit-sikit mulalah ajak Bob Kandar dan Azroy Hammett pi jamming, mempraktikkan benda yang baru dipelajari.

Minggu lepas, hari yang sama aku tengok muvi Resident Evil: Afterlife, waktu ronda-ronda Suria Sabah terjumpa sebuah kedai buku, aku lupa nama kedai tapi memang nama terkenal la (bukan Popular). Sempat ronda kategori buku hobi dan muzik, terjumpa banyak buku belajar gitar.

Dua buku yang aku snap gambarnya kat atas tu antara buku yang aku rasa bagus, banyak gambarajah berwarna dan jelas, ring binded, kalau tak silap siap ada CD/VCD kat bahagian belakang dan dengan harga yang aku kira berpatutan (dalam RM50+). Aku dah pegang-penang buku ni nak beli...

In the end, tak jadi beli... Sebab kat ruangan appendix "Guitar buying guide" dia suruh aku beli gitar Fender Stratocaster, Telecaster atau Gibson Les Paul, kalau buku belajar bass pulak dia suruh beli bass Rickenbacker... Nak mampos! Aku cuma ada Ibanez dan Dean saja, maknanya tak bolehlah beli buku ni? Hahaha!

_____
Ada apa: Apa punya alasan daaa?~ Kalau tadak duit, cakap je tadak duit...

Speedy Video 3 For RM30 Again!


A quick entry and back-dated to 14/9/2010 - Speedy Video 3 for RM30 sale is back! Seperti biasa ia hanyalah untuk CD artis tempatan bawah label Sony BMG (normal price RM12.90 per CD).

Kali ni aku beli dua CD Wings iaitu Bazooka Penaka, Naga Kramat dan satu CD May Hakikat. Beli kat Speedy Video 1Borneo Khamis lepas (9/9/2010) tempat yang sama aku snap gambar The Final Frontier. Review? Ntah, tengoklah lepas cuti raya nanti...

_____
Ada apa: Mula-mula nak beli CD Ella zaman The Boys, tapi last minute ganti dengan Hakikat.

Ada Apa Dengan The Final Frontier? (Part 2)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #15]
ironinya dengan nombor 15

Setelah penantian hampir sebulan (kat Bintulu memang tak jual), akhirnya Khamis lepas (9/9/2010) aku berjaya mendapatkan album terbaru Iron Maiden iaitu The Final Frontier. Beli kat Goblinz KK Plaza, dengan harga RM40.00 (harga asal RM40.80) tu yang best beli kat Goblinz boleh dapat diskaun walaupun cuma RM0.80, kalau kat Speedy Video RM40.90 tapi fixed price.

Ni yang jual kat Speedy Video 1Borneo @ RM40.90

Seperti biasa versi yang aku beli (ori) merupakan versi Malaysian press under WEA labels (bukan EMI). Reviews? Baca je reviews otai-otai kita:

Dorang lagi otai dan hebat bab-bab mengulas album Iron Maiden ni...

Cuma aku turut berdukacita dengan nasib Encik Berteromber yang masih belum berpeluang memilikinya. Sabar bro, kalau dah order kat eBay mesti lagi grand kan?

Merapu The Final Frontier versi Ada Apa Dengan Ijau? mungkin akan menyusul selepas cuti raya. Buat masa ni aku enjoy lagu Coming Home (ada iras-iras lagu Bruce Dickinson solo kan?) dan When The Wild Wind Blows (yang ni lepas habis aku replay lagi sekali hehehe).

Finally... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Petang ni nak bawa *ehem-ehem* beraya pi rumah terbuka Jairo.

Ada Apa Dengan Gig Sickening Art?


Sabtu 10/4/2010 - Mulai hari ni sehingga Rabu 14/4/2010 aku ambil cuti rehat balik kampung, tapi kali ni versi flight menggunakan tiket free tahunan aku (tahun lepas punya daaa) bukan versi Tour de Brunei macam selalu.

Kebetulan dah janji dengan Takilala nak tengok gig Sickening Art Part 3 pukul 1.00 tengahari nanti kat Dewan Serbaguna Tanjung Aru, tempat yang sama waktu Manggas gig kat Breaking The Silence 2010 dulu (yang ada direview oleh Jairo kat entri ni).

Imej link dari Photobucket Sabahell.

Lepas dijemput kat KKIA dalam pukul 11.30 pagi oleh Takilala, kitorang pun menghabiskan masa pi ronda-ronda Centre Point untuk sessi CD raiding hahaha! Habis semua kedai CD kat Centre Point kitorang serbu terutamanya Speedy Video dengan tujuan mencari CD Ella USA (versi ada inlay) tapi tak jumpa. Walau bagaimanapun waktu belek-belek area CD artis tempatan aku terjumpa CD Wings Belenggu Irama, apa lagi tak banyak cakap aku belilah, nanti ada masa aku buat entri.

Sickening Art Part 3

Aku dan Takilala datang seawal 1.15 tengahari, Takilala terpaksa datang awal untuk memikul tugas sebagai "wartawan" untuk sebuah majalah Rock tersohor (sepatutnya Jairo yang buat, tapi Jairo tak dapat datang awal sebab ada exam, exam apa? UPSR kot?).

Walaupun dijadualkan bermula pukul 1.00 tengahari, tapi gig start secara rasminya dalam pukul 3.00 petang. Disebabkan aku tak kenal band-band yang main kat gig ni, jadi aku tak reti nak review. Mungkin Takilala atau Jairo akan buat review gig ni tak berapa lama lagi. Kita layan gambar sajalah ye... Taken with my cheap Cyber-Shot.

Mengantuk tengok diorang tengah buat soundcheck.

Ni tak silap band pertama yang perform. Crowds mula mendekatkan diri dengan pentas.

Mixer guna brand Peavey.

Ni band kedua atau ketiga kot? Waktu ni crowds belum mengganas lagi.

Waktu band dari Keningau [edited: band Face Of Decay] ni perform, crowds dah mula mengganas... Siap buat moshing dan stage dive! Hahaha yang gilanya crowds nak buat windmill tapi tak menjadi sebab tadak sambutan hahaha... Btw, Ibanez XP300FX nampak ganas di atas pentas

Ni kalau tak silap band dari Singapore (Jairo, Takilala - betulkan kalau aku salah) [edited: info pembetulan dari Jairo - ini band Kilatus dari Sandakan] yang dressing extreme gila-gila spikes, chains, boots... Siap inverted cross kat leher dan face-paint! Tapi imej ni dicacatkan dengan penggunaan cermin mata hitam @ shades. Biasanya orang yang pemalu je perform guna shades ni (malu ke bro?).

Aku rasa band ni [edited: info dari Jairo - ini band Pentuzera dari KK] satu-satunya band kat gig ni yang dapat menghiburkan aku dengan muzik diorang, walaupun memakai wig (nampak macam Awang BPR zaman muda-muda). Brother mainstream baju putih tu pun terhibur. Mungkin disebabkan muzik diorang ni ada unsur-unsur Thrash dan ada solo guitar hero (guna Ibanez JEM JR).

Ooops... Cameo appearance from Takilala.

Macam kenal je cameraman tu kan? [Edited: info dari Jairo - Naz Mantak bergaya dengan Mockingbird dan inverted cross pinjam hehehe]

Hahaha... Ini dia cameraman yang dimaksudkan! Jairo himself... Yang datang lambat gara-gara ada exam UPSR sepanjang hari. Disebabkan Jairo dah ada untuk menggantikan tugas "wartawan" Takilala, jadi dalam pukul 6.30-7.00 petang Takilala pun ajak aku balik. [Edited: info dari Jairo - band dari Singapore Balberith main last sekali, lagi 'mantap' bak kata Jairo]

Aku akan buat link/follow-up kat ruangan ni bila dah ada review rasmi daripada Takilala atau Jairo.

Kesimpulannya, memang aku sekarang ni dah tak dapat nak layan gig extreme Metal ni (Black/Death), tak macam 5-10 tahun yang lepas. Mana taknya, orang lain telonjak-lonjak kat depan pentas, aku duduk menyandar kat dinding rasa mengantuk pun ada dengar kebingintan bunyi gitar. Sekarang ni aku lebih selesa layan Hard Rock, Heavy, Speed, Power dan Thrash Metal sahaja...

_____
Ada apa: Yang best ada mamat extreme ni pengsan tak sedarkan diri sepanjang gig, mabuk overdose kot? Dah la jatuh pengsan kat belakang aku. Rugi ooo bayar RM18 semata-mata nak "tidur" dalam dewan.

operasi: mencari amp 15watt kat area kk & megadeth - endgame


hari ni aku round2 kk nak survey amp gitar 15watt yg murah2 (dan xlupa nak cari bundaberg) dgn bajet below RM500, targeted brand - laney LX20, line 6 spider III 15, peavey vypyr 15, atau roland micro-cube

mls nak pi tmpt lain, aku cuma pi 2 tmpt iaitu hollywood music kompleks karamunsing dan cawangannya kat kkplaza. kat hollywood karamunsing cuma ada 3 amp bwh 15watt yg dorg jual - peavey solo 15, roland micro-cube dan beta-aivin ntah apa model tp kecik mcm micro-cube. yg lain semuanya 30watt dan ke atas (mana ada ada bajet nak beli besar/mahal = 'bonus' raya sket je). kat hollywood kkplaza ada roland micro-cube, peavey solo 15, vox pathfinder dan amp 10watt sx

kat hollywood karamunsing tauke tu ada promote kat aku amp kecik sama besar mcm micro-cube. brand beta-aivin tp aku xtau model apa... saiz pun lbh kurg mcm micro-cube jugak, bunyi pun power dan ada built-in effects (tp xbyk mcm micro-cube) harga price tag RM560 (kautim2 maybe blh dpt RM500 cun2) [edited 1/10/2009: kat limbang jual dgn harga RM480, lg murah]. sbb aku blm baca review amp ni kat internet, so aku was2 nak beli amp ni...

aku mmg berminat dgn roland micro-cube ni, small and mighty (review blog dead eye guitars). spesifikasi bleh check kat website rasmi roland asia pacific. soundnya power wlupun bdnnya kecik (mcm xcaya plak) dan senang nak bawa travel. klu deal dgn satchman enterprise aku bleh dpt dlm RM382.90 (RM430+ termasuk pos dan insurans). kat hollywood karamunsing harga price-tag RM695 lps diskaun2 RM600, tp kat hollywood kkplaza wlupun harga price-tag sama RM695 tp amoi tu bleh kautim2 RM580 (patutla jairo suka deal kat hollywood kkplaza)...

in the end, xjd beli pun. sbb aku blh dpt harga jauh lbh murah klu aku beli kat satchman enterprise (blh save RM100+)...

pic roland micro-cube link drp website rasmi roland us

sekadar gmbr hiasan

stlh seminggu mengidam bundaberg ginger beer, on the way blk aku sggh kjp kat giant putatan (dulu bestmart) kot2 ada bundaberg... yup, mmg ada tp harga sama mcm giant 1borneo RM4.29 dan kebetulan ginger beer mmg tggl sebotol je yg lainnya root beer (mmg rezeki aku la). nak bandingkan kick ginger beer bundaberg, aku beli ginger ale schweppes... dlm skala 1-10 (1 plng teruk): bundaberg - 9, schweppes - 2 (xde rasa halia langsung!)

[mini entry] megadeth - endgame

btw, kat kkplaza sblm pi hollywood music, aku smpt sggh kat goblinz dgn tujuan nak beli cd iron maiden sama ada album powerslave atau piece of mind. smpi2 je kat showcase ada cd megadeth - endgame! mula2 aku ingat versi asialink, tp perati btl2 yg ni versi ori m'sian press under roadrunner records dan distributed by warner music (malaysia) sdn bhd. aik? bkn album ni release kat m'sia bln dpn ke? xbyk ckp aku beli terus dgn harga RM40 (stlh diskaun 90 sen)

cover art album ni aku rasa kurg menarik sbb xde vic!

mp3 album ni aku dah donlod mggu last puasa aritu (hehe), mmg best. ada mmbr aku kata best dkt2 sama mcm rust in peace. pd peminat2 megadeth dan abg mus, album ni must-buy! bg aku ia sama hebat atau mungkin lbh hebat drp album united abominations. nnti ada masa aku review dua2 album ni

_____
p/s: susah2 aku kontek je user kat mudah.my (miri) yg jual used laney LX20 amp @ RM350

operasi: mencari hadiah wedding jairo


aka operasi: mencari 'axe' murah kat area kk (part 2)

sabtu 6/6/2009 - mula2 aku plan hari ni mau pi 1borneo nak tgk muvi (either terminator @ apa2 muvi yg best) tp xjd sbb nak kena blk awal, so just jln2 jela kat 1borneo. aku pi dgn kazen aku joad takilala, dia pun bgtau nak cari hadiah utk wedding jairo. kitorg bertolak (with my imago) seawal 1000hrs+ tiba kat 1borneo about 1.5 hours later...

smpi 1borneo, lokasi pertama kami serbu ialah speedy video, sbb dua2 nak cari cd audio utk menambah koleksi masing2. aku mula2 target cd metallica master of puppets sbb dulu aku perasan kat speedy 1borneo ni jual lg murah drp speedy lain (RM30+) tp xjd sbb bila tgk dah jd hrga standard RM40+ last2 browse cd lain...

aku beli megadeth album anthology set the world afire 2cd set dan search karisma (album search plng aku minat, released in 1990 byk kenangan silam ni) takilala beli cd2 wings album mr. barbarik dan best of wing #2 (yg mungkin akan direview dlm entry blognya)

[edited - pic added on 11/6/2009 entry kat sini]

[edited - pic added on 22/8/2009]

lps tu serbu kedai cd kat atas klu xsilap nama polysound ke hapa... tp kat sini hrga cd2 mmg mahal berbanding speedy (ada jugak jual cd2 cap lanun) cuma kelebihan kat sini ada byk jual boxset vcd/dvd anime. kat sini kitorg terjumpa boxset space cop gaban, takilala mmg berkenan sgt boxset ni... maybe nnti dia akan beli (dan review)

sampai premis yg dituju iaitu kedai "D", masing2 round2 mencari hadiah apa yg bagus utk wedding jairo. kitorg berdua stuju mau bg hadiah yg jajal2 kat jairo (jai, mun sdh mmbuka hadiah2 kami atu jan tah marah, baibun bah... bkn slalu dpt baibun)

jajal = nakal, naughty
baibun, ibun = bergurau, kidding, joking

kedai "D" yg dimaksudkan

setel cerita 1borneo, kitorg pi kompleks karamunsing plak sbb takilala nak cari something yg dipesan oleh mama darwish... sblm memboroikan diri kat mcd, kitorg (ehem, xleh lari dari temptation) sggh kat hollywood music, mcm biasa la mau tgk itu gitar daa... skali lg mata aku terpaku kat ibanez RG & S prestige series (xnak review, xnak review) joad pula ternganga dpn area gibson/epiphone... ada satu epiphone les paul custom kat showcase dia berkenan sgt2 (maybe dia nak target la tu nnti) [edited: dah ada cerita utk benda ni, bleh check entry kat sini]

_____
p/s: hmmm... best ke epiphone les paul tu?

operasi: mencari 'axe' murah kat area kk


isnin 1/6/2009 - operasi mencari axe murah bermula hari ni, aku bersama kazen bubar aku, en. cimca (mula2 joad takilala pun mau ikut tp trpksa tarik diri last minute atas urusan keluarga) dipendekkan cerita kitorg sampai area kk around 1030hrs. dlm perancangan round kk semata2 nak survey harga saja, klu ada yg dlm bajet aku terus kebas... mula2 bajet aku RM700, tp disebabkan ujung bulan ni ada kursus database kat intan kampus sabah (dah pindah jln. sulaman bkn kat likas lg), terpaksa aku cut short bajet jadik RM400-500

lokasi pertama - hollywood music, kompleks karamunsing
sblm memboroikan diri kat mcd, kitorg singgah terus pi hollywood music. masuk2 je mata aku terus terpaku kat showcase ibanez prestige series yg terdiri drp S series, SA series, RG series... pergh!~ plng murah pun RM2.5k, nasib baik xde RG idaman RG420EG BAM klu x mmg meleleh air liur. kitorg tanya kat patron tu klu2 ada brand SX or stagg, then dia tunjuk ada 1 SX GG1 les paul putih dgn harga promosi RM630 (mcm2 la dia melalut pasal SX ni sound best drp gibson la itu la ini la, cimca tahan senyum kat blkg) aku minta kurg lg dia kata mmg sdh harga promosi xdpt kurg lg. aku rasa dia nak stock clearance ni, lgpun gitar tu dah nmpk calar2 sket. xpe, masih awal lg & byk lg tmpt utk disurvey... so kitorg pi mcd memboroikan diri dulu dgn big breakfast set

lokasi kedua - guitar point, penampang
jauh jugak guitar point ni drp bandaraya kk, aku rasa ramai org tak tau tmpt ni sbb kedainya mcm tersorok sket. kat showcase mostly fender & gibson RM2k ke atas, epiphone kat sini pun xbleh tahan hrga, bergegar lutut tgk price tag. kat sini xde yg murah dan menarik... so off to next location!

lokasi ketiga - victory music, kpg. air (victory @ victoria?)
aaa... tmpt ni aku rasa mcm menarik sket, sbb apa? sbb kat sini ada jual bbrp gitar yg aku target, ibanez GRX20, GRG121, dan GRG170 tp semua over bajet RM700-900. ibanez X series pun ada 2 kat sini, Xiphos dan Iceman (rough figure RM2k) RG series pun byk mostly yg ada decal kat body (pic kat bwh, top row) apsal aku berminat sgt dgn ibanez eh?

kat sini ada gak les paul copy drp washburn (pic kat atas, lower left) & starsun yg mmg comel dgn harga yg berpatutan dlm RM600-700. aku juga ditawarkan Squier Bullet dgn harga RM650 (harga asal RM698) ada jugak patron tu tawarkan aku Squier Bullet RM530 tp bkn stok kedai ntah aku pun xtau sbb dia kata ni deal luar, aku ekceli xsuka deal2 yg jenis camni kot2 nnti barang curi ke hapa secara xlangsung aku pun bersubahat. aku sket lg nak terbeli santa cruz ntah apa model (pic kat atas, no 2, 3 & 4 from lower left), body mcm ibanez headstock mcm jackson (pickup S-S-H) dgn harga diskaun RM380 (harga asal RM420) mmg bwh bajet, tp atas sbb2 tertentu hold-on dulu xjd beli >:) yg aku xberkenan kat kedai ni klu kastemer kompom nak beli baru dpt test power... pyh la klu camni, kastemer pun ilang minat nak beli

lokasi keempat - hollywood music, kk plaza
lepas lunch nasi ayam kat food court kitorg serbu hollywood music ni plak (yg ni branch, main office dah serbu pg td kt karamunsing) en. jairo bg info bc rich ironbird beliau dibeli di sini. mockingbird yg kabarnya nak dibeli bln 7 nnti pun ada aku tgk yg kaler silver

en. cimca tertarik dgn epiphone Emily the Strange G-130 tp harga mmg sakit lutut la (RM2k+) tp kat sblh emily ni ada epiphone Les Paul Special II kaler itam mmg cantik dgn harga yg berpatutan RM999 (klu deal2 maybe bleh dpt RM900-950 kot, kena ajak en. jairo skali)


imej2 kat atas link drp web zzounds, aku pun klu aku minat epiphone, maybe aku target gak yg kaler itam tu. SX & samick pun ada gak tp ntah apsal hrga mahal smcm je. operasi hari tu diakhiri dgn keputusan utk beli santa cruz RM380 kat victory music, tp malangnya bila kitorg dtg semula, kedai tu dah tutup (ekceli 1 jun tu public holiday kaamatan so kedai ni bukak half day). bila aku nak beli sesuatu tiba2 ada mcm2 yg menghalang maknanya benda tu mmg xsesuai dgn aku, ada hikmahnya klu aku xbeli... maybe aku xsesuai dgn santa cruz, so blh beli yg lain... sabar2 dulu tmbh bajet utk target ibanez, squier or epiphone :)

to be continued...

[mini entry] iron maiden - the number of the beast

dgn rasminya jugak aku menambah koleksi cd (ori, enhance cd) iron maiden aku, album the number of the beast, beli kat goblinz kk plaza dgn harga RM39.00 (after discount 90 sen) manufactured & printed in malaysia by EMI. aku xsmpt nak snap pic (malas) so sbg ganti aku ltk pic berikut link drp wikipedia

imej link drp wikipedia (eddie lebih berkuasa drp setan!)

spt peminat generasi kedua yg lain, aku start meminati iron maiden slps dgr album somewhere in time serta seventh son of the seventh son dan bknnya album ni... so, bg aku album ni xde apa2 kaitan nostalgia (cuma pelengkap koleksi) sbb album ni release thn 1982 (umo aku baru 2 thn). pada peminat2 tegar iron maiden, album ni merupakan must-have collection sbb bruce dickinson debut dlm album. lagu febret aku dlm album ni ialah children of the damned (tgh blajar intro bass), the prisoner, run to the hills (antara lagu pertama maiden yg aku dgr) dan hallowed be thy name

_____
p/s: mencari 'lobang2' tmbh bajet mau beli ibanez... tp apa2 pun hrga kat kk mmg lbh murah drp bintulu

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger