Showing posts with label ais krim. Show all posts
Showing posts with label ais krim. Show all posts

Kenapa Mesti Luke?


Kenapa bukan Rey Palpatine? Kenapa bukan Kylo Ren? Ahsoka Tano? Ataupun terkini May/Osha?

Itupun Luke muda dan bukan "Jack" Skywalker dalam TLJ. Kenapa? Sepertinya Lucasfilm tidak yakin dengan watak-watak Star Wars era sequel (aka Disney's Star Wars) dan masih bergantung pada watak-watak original 40+ tahun lepas untuk merchandise dan perlesenan bagi menarik kembali peminat-peminat veteran Star Wars yang pernah dihampakan.

Mungkin kesinambungan entri ini.

_____
AADI: Suka konten Worthless Kingdom oleh WorldClassBullshitters.

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Nestle Milo Kaw?



_____
AADI: Ya, produk Nestle.

Ada Apa Dengan Magnum Classic?


Aku teringat aku beli ais krim ni bila brader ais krim Wall's (dengan lagu runut 8-bit ikonik Paddle Pop) lalu kawasan perumahan, dan anak autistik aku si Ijau Jr. panggil brader tadi "hey, I want ice cream". Ya, dia sekarang lebih banyak guna bahasa Inggeris (American accent, pengaruh YT Kids) berbanding bahasa Melayu.

*Kebelakangan ini aku jarang makan ais krim walaupun selalu belikan untuk anak-anak. Hadkan pengambilan dalam 2-3 kali seminggu sahaja. Tapi sekali-sekala bila dah craving tu, beli yang premium teruslah. Magnum ini ais krim jenis premium, setaraf dengan ais krim Nestle Kit Kat dan Nescafe Gold. Dengan saduran coklat Belgium yang tebal dan keras merekah, fuh memang kimochi...

Kalau kategori begini dulu aku selalu beli Top Ten (Wall's), Crunch (Nestle) atau Cravio (Magnolia) yang harganya 1/3 daripada harga Magnum ini.

_____
AADI: *Kurangkan makanan manis.

Flashes Batmen


Adanya watak Batmen (Keaton, Batfleck) merupakan faktor utama untuk aku menonton filem ini. Kalau ia adalah filem standalone The Flash, Supergirl atau watak DC/DCEU lain memang aku tak berminat. Sampaikan aku selamba jawab tengok filem "Batman" kepada patron kaunter popcorn sebelum mendapat memorabilia di bawah ni.

Sedikit kelainan kali ini kerana memilih GSC Bintulu untuk tayangan dewan besar BIG Dolby Atmos pada waktu yang sesuai (7.10 malam) Jumaat lepas, selain harga tiket yang lebih murah. Di TGV Bintulu hanya ada tayangan dewan besar (Infinity) pada lewat malam.

Aku tahu, geek dan gen-X seperti aku pasti akan bias kepada Batman Keaton, yang ditampilkan sebagai lebih berumur, matang, berpengalaman, yakin dan masih elegen seperti dua filem Tim Burton terdahulu, siap dengan muzik runut ikoniknya. Dua filem itulah yang membuatkan aku meminati watak Batman selain Batman: The Animated Series dan game Batman (NES).

Sekadar hiasan.

Kesinambungan filem Justice League, bijak bagi DC untuk menggunakan satu timeline sahaja seperti anekdot filem Back To The Future (Eric Stoltz?) sebagai latar belakang filem ini termasuklah paradoks pengembaraan masa. Tidak seperti Avengers: Endgame yang memilih timeline bercabang-cabang tanpa sebarang paradoks.

Banyak cameo yang bisa membuatkan sama ada tersengih atau ketawa terbahak-bahak. Jalan cerita yang agak bagus (tanpa perlu fikir isu semasa Ezra Miller) juga ada babak yang emosional. Tapi CGI ketika dalam speed force memang dipertikaikan agak teruk, seteruk babak The Scorpion King dalam filem The Mummy Returns. Selebihnya tak perlulah diceritakan, nanti terbuka pula segala spoilers.

_____
AADI: Keaton sesuai untuk jadi Bruce Wayne lagi kalau ada filem Batman Beyond.

Ada Apa Dengan Nestle Mochi Matcha Red Bean?


Ini antara saki-baki entri makan/minum untuk bulan puasa lepas. Seperti mochi boba dalam entri tahun lepas, ia sebenarnya bukanlah ais krim tapi lebih kepada mochi sejuk berperisa matcha dengan inti kacang merah.

Seperti biasa saiz hidangannya tidak memuaskan, tidak padan dengan harga yang agak premium iaitu RM3.50 di pasar raya B. Dengan harga yang sama lebih baik dapatkan ais krim Kit Kat atau Nescafe Gold. Tapi kalau dari segi rasa, mengunyah mochi sejuk yang kental memang satu perasaan yang kimochi~

_____
AADI: Kalaulah saiznya sebesar kuih pau.

Ada Apa Dengan Aiskrim Kit Kat Pink?


Seperti ais krim Nescafe Gold, ais krim ini juga menarik perhatianku kerana satu freezer penuh khusus untuk ais krim ini di pasar raya B. *Untuk modal entri AADI, dibeli jua...

Juga berharga RM4.00+ seunit, setaraf dengan geng-geng ais krim premium lain. Rasa? Agak sukar aku menginterpretasi rasanya, seperti langsung tiada rasa Kit Kat sebab pernah juga beberapa kali makan aiskrim Kit Kat perisa biasa (saduran coklat).

Mungkin paling dekat dengan rasa kek red velvet tapi ada rasa masam sedikit (raspberi?). Langsung tak sama dengan versi coklat Kit Kat Pink yang berperisa tambahan strawberi tapi masih rasa coklat sebagai hero utama.

Bila dah masuk 4-series, apa yang manis terasa semakin manis. Aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku membeli dan mencuba ais krim ini. Selain terlalu manis, saiz hidangannya (portion) pun agak besar berbanding ais krim biasa.

_____
AADI: Terlepas versi gold beberapa tahun lepas.

Wordless Wednesday: White Rabbit Ice Cream



_____
AADI: Ada berani?

Ada Apa Dengan Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream?


Nampak ais krim ini satu freezer penuh di pasar raya B, dengan label Nescafe Gold pastinya menarik perhatianku.

Dengan harga RM4.25 seunit, ia setaraf geng-geng ais krim premium lain seperti Wall's Magnum, Nestle La Cremeria dan King's Grand. Rasa? Pendapat aku ia paling sedap antara geng-geng premium tadi, disebabkan ada rasa pahit kekopian "cappuccino" yang mengiringi rasa manis coklat dan vanilla.

Sekali-sekala bolehlah, *kalau harian dengan harga RM4+ biasanya aku akan beli ais krim vanila bersadur coklat biasa (Wall's Top Ten, Magnolia Cravio, Nestle Crunch) dapat 2-3 unit untuk harga yang sama. Enjoy makan bersama Mrs. Ijau dan anak-anak.

_____
AADI: *King's Wafer kegemaran sekeluarga.

Ada Apa Dengan Nestle Mochi Boba?


Kebelakanagan ini agak segan untuk buat entri makanan, sebab deria rasa dan bau aku belum betul-betul pulih pasca-C19.

Tapi ais krim Nestle Mochi Boba ini dibeli dan dinikmati awal Februari sebelum kena C19. Inipun kalau ikutkan istilah sebenarnya bukanlah ais krim, hanya mochi sejuk berinti boba. Mochinya lembut dan tak berapa melekit, inti boba taklah hype sangat, sebab kalau boba sejuk pastinya akan terasa sedikit keras dan mengecut seperti dalam ais krim Tealive Bobalicious.

Cuma kelemahannya, saiz hidangan yang kecil daripada tapak tangan, di dalam bungkusan ini ada lagi satu bekas plastik untuk memelihara bentuk bulat mochi. Sekali ngap boleh terus masuk mulut dan rasa tak puas mengunyah mochi yang kimochi~

_____
AADI: Harga pun tak berapa berbaloi untuk saiznya.

Ada Apa Dengan 100 Plus Hydration Bar?


Nampak, terus beli...

Ia ais krim jenis ice pop/freezie dan bukan jenis sorbet/gelato, macam makan ais krim plastik waktu kecil-kecil dulu tapi berperisa 100 Plus. Cukup manis, cukup pekat, kebetulan waktu aku beli cuaca memang panas dan akupun haus, hahaha...

_____
AADI: Aku tak suka cara pembungkusannya.

Ada Apa Dengan Ais Krim Nestle, Coconut Gula Melaka?


Penjenguk berkala peti sejuk Walls, Nestle, Magnolia dan King's di pasar raya atau kedai runcit seperti aku pasti tidak akan melepaskan peluang jika terjumpa ais krim perisa baharu. Kali ini terjumpa ais krim kontena Nestle perisa coconut gula melaka.

Adakah ia perisa edisi terhad ataupun akan menjadi perisa biasa? Merujuk Facebook Nestle Ice Cream, perisa ini sudah ada sejak Januari 2021. Jadi ia bukanlah perisa bermusim sempena Ramadhan mahupun lebaran.

Tapi yang pasti rasanya pergh!~ Manis dan lemak gula Melaka memang ikonik, ditambah pula dengan aroma kelapa jelas terasa eksotiknya. Amatlah sesuai untuk pencuci mulut (dessert) selepas sungkei.

_____
AADI: Menunggu perisa cendol pula.

Ada Apa Dengan Wall's Tealive Bobalicious?


Bagi penggemar ais krim dan teh boba khasnya, ais krim ini agak hype sekarang. Tealive Bobalicious keluaran Wall's, kolaborasi bersama Tealive menghasilkan teh boba dalam bentuk ais krim.

Rasanya tak jauh beza dengan teh boba, cuma bobanya (tapioca balls, bebola ubi kayu) mengecut kerana sejuk. Diperolehi dengan harga RM2.00+ di Kedai Mesra Petronas (tempat selalu jumpa barang makanan eksotik untuk entri AADI).

_____
AADI: Bukanlah ais krim kegemaran.

Ada Apa Dengan Nestle, Ais Krim Perisa Ais Kacang?


Bagi yang sering menjenguk peti sejuk Walls, Nestle, Magnolia dan King's di pasar raya atau kedai runcit, pastinya perasan ais krim kontena Nestle berperisa ais kacang ini mula dipasarkan beberapa minggu sebelum Ramadhan.


Adakah ia perisa edisi terhad sempena bulan Ramadhan, ataupun akan menjadi perisa biasa? Latar belakangnya bercorak batik seakan-akan corak (kitar semula) daripada Nestle Bliss perisa kurma gula Melaka tahun lepas.

Seperti ais krim Neapolitan, didatangkan dengan tiga perisa asas ais kacang iaitu jagung (kuning), kelapa/santan (putih) dan kacang merah (pink). Tapi dalam ketiga-tiga perisa ini, perisa kacang merah paling menyerlah dan unik. Alternatif untuk ais kacang, sesuai untuk pencuci mulut (dessert) selepas sungkei. Lagi bagus kalau ada perisa cendol.

_____
AADI: Tiada Nestle Bliss edisi terhad puasa/raya tahun ini?

Ada Apa Dengan Nestle, Pinkfong Baby Shark Ais Loli?


Ais krim yang sedang hype sekarang, Pinkfong Baby Shark ais loli keluaran Nestle.


Luaran berperisa strawberi dengan sedikit lilitan coklat, manakala dalaman pula perisa susu, agak unik, sesuai untuk pencuci mulut (dessert, bukan desert) selepas sungkai (sungkei/iftar/buka puasa).

Tapi anak-anak aku tak suka ais krim ini, mereka lebih suka ais krim Mat Kool rama-rama. Nak tak nak akulah yang menghabiskan kedua-duanya.

Entri Mini: Gayu Guru Gerai Nyamai 2018


Imej cilok Facebook Sarawak Metal Regime.
Selamat Gawai Dayak kepada Sarawakian dan untuk Sabahan tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Kaamatan.

_____
AADI: Agi idup agi metal! \m/

Wordless Wednesday: Ais Krim Dabai



Keluaran May Hua Ice Cream (menangis kau kerana cinta?)
_____
Ada apa: Ada apa dengan dabai?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger