Showing posts with label live album. Show all posts
Showing posts with label live album. Show all posts

Flashback Friday: S&M 25


Ini sebenarnya entri yang dibuat bersempena ulang tahun ke-20 album ini (2019) tapi terperap beberapa tahun dalam bentuk draft. Dikorek dan diolah semula untuk entri ulang tahunnya yang ke-25, esok (23/11/2024).

Pernah memiliki album ini beberapa kali dalam pelbagai format - VCD (versi JS, 1999/2000), audio CD dan DVD (Speedy Video, 2010 dan 2013).

Bagi aku, lagu yang sinonim dengan S&M ialah lagu No Leaf Clover, radio Hitz FM hampir tiap-tiap hari pasang lagu ni (ketika itu). Lagu yang otomatik mengimbau era awal tahun 2000 di Penang ketika bergelut dengan pelbagai masalah - pelajaran, kewangan, percintaan, tempat tinggal, dll.

"Dilayan sehingga awal 2000, akan mengingatkan aku pada dan musim aku ambil lesen motosikal dan layan VCD filem-filem koboi Clint Eastwood, seterusnya dapat tahu lagu runut Ecstasy Of Gold adalah daripada filem The Good, The Bad And The Ugly yang selalu menjadi intro konsert Metallica."

- Entri 40th Metallica.

_____
AADI: Album live S&M2 pun belum terlayan lagi.

Iron Maiden - The Book Of Souls: Live Chapter


Yang hampir-hampir hype hujung tahun lepas, tapi entah kenapa (aku rasa) ia tidak semeriah rilisan album live Maiden England '88, En Vivo! mahupun Flight 666. Mungkin hangatnya sudah hilang kerana semua orang dapat menontonnya melalui YouTube dan tidak lagi eksklusif kepada mereka yang membeli versi fizikal, dan tidak dirilis (setakat ini) dalam format DVD/Blu-Ray.

Simple cover art, I like.
Tapi buatlah apa rilisan sekalipun, peminat Iron Maiden tetap akan beli, itu yang pasti. Disebabkan perenggan pertama tadi, aku hanya memilih audio CD versi biasa (melalui Rock At Large) dan bukannya versi deluxe yang berharga mungkin 2-3 kali ganda. Kalau album studio baru seperti The Book Of Souls lain cerita, aku sanggup beli dua versi, biasa dan deluxe.


Dan sehingga entri ini ditaip, aku belum lagi memasang dan mendengar lagu-lagu dalam album ini. Dibuka pun untuk tangkap gambar dan modal buat entri blog. Kah kah kah... Biasalah kalau album live Iron Maiden, what did you expect?

Lagipun hampir kesemua lagu-lagu dalam album live ini aku dah tengok di YouTube. Paling menarik, 3-amigos pandai buat silap mata semasa atas pentas, gitar mereka boleh "bertukar-tukar" warna dan model (kalau faham, bagus). Kali ini lebih kerap berbanding semasa dalam En Vivo! yang aku hanya terperasan sekali dua. Adakah ia disengajakan? Atau editor main tangkap muat saja?

Icon versi Mayan untuk setiap lagu, kalau perasan.
Formatnya sama seperti Flight 666, setiap lagu dirakam di negara/bandar yang berbeza semasa konsert jelajah dunia TBOS 2016-2017. Cuma agak terkilan kerana mereka langsung tidak singgah rantau nusantara untuk jelajah kali ini. Tak singgah KL aku tak kisah, tapi Singapore? Jakarta? Bali? Janji-janji "akan kembali lagi" semasa Iron Maiden Singapore 2011 hanya tinggal janji. Tak apalah, mungkin masalah pengurusan, penganjur atau promoter rantau sini agaknya.

Harapnya album ini akan dirilis dalam versi *DVD, lagi seronok tonton album live berbanding mendengarnya sahaja. Dan dokumentari ala "the making of" yang biasanya akan ada dalam setiap rilisan DVD mereka. Untuk ulasan panjang lebar, silalah singgah blog Deaf-Angel dan Rafi Xyrus.

_____
AADI: *Atau sudahpun dirilis? Mungkin aku yang tertinggal Ed Force One kapal.

Iron Maiden - Death On The Road (Part 2)


Mungkin sekarang masih belum musim viral Iron Maiden kot? Tapi tak mengapa (parap-parap), tak lama lagi album baru mereka (yang ke-16!) akan menjelang...


Sementara itu, beberapa hari lepas menerima bungkusan eBay daripada estock (UK) bukan *estock_deutschland (DE), berisi DVD konsert Iron Maiden - Death On The Road. Walaupun berstatus terpakai (used), ia masih lagi nampak 90% seperti baru.

Apa beza estock UK dan DE? UK ada postage (tak mahal pun, £1.50 sahaja), DE free postage! Tapi malangnya DE tak jual DVD.


Perolehan yang tertunda lebih empat tahun semenjak merapu dalam entri versi CD audio. Itupun nasib baik ada estock yang menjualnya dengan harga tersenyum £3.96+1.50 (RM31.61), kalau harapkan seller lain, agak susah untuk diperolehi dengan harga sedemikian.


Ini merupakan versi 3-DVD (ada versi 2-DVD sahaja). Untuk konsert terdapat dua DVD yang berbeza format audio, satu adalah stereo dan satu lagi 5.1 Dolby Digital. Jika anda tidak mempunyai sistem teater rumah yang canggih, sila pasang versi stereo.


Bagi aku highlights untuk konsert ini ialah semasa lagu Journeyman. Rasanya tak pernah Iron Maiden buat persembahan full acoustic sebelum ini (betulkan kalau aku salah ye Deaf-Angel) kan?

Dengan sedikit tambahan solo Adrian Smith berbanding tiada solo dalam versi album. Harap-harap untuk album baru nanti adalah melekat satu lagu dalam mood sebegini.


Apa yang menarik dengan DVD konsert Iron Maiden (semenjak DVD Rock In Rio kot?), biasanya akan didatangkan dengan DVD bonus "special features".

Mengandungi dokumentari yang menceritakan pembikinan album Dance Of Death dan cerita di belakang tabir konsert jelajah Death On The Road mereka. Juga mengandungi klip video Wildest Dream dan Rainmaker serta galeri gambar.


Versi audio CD dah ada, versi DVD pun dah ada, dah boleh tutup akaun Death On The Road. Apa? Piring hitam? Tak apalah, lakum hobikum wa bagi kamu hobi kamu, bagi aku hobi aku...

Next target, mungkin nak cari DVD konsert Live After Death atau Maiden England '88.

_____
Ada apa: *Sejak minggu lepas katalog estock_deutschland "bermasalah"...

Nightwish - Made In Hong Kong (And In Various Other Places)


Album live Made In Hong Kong (And Various Other Places) ni pun dah lama diintai dalam katalog estock_deutschland, tapi versi "brand new" agak premium harganya. Bila versi "very good" disenaraikan dengan harga tersenyum €6.06 EUR (RM25.50) pastinya terus dirembat.


Kompilasi lagu-lagu versi live Nightwish sepanjang konsert jelajah (tour) album Dark Passion Play sekitar 2007-2008 dari Israel hingga ke Amerika Selatan. Termasuk dua buah lagu Escapist dan While Your Lips Are Still Red daripada B-side single Bye Bye Beautiful dan Amaranth. Juga disertakan lagu Cadence of Her Last Breath versi demo yang dinyanyikan oleh Marco Hietala (pra Anette Olzon).


Album ni juga didatangkan dengan sebuah DVD yang mengandungi dokumentari Back In The Day... Is Now yang mengisahkan cerita di bekalang pentas sepanjang konsert, hampir keseluruhannya dalam bahasa Suomi (with English subtitle) dan tiga klip video; Amaranth, Bye Bye Beautiful dan The Islander.


Diperolehi sebagai pelengkap koleksi diskografi Nightwish, dan paling penting ialah dokumentari Back In The Day... Is Now itu sendiri, antara sebab utama keinginan untuk memiliki album ini.


Pada pendapat aku, fokus utama dalam album live dan dokumentarinya ialah vokalis baru mereka (ketika itu) Anette Olzon. Untuk persembahan live, vokal Olzon agak "kureng" seperti tercungap-cungap, mungkin disebabkan gementar berhadapan dengan ribuan penonton seperti yang dijelaskan sendiri oleh Olzon sendiri dalam dokumentari.

From Finnish, to Swedish... And now a towering Dutch!

_____
Ada apa: Tuomas Holopainen, klon Jack Sparrow...

Wings - Rockestra CD/DVD


Bulan lepas aku ada terjumpa album ni di sebuah premis CD/DVD di Parkcity Mall Bintulu, tapi harganya sekitar RM60+ agak was-was aku nak beli. Minggu lepas waktu bercuti di Sabah pula terjumpa di premis Speedy Video, Suria Sabah dengan harga RM46.90, aku terus beli (biasa Speedy harga standard kan?).

Rasanya belum ada geng bloggers yang buat entri pasal album live Rockestra ni (betulkan kalau aku salah), kecuali Portdy yang dah buat "teaser".


Versi CD audio aku dah dengar 2-3 kali putar peneman pemanduan jarak jauh trans-Borneo, versi DVD pula baru 10-20% tengok. Tiap kali pasang guna DVD player (PC aku tak dapat baca DVD ni) pasti anak aku akan mencelah suruh tukar DVD Frozen atau Big Hero 6.

Pendapat Peribadi? Ulasan Ringkas? Superb! Cuma aku nak komen pasal dua benda;
  1. Walaupun bunyi-bunyian dan vokal jelas, cuma agak menjengkelkan bila bunyi riff gitar Joe kadang-kadang "tenggelam" oleh bunyi-bunyian orkestra.
  2. Hampir semua lagu-lagu Wings dalam album telah digubah semula (rearranged) kepada versi yang agak janggal didengar. Dari kecil kita dengar lagu-lagu Wings "macam ni" tiba-tiba jadi "macam tu", nak sing-along-kalau-oke pun kadang-kadang terputus mood.
Selebihnya menunggu entri/ulasan/komen daripada peminat tegar Wings seperti Deaf, Portdy, Muspeed, Berteromber dan Takilala.

_____
Ada apa: Mungkin ada ulasan tambahan bila dah habis tengok versi DVD.

Blaze Bayley - The Night That Will Not Die


Album live Blaze Bayley yang kesekian... Entah, kedua kot selepas As Live As It Gets. Album live yang mengetengahkan lagu-lagu dari zaman Iron Maiden sehingga album terkini (ketika itu) The Man Who Would Not Die. Dirakam di Z7, Pratteln, Switzerland pada 13 Disember 2008 (mengikut info dalam inlay).

Swine reaper?
Kali ni diperolehi bukan melalui eBay tetapi daripada Blaze Bayley Official Webshop dengan diskaun 20% sempena Black Friday (£10.88 @ ~RM58 termasuk pos, pos tu yang buat mahal). Kebetulan aku belum ada album ni dan Soundtrack Of My Life, yang mungkin akan diperolehi dalam masa terdekat kerana masih ada 20% diskaun sempena tahun baru 2015.


Selain diskaun 20%, album ni juga ditandatangani sendiri Blaze Bayley! Antara sebab aku terus mendapatkannya setelah mendapat info daripada Facebook Blaze Bayley.


Ok, vokal Blaze memang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam album ni. Pertama kali aku dengar lagu-lagu era Iron Maiden seperti Futureal, Lord Of The Flies, Edge Of Darkness dan Man On The Edge dalam versi Blaze Bayley tanpa "vibe" Iron Maiden (double pedal drums, no galloping bass, no fancy licks) tetapi masih mengekalkan "feel" versi asal.


Begitu juga dengan lagu-lagu dari era BLAZE (Silicon Messiah, Blood & Believe, Tenth Dimension) bagi aku tiada cacat cela. Tapi yang pasti, lagu yang paling aku minat pastinya Smile Back At Death (Ridley Scott's Gladiator in a song) dan While You Were Gone (tribute to his late wife) yang dinyanyikan dengan penuh emosi.


CD ni diterima sehari sebelum bercuti Krismas, dapat juga dijadikan hiburan semasa pemanduan jarak jauh balik Dalat. Serius, dengar lagu metal kental (sambil karaoke) dapat mengelakkan diri daripada mengantuk semasa memandu, tapi Mrs. dan Lil'Ijau pula sedap tidur bila dengar lagu-lagu macam ni, pelik...

_____
Ada apa: Terasa nak down-tune gitar semata-mata nak cuba main lagu-lagu Blaze Bayley ni.

Kamelot - The Expedition


Setelah kalah bidaan dari Australia, aku mencuba opsyen kedua, membidanya dari Rusia pula. Dibida sehingga tahap maksimum yang aku termampu, dan hasilnya aku menang bidaan dengan harga US$12.99+9.00 (RM74.35) seterusnya berjaya memiliki album live Kamelot yang uber-rare - The Expedition.

New and still sealed.
(P)(C) 2000 Noise Records, a label of Sanctuary Records Groups Ltd. Cetakan ini merupakan cetakan Rusia (Russian pressing) diedarkan oleh Soyuz Music. Walaupun di belakang ada notis "for sale in Russia and CIS states only" tapi ia terlepas juga untuk pasaran luar melalui eBay (sama seperti kes album Crows Fly Black).

Ada helaian obi (obi strip), macam CD cetakan Jepun
Album live pertama Kamelot yang dirakam semasa konsert mereka di Jerman dan Greece sempena Kamelot live in Europe 2000, dirakam, diadun (mixed, mastered) dan diterbitkan oleh Sascha Paeth - nama yang sinonim dengan album-album Kamelot dan beberapa buah band power metal yang lain.


Aku mengenali Kamelot semasa album Karma, manakala album live ni merupakan album selepas The Fourth Legacy (pra-Karma), jadi beberapa lagu agak asing bagiku (walaupun ada memiliki mp3 sedut).

Tracklist
  1. Intro / Until Kingdom Come
  2. Expedition
  3. The Shadow of Uther
  4. Millennium
  5. A Sailorman's Hymn
  6. New Allegiance / The Fourth Legacy
  7. Call of the Sea
  8. Desert Reign / Nights of Arabia
  9. *We Three Kings
  10. *One Day
  11. *We Are Not Separate
Tiga lagu terakhir (*) merupakan lagu bonus rakaman studio.

Khan nampak muda remaja, hahaha...
Walau bagaimanapun, vokal Roy Khan yang unik mampu membuatkan minda aku secara otomatik berkata "ini Kamelot" walaupun jarang atau tak pernah mendengar lagu-lagu dalam album ni. Tak hairanlah jika vokal Khan menjadi identiti Kamelot sehinggakan penggantinya, Tommy Karevik pun seoalah-olah terpaksa (dipaksa?) "meniru" gaya vokal dan imej penampilan ala Khan (pendapat peribadi).


Ketika ini Thomas Youngblood masih menggunakan Jackson Soloist, belum masuk khemah ESP lagi. Aksi Thomas bersama ESP Horizon (dan Eclipse) dalam DVD One Cold Winter's Night antara yang mempengaruhi aku untuk cuba belajar main gitar pada tahun pertama aku terjerumus dalam hobi tersebut (ketika itu aku cuma pandai main bass).

_____
Ada apa: Next target, The Fourth Legacy.

Bruce Dickinson - Scream For Me Brazil


Satu lagi perolehan berbaloi-baloi daripada estock_deutschland dengan harga malar tersenyum €4.02 (RM18.83) termasuk pengeposan percuma. Album live Kapten Bruce (Dickinson) kita - Scream For Me Brazil, yang dirakam semasa konsert The Chemical Wedding World Tour di Sao Paolo, Brazil 1999.

Cover art yang cikai, hahaha~
(P)(C) 1999 Duellist Holdings Ltd. under exclusive license to Air Raid Records Ltd. (Duellist? Air Raid? Sounds very Brucy hahaha...)


Dengan line-up power Adrian Smith dan geng Tribe Of Gypsies - Roy Z, Eddie Cassillas dan Dave Ingrahams, sudah pasti muzik mereka agak berbeza dan lebih "berat" berbanding Iron Maiden, lebih-lebih lagi untuk lagu-lagu daripada album The Chemical Wedding yang banyak guna talaan rendah (drop D?).

H dengan aksi duck face.
Dengar cerita, selepas konsert ni H dan Kapten menyertai semula Iron Maiden pada penghujung tahun yang sama (1999). Kapten kata kalau H tak masuk, dia pun tak nak masuk... Good point.

The shredder, Roy Z.
Jika dibandingkan dari segi kepantasan solo, Roy Z ni lebih hebat dan mantap berbanding H. Tapi H bukanlah gitaris jenis shredder jika dibuat perbandingan. Kedua-dua mereka mempunyai gaya permainan yang berbeza, secara tidak langsung membuatkan gabungan muzik mereka menjadi lebih unik.


Walaupun cover art album ni agak cikai ringkas (gambar ikan piranha tunjuk gigi je), tapi inlay 24 muka suratnya berwarna-warni penuh dengan gambar-gambar semasa konsert (tak perlulah tunjuk semua, kan?).

Kualiti bunyi dalam album ni lebih "superior" berbanding bunyi yang ada dalam DVD 2 Anthology. Jeritan penonton jelas kedengaran, manakala solo H/Roy diselang-selikan di sebelah kiri dan kanan (stereo).

Sebagai pelengkap koleksi, apa-apa rilisan Bruce Dickinson akan cuba dikumpulkan. Selepas ini mungkin akan mencari Alive In Studio A.

_____
Ada apa: Tahun ni belum ada lagi laungan "ice cream for me Bintulu..."

Iron Maiden - En Vivo! (Part 2)


Jika setahun lepas dah dapat versi DVD, kali ni dapat versi CD audio pula. Inilah hasil usaha merajinkan diri menyemak stok terbaru estock_deutschland (hampir tiap-tiap hari)...


Terjumpa album live Iron Maiden En Vivo! berharga €7.02 (RM31.56), dengan pantas aku terus tekan butang "buy now" sebelum disambar orang lain. Dan amat bertuah kerana fizikal CD ni masih lagi baru. Harga pasaran Malaysia untuk CD audio import sebegini boleh mencecah sehingga RM60 (contohnya RM51.90 untuk album Maiden England '88).

H memang bergaya dengan Goldtop.
Grafik pada CD lebih kurang sama tema dengan versi DVD. Inlay yang penuh dengan info, lirik dan gambar-gambar semasa konsert di Santiago, Chile, sempena The Final Frontier World Tour 2011. Mungkin ada gambar yang sama seperti dalam buku On Board Flight 666 (aku belum bandingkan lagi).

Aku suka pose Murray ni, smells like teen spirit...
Ia hanyalah sebagai pelengkap koleksi dan hampir sama sahaja seperti album-album live Iron Maiden yang lain, dengan tambahan beberapa lagu baru daripada album The Final Frontier - Satellite 15, The Final Frontier, El Dorado, The Talisman, Coming Home dan When The Wild Wind Blows. Tapi dari segi khazanah memori, ia mengingatkan kembali nostalgia semasa menonton konsert mereka di Singapore dua tahun lepas.

_____
Ada apa: Next target, Death On The Road DVD.

Iron Maiden - Maiden England '88


Pada mulanya ingin mencari album Super Collider di premis Speedy Video, Bintang Mall (Miri) semasa ronda-ronda pra-balik raya minggu lepas. Namun album tersebut gagal dijumpai, tapi terjumpa pula album live Maiden England '88 ni (imported version).


Ironmaideninya, kualiti rakaman bunyi untuk album ni memang bagus walaupun ia dirakam menggunakan teknologi 25 tahun yang lepas. Tapi tak mustahil ia telah di"remixed-and-remastered"kan dengan teknologi yang ada pada masa kini. Versi DVD akan diusahakan kemudian, mungkin melalui eBay.

Yang menarik ialah pada CD1, menyajikan lagu-lagu yang jarang dimainkan secara live (pada masa kini) seperti The Prisoner, Still Live, Die With Your Boots On dan Infinite Dreams. Berbanding lagu-lagu yang ada pada CD2 yang rata-ratanya merupakan lagu live wajib Maiden (kecuali SSOTSS).

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Next target - En Vivo!

Blind Guardian - Live


Bungkusan eBay dari Jerman ni diterima semalam (20/3/2013) berisi CD audio berkembar Blind Guardian dengan album konsert live mereka yang hanya diberi nama Live (penamaan album yang tawar hahaha). Antara album "most wanted" Blind Guardian yang sekian lama aku cari di eBay, tapi yang ada sebelum ni semuanya mahal-mahal belaka (>RM50 with postage, even for a used CD).

Ada sedikit *pertikaian mengenai cover art album ni.
eBay purchase info
  • Purchased from: estock_deutschland
  • Location: Germany
  • Condition: used
  • Price paid: €8.86 + free postage (RM38.28)
  • Ordered: 14/2/2013
  • Received: 20/3/2013
  • Label: (P) + (C) 2003 Virgin Music, a division of EMI Music Germany GmbH & Co.
  • Made in: Germany
Double dragon disc.
Tracklist
CD1
  1. War Of Wrath
  2. Into The Storm
  3. Welcome To Dying
  4. Nightfall
  5. The Script Of My Requiem
  6. Harvester Harvest Of Sorrow
  7. The Soulforged
  8. Valhalla
  9. Majesty
  10. Mordred's Song
  11. Born In A Mourning Hall
CD2
  1. Under The Ice
  2. Bright Eyes
  3. Punishment Divine
  4. The Bard's Song (In The Forest)
  5. Imaginations From The Other Side
  6. Lost In The Twilight Hall
  7. A Past And Future Secrets
  8. Time Stand Still (At The Iron Hill)
  9. Journey Through The Dark
  10. Lord Of The Rings
  11. Mirror Mirror
Album live yang dirakamkan di beberapa tempat semasa konsert Blind Guardian World Tour 2002/2003; Tokyo, Stockholm, Lichtenfels, Venice, Dusseldorf, Milano, Firenze Barcelona, San Sebastian, Aviles, Madrid, Granada, Valencia, Bremen, Moscow, Hamburg, Berlin, Munchen, Stuttgart.
[Edited @ 4:50 pm] Hampir kesemua lagu dalam ni album dirakam sekali dengan suara puluhan ribu penonton, sama ada sing-a-long ataupun sebagai suara latar. Lebih kurang macam konsert Iron Maiden (ada ole ole ole~). Oh ya, part Valhalla yang penonton taknak berhenti tu memang best hahaha (thanks deaf-angel for mentioning this part).
Antara lagu-lagu klasik Blind Guardian kegemaranku sepanjang zaman ada dalam album live ni; Mordred's Song, Bright Eyes, The Bard's Song, A Past And Future Secrets dan Lord Of The Rings. Bila dengar lagu-lagu ni memang akan KLMJ zaman-zaman "wasted years" aku di Penang dulu.


Aku dah ada album ni dalam versi kaset berkembar (double cassettes) yang diperolehi dari dB Music Komtar (aka kedai Aunty Alice), kalau tak silap sekitar 2004-2005. Sebelum ada kaset, aku ada sedut mp3 album ni guna mIRC ketika album ni mula-mula dikeluarkan dulu.


Tapi aku rasa kaset ni hanya pernah dimainkan 2-3 kali saja kot, semenjak Walkman aku rosak aku malas nak beli pemain kaset yang lain. Nak dengar lagu daripada album ni biasanya aku pasang mp3 pada PC saja. KLMJ la sangat...

*Dalam dunia D&D, kaum Dwarf biasanya lebih suka menggunakan kapak berbanding pedang.

_____
Ada apa: Next target, Blind Guardian compilation.

Tarot - Undead Indeed (Part 3)


Tak banyak cerita, lagi bungkusan eBay dan lagi kes isu berbangkit. Bukan kes imitation, counterfeit atau pirated CD, tapi kali ni kes kesilapan info daripada seller. Dalam item info, seller mention item ni ialah Tarot Undead Indeed 2-disc version. Untuk keterangan lanjut, aku tanya seller adakah ia 2-disc audio CD version atau CD/DVD version seperti yang aku beli dari Jerman tahun lepas. Dengan confident seller reply mengatakan item ni ialah 2-disc audio CD version.

Aku terima bungkusan dari UK ni dua minggu lepas (dapat serentak dengan bungkusan Dominator), bila dibuka... Isi kandungannya ialah, yet again Tarot Undead Indeed CD/DVD version, bukannya 2-disc audio CD seperti yang dinyatakan oleh seller.

Yup, new and still sealed. No cracks on jewel case either.

Masih ada magnetic security bar lagi.

Apa beza 2-disc audio CD version dengan CD/DVD version ni? Oke, versi yang aku ada ialah CD/DVD version mengandungi [1] audio CD dan [2] DVD konsert, tapi kandungan [1] audio CD tak lengkap, maksud aku bukan semua lagu diorang sumbat dalam audio CD tu (lagu favourite Wings Of Darkness tak masuk), kalau dibandingkan dengan tracklist dalam [2] DVD konsert.

2-disc audio CD version pulak mengandungi lengkap semua lagu dan interlude borak-borak bahasa Suomi seperti dalam konsert DVD, spanning in two separate audio CD.

Aku hubungi seller sejurus selepas sessi fotografi album ni. Seller mengaku salah dan minta maaf sebab tak cek betul-betul, dia ingat cuma ada versi CD/DVD saja yang wujud. Seperti biasa seller suruh pulangkan semula item ni dan dia akan full refund. Tapi aku kata tak payahlah return and refund memandangkan stuff Tarot memang rare, apatah lagi album Undead Indeed ni yang aku dengar-dengar limited stuff.

Jadi kepada peminat-peminat Tarot, kalau-kalau ada yang berminat untuk memiliki album ni bolehlah hubungi aku sebelum aku iklankan di MTM Classifieds atau Mudah.my. But be aware as other rare Tarot stuff, harganya memang premium, apa-apa sila mesej aku sebab aku tak berani letak harga kat entri ni.

Mai layan Ashes To The Stars, sedikit preview dari DVD ni.

More info at Wikipedia and Tarot Official Website.

_____
Ada apa: Sahur cornflakes lagi ;)

Iron Maiden - Live After Death


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #10]

Dah lama tak buat entri pasal Maiden Tribute, kali terakhir bulan Mei lepas dengan album No Prayer For The Dying. Kalau diikutkan CD yang ni pun dah lama aku terima, dan entri ni pun dah lama dalam draft (baru perasan).

Seperti biasa CD dari eBay bersetem dari UK (setem standard Queen Elizabeth) berisi CD Iron Maiden album Live After Death remastered version. Kalau ikutkan, album-album live concert, compilations, singles dan era D'Anno bukanlah priority dalam koleksi Iron Maiden aku, tapi memandangkan album ni susah nak cari kat kedai-kedai CD yang selalu aku pi (Speedy Video, Victoria Music Centre mahupun Goblinz) dan dengan harga yang agak menarik, jadi faham-faham sajalah.

Walaupun berstatus used, tapi CD ni masih nampak baru dengan permukaan yang 99% scratchless, walaupun ada sedikit keretakan pada jewel case.

eBay purchase info

  • Purchased from: smokiebobo (seller yang sama untuk Rock In Rio)
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.96+3.00 (RM35.25) menang bid
  • Ordered: 29/3/2010
  • Received: 14/4/2010
  • Label: (P)(C) 1998 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive licence to EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Seperti biasa, tracklist tak payahlah aku nak list down. Otai-otai yang lain pastinya dah ada CD ni kan? Nanti aku korek entri-entri lama korang, kalau ada entri review pasal album ni, aku akan letak link yang berkenaan kat area ni.

Disc 1

Disc 2

Seperti album-album remastered "enhanced CD" version Iron Maiden yang lain, album ni jugak mempunyai multimedia contents pada kedua-dua CD. Wasn't a big deal for me to check-it out though.

Minggu lepas aku ada beli Powerslave bersama-sama dengan The Best Of Mercyful Fate. Jadi, kecuali dua album pertama (zaman D'Anno), koleksi studio albums Iron Maiden aku boleh dikirakan complete :)

Apa-apapun... Up the Irons \m/

_____
Ada apa: Eh? Bulan berapa The Final Frontier release?

Iron Maiden - Rock In Rio (Part 3)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #8]

Tahun lepas (sementara menunggu kedatangan Flight 666 limited edition DVD), aku ada buat entri pasal konsert Iron Maiden Rock In Rio ni (versi DVD). DVD disc 1 merupakan konsert (entri part 1) dan DVD disc 2 merupakan bonus material dan dokumentari (entri part 2).

Kali ni pulak versi CD audio. Yup CD eBay lagi... Bungkusan bersetem dari UK ni (aik? Ada setem?) diterima pada 29/3/2010 yang lepas bersama-sama dengan Blooddrunk digipak dan Nightfall In Middle-Earth. Selain daripada CD Rock In Rio ni, aku jugak dah menang bid CD Live After Death (1998 remastered version, dah sampai) dan No Prayer For The Dying (1990 first pressing, belum sampai lagi) daripada seller yang sama, akan ada entrinya kelak.

eBay purchase info

  • Purchased from: smokiebobo
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.00+3.00 (RM31.00) menang bid
  • Ordered: 23/3/2010
  • Received: 29/3/2010 (aik? Enam hari je?)
  • Label: (P)(C) 2002 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive licence to EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Used & sealed! Hahaha sealed with plastic bag.

Walaupun berstatus used, tapi CD ni nampak macam 98% baru, CD shiny scratchless, inlay masih baru, jewel case pun masih baru dan tak retak dll. Quite a worthy purchased.

Tracklist sama saja seperti versi DVD, tapi disebabkan CD ni enhanced CD ada bonus material dalam setiap disc. Disc 1 ada bonus enhanced video Brave New World (format MOV), manakala disc 2 pulak ada bonus dokumentari enhanced video A Day In A Life (format MOV). Sama je dokumentari tu macam kat dalam DVD dics 2 (kecuali versi DVD gambar lagi clear duh~).

Seller ni sebenarnya ada dua versi CD Rock In Rio ni, USA pressing (kira imported la) dan local UK pressing (this CD), aku pilih UK pressing dan aku rasa korang tau kenapa... Just because those Iron Maiden lads were British hahaha...

Rasanya tak payahlah aku ulas CD ni, apa-apa boleh baca entri versi DVD. Senang cerita konsert ni merupakan konsert Iron Maiden (official) pertama dengan tiga orang gitaris hebat Murray, Gers dan Smith = more harmonics, sound variations dan abso-f*ckin-lutely marvelous!

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Next target - Death On The Road DVD!

Iron Maiden - A Real Live Dead One (Imported)


[2010 tribute to Iron Maiden viral entry #3]

Iron Maiden - A Real Live Dead One. Imported version enhanced CD, yang aku beli kat (ntah apa nama kedai) Imperial Mall, Miri pada 14/10/2006 dengan harga RM89.90 (mahal kan?). Untuk versi CD, album A Real Live One dan A Real Dead One digabungkan menjadi album berkembar A Real Live Dead One, tak macam versi kaset yang diasing-asingkan. Tracklist dan info-info lain tak payah cerita la kan? Aku ada korek artikel kremaut pasal album ni.

Ada cerita sebalik CD ni, sebenarnya sebelum aku beli CD ni aku dah beli dua CD daripada kedai yang sama iaitu King Diamond Fatal Portrait dan Iron Maiden Brave New World. Lepas beli baru aku perasan kedua-dua CD tadi versi "cap lanun" tapi jual dengan harga ori RM40+ per CD. Aku dengan tak puas hati datang balik kat kedai tu explain itu-ini tapi tauke taknak refund balik duit cuma dia bagi aku option cari CD lain.

Setelah membelek-belek, aku terjumpa CD ni walaupun lagi mahal daripada nilai dua CD yang aku beli tadi (tambah dalam RM10), sekurang-kurangnya aku berpuas hati sebab beli CD ori, imported and it's an Iron Maiden CD damn it! Btw, hanya beberapa CD saja yang ori kat kedai tu, hampir 80% merupakan "cap lanun" sebenarnya kedai ni bukanlah kedai kaset atau CD tapi kedai konsep Metal yang jual stuff Rock/Metal seperti t-shirt, accessories, patches, badges, dll macam Goblinz dan Helloween kat KK Plaza.

CD kiri @ A Real Live One, Eddie = Steve Harris? Hahaha...
Carta kat bawah tu salasilah "keturunan" ahli-ahli Iron Maiden.

Album A Real Live Dead One ni merupakan CD ori Iron Maiden yang pertama aku beli, sebelum-sebelum ni beli kaset je, kalau beli CD pun beli versi "cap lanun" pasar malam harga RM5.00 yang sekarang dah upgrade kepada versi ori antaranya Dance Of Death dan Best Of The Beast.


Yang ironinya (atau IronMaideninya), album A Real Live One versi kaset merupakan kaset ori Iron Maiden pertama yang aku beli (somewhere in 1997). Album yang bertanggungjawab membuatkan aku serius minat Iron Maiden sampai sekarang. Sebelum-sebelum ni semua kaset Iron Maiden aku pinjam daripada member (dulu-dulu kan suka trade kaset dengan member), kadang-kadang dubbing kaset lain. Lagu-lagu seperti Wasting Love, The Evil That Man Do, Afraid To Shoot Strangers dan Fear Of The Dark memang berhantu, enjoy dengar.

Bab-bab lainnya, aku serahkan kepada yang pakar dan peminat tegar yang lain untuk membuat ulasan di ruangan komen... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Kalau bukan disebabkan album ni, berkebarangkalian besar aku tak minat Iron Maiden...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger