Showing posts with label pantai. Show all posts
Showing posts with label pantai. Show all posts

Sepetang Di Kampung Budaya Sarawak


Kampung Budaya Sarawak antara tempat yang masuk senarai baldi (bucket list) untuk dilawati sejak 2010-an, cemburu dengan rakan-rakan dari Semenanjung yang melancong ke Kuching pasti akan singgah di sini. Kalau bukan kerana Loudness main malam kedua Rock In The Jungle 2.0, entahlah bila aku berpeluang menjejak kaki di sini.

Datang seawal 2.00 petang untuk secure parking dan ingin meronda KBS kerana pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk ke KBS seperti pengunjung biasa. Tapi malangnya tiket online/QR hanya dapat dituntut selepas pukul 3.00 petang.

Waktu lepak depan gate (selepas kelibat Minoru dan rakan-rakan), aku perhatikan ramai juga pelancong dalam dan luar negara yang ingin "walk-in" terpaksa dihalang oleh penganjur kerana selepas pukul 2.00 petang, kemasukan tiket biasa sudah ditutup dek acara RITJ (notis sudah diberi). Ada juga yang nekad sanggup beli tiket *harga RITJ semata-mata nak masuk KBS ketika itu.

Sementara menunggu pukul 3.00 petang, membawa diri ke Pantai Damai Santubong yang tak jauh dari Kampung Budaya (hanya seberang jalan). Pantainya cantik dan bersih, tapi aku tak berminat dengan pemandangan pantai.

Tak ada yang menarik, hanya geng-geng penganjur RITJ berkhemah di kawasan berdekatan pantai. Lari ke Damai Central untuk rehat dan makan ABC di food court yang ada.

Pemandangan belakang Damai Central mengingatkan aku pada game Far Cry, Crysis dan Far Cry 3. Atau pemandangan Isla Sorna dan Isla Nublar.

Selepas dapat tebus gelang tiket QR sekitar pukul 3.00 petang, selepas pemeriksaan keselamatan dan beli t-shir di booth merchandise, inilah pemandangan pertama yang aku nampak...

Kalau nak healing-healing inilah pemandangan yang paling mendamaikan bagi aku - ada air (tasik/sungai) berlatar belakangkan tanah tinggi (bukit/gunung). Rumah tradisional besar tu ialah Rumah Tinggi Melanau. Mrs. Ijau orang Melanau, memang pernahlah aku dengar cerita-cerita orang Melanau dulu buat rumah tinggi-tinggi.

Rumah-rumah tradisional di KBS ini menang dibina seasli dan setua (seasoned) yang mungkin termasuk aksesori, perhiasan, patung dan totem. Kalau bukan sebab ada hiasan moden - bendera Malaysia/Sarawak, lampu jalan dan papan notis - memang terasa seolah-olah kita perantau masa balik ke suatu masa yang berbeza.

Sayangnya atas kekangan masa, kawasan yang luas dan rumah semua tutup, aku tak dapat meronda keseluruhan KBS ini. Ada banyak rumah yang aku tak sempat lawat termasuklah Rumah Tinggi Melanau tadi.

Rumah Bidayuh.
Rumah Panjang Iban.
Rumah Orang Ulu.
Rumah Penan.

Rumah (pondok) Penan ini agak nostalgik bagi aku, teringat memori waktu kecil ketika musim menuai padi, lebih kurang beginilah pondok bendang ketika itu.

Rainforest Music House ini pun dah tutup, aku tak pasti fungsi bangunan ini. Adakah ia mempamerkan alatan muzik tradisional masyarakat Sarawak?

Pentas utama RITJ, ketika ini aku perasan hanya ada 3-4 orang "pengunjung" sahaja yang sudah lepak di sini, termasuklah Kaori yang sudah siap booking tempat depan pagar dengan bendera matahari terbitnya. Tak lama kemudian baru ada sessi souncheck Breath In Ocean dan Fearless. Loudness sudah soundcheck sebelah tengah hari.

Selebihnya sambung entri RITJ dua minggu lepas...

*Rupa-rupanya tiket harian KBS ini pun bukannya murah, RM90 dewasa (RM135 non-Malaysian) dan RM57 kanak-kanak (RM85 non-Malaysian). Kira aku beli tiket early-bird RITJ harga RM169 (normal RM199) berbaloilah per konsert dan masuk KBS.

_____
AADI: Tunggu Rock In The Jungle 3.0, katanya.

Sepagi Di Pantai Tanjung Batu


Ahad (20/4/2025) - Tiap kali kalau anak-anak ajak ke Pantai Tanjung Batu Bintulu awal pagi untuk bermain pasir healing-healing, aku akan mengambil peluang untuk *jogging dan brisk walk sepanjang laluan pejalan kaki di kawasan ini.

Kali ini aku berjalan sampai ke area Pusat Falak Bintulu. Semenjak ia siap dibina penghujung 2022, inilah kali pertama aku meronda premis ini yang terletak di hujung Pantai Tanjung Batu. Ini merupakan antara tempat rasmi untuk mencerap anak bulan di Sarawak.

Kawasan pelantar bulat itu tempat untuk mencerap anak bulan, tak dapat naik sebab berpalang off-limits untuk orang awam. Mungkin dapat melawat atau masuk pada hari biasa dengan temu janji, mungkin.

Habis meronda area pantai, menyimpang pula naiki Bukit BDA sehingga ke atas Wisma BDA (rujuk entri 2010). Serius, bila badan dah biasa bersukan dan stamina pun tinggi (boxing beb), naik satu round memang belum terasa penat, teringin pusingan kedua tapi masa tidak mengizinkan dan turun kembali ke bawah.

Pantai ini dulunya pernah sekejap diberi nama Pantai Temasya Bintulu, tapi aku tak pasti kenapa ia kembali digelar Pantai Tanjung Batu. Termasuk bukit tadi, dapatlah bergerak dalam jarak 5-6 km dengan elevasi sekitar 10 meter (rujukan app).

Kemudian kembali bersarapan ala piknik dengan keluarga di tepi pantai. Mrs. Ijau memasak rendang kerbau (ya kerbau) yang dagingnya dibawa eksklusif dari Kampung Pimping stok raya beberapa minggu lepas. Dimakan bersama kelupis (sejenis variasi pulut) yang dibuat oleh kakak aku (mak Aizuddin Madani), juga stok raya disejuk-bekukan dan dibawa ke Bintulu.

_____
AADI: *Lutut tak tahan kalau jogging lebih 10 meter.

Bintulu Street Jam Vol. 4 (Part 2)


Ahad 16/9/2018 - Hari kedua Street Jam Vol. 4, aku datang lebih kurang sama seperti semalam sekitar pukul 3.00 petang.


Katanya hari ini ada perasmian oleh some VIP, apa yang menarik dikunjungi oleh Kelab Pemilik Harley-Davidson (HOG) Bintulu yang diketuai oleh setiausaha mereka Bro Eden REG. Motor besar dan muzik metal berpisah tiada.


Sedikit ucapan dan gimik pelancaran ketukan drum dan derumam Harley-Davidson. Dengan sambutan yang memberangsangkan, acara Street Jam sebegini mungkin akan berterusan.


Bro Eden disertai oleh 5-6 rakan lain pemilik jentera Harley-Davidson di Bintulu. Aku agak tertarik dengan battle jacket mereka.


Hari ini booth penganjur disertai oleh tauke CD On Demand dari Miri, membawa beberapa bakul CD kebanyakkannya CD metal. Banyak album-album yang menarik, nasib baik yang menarik itu kebanyakkannya aku sudah ada. Terjumpa album Happenstance (Fozzy) di sini.


Sambil membelek CD, dihiburkan dengan Persembahan band Pro-X yang membawakan lagu-lagu cover Rhythm Si Jantung Hati, Holy Diver, Forever And One (Neverland) dan Semangat Lamina.


Kemudian band Natas, yang aku ingat turut membawakan dua buah lagu cover Iron Maiden iaitu Losfer Words dan Phantom Of The Opera.


Seperti biasa, curfew aku sekitar pukul 6.00 petang. Sebelum balik sempat menapau chicken chop dan bolognese spaghetti daripada food truck My Little Kitchen ini. Sambil menunggu masakan siap, terhibur dengan sebuah band (aku lupa nama) yang memainkan lagu-lagu lama Nirvana, kebanyakkannya daripada album Bleach, memang KLMJ.

* * * * *

Slot malam - dapat pelepasan keluar untuk datang sekejap dengan alasan mengemas barang-barang dagangan dan menuai hasil jualan.


Datang sekitar pukul 9.00 malam, kebetulan band Nogas sedang beraksi. Persembahan yang bertenaga ditambah dengan sambutan penonton yang siap buat headbanging, moshing, whirlpool dan walls of death.

Tembok ratapan?

Nampaknya, suasana malam lebih happening dan sesuai untuk persembahan band-band dengan genre muzik yang berat.

Kelibat Goatfather Bintulu - Rashid Malim.
Sempat juga menonton persembahan D-Dropper Tuner yang turut disertai oleh Adi Herman dan Borhan ex-tauke 36 Studio lagu-lagu drop-D - Freak, Roots Bloody Roots.


Cukup sejam, masa untuk balik rumah. Khabarnya selepas D-Dropper Tuner, ada sebuah band lagi dari Miri yang juga agak happening.

Apa yang dapat aku simpulkan, lokasi area food-truck Tanjung Batu ini agak strategik untuk membuat gig terbuka sampai lewat malam, disebabkan ia mengadap laut dan tiada kawasan perumahan yang berdekatan.

_____
AADI: Bersemangat untuk aktif semula.

Bintulu Street Jam Vol. 4


Sabtu 15/9/2018 - Street Jam merupakan aktiviti jamming secara terbuka anjuran Riego Studio dan Pemuzika, sudahpun masuk kali keempat penganjurannya. Berkonsepkan seperti Jammed Of The Beast yang lebih kepada sessi jamming beramai-ramai berbanding gig, bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.


Disebabkan bertembung dengan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia, semua venue major sedang digunakan, maka Pantai Tanjung Batu (area food truck) dipilih menjadi venue kali ini.

Katanya inilah Street Jam yang ter"happening" setakat ini berbanding tiga sessi sebelumnya dengan penyertaan 26 buah band, termasuk dari luar Bintulu dan Negara Brunei Darussalam, diadakan selama dua hari berturut-turut (15-16/9).

Silhouette Pendekar Mustar.
Lokasinya agak strategik, pentasnya berada di lerengan bahagian atas manakala kawasan berniaga di sebelah bawah. Selain food truck, juga terdapat car boot sale dan gerai-gerai biasa.

Harapnya lokasi berniaga ini lebih lama bertahan berbanding lokasi BCBS yang hanya HHTA. Lagipun lokasi Tanjung Batu yang memang menjadi tumpuan umum pada petang hujung minggu untuk bersosial, beriadah dan bersukan.


Aku yang baru sahaja dapat lesen keluar habis bercuti "paternity" pada mulanya datang hanya sebagai pengunjung, tetapi pada saat-saat akhir membuat keputusan untuk turut "berniaga" dengan menumpang booth khas yang disediakan oleh penganjur untuk band yang terlibat menjual merchandise mereka (t-shirt, CD, sticker, dll).

Flowers.
Datang sekitar pukul 3.00 petang, sempat menyaksikan persembahan band dangsanak dari Negara Brunei Darussalam iaitu Flowers, Pemuzik Kena Reject dan satu band lagi aku lupa nama, maaf.

Pemuzik Kena Reject.
Maaf jika tiada ulasan untuk setiap band yang membuat persembahan. Entri aku kali ini agak umum dari kacamata seorang pengunjung dan peniaga.


Booth penganjur yang strategik, betul-betul di bawah pentas. Sambil berniaga sambil layan gelagat penonton. Dan kadang-kadang menjadi responden soundcheck FOH untuk area bawah pentas.


Seperti biasa, scene Bintulu agak unik, pelbagai genre boleh bernaung di bawah penganjuran yang sama. Penonton, groupies dan pengunjung pun agak sporting walaupun malu-malu pada mulanya. Tapi untuk band yang muziknya lebih berat, dijadualkan untuk persembahan slot sebelah malam - contohnya Erectus dan Tahi Suci.


Oh ya, aku mencuba nasib menjual aksesori kegitaran seperti pick/plectrum, tali gitar, strap lock dan slide. Kebanyakkannya merupakan stok peribadi, dan tidak disangka atas sebab-sebab tertentu, jualan pick paling memberangsangkan. Meja sebelah merupakan barangan distro Metuk Ulau Underground Voices kelolaan Adi Herman Pendekar Mustar.


Nazre (team penganjur), Adi dan bassist band Flowers. Nazre berasal dari Limbang, Adi pula ada darah Kedayan, masuk lagi diaku... Nah kali ani tah, bisai kurapak biskita dangsanak...


Persembahan terakhir slot petang oleh band The Jagindas yang rata-ratanya merupakan ahli NV Unity. Aku tak pasti sama ada pertikaian nama atau penjenamaan semula.

Atas sebab-sebab curfew tanggungjawab kepada keluarga, aku balik sekitar pukul 6.00 petang. Barangan dagangan ditinggalkan dan bakal diteruskan oleh penganjur dan Adi. Slot malam dijadualkan bermula pukul 8.00, tapi aku tidak dapat datang atas sebab-sebab yang sama. Jadi, layan sajalah video persembahan Tahi Suci di bawah ini.



Bersambung...

_____
AADI: Segan dan terharu bila ramai yang bertanya bila MUP nak join gig.

Wordless Wednesday: Budaya Menyampah




_____
Ada apa: Menyampah = membuat sampah?

Selamat Pagi November


Bukan selamat pagi Berteromber...

Entri pertama untuk bulan November. Setelah berpindah secara rasminya ke rumah sewa baru semalam, pagi ni aku memulakan perjalanan menuju pejabat agak jauh berbanding hari-hari sebelumnya. Sebelum ni jarak antara rumah dan pejabat hanyalah 2-3 km sahaja, tapi kali ni mencecah 10-12 km...

Pagi ni aku memilih untuk melalui jalan pantai yang agak lengang berbanding jalan utama (highway), dengan kelajuan santai 60 km/j @ 15 minit, sekurang-kurangnya aku dapat layan tiga hingga empat lagu dalam album Scream sebelum sampai pejabat.

Hari pertama bekerja di bulan November juga dimulakan dengan sessi audit SAMM oleh DSM.

Pejam celik pejam celik dah bulan November, tak lama lagi 2010 dah nak habis... Nampaknya atas sebab-sebab tertentu azam 2010 aku tidak kesampaian, tadak rezeki kot? Insyallah tahun depan cuba lagi.

_____
Ada apa: Hmmm... Ada banyak aktiviti menarik untuk bulan November ni.

Ronda-Ronda Di Kingwood Resort Mukah


[Backdated to 7/6/2010] Sabtu 5/6/2010 - Hari ni aku kembali ke Bintulu setelah lima hari "bercuti" kat Dalat. Seperti yang aku mention dalam entri yang lepas, kali ni aku berpeluang singgah kat Kingwood Resort Mukah, saja nak ronda-ronda, mula-mula eksen tanya rate kat reception counter dan kalau-kalau diorang ada sediakan pakej perkahwinan (oops). Padahal sebenarnya nak pinjam tandas hehehe...

Resort ni terletak lebih kurang 12 km dari Bandar Mukah, mengadap Laut China Selatan, in the middle of nowhere! Kenapa buat resort kat tempat yang tak strategik ni? Waktu aku singgah ni memang sunyi sepi resort ni cuma ada dua-tiga bilik saja (yang menghadap laut) nampak ada penghuni, dan ada beberapa penghuni sedang mandi-manda kat area kolam renang.

Tapi aku difahamkan resort ni akan berubah wajah setiap kali adanya Pesta Kaul, ramai yang menginap kat resort ni. Pesta Kaul lagi... Haiya! Tahun depan aku nak tengok jugak Pesta Kaul ni, apa yang best sangat?

Dirasmikan pada 24/3/2006 oleh Pehin Sri.

Foyer @ ruang legar di hadapan reception counter. Setelah bertanya beberapa soalan dengan receptionist (room rate, pakej, ballroom, courtyard, dll), kitorang pun ronda-ronda kejap area foyer resort ni (ronda-ronda mencari tandas sebenarnya).

If you are in desperate mood to "invest" when there's no place to stop along Balingian/Mukah road, this resort might be a good place to stop-by to "invest", you'll never regret with your "investment" here... Bolehlah "melabur" sepuas hati hahaha! (Invest = melabur, got it?).

Kawasan luas kat sebelah kanan yang ada payung-payung tu merupakan area kolam renang. Tapi bila dah lepak beberapa minit kat pondok rehat, barulah aku faham kenapa diorang buat resort ni facing South China Sea in the middle of nowhere...

Memang menenangkan fikiran yang kalut, amat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Kalau sebelah utara mengadap Laut China Selatan, sebelah selatan pulak mengadap kawasan perkampungan (countryside) yang jugak sebenarnya spa minda bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Nun kat pondok *ehem-ehem* aku yang kononnya tengah layan keindahan pandai, hahaha... Tapi pagi ni memang laut tenang ditambah dengan awan yang mendung, kalau tak pikir pasal nak balik Bintulu memang kitorang dating kat tempat ni sampai petang cewah~

Hey, awat tak tutup pintu?

Setelah membuang masa hampir 30 minit kat resort ni, kitorang pun siap-siap nak meneruskan perjalan ke Bintulu. Tukar sandal kepada kasut sebab lepas ni nak drive ala rally kat "the dreaded Mukah-Selangau road". Timecheck 10.30 pagi, dijangka sampai Bintulu dalam pukul 2.00-3.00 petang.

_____
Ada apa: Tapi memang best la pemandangan lautnya...

Sepetang Di Pantai Oya


Rabu 2/6/2010 - Belah petang *ehem-ehem* ajak aku pi Pantai Oya (bersama adik-adik dan anak buahnya) saja nak seronok-seronok kat pantai. Pendek cerita dia sendiri tak berapa tau jalan, kitorang sesat pi Pekan Oya (gambar bawah).

Pekan Oya ni nampak macam Pekan Lama Membakut (jenis pekan koboi).

Atas inisiatif aku mencari jalan, akhirnya sampai jugak kitorang kat Pantai Oya ni. Tadaklah best mana pun pantai ni, lebih kurang macam pantai kat kampung aku yang kotor ada banyak kayu mati. Tapi disebabkan nak jiwang-jiwang layan sunset... Layan gambar sajalah ye, pics taken with Sony Ericsson K618i camera phone.

Kat pantai ni ada restoran (gambar atas), tapi kitorang tak singgah pun sebab balik nanti makan kat rumah. Makan malam ramai-ramai dengan famili *ehem-ehem* aku.

[Edited] Image taken with Sony Ericssons K618i camera-phone, unedited except resized and watermarked.

_____
Ada apa: Pantai Pasir Panjang kat Balik Pulau best!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger