Showing posts with label dr1432h. Show all posts
Showing posts with label dr1432h. Show all posts

Ada Apa Dengan Kelupis?


Entri ni sepatutnya disiarkan sehari sebelum hari raya (sebahagian daripada entri Diari Ramadhan 1432H), disebabkan agak sibuk nak mencari idea nak menaip dan paham-paham sajalah dah dekat nak raya, ia tersadai dalam bentuk draft.

Hidangan utama keluarga aku ketika hari raya (aidilfitri dan aidiladha) ialah kelupis, iaitu sejenis hidangan berasaskan beras pulut (glutinous rice). Di kampung aku (dan mungkin beberapa tempat lain di Borneo) lemang tak berapa "terkenal" untuk hidangan hari raya, jadi kelupis (atau hidangan pulut yang lain) merupakan penggantinya.

Sedia untuk dikukus.

Prosesnya agak ringkas dan senang berbanding membuat lemang. Beras pulut yang sudah dimasak dengan santan dan beberapa ramuan rahsia (di tempat aku, proses ini dipanggil "mendadih") dipindahkan dan dibungkus dalam daun pandan atau beberapa daun opsyen lain seperti daun kelapa dan daun palas (ada satu jenis daun aku lupa nama). Kemudiannya dikukus dalam tempoh masa tertentu sebelum dihidangkan.

Lamban, kelupis versi dibungkus dalam daun pandan (atau daun kelapa) dan diikat kemas dengan tali plastik, antara kuih yang biasa dijual oleh mak aku di tamu-tamu mingguan.

Kelupis ni biasanya tak tahan lama, mungkin paling lama dalam 24 jam kalau tidak disimpan dalam peti sejuk. Jadi kebiasaannya mak aku (dibantu oleh ahli keluarga lain, ye termasuklah menantu) akan menyediakannya sehari sebelum raya atau waktu malam raya.

Dihidangkan pada pagi raya sebelum pergi solat aidilitri (sunat makan dulu kan?) bersama-sama rendang, dan juga dihidangkan sebagai juadah utama kepada sanak-saudara dan tetamu yang berkunjung pada hari raya pertama (selalu "sold-out", raya kedua bergantung kepada mood kalau nak buat lagi).

[Diari Ramadhan 1432H entri #21]

_____
Ada apa: 8 Syawal... Masih lagi mood raya ke?

Sepetang Di Bintang Mall


Jumaat (26/8/2011) - Hari ni aku dan Mrs. Ijau dah mula bercuti raya, dalam pukul 1.30 petang kami bertolak dari Bintulu untuk menuju ke Miri. Setelah berbincang sejak beberapa hari lepas, kami mengambil keputusan untuk bermalam di bandaraya Miri sebelum meneruskan perjalanan trans-Borneo balik kampung keesokan harinya.

Aku rasa hampir separuh pengunjung merupakan "dangsanak kitani".

Selepas check-in di hotel M, dalam pukul 5.00 petang kami menuju Bintang Mall untuk sessi membeli-belah (shopping raya le~) dan mengambil kesempatan berbuka puasa di McDonald's. Tapi memang teruk sebab terpaksa berbaris panjang hampir setengah jam di depan kaunter untuk mendapatkan pesanan.

Kalau bukan disebabkan teringin nak makan burger GCB, shaker fries dan bubur ayam McD jangan harap kami nak berbaris lama-lama (btw, di Bintulu tiada McDonald's).

[Diari Ramadhan 1432H entri #19]

_____
Ada apa: Terhibur menonton saluran Trans TV (Indonesia) terutamanya rancangan Tabligh Akbar - Syiar Ramadhan, Saatnya Kita Sahur dan iklan-iklan Indon.

Sepetang Di My Music (Part 2)


Bukannya petang pun, tapi dah malam pukul 8.00 lebih, temankan Mrs. Ijau ke pasaraya F beli barang-barang untuk membuat kuih raya, disebabkan petang semalam lepas balik kerja tak sempat nak singgah sebab kesuntukkan masa (nak memasak juadah berbuka lagi).

Tapi sebelum tu aku TERsinggah di premis My Music, disambut oleh Mr. Hii (tauke kedai) dengan senyuman yang lebar. Hasilnya? Hahaha kerja gila!

[Diari Ramadhan 1432H entri #15]

_____
Ada apa: Mixed reactions on Mrs. Ijau's face, but she said 50/50, go ahead.

Ada Apa Dengan Golden Churn Creamery Butter?


Awal Ramadhan dulu, heboh satu Sarawak pasal benda ni, terutama di kalangan pengusaha kek lapis Sarawak. Semalam pula heboh satu Malaysia bila beritanya disahkan JAKIM dan disiarkan dalam media massa.

Nah, the real thing! Eksklusif untuk blog AADI.

Info lebih lanjut sila baca kenyataan media dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di laman web Halal Malaysia. Blog Geng Kereta Sapu pun ada buat entri pasal benda ni.

Lepas ni labelnya patut ditukar jadi "Golden Churn Creamery Lard".

[Diari Ramadhan 1432H entri #14]

_____
Ada apa: Stok Mrs. Ijau, lebihan buat kek raya tahun lepas...

Pertukangan Yang Geragai


Pagi tadi tiba-tiba terasa rajin nak kemaskan barang-barang dalam bilik stor rumah (sewa) aku, yang tak pernah dikemas hampir dua bulan sejak berpindah (selepas jadi raja), dipenuhi dengan kotak-kotak kosong dan barangan yang jarang dipakai.

Memang aku ni jenis hoarder sebab sayang nak buang kotak-kotak barangan yang aku beli (terutamanya barangan elektrik, komputer dan kegitaran), dengan alasan nanti kalau berpindah rumah (lagi) agak senang dari segi logistik.

Entah gatal tangan buat para-para (bench) daripada kayu-kayu dan papan lapis terpakai di depan rumah, senang nak susun kotak-kotak kosong di bahagian atas untuk menjimatkan ruang. Lepas susun cantik-cantik baru aku perasan kebanyakkan kotak-kotak kosong yang ada merupakan kotak barangan kegitaran (kotak gitar, efek, amp).

Tapi aku memang tak ada bakat dalam pertukarangan kayu ni (walaupun ayah aku seorang tukang kayu), my carpenter skill sucks big time! Berapa banyak paku yang aku ketuk bengkok-bengkok. Dan hasilnya, para-para yang aku buat memang *geragai, lagi teruk dari reban ayam. Walaupun geragai, tapi menjadi juga...

Tak terasa pula tiga jam berlalu, badan penat-penat (alangkah bagusnya kalau dapat minum 100 Plus ataupun minuman nanas, cobaan~ sesungguhnya aku berpuasa), lepas tu tertidur depan tv tak sempat mandi pun hehehe...

[Diari Ramadhan entri #12]

_____
Ada apa: *Geragai (Bruneian, street language?) = cincai, teruk, buruk.

Ada Apa Dengan RM6.20?


Kaunter pembayaran zakat fitrah mula dibuka di sekitar bandar Bintulu bermula awal minggu ini. Jika tahun lepas aku "belajar" membayarnya di Masjid Daerah Bintulu, tahun ini secara rasminya aku membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan tanggungan (isteri) di perkarangan Surau At-Taqwa, RPR Sibiew (my neighbourhood).

Kadar zakat fitrah di Bintulu (dan seluruh Sarawak) tahun ini ialah RM6.20, berbanding tahun lepas iaitu RM5.20 (harga beras naik kot?). Berapa pula kadar zakat fitrah di tempat geng-geng Bloggers yang lain?

[Diari Ramadhan 1432H entri #11]

_____
Ada apa: No pineapple for today...

Bazaar Ramadhan - Medan Raya (Part 4)


Sabtu (6/8/2011) - Seperti "dipanggil" sesuatu, aku singgah di bazaar Ramadhan Medan Raya lagi sekali seperti hari sebelumnya. Kebetulan aku dan Mrs. Ijau baru balik pejabat dalam pukul 4.00 lebih lepas menyelesaikan kerja hujung minggu (overtime), Mrs. Ijau pun kata nak "rehat memasak" lagi hari ni...

Ya, aku "dipanggil" oleh nasi briyani Raja, disebabkan semalam aku dah set minda nak beli nasi briyani Raja bila aku singgah ke bazaar Ramadhan Medan Raya lagi sekali. Seperti tahun lepas ia memang sedap, lebih sedap berbanding nasi brinyani Abida Cafe yang aku beli di Esplanade beberapa hari lepas.

Tiga lauk nasi briyani Raja - kari kambing, kari daging dan kari ayam, aku suka kari daging. Walaupun agak ringkas berbanding nasi briyani D'manis (gambar di bawah) yang banyak pilihan lauk termasuk ayam madu.

Tidak seperti resepi kari Abida Cafe yang agak masin, kari Raja ni memang cukup berkari dan cukup pedas, pedas tahap berpeluh tengkuk dan dahi bila menikmatinya - the way I like it! Sekurang-kurangnya terubat rindu nak makan kari nasi kandar...

Antara varasi lauk nasi briyani ayam madu D'Manis - walaupun aku singgah gerai ni terlebih dahulu berbanding gerai nasi briyani Raja, tapi naluri aku mengatakan hari ni nak makan nasi briyani Raja dan bukan D'Manis. D'Manis mungkin akan ada hari gilirannya untuk "disiasat".

Dan juadah yang dicari-cari akhirnya dijumpai juga - roti jala! Macam mana aku tak jumpa gerai ni semalam? Sedangkan memang aku lalu depan gerai ni (tak berapa jauh dari gerai yang menjual taufufah). Mula-mula aku terkejut, RM1.00 sekeping? Awat mahal gila? Selalu aku beli dulu-dulu RM1.00 untuk tiga keping.

Rupa-rupanya ia bersaiz lebih besar (dalam 8" diameter kot) berbanding roti jala standard (dalam 5" diameter). Tapi kalau dibandingkan dari segi kuantiti per harga, aku rasa roti jala versi RM1.00 untuk tiga keping lagi berbaloi menggunakan rumus Ï€r²/RM;

  • Untuk 8" diameter, Ï€(4)²/1 = 25.14 inch²/RM
  • Untuk 5" diameter x tiga keping, Ï€(2.5)²(3)/1 = 29.46 inch²/RM

Hahaha! Apa kejadah siap ukur-ukur luas permukaan ni? Yang penting aku dah dapat jumpa roti jala, aku beli tiga keping sampai sahur baru habis. Cuma yang tak berapa best kuah karinya yang tak berapa nak rasa kari, rasa macam cicah roti canai dengan kuah dal.

Kini tinggal nasi lemak kukus pandan saja yang belum dijumpai. The search continues...

[Diari Ramadhan 1232H entri #7]

_____
Ada apa: Petang ni teringin nak makan cendol...

Bazaar Ramadhan - Medan Raya (Part 3)


Untuk entri bazaar Ramadhan Medan Raya tahun lepas sila klik - Part 1, Part 2.

Setelah terprovok dengan entri Korawk mengenai pengembaraannya (bersama gamer yang sayur) ke bazaar Ramadhan Medan Raya, petang semalam (Jumaat), lepas balik kerja aku dan Mrs. Ijau cuba meninjau apa yang menarik di bazaar Ramadhan Medan Raya tahun ni (another off-day for Mrs. Ijau). Dalam minda aku dah set nak cari nasi lemak kukus pandan, taufufah dan roti jala.

Ya memang betul, bazaar Ramadhan Medan Raya ni memang lebih meriah dan "happening" berbanding di Esplanade. Dengan kawasan yang lebih luas dan empat deret gerai menjual pelbagai juadah. Selain juadah yang agak biasa dijumpai di pasar malam, terdapat juga juadah yang jenis bermusim.

Nasi lemak kukus, aku ada jumpa dua buah gerai yang menjual nasi lemak kukus, tapi memang tak boleh lawan makcik yang jual nasi lemak kukus pandan di Esplanade tahun lepas dari segi kesedapan dan kuantiti nasi serta lauk yang dijual per harga RM5.00 sebungkus (versi special) - sebungkus masuk plastik.

Antara variasi lauk untuk nasi lemak kukus versi special.

Terjumpa juga gerai yang menjual taufufah, "taufu fa special" aku agak hairan apa yang special pasal taufufah ni? Kalau taufufah selasih macam tahun lepas boleh juga dikira special. Yang ni dari segi rasa bagi aku agak biasa-biasa saja, lagipun taufufahnya agak hancur dan kurang kental berbanding yang dijual di tamu Pekan Membakut. Tapi kira baguslah, sekurang-kurangnya taufufah ada dijual di sini berbanding di Esplanade - dua gelas masuk plastik.

Untuk mengelakkan pembaziran, aku dan Mrs. Ijau dah tetapkan untuk membeli satu juadah saja (aku beli nasi lemak kukus, Mrs. Ijau beli nasi dagang) dan taufufah, juadah-juadah lain aku hanya mampu menelan air liur saja. Iklan nasi briyani ni memang menggoda iman hahaha! Takpa, akan "disiasat" pada hari lain...

Tahun lepas, nasi briyani Raja ni memang sedap, tahun ni aku tak pasti lagi. Juga akan "disiasat" kemudian. Tapi agak malang, roti jala masih juga tidak dijumpai, akan ditinjau di bazaar Ramadhan Kidurong kelak. Berbanding bazaar Ramadhan di Esplanade yang agak "failed", bazaar Ramadhan Medan Raya ni boleh kira agak "happening".

Picture of the day - Ada ke orang nak beli
kereta di musim-musim perayaan ni?

Memandangkan cuaca yang dari tadi sememangnya dah mendung, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Nasib baik aku ada siap-siap bawa payung... Dah dua kali tawaf bazaar ni, aku rasa cukuplah setakat itu. Selain membeli juadah berbuka dan "merehatkan" Mrs. Ijau daripada memasak, aku datang bazaar Ramadhan ni semata-mata mencari idea dan gambar untuk entri Diari Ramadhan 1432H AADI.

[Diari Ramadhan 1432H entri #6]

_____
Ada apa: Btw, aku ada jumpa gerai yang menjual char koey teow seperti dalam entri Geng Kereta Sapu, demi menjaga emosi bloggers yang terlibat, aku tak sampai hati nak tangkap gambar...

Ada Apa Dengan Rex Pineapple?


[Nanasmania] Dari aku kecil sampai sekarang minuman ketika berbuka puasa yang paling digemari keluarga aku di kampung ialah laici dalam tin (kadang-kadang longan, rambutan atau nipah). Jadi tahun ni aku mencuba nanas dalam tin pula, walaupun cuma aku seorang saja yang menikmatinya, Mrs. Ijau tak nak makan/minum produk berasaskan nanas.

Kepingan nanas dalam sirap berjenama Rex. Kes dah terkena "kick-a$$" nanas ori dalam entri semalam.

Dibuat oleh Rex Trading Sdn. Bhd. Simpang Ampat Pulau Pinang (kilang Rex ni selalu aku limpasi lewati waktu pi belajar memandu di Batu Kawan dulu). Aku suka produk-produk Rex ni sebab ia murah dan sedap, contohnya makanan dalam tin (kari lembu, ayam), dan yang paling aku suka minuman dalam botol 500 ml terutamanya perisa teh lemon dan teh hijau jasmin.

Cara aku menikmatinya memang ringkas, sirap dalam tin dicairkan sedikit (sebab terlalu manis) ditambah dengan beberapa ketulan ais. Kemudian kepingan nanas yang berbentuk donut dipotong 3-4 bahagian (supaya senang dimakan) dimasukkan dalam sirap tadi. Rasa buah nanasnya sungguh kimochi~

Dengan kandungan seberat 565 gram pada harga RM3.00-3.50, kira okelah bagi mereka yang malas nak beli nanas ori dan malas nak mengupas "quilted body armour" buah nanas. Target akan datang, nanas dalam tin berjenama Ayam Brand dan Lee's Pineapple.

[Diari Ramadhan 1432H entri #5]

[Entri Mini] Let-Go: Zoom G1u Guitar Effects Pedal & USB Audio Interface

Setelah diiklankan di Facebook dan Grüne Katze Corner, akhirnya semalam Zoom G1u telah selamat berpindah milik. Alaaa tak lari ke mana pun, tuan barunya ialah orang yang sama yang beli Dinoscars aku tahun lepas (kawan kepada Korawk).

Reason for selling, underused... Semenjak dah ada VFS5, tiap kali jamming memang guna on-board effects pada VT40+, dah jarang dah guna G1u ni atau effects pedal lain. Lagipun sekarang dah ada Pod X3 kalau nak main secara USB. Dana-dana hasil jualannya boleh dimasukkan ke dalam tabung "GAS" yang lain.

_____
Ada apa: Btw, cerita ni pasal juadah aku berbuka puasa semalam, bukannya nak buat air liur anda kecur pagi-pagi ni...

Bazaar Ramadhan - Bintulu Esplanade (Part 5)


Jangan terkejut dengan hype "Part 5" tu, disebabkan tajuknya yang sama dengan entri-entri Ramadhan tahun lepas, jadi teruskan sajalah...

Selasa 2/8/2011 - Hari kedua berpuasa, lepas balik kerja Mrs. Ijau ajak aku pi bazaar Ramadhan nak beli juadah berbuka (alasan nak cuti memasak petang ni hehehe).

Tahun ni bazaar Ramadhan di Bintulu Esplanade agak kurang sambutan, ini dapat diperhatikan dengan bilangan kanopi yang sedikit berbanding tahun lepas.

Mungkin faktor jalan sibuk dan sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan merupakan beberapa punca peniaga tidak memilih Bintulu Esplanade dan memilih tapak bazaar Ramadhan di kawasan lain (akan disiasat kemudian).

Gerai pertama yang aku singgah (semata-mata nak tangkap gambar) ialah gerai menjual kurma. Gerai ni hanya menjual variasi kurma-kurma dan produk berjenama Yusuf Taiyoob sahaja. Kurma premium ni...

Yang ni pula gerai sebelah, juga menjual kurma perbagai jenis dan jenama (kecuali Yusuf Taiyoob), tak lupa juga kurma jenis timbang kilo. Tak beli pun, sebab stok kurma di rumah masih banyak.

Ronda bazaar satu pusingan aku rasa dah bosan, sebab tidak ada juadah yang menarik perhatian selain nasi briyani (gambar di atas). Kebanyakkan juadah lain yang ada sama seperti yang terdapat di pasar malam Bintulu.

Mrs. Ijau pula beli laksa Sarawak, sampai rumah waktu berbuka tadi rasanya memang tak sedap sebab terlalu masin.

Kesimpulan, bazaar Ramadhan Bintulu Esplanade aku kategorikan sebagai "failed" sebab aku tak jumpa gerai yang menjual nasi lemak kukus pandan (macam tahun lepas), taufufah dan roti jala (kegemaran aku ni). Esok lusa kalau ada peluang, aku ronda bazaar Ramadhan area lain...

[Diari Ramadhan 1432H entri #3]

_____
Ada apa: Mrs. Ijau nak belajar buat roti jala...

Ada Apa Dengan Golden Dates?


Kurma (tamar) agak sinonim dengan bulan Ramadhan, tiap kali bila masuk bulan Ramadhan bisnes kurma memang laku, baik kurma premium mahupun kurma timbang kilo. Kurma dalam entri ni agak menarik disebabkan packaging yang agak kvlt, dalam tin!

Semalam, ia diagihkan kepada setiap staff oleh Pengarah Jabatan kami yang baru balik dari Semenanjung atas urusan rasmi (aku ingatkan baru balik dari Timur Tengah), kira bersedekah di bulan Ramadhan.

Golden Dates "selected palm fruit", product of Iran,
diedarkan oleh Azewa Trading, Penang.

Dengan isi dalam 20-25 biji per tin, harga aku pun tak tau... Dan seperti Kellogg's dan SG Men "Rock" dalam entri yang lepas, tin kurma ni juga agak menarik untuk dikumpul, hehehe... Buah kurma yang agak kering. Rasanya? Rasa buah kurma, tammat...

[Diari Ramadhan 1432H entri #2]

_____
Ada apa: Di rumah masih ada kurma YuTa yang dibeli minggu lepas.

Ramadhan Pertama...


Bagi aku, Ramadhan kali ni mungkin agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, kerana Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan pertama aku hadapi sebagai seorang suami.

Sudah pasti "dugaan dan cabarannya" lebih banyak berbanding waktu bujang sebelum ni, betul tak Muspeed? Huhehuhe...

Gambar hiasan dari entri tahun lepas.

Apa-apapun selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog AADI tidak kira di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun dari negara-negara lain. Dan seperti tahun-tahun lepas, pastinya akan ada entri khas berlabel Ramadhan Special.

[Edited @ 10.00 am] Tertarik dengan entri pasal "Diari Ramadhan" yang dianjurkan oleh Muspeed dalam entri ni. Nak join tapi syarat-syaratnya agak susah untuk dipatuhi (30 hari = 30 gambar berkaitan Ramadhan). Tapi tak apa, walaupun aku rasa tak dapat nak buat entri "Diari Ramadhan" selama 30 hari berturut-turut, tapi aku akan cuba letak label/tag "Diari Ramadhan 1432H" pada entri yang berkaitan dengan Ramadhan tahun ni, insya-Allah.

Jadi, aku mulakan dengan entri yang sedang anda baca ni...

[Diari Ramadhan 1432H entri #1]

_____
Ada apa: Hmmm... Apa juadah berbuka petang nanti eh? [Huissh!~]

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger