_____
AADI: Tak minat Cena, tapi respek sebab memori era ruthless aggression. Word life! \mm/
Wordless Wednesday: Thank You John Cena!
oleh Ijau D. Koceng 17 December 2025 pada 6:00 AM 0 commentsBoxing Diaries: September 2025
oleh Ijau D. Koceng 23 September 2025 pada 6:00 AM 0 commentsBulan September masih menyertai sessi hanya seminggu sekali seperti bulan-bulan sebelumnya. Macam biasa kekangan masa dan kesihatan, kebelakangan ini asyik batuk. Dua minggu lepas, siap buat x-ray paru-paru sebab batuk berlarutan lebih sebulan. Nasib baiklah bukan sakit yang serius.
Paling muda 12 tahun, paling tua 45 tahun 😅
Lain cerita, Kejohanan Muaythai Piala Premier kembali lagi tahun ini berlangsung pada 19-21/09/2025 di lokasi yang sama Naim Paragon Street Mall. Namun tahun ini hanya sebagai penonton dan tidak terlibat (bawah panji PS Boxing) seperti tahun lepas dan 2023.
Agak sedikit berbelah-bagi kerana acara tahun ini berselisih dengan Pesta Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) 2025 yang berlangsung 17-21/09/2025. Dan malam Sabtu (20/09/2025) aku memilih untuk pergi ke Paragon kerana dah janji nak bawa anak-anak tengok muaythai berbanding menonton Battle Of The Band bersempena BIKF.
Apa yang menarik malam itu ialah ada perlawanan tag-team pro wrestling APAC antara The Retis Double K dan Bad Boy Hendo Ramli melawan Alpha Alfa Nazri dan Raga Ngadai. Yang pasti team Alpha dan Ngadai adalah face malam itu.
Bagi yang biasa tengok pro wrestling dan faham segala gimik dan kayfabe (seperti aku) memang terhibur. Segala taktik yang biasa kita tengok di TV semua keluar - referee pengsan, guna kerusi, lawan luar gelanggang. Secara amnya, sambutan penonton lebih meriah berbanding perlawanan muaythai.
Juga ada berlangsung Kejuaraan Silat Tertutup Bintulu 2025 yang menyaksikan persembahan pelbagai (sembilan?) persatuan silat seluruh Sarawak selain perlawanan silat olahraga. Cuma agak kesianlah segala kelengkapan ala kadar tidak segah muaythai di sebelah sana. Mungkin dana terhad atau tiada penaja? Teringat zaman-zaman aktif bersilat cekak (PSSCM) ketika siswa USM 1997-2000.
Selain itu juga ada perlawanan dart dan e-sports memeriahkan suasana Paragon yang sekian lama sunyi daripada pengunjung.
_____
AADI: Terhibur anak autis aku tengok wrestling.
Kita Semua Hulkamania!
oleh Ijau D. Koceng 25 July 2025 pada 6:00 AM 1 commentBaru saja beberapa hari lepas ikon metal pergi meninggalkan kita, pagi ini algorithm media sosial aku dibanjiri lagi dengan berita pemergian seorang lagi ikon gusti dan pop culture amnya, satu daripada hero zaman kanak-kanakku - Hulk Hogan.
Nama yang memperkenalkan kita semua (gen-X terutamanya) kepada sukan gusti era 80an dan amat sinonim dengan nama WWF (ketika itu). Walaupun ramai yang tidak suka atau membencinya ketika era NWO/WCW dan Invasion awal 2000an (termasuklah aku), tapi pada suatu ketika kita semua pernah meminati Hulkster.
Terima kasih Terry Gene Bollea, semangat Hulkamania akan sentiasa berlari liar dalam hati kami peminat gusti seluruh dunia. Nanti balik kampung aku nak cari semula VCD Hulk Still Rules yang pernah aku beli zaman wasted years di Penang dulu.
_____
AADI: Hulkamaniacs 'R Us!
Merah Satu
oleh Ijau D. Koceng 10 November 2024 pada 6:00 AM 0 commentsIni bukan filem yang masuk dalam senarai ingin ditonton tahun ini. Tapi atas klausa sudah lama tidak menonton wayang di pawagam sebagai "escapism" maka aku memilih tayangan 7.30 malam Jumaat lepas di GSC Bintulu. Mungkin juga adanya The Rock antara faktor untuk aku menonton filem ini.
Tidaklah menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini, aku berpendapat ia hanyalah filem santai aksi komedi generik musim Krismas berdasarkan trailer yang ditonton. Tapi agak sedikit meleset bila elemen sci-fi, dongeng dan mistik mula diselitkan dalam filem ini dan jalan ceritanya menjadi semakin menarik.
Tiada unsur-unsur wokeness yang ketara dalam filem ini, dan ia juga sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana berklasifikasi P12. Selebihnya tak perlukan di-spoiler-kan sangat.
_____
AADI: Terlepas peluang menonton Violent Night (2022) dan Silent Night (2023).
Adam Hitam
oleh Ijau D. Koceng 24 October 2022 pada 6:00 AM 2 komen:Aku kalau filem-filem adiwira DC/DCEU agak kurang layan di pawagam, kecuali filem-filem Batman atau yang ada watak Batman di dalamnya seperti Batman V Superman: Dawn Of Justice dan Justice League. Selain itu aku tak banyak tahu alter-ego, kuasa, nama asal, latar belakang (origin) dan ranking watak-watak DC berbanding Marvel.
Jumaat lepas sempat layan filem Black Adam tayangan 9.15 malam seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Dwayne "The Rock" Johnson (bukan Johanson) itu sendiri merupakan tarikan utama untuk aku menonton filem ini. Juga mengambil peluang menggunakan promosi DiGi untuk tiket TGV Cinemas berharga RM8.10 bersempena Deepavali 2022.
Seperti biasa, tiada ulasan dan spoiler dalam entri ini kerana filem ini masih panas. Akupun menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai watak Black Adam itu sendiri (rujuk perenggan pertama). Yang pasti, The Rock tak perlukan "muscle suit" untuk filem ini kerana dia itu "a walking muscle". Manakala tahap lakonan Pierce Brosnan memang ada kelasnya tersendiri dan MVP dalam filem ini.
_____
AADI: Elemen wokeness masih ada, tapi boleh ditoleransi.
Flashback Friday: Aku Dan WWE
oleh Ijau D. Koceng 08 October 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Minggu ini saluran History Asia mula menayangkan rancangan-rancangan berkaitan WWE, bermula dengan Biography: "Stone Cold" Steve Austin dan WWE's Most Wanted Treasure Isnin lepas sehinggakan Forged In Fire malam tadi pun ada elemen WWE siap ada Ric Flair sebagai tetamu. Tergerak hati nak buat entri...
Serius, ada tiga benda yang membentuk sikap dan mempengaruhi kehidupan remaja aku penghujung 90an dan awal 2000an dulu - komik manhua, muzik grunge/metal dan pro-wrestling (gusti, bukan tinju ye).
Mula kenal pro-wrestling era "Rock and Wrestling" WWF pertengahan 80an dulu, rajin baca majalah pro-wrestling di rumah Takilala, mula kenal beberapa kompeni lain seperti WCW dan NWA. Kemudiannya layan sahaja apa rancangan pro-wrestling yang disiarkan di TV RTM ketika itu, WWF/WCW yang biasa ceritanya ketinggalan beberapa bulan.
![]() |
| "Johanson" dan tinju. |
Masuk zaman siswa USM terutamanya 1998-1999, hampir majoriti rakan-rakan serumah adalah kaki WWF. Kami akan kumpul duit RM5.00 dan menyewa pita VHS Raw Is War mingguan daripada kedai video berhampiran. Ketika itu merupakan kemuncak era "Attitude" WWF yang menyaksikan kemasyhuran Stone Cold Steve Austin, Undertaker, D-Generation X dan The Rock. Crotch-chop DX merupakan norma biasa kami ketika itu.
Sehinggalah awal tahun 2000 aku terbaca artikel berkenaan industri pro-wrestling, mula faham konsep pro-wrestling, istilah babyface/face, heel, kayfabe, sell/sold, botch, promo. Pandangan aku terhadap pro-wrestling mula berubah daripada gaya-hidup kepada hiburan, sama seperti baca komik dan/atau tengok drama mingguan. Kebetulan ketika itu merupakan era peralihan WWF kepada WWE (entertainment).
Kemudian ketika era "Ruthless Aggression" minat aku terhadap pro-wrestling mula menurun dari tahun ke tahun, sehinggalah tahun 2010 atas sebab-sebab "sudah tidak menarik" aku berhenti layan pro-wrestling, siap berhenti melanggan pakej sukan Astro (yang semakin mahal).
Terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam industri pro-wrestling, termasuklah manager, announcer, referee, promoter, diva, live TV production team. Kerana anda, pro-wrestling akan sentiasa diingati sebagai memori menarik zaman remajaku.
_____
AADI: And that's the bottom line coz IDK said so...
Fozzy - Happenstance
oleh Ijau D. Koceng 24 September 2018 pada 6:00 AM 3 komen:Happenstance - Album kedua Fozzy, band Christ "Jericho" Irvine, ya Jericho Y2J
Memuatkan lima lagu mereka sendiri - Whitechapel 1888 (intro), To Kill A Stranger, Happenstance, Crucify Yourself dan With The Fire selain enam lagu cover daripada Judas Priest (Freewheel Burning), Black Sabbath (Mob Rules), Scorpions (Big City Nights), WASP (LOVE Machine), Accept (Balls To The Wall) dan Iron Maiden (Where Eagles Dare).
Juga disertakan sekali dengan pick "The Duke" Duke LaRue (Rich Ward), yang pasti pick ini tidak akan digunakan dan masuk dalam koleksi pick.
Jericho ketika ini masih lagi menggunakan moniker Mongoose McQueen. Imej Jericho mengingatkan aku ketika rivalry dengan Shawn Michaels yang berlarutan sehingga perlawanan hebat mereka semasa Wrestlemania XIX.
Diperkenalkan kepada Fozzy melalui Braingell Radio sekitar 2003-2004. Beberapa lagu dalam album ini pernah disedut, dan To Kill A Stranger antara lagu yang dimuatkan dalam mixed
_____
AADI: Raw is Jericho!
T-Shirt Wrestling
oleh Ijau D. Koceng 27 October 2015 pada 8:00 AM 5 komen:Mata bonus aku adalah sekitar 1500+, pada mulanya aku nak tebus dengan melanggan Astro Best Star Wars dengan 1050 mata, tapi macam tak berbaloi pula sebab hanya sekali guna.
![]() |
| Made in El Salvador. |
Dengan 1100 mata aku boleh dapat t-shirt John Cena Never Give Up (pilih sebab warna hijau, aku tak berapa minat pun dengan Cena ni). Ada lagi beberapa t-shirt WWE lain, tapi *warna tak menarik dan memang diskriminasi saiz (M, L).
Katanya neon, adakah ia glow in dark atau fluorescence macam tali DR String Neon? Yang ni pun nasib baik saiz XL American, kalau saiz XL Asian memang tak muat. Oklah sekurang-kurangnya sesuai dipakai untuk bersosial berbanding t-shirt tengkorak.
_____
Ada apa: *Rasa menyesal pula tak pilih t-shirt Austin 3:16 klasik.
Manowar - Warriors Of The World
oleh Ijau D. Koceng 10 April 2014 pada 10:00 AM 5 komen:Warriors Of The World, album studio kesembilan Manowar yang boleh aku kira masih seronok untuk didengar, album selepas ini Gods Of War dah mula ke laut (jika anda faham). Dalam album ni pun sebenarnya dah ada tanda-tanda nak ke laut.
![]() |
| RIP Scott Columbus. |
Daripada pengalaman aku bermain eBay, album ni antara album Manowar yang susah nak jumpa dengan harga yang murah. Kalau jumpa tu, memang rezekilah. Belek punya belek aku lupa yang aku pernah ada album ni versi Asialink, tapi dah lelong.
![]() |
| Maaf, tiada Jalur Gemilang. |
Cuma album ni mengingatkan aku kepada tahun kemelesetan aku (2002) semasa di Penang. Tahun yang penuh dengan dugaan dari segi kerjaya, kewangan dan masalah peribadi. Tahun yang membuatkan aku mengenal erti kebuluran, gelandangan dan mengemis.
| Linked from somewhere on the net. |
_____
Ada apa: We fight for freedom again...
Tonton Riddick Sampai Muak
oleh Ijau D. Koceng 23 January 2014 pada 8:00 AM 5 komen:Bila Astro mula mengiklankan filem ini untuk "disewa" selama 48 jam dalam channel Astro Best, aku tidak teragak-agak untuk menyewanya (aku memang suka filem bergenre sci-fi). Cuma aku rasa sedikit terkilan sebab filem ini tidak terdapat dalam versi HD.
![]() |
| Image linked from somewhere on the net. |
- Plot, feel dan latar belakang yang bagus, membawa semula filem ni kepada suasana "backwater strayed planet" (planet called "Not Furya" hahaha) seperti filem Pitch Black, dan tidak di-Star Wars-kan seperti filem The Chronicles Of Riddick.
- Aku harapkan sesuatu yang epik daripada watak Diaz (lakonan Dave Batista). Tapi sayang, Diaz hanyalah watak yang gah dengan hype Batista sahaja. Aku rasa watak William J. Johns dalam filem Pitch Black lagi epik.
- Walaupun memiliki teknologi hebat boleh bina kapal angkasa merentasi cakerawala, tapi pemburu upahan dalam filem ni masih lagi menggunakan senjata api "low-tech" berpeluru konvensional - 9mm pistol, level action shotgun, assault rifle, sniper rifle - kecuali beberapa unit plasma/lightning gun. Mungkin mereka tidak mempunyai teknologi senjata yang canggih seperti Necromonger kot?
| Diaz - Imej cilok Riddick Wikia. |
_____
Ada apa: Dah lama aku tak sedut filem, demi untuk menjimatkan bandwidth.
Halfway Through March
oleh Ijau D. Koceng 14 March 2011 pada 4:00 PM 6 komen:Beremosi seketika...
1) Buku Mahathir

Seperti Abang Ben, akupun teringin untuk memiliki memoir Tun Dr. Mahathir ni - A Doctor In The House. Semalam aku ronda-ronda di Popular (Parkcity Mall, Bintulu) kot-kot terjumpa, tapi yang ada cuma buku-buku lain mengenai Mahathir (Conversations With Mahathir Mohamad, Malaysian Maverick, etc).
Takpelah, nanti ada masa aku order online melalui MPH Online (retail price RM100 + RM23.94 postage, not bad!).
Aku bukanlah minat membaca bahan bacaan serius yang tebal-tebal macam ni, aku lebih suka bahan bacaan santai yang banyak gambar seperti majalah (Nat-Geo dan majalah ICT, bukannya Mangga atau Mastika). Tapi seperti Sun Tzu: The Art Of War aku memang teringin untuk memiliki dan membacanya.
Well, say what ever you wanna say about Mahathir, for some of us out there, he's still the Prime Minister in our hearts.
2) Blogger's Life
Kebelakangan ni aku perasan, semangat beberapa geng-geng bloggers untuk memblog dah mula menurun, tak serancak dulu. Setakat ni belum ada lagi entri viral (entri berjangkit) yang baru, selain cerita pasal konsert Iron Maiden Singapore sebulan yang lepas (sedar tak sedar dah sebulan rupanya peristiwa ni berlalu). Mana semangat perjuangan harmoni korang wei~
Aku tak berapa suka nak baca blog yang jenis ada background music dan terlampau banyak widget canggih dan iklan - slow loading and quite annoying, hilang mood nak baca.

Imej cilok dari blog seseorang, hahaha...
3) Dunia gusti dan WWE
Semenjak HBK Shawn Michaels pencen daripada bergusti hampir setahun yang lepas, aku dah malas nak mengikuti perkembangan dunia WWE. Dan akhirnya selepas raya tahun lepas, aku dah potong pakej sukan Astro aku. Akupun bukannya tengok bola, dahla pakej sukan tu mahal (sapa nak tengok Golf Channel?).
Minggu lepas aku cuba-cuba layan web WWE, tak sangka pula aku dah terlepas Royal Rumble dan tak lama lagi musim Wrestlemania XXVII, antara acara tahunan (yang sepatutnya) tak pernah aku miss sejak aku gila layan gusti.
Tambahan pula baru-baru ni, Triple H dah kembali selepas cuti rehat daripada kecederaan. Dwayne Johnson @ The Rock pun dah masuk balik dunia WWE (hahaha I miss his attitude). Agaknya dah tak sibuk buat filem kot? Nak cari duit, masuk balik WWE. (Imej HBK link dari Wikipedia)
Damn, I miss Jim Ross' and Jerry Lawler's commentary... Takpelah, nanti lepas ni nak lepak kedai mamak pastinya diorang akan pasang gusti (macam zaman kerja di Penang dulu).
4) Bala di Jepun
Gempa bumi + tsunami + malapetaka nuklear = 2012 2011.
Kenapalah tak jadi kat Israel nun?
Agak-agak minggu ni ada keluar manga/anime One Piece dan Naruto tak?
5) Guitar and life
Hujung minggu ni aku dah bersedia untuk mengorbankan satu daripada gitar aku (macamlah banyak sangat gitar aku ni), yang satu lagi tu pula dah ada orang booked siap berdeposit lagi.
Dua pedal Behringer aku pula (BOD100, BDI21) dah selamat sampai kepada tuan barunya di Papar, Sabah.
Tauke DEG pula tak habis-habis menabur racun berbisa... Waktu-waktu gawat macam ni lah dia nak meracun, apa daaa~
Imej-imej link dari blog Dead Eye Guitars.
6) Collector's Agony
Seperti yang aku iklankan di Grüne Katze Corner dan Facebook, aku sedang melelong beberapa koleksi audio CD.
Sebahagian daripada yang aku lelong.
Sekarang aku cuma tinggalkan koleksi yang betul-betul serius sahaja (contohnya Iron Maiden, Metallica, Megadeth, dll). Tak sangka pula sambutan di kalangan member amat memberangsangkan dan di luar jangkaan, boleh kira berebut juga diorang nak beli koleksi RARE aku.
7) Time To Be King
Bukan cerita pasal album Masterplan, tapi menghitung hari untuk Projek Mega 2011. Kesian pula dengar keluhan *ehem-ehem* aku turun naik JAIS dan Mahkamah Syariah Mukah menguruskan wali hakim.
Minggu depan mungkin aku pula akan turun naik JAIS Bintulu, hujung minggu ni nak balik kampung (flight, bukan drive) nak bermusyawarah dengan family aku. Harap-harap dipermudahkan segala urusan, insya-Allah~
_____
Ada apa: Asal barang jadi duit... Jual sajalah~
Antara Dwayne Johnson, The Rock Dan Tinju
oleh Ijau D. Koceng 14 June 2010 pada 8:00 PM 2 komen:Jika bahan bacaan bulanan aku terdiri dari majalah CHIP, PC Gamer, used Nat-Geo dan kadang-kadang majalah berkaitan gitar (back issue), housemate aku pulak ada yang beli majalah Kreko, Mastika dan Maskulin. Mastika memang aku dah boikot (semenjak kes Black Metal 9-10 tahun yang lepas). Kalau majalah Maskulin tu aku baca jugak sebab kadang-kadang ada artikel yang menarik perhatian aku.

Aku tertarik dengan artikel mengenai Dwayne Johanson dalam majalah Maskulin vol. 121 keluaran Mac 2010. Erk? Dwayne Johanson? Awal-awal lagi penulis artikel ni dah salah taip, sepatutnya Dwayne Johnson (Johnson not Johanson), sapa itu Dwayne Johnson? Ada apa dengan Dwayne Johnson?
Pada peminat gusti (wrestling) beliau lebih dikenali dengan nama Rocky Maivia dan seterusnya The Rock. Sebagai seorang peminat gusti, aku suatu ketika dahulu memang meminati The Rock ni disebabkan karisma, kepetahan beliau bercakap selain in-ring performance, with his trademark The People's Eyebrow (ala-ala Ziana Zain), Rock Bottom and the most electrifying moves in sports entertainment - The People's Elbow. Selain aksi gusti, beliau jugak membuatkan orang lain terhibur dengan hanya memegang mikrofon.

Disebabkan tertarik dengan artikel dalam Maskulin ni, aku pun membacanya sampai habis. "Jika dulu, dia hanya bertarung di gelanggang tinju..." Ah? Tinju? Sebelum bacaan lanjut, ada baiknya aku letak rujukan Wikipedia mengenai sukan tinju (boxing) dan gusti professional (pro-wrestling). Aku tak tau kalau Dwayne Johnson pernah "bertinju", kalau main American Football aku tau la, tapi nickname "The Rock" hanya digunakan ketika beliau "bergusti" dalam WWE (back then was WWF). Oke, mungkin penulis artikel tersilap taip, jadi aku teruskan membaca...

Ntah berapa kali perkataan "tinju" dinyatakan dalam artikel ni, tadak satu pun perkataan "gusti" dan setiap kali aku membacanya memang aku akan rasa menyampah... Memang sah bukan tersilap taip, nampak sangat penulis artikel ni tak tau nak bezakan antara sukan tinju dan gusti, or worst, he/she may not even a Dwayne "The Rock" Johnson's fans!
Dan tak mustahil artikel ni dicilok dari mana-mana artikel majalah atau website lain kemudiannya diterjemahkan langsung ke dalam Bahasa Melayu.
Aku agak kesal dengan artikel-artikel yang terdapat dalam kebanyakkan majalah-majalah tempatan, sebab ada sesetengahnya ditulis tanpa membuat sebarang homework terlebih dahulu, contoh paling ketara isu Black Metal suatu ketika dahulu. Tak kurang jugak yang salah dari segi ejaan, sepatutnya ketua editor sesebuah majalah merupakan seorang yang pakar dalam tatabahasa dan peka dengan kesalahan ejaan.
Tapi kalau penulis blog, takpa la kalau salah ejaan atau tatabahasa sebab kami penulis amatur dan menulis atas dasar luahan rasa mengikut kata hati sendiri - Aik? Macam pernah dengar ayat ni.
_____
Sekarang Dwayne Johnson lebih selesa menjadi seorang pelakon Hollywood, filem-filem seperti The Scorpion King, Walking Tall, The Rundown, Be Cool dan Doom (to name a few) yang memang menghiburkan. Dan aku berharap suatu hari nanti beliau akan kembali ke gelanggang WWE, maybe not as a wrestler, but as a guess host or something cameo. And hope someday he will be inducted in WWE Hall Of Fame like his father.
_____
Ada apa: Ada jugak mereka-mereka di luar sana masih sebut WWF sedangkan kompeni tersebut dah bertukar menjadi WWE hampir lapan tahun.
HBK - End Of An Era
oleh Ijau D. Koceng 31 March 2010 pada 1:30 AM 5 komen:Warning: Sekiranya anda bukan seorang peminat gusti (pro wrestling) dan tak paham langsung hal-ehwal dunia gusti, sila skip entri ni...
The Icon, The Headliner, The Main Event, The Showstopper, Mr. Wrestlemania, The Heartbreak Kid (HBK) - Shawn Michaels! Dan selepas Wrestlemania 26 semalam, dan WWE RAW kat Astro Supersport sebentar tadi, aku rasa HBK berhak mendapat gelaran The Legend (imej link dari Wikipedia).
Rasa sedih la pulak lepas tengok RAW tadi. Shawn Michaels farewell speech, lepas ni dia akan retired terus dari dunia gusti. So now I have a solid reason to stop watching wrestling shows. Kira akupun dah boleh retired daripada layan gusti.... It's been a wonderful experience.
Aku meminati Shawn Michaels semenjak zaman The Midnight Rockers (yang kemudian hanya dikenali sebagai The Rockers) circa 1988. Dan minat gila-gila pada zaman Attitude Era 1996-1998 ketika era kemuncak Degeneration-X (atau DX sahaja), Shawn Michaels memang amat menghiburkan, tak kisah di dalam gelanggang atau semasa memegang mikrofon (imej link dari Wikipedia).
Michael Shawn Hickenbottom, for the past 22 years (1988-2010) you have been my favourite wrestler of all time, much greater than Hulk Hogan, Ric Flair and Goldberg. Thank you for giving us the experience...
Thank you Shawn!
_____
Ada apa: Owh~ miss my long hair...
5 most lame wrestling moves
oleh Ijau D. Koceng 19 May 2009 pada 11:59 PM 0 comments1. the people's elbow - the rock
2. balls in - mvp
3. five knuckle shuffle - john cena
4. boom boom boom - kofi kingston
5. the worm - scotty 2 hotty
fyi, sblm komen apa2 ada baiknya korg baca artikel mengenai pro wrestling ni dulu (sumber wikipedia) baru korg dpt gambaran apa itu pro wrestling sbnrnya...
to be continued...
_____
p/s: sapa masih ingat chris benoit?
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-




























