Gig Raya anjuran bersama Warung Deli dan Vaie Voice Entertainment berlangsung Jumaat lepas 7/7/2017 di halaman
asmara Warung Deli, Jalan Kampung Baru, Bintulu.
Dikhabarkan ada tujuh buah kumpulan yang beraksi malam tersebut, tapi aku cuma ingat enam sahaja (atau mungkin cuma enam kumpulan, aku pun lupa) -
Jepak Buskers, Natas,
Metuk Ulau Project, NV Unity, Pemuzika
BAWARIS dan Pro-X Band.
 |
| "Gig's" |
Acara bermula pukul 8.30 malam diterajui sendiri oleh tauke Warung Deli, Bro Bakeri merangkap vokalis Natas dan Hamka vokalis NV Unity. Selepas cabutan undi giliran, persembahan pun bermula sekitar 9.00 malam. Seperti biasa bab "souncheck 101" masih ramai yang gagal.
 |
| Jepak Buskers |
Dengan tema Hari Raya, setiap kumpulan mempersembahan tiga buah lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu raya. Persembahan pertama daripada Jepak Buskers dengan vokalis duet yang menarik perhatian, terutama vokalis wanitanya.
 |
| Natas |
Natas menggegarkan ruang udara Kampung Baru dengan bass letop-letop Bro Awie dan alunan keytar Din Glamour yang terlebih mix berbanding kedua-dua gitar yang tenggelam.
Ya, Azrol double-duty malam tersebut bersama Natas (Schecter Demon 7FR, standard) dan seterusnya MUP (
Cort X-11, Eb). Kelihatan kelibat Azroy Hammett di belakang sana. MUP beraksi selepas Natas, tapi disebabkan tuan blog yang terlalu bias, cerita MUP akan ditulis eksklusif di perenggan bawah nanti, kah kah kah...
 |
| NV Unity |
Kumpulan keempat beraksi ialah NV Unity (NV = New Village = Kampung Baru). Dua daripada tiga gitar yang aku servis semasa bulan puasa lepas ada beraksi pada malam itu;
Poplar Tele dan
Purple Strat.
 |
| Pemuzika BAWARIS |
Persembahan kelima adalah daripada Pemuzika BAWARIS yang juga disertai oleh Saudara Murad aka
Barangkali Marus (seruling) dan Bro Adam (gitar).
Bro Adam dengan gitar baru aku tak pasti apa model, tapi ala Tele Thinline Acoustic. Dan melalui pemprosesan
Zoom A2.
Kumpulan keenam ialah Pro-X Band, waktu ni dah dekat tengah malam, akupun dah mengantuk dah balik, jadi tak ada lagi mood untuk merayau-rayau tangkap gambar - harap maaf.
Ok, masa untuk perenggan yang lebih bias kepada MUP. Rasanya ini persembahan awam MUP pertama untuk 2017 semenjak
BOTB Sebauh. Tidak seperti kumpulan lain yang rata-rata menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu raya dalam setlist mereka, MUP hanya memainkan satu lagu raya, satu lagu cover dan satu lagu sendiri.
Dua daripada tiga lagu dinyanyikan oleh Adi Herman, lagu pertama
Like A Stone cover Audioslave. Adi merupakan peminat tegar
Chris Cornell, jadi lagu ini dinyanyikan sebagai tribute kepada mendiang.
Untuk lagu kedua, kami rasa ini merupakan venue yang sesuai untuk debut lagu ciptaan MUP sendiri bertajuk
Pentagram Di Atas Pusara bersempena dengan buku
antologi cerpen nukilan Adi Herman dengan tajuk yang sama. Checkout the Soundcloud clip below.
Dirakam terus menggunakan
Zoom H1, dan diedit dengan perisian Audacity. Lirik oleh Adi Herman (merangkap vokalis untuk lagu ini), senang-senang saja dia buat lirik, dah empat tahun lagu ni tanpa lirik. Manakala muzik gubahan aku dan Azrol sejak 2013 lagi. Pernah dimainkan secara instrumental semasa
Gig YOLO 2013 dengan tajuk
Project Madness.
Dan cerita pasal lagu raya, lagu yang kami pilih ialah lagi playsafe
Sepasang Kurung Biru, tetapi di-MUP-kan, lebih pantas, lebih metal, yang langsung tak ada ampun maaf hari raya, dengan tajuk parodi
Sepasang Mengkarung Biru.
Post-mortem Gig Raya untuk MUP:
- Kalau tahu dari awal, lebih baik main dua lagu raya, yang di-MUP-kan, kah kah kah...
- Kurang masa praktis.
- Sususan muzik lagu Sepasang Mengkarung Biru mungkin akan dijadikan lagu MUP.
- PA system yang agak overkill berbanding skala venue.
- Tapi bab soundcheck, MUP paling pantas.
Harap maaf, hampir semua gambar kurang berkualiti diambil menggunakan telefon pintar murahan aku Zenfon Go 45. Kecuali gambar yang ada tag "HermanNVU" yang dikongsikan oleh Herman gitaris NV Unity (bukan Adi Herman).
_____
AADI:
Korawk?