Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

IDK E-Waste


Antara gajet-gajet ICT aku yang dihantar ke pusat pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) seperti yang disebut dalam entri semalam. Semuanya sudah rosak ataupun ketinggalan zaman (outdated) dan tidak relevan digunakan lagi.

Antaranya gaming PC (circa 2004-2007) bernadi Pentium 4 1.8GHz yang dibina sejak aku kerja di Penang, dibawa balik ke Membakut dan kemudiannya diangkut ke Bintulu ketika mana aku mula bekerja di sini. Penghujung 2007 telah digantikan dengan gaming PC baharu bernadi AMD Athlon X2.

Begitu juga dengan netbook Lenovo S10-2 (circa 2009-2017) yang selalu muncul dalam entri-entri AADI awal 2010-an dulu. Telah kaput beberapa tahun lepas, hanya HDD sahaja yang diselamatkan kerana memiliki banyak gambar zaman bujang dan anime sedut.

Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...

Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020

Bab telefon bimbit pun banyak memori. Nokia 6600 (circa 2005-2010) dimiliki sejak zaman kerja di Penang. Zaman mula-mula ada telefon berkamera walaupun resolusi hanya 640x480 tapi sudah cukup untuk menangkap gambar-gambar epik nostalgik. Sony Ericsson K618i (2007-2015) menjadi modem 3G serta menangkap gambar-gambar untuk blog AADI tatkala belum ada kamera digital khusus. W200 (2008-2010) yang lebih digunakan untuk me"Walkman"kan mp3 dan W810i (2014-2017) pula ada dibuatkan entrinya di sini.

Bila masuk zaman telefon pintar, model-model yang aku miliki biasanya model bawahan kerana aku tahu teknologi telefon pintar amat pantas berubah. Bermula dengan Ninetology Stealth (2013), Asus Zenfone C (2015) dan Zenfone Go 4.5 (2017). Hanya Lenovo A369 (2014) sahaja yang "hilang" dimain anak-anak. Jenama/model yang tidak disebut merupakan telefon Mrs. Ijau.

Memang kena keraskan hati untuk melepaskan gajet-gajet sebegini walaupun rata-ratanya memiliki nilai nostalgik. Hasil yang diperolehi daripada "jualan" e-waste ini tak sampai pun RM50, tapi sebagai orang sains, ini antara tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

_____
AADI: Cuba untuk tidak menjadi seorang hoarder.

Seminggu Tanpa Entri (Part 2)


Lebih seminggu tanpa entri blog lagi? 10 hari, berjaya mengalahkan rekod tahun 2017. Tak terbuat entri walaupun sebenarnya banyak juga gambar dan idea yang sudah dikarang dalam bentuk draft. Macam biasa, alasan kesibukan kerja harian, kesihatan dan keibubapaan. Entri ini sinopsis cerita menarik selama 10 hari lepas untuk menaikkan semula blogroll AADI.

Khamis 29/10/2020 - cuti Maulidur-Rasul sempat berjumpa anak buah/didik Chris Leong di Trumotion Myo Therapy untuk terapi kiropraktik (chiropractic) berurut tit tar Chris Leong Method. Masalah bahu yang dialami lebih 10 tahun dek kecederaan ketika aktif berfutsal dahulu sedikit sebanyak kini terasa lega.

Jumaat 30/10/2020 - tengah hari sakit kepala yang amat sangat, air liur terasa pekat, sebelah petang perut mual, ini petanda aku keracunan makanan. Dibawa tidur sepanjang petang menahan sakit, sebelah malamnya bila dimuntahkan isi perut (toksin) baru rasa lega.

Gambar hiasan.

Kerja - Bertungkus lumus dikejar beberapa audit secara maya (waktu-waktu PKPx ni pun sibuk juga nak audit), tutup akaun sebelum bulan November, penilaian tahunan dan macam-macam lagilah ritual hujung tahun.

Sabtu 7/11/2020 - menghantar hampir kesemua gajet ICT aku yang tidak digunakan (rosak, outdated) ke Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (e-waste) anjuran Jabatan Alam Sekitar Bintulu.

Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...

Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020

Ahad 8/11/2020 - dihubungi oleh seorang rakan blogger melalui Messenger/WhatsApp mengatakan beliau kini terlantar di hospital dan didiagnos mengidap barah darah. Terkedu sekejap...

_____
AADI: Akan ditambah perenggan dan gambar tambahan kelak.

Shortest Straw (Bukan Lagu Metallica)


Kini didatangkan dengan straw kertas, katanya "1st in Malaysia"... Syabas Milo dan Nestle. Tapi straw kertas bukanlah baru, ada satu kedai runcit stesen Shell (Shell Mart?) di tempat aku sudahpun menyediakan straw kertas menggantikan straw plastik biasa beberapa tahun lepas.


Kelemahan straw kertas, kena minum cepat-cepat, tak dapat direndam lama dalam minuman. Kalau tak ia akan kembang dan air pun ada sedikit rasa kertas.

Aku ada tiga set straw logam (stainless steel) beli di Shopee, satu set untuk kegunaan di rumah, satu set di pejabat dan satu set dalam kereta, menggantikan straw plastik.

_____
AADI: Bila agaknya straw serai akan dikomersilkan?

Wordless Wednesday: Smokeless




_____
AADI: Syukur dah 13 tahun berhenti.

Zainal Abidin - Self-Titled (aka Album Hijau)


Satu lagi album rilisan semula diperolehi daripada batch ke-11 Radin Music. Dibeli atas dasar nilai nostalgik, pantas mengembalikan memori zaman kanak-kanak, terutama musim peperiksaan UPSR. Mungkin ramai yang tak suka album ni, tapi ia boleh aku katakan antara soundtrack of my life.


Awal 90an Zainal Abidin menggegarkan muzik Malaysia dengan album yang bergenre agak pelik bagi aku ketika itu, memang jauh ke laut berbanding zaman beliau bersama Headwind. Dengan berkonsepkan isu alam sekitar dan reggae-Africana sebagai genre utama.


Selepas 25 tahun, lagu-lagu dalam album ni masih relevan didengar. Lagu berhantu Hijau seakan sudah sinonim untuk kempen-kempen alam sekitar. Dan baru sekarang bila aku baca semula lirik lagu-lagu dalam album ni baru aku perasan maksud tersirat dalam lagu-lagu kegemaranku seperti Inayah, Insaf dan Manis.

Bacaan lanjut - Hijau: The song that changed the Malaysian music industry.

_____
Ada apa: Bukan Ijau D. Koceng.

Wordless Wednesday: Controversial Mural




_____
Ada apa: Breastfeeding campaign, tapi mamat di belakang tu?

Tomb Raider 20th Anniversary


Pejam celik rupa-rupanya francais/siri Tomb Raider dah 20 tahun ye?


Mula-mula aku main game Tomb Raider ketika tahun pertama di USM sekitar 1997 guna PC Pentium MMX 166MHz, 16MB EDO RAM, 1.7GB HDD, 8x CDROM drive fuh!~ Zaman tu Lara Croft masih petak-petak, tapi tetap enjoy main disebabkan faktor adventure dan puzzle.

Imej entri lama.
Selepas itu hampir setiap tahun aku mengikuti perkembangan sekuelnya; Dagger Of Xian, The Adventure Of Lara Croft, The Last Revelation, Chronicles (yang ni tak habis main), Angel Of Darkness, Legend, Anniversary dan Underworld. Sayangnya, versi reboot saja yang belum sempat diterokai (Rafi Xyrus dah khatam).

Imej entri lama.
Ok, CD/DVD versi ori saja aku letak gambar, yang versi "satu lagi tu" segan nak letak dalam blog, hehehe...

Entri Mini: Hari Bumi (Earth Day) Dan Hujan Ungu (Purple Rain)


Ok, hari ni juga merupakan hari bumi, tak payah cerita...


Dan bumi juga "menangis" dengan hujan ungu... Aku tak follow Prince, tapi beliau antara artis antarabangsa yang terawal aku kenali awal 80an selepas Michael Jackson, Cyndi Lauper, Lionel Richie dan Stevie Wonder (pengaruh sepupu).

_____
Ada apa: Ijau Jr. pula semalam masuk wad, cobaan~

Ada Apa Dengan Earth Hour 2016?


Serius, aku sendiri pun baru ingat Earth Hour petang semalam (Sabtu). Itupun melalui Facebook...

Imej cilok.
Seperti tahun lepas, seakan-akan tiada promosi kempen Earth Hour ni di TV (atau adakah aku yang terlepas pandang?) tidak seperti tahun 2009-2010 yang agak rancak promosinya di media massa.

_____
Ada apa: Ada anak kecil susah nak ber-Earth Hour, keh keh keh...

Sembilan Tahun Ber-Blogger


Rupa-rupanya dah sembilan tahun aku ber-Blogger (formerly known as Blogspot), kalau campur lagi zaman blog Friendster dulu dah jadi 12-13 tahun. Ok, sebelum ada pakar terhebat pertikaikan matematik, dalam profile aku ada tulis "On Blogger since January 2007".

Soalannya, masih relevan lagikah medium blog?


1) Gaya penulisan - Sejak 2010, aku cuba untuk menggunakan ejaan, istilah dan tatabahasa yang betul dalam penulisan blog, kononnya nak sahut kempen Rais Yatim (ketika itu) untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kelebihannya, jika guna Google Translate, terjemahan kepada bahasa lain hampir 100% tepat.

Tapi sekarang kempen tu entah ke mana? RTM sendiri pun dah rojak, sampaikan lagu-lagu patriotik/kenegaraan yang liriknya ke laut pun boleh masuk TV, contohnya lagu "bersalut coklat" di bawah ni.


2) Geng bas sekolah - Ramai dah yang dahulunya kencang berblog sekarang dah pencen, ada juga yang dah lost-contact terus. Tapi Bert, Deaf, Bro Sub dan Pak Nemut sejak aku mengenali mereka awal 2009 antara yang masih kental aktif berblog sehingga kini.

I miss the old layout...
Ada lagi beberapa geng lain yang masih aktif, tapi aku perasan dah kurang frekuensi. Kepada geng-geng bloggers kenalan baru yang sedang kencang berblog, teruskan usaha anda #gambarre #kipidap #dongibap #karipap #papsmear

You're awesome as VT Rajendar.
3) Kekangan dan cabaran - Aku tahu kekangan masa merupakan faktor utama, selain itu mencari idea "apa yang mahu diceritakan" tapi masih bersesuaian dengan tema blog juga merupakan cabaran. Tak kurang juga faktor media sosial lain yang lebih trendy/hip membuatkan medium blog mula dilupakan. Maka kembali kepada soalan mula-mula tadi, masih relevan lagikah medium blog?

Penulis blog bernafsu (passionate blog writer).

_____
Ada apa: Pagi-pagi dah cakap ayam jantan (talk cock).

Wordless Wednesday: The Quadrupleness Of Moderate Distance Driver



Kakak pink, adik hijau...
_____
Ada apa: Penuh Imago aku, tapi tak mengapa (parap-parap)...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2015?


Eh? Earth Hour kembali lagi... Malam ini.


Semenjak ada anak memang dah tak dapat nak bergelap, lebih-lebih lagi sekarang ni mak mertua dan ipar aku ada di rumah.

Macam tak ada masuk TV kempen tahun ni, atau aku yang terlepas pandang?

_____
Ada apa: After Earth.

Wordless Wednesday: Blood Drunk! (Part 2)




Ada liputan RTM.
_____
Ada apa: Dah 12 kali...

Selamat Hari Bumi?


Sambutan Earth Day (Hari Bumi?) rasanya kurang diketahui berbanding Earth Hour (tapi Earth Hour pun berapa kerat saja yang ambil tahu).


Kebetulan, macam mana kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" di tempat anda? Masih diteruskan atau suam-suam kuku atau sudah dilupakan?

_____
Ada apa: Masih palau drive-lag...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2014? (Part 2)


Tidak seperti tahun lepas, tahun ni kami sekeluarga sempat bergelap sejam disebabkan tahun ni Lil'Ijau tidur awal. Hanya bertemankan cahaya daripada TV LCD dan lampu tidur Lil'Ijau.

Kempen ni sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menjimatkan elektrik (bagi mereka yang mengeluh pasal tariff elektrik) semata-mata. Kalau ikutkan logik, berapalah sangat tenaga elektrik yang dapat dijimatkan dalam masa sejam berbanding penggunaan bulanan kan?

Sekadar gambar hiasan.
Ia lebih kepada komitmen, sokongan moral dan simbolik kepada kempen menyelamatkan bumi daripada pemanasan global.
"...encouraging individuals, communities, households and businesses to turn off their non-essential lights for one hour as a symbol for their commitment to the planet" - read more on Wikipedia.
Kalau tak suka dengan sesuatu kempen atau mempunyai pendapat yang berbeza, tak payahlah ikut serta kempen tersebut. Ia lebih mudah dan aman daripada mengkritik mereka yang turut serta. Lebih kurang macam kempem boikot-memboikot jugalah.



Oh ya, dengar khabar Bintulu Busker ada menyertai sambutan Earth Hour 2014 ni di Parkcity Mall. Kita nantikan laporan daripada Barangkali Marus ataupun entri rasmi blog Bintulu Busker.

_____
Ada apa: Adi ada join kah?

Ada Apa Dengan Earth Hour 2014?


Kenapa (aku rasa) kempen Earth Hour 2014 yang bakal berlangsung minggu depan (29/3/2014) seperti kurang publisiti di Malaysia?


Adakah disebabkan isu semasa (MH370, PRK DUN, dll) yang melanda negara menenggelamkan kempen ini?

_____
Ada apa: Ataupun aku yang masih "di bawah tempurung"?

Wordless Wednesday: Kitar Semula Kenderaan Anda



Entri 17/10/2010.
Entri 30/10/2010.
_____
Ada apa: Kitar semula entri anda...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2013?


Tidak seperti tahun-tahun lepas (semenjak 2009), mungkin ini kali pertama aku tidak menyambut Earth Hour. Bila dah ada anak kecil ni memang tak dapat nak bergelap, lebih-lebih lagi pada waktu perdana.

Kitar semula imej tahun lepas.
Masa ni lah Pandora Mini berguna...

_____
Ada apa: Nanti tengah malam aku ganti Earth Hour, hehehe...

Wordless Wednesday: Earth Hour 2013




____
Ada apa: 23/3/2013

Wordless Wednesday: Blood Drunk!





_____
Ada apa: Dah lama aku tak derma darah, kali terakhir penghujung 2009...

Ada Apa Dengan Milo?


Milo, produk Nestle yang tak perlu aku ceritakan kisahnya di AADI ni.

Aku perasan sekarang ni agak susah nak cari Milo versi tin. Kalau ada pun mesti tin yang besar, tiada lagi tin kecil seperti tahun 80-90an dulu. Bukan nak cerita pasal kempen isian semula (refill), tapi pasti ramai yang masih ingat kegunaan tin Milo (dan jenama lain) kosong pelbagai saiz suatu ketika dahulu.

Dan bersempena "100 tahun Nestle di sisimu" Milo mengeluarkan tin 1.7 kg (1.5 kg + 200 gram free) "limited edition" yang agak unik dengan empat jenis rekaan label - 1950an, 1970an, 1990an dan terkini.


Memandangkan Mrs. Ijau suka minum Milo dan aku pula seorang "collector" (dan "hoarder") yang agak "fetish" dengan barangan "vintage, reissued, rare" - jadi faham-faham sajalah. Aku memilih rekaan label 1950an yang agak ringkas ni sebagai permulaan, dengan imej lelaki sedang mengangkat lembu, wtf?

Oh ya, mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu.

Tak guna produk Nestle di rumah? Tahniah! Anda memang komited, teruskan kempen anda dan jangan hanya kempen bermusim, sekian terima kasih~

_____
Ada apa: Layan Nescafe Ipoh white coffee sambil taip entri ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger