Showing posts with label jepak. Show all posts
Showing posts with label jepak. Show all posts

Sepetang Di Gig Terjun Part III Jepak


Sabtu (28/10/2017) - Bertolak sekitar 2.30 petang dari Bintulu, bersama-sama Azrol dan bassist jemputan Herman (NV Unity) menaiki Imago aku. Sudahpun kautim dengan Bob Kandar yang juga seorang daripada AJK penganjur untuk memilih slot pada sebelah petang untuk MUP.


Setibanya di Dewan Balairaya Kampung Jepak sekitar 3.00 petang agak terkejut kerana dewan seperti tidak ramai orang, yang ada hanyalah kru penganjur dan ahli beberapa buah kumpulan sedang menunggu giliran untuk soundcheck. Bob Kandar pun belum datang...

KIKOSP dan G7.1ut.
Rupanya ada sedikit miscommunication, ataupun mungkin perubahan pada saat-saat akhir kerana ada melibatkan VIP (akupun tak pasti). Gig sebenar akan berlangsung pada sebelah malam dan slot petang adalah untuk sessi soundcheck. Hello Bob, apa sudah jadi?

Kehilangan ahli kumpulan.
Aku dan Azrol memang tidak dapat datang kalau gig sebelah malam. Setelah berbincang sesama sendiri, kami memutuskan untuk membuat persembahan penuh semasa sessi soundcheck. Giliran MUP "soundcheck" bermula sekitar pukul 4.30 petang.


Ya, warna hijau Neon juga memang menyerlah, dapat menandingi warna hijau Calypso, sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas, very, very 80's.

Setlist yang dimainkan - Pentagram Di Atas Pusara (lagu sendiri), Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Sepatutnya ada satu lagi lagu sendiri bakal dimainkan (working title: Mengkarung) semasa gig ini, tetapi disingkirkan daripada setlist kerana belum yakin arrangement belum mantap.

Foto kredit: Herman Akmal.
Bassist terjun jemputan, Herman Akmal daripada kumpulan NV Unity yang baru saja malam sebelumnya menang BOTB sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Betong. Youth energy... Teringat stamina aku waktu aku 20an dulu.

Foto kredit: Herman Akmal.
Beraksi dengan hanya disaksikan oleh kru penganjur dan ahli kumpulan lain, kah kah kah memang janggal rasanya.

Juga ada sedikit masalah teknikal sebelum lagu 2MTM, tiba-tiba bekalan elektrik terputus (tripped?), ah sumpahan electric youth kembali! Tapi nasib baiklah terjadi perantaraan lagu dan bukannya semasa persembahan.


LTD vs. Ibanez.

Video pendek yang dirakam oleh seorang ahli kumpulan lain (Nawaitu Band kalau tak silap) kemudian dimuat-naik dalam Facebook Azrol. Solo aku improvised/simplified.


Habis "persembahan" sekitar pukul 5.00 petang, semasa lepak di luar dewan sambil mendengar kumpulan Jepak Buskers soundcheck, tiba-tiba muncul kelibat Ayahanda Pandan... Ah! Kau terlepas persembahan MUP tadi.

Post-mortem Gig Terjun:
  1. Jadual/tentatif patut diperjelaskan oleh penganjur, sekarang sudah moden, guna media sosial lagi cepat.
  2. Mengekalkan tradisi MUP yang mengambil masa soundcheck dalam tempoh ~5 minit.
  3. Backline (amp) tak seberapa, tapi disokong oleh FOH/PA system yang mantap.
  4. Field test Neon, lulus!

Entri Mini: Gigrig?

Reality check sebelum gig - memang teringin nak bawa full pedalbard atau flagship multi-fx, tapi bila fikir balik setlist cuma guna dua perubahan patches (heavy distortion dan solo) maka Zoom MS-50G pun sudah memadai.

Travel light, let's hunt some orcs!
_____
AADI: Terfikir nak cari vokalis wanita untuk MUP.

Rocktober Fest Gig Terjun Part III


MUP bakal turut serta dalam Gig's Terjun Part III hujung minggu depan di Kampung Jepak, Bintulu. Setelah sekian lama tidak beraksi di atas pentas gig (busking listrik tidak dikira gig).

Imej cilok daripada Facebook.
Dengan sedikit kelainan line-up, seorang pemain bass import. Adi Herman tidak turut serta kerana menggalas tugas lebih mega bersama-sama Larrong di Seremban pada tarikh tersebut. Manakala Nas Korawk pula entahlah, kira dah hilang daripada radar.

Insya-Allah, bakal menpersembahkan dua lagu sendiri selain lagu cover play-safe.

_____
AADI: Ejaan "gig's" lagi?

Di Sebalik Tabir Jepak Mini Gig


Sambungan entri Jepak Mini Gig awal bulan lepas (selepas 18 hari, hahaha), beberapa gambar yang ada dalam Zenfon aku sebelum dan selepas persembahan MUP.


Aku tiba sekitar pukul 10.00 pagi, tersesat sekejap kerana tak biasa dengan jalan dan lorong di Kampung Jepak. Waktu aku sampai di lokasi, band kedua sedang membuat persembahan, aku lupa band apa.


Kalau tak silap ini persembahan band ketiga atau keempat, Nawaitu band. Kelihatan kelibat ex-gitar hibrid si Korawk di situ digunakan oleh Lan COG (kanan).


Pra persembahan MUP, Bob Kandar sedang menala dan soundcheck drum. Drumset Ludwig dan hampir semua simbal adalah daripada jenama Meinl.


Amp-amp yang digunakan untuk gig ni agak "over-par" berbanding lokasi. Contohnya, amp #1 ialah Randall KH120RHS Kirk Hammett signature dengan kabinet serasi KH412.


Amp #2 juga adalah Randall model RG1503H dengan kabinet serasi RG412. Tapi sayang, seperti KH120 di atas tadi, ia tidak digunakan seoptimumnya kerana hanya clean channel digunakan.


Amp #3 Marshall MG102DFX yang sebenarnya merupakan amp backup, atau untuk kegunaan band yang ada tiga gitaris seperti MUP. Aku memilih amp ni semasa persembahan MUP kerana dah biasa menggunakannya ketika di 36 Studio dahulu.


Amp bass Orange CR100BXT, abang long kepada CR50BXT yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.


Amp bass backup Peavey MAX112, pernah digunakan semasa sessi jamming Tupa Blacen beberapa tahun lepas.


Rehat pukul 12.00 tengahari sehinggah 1.00 petang untuk memberi laluan rehat Zohor, kebetulan surau di belakang tempat kejadian. Ya, MUP ada dua kali persembahan #1 sebelum rehat (2+ lagu), dan #2 selepas rehat (4+ lagu).

Cuaca mendung kemudiannya hujan renyai-renyai, air mula masuk ke kawasan gelanggang sedikit demi sedikit...


Project Band yang membuat persembahan selepas persembahan #2 MUP. Keadaan pentas sedikit sempit disebabkan kawasan sekeliling yang basah dek hujan. But the show must go on.


Gambar terakhir sebelum aku balik (sekitar pukul 3.00 petang), terpancar wajah ceria pengarang Pentagran Di Atas Pusara merangkap bassist MUP sambil memuat naik video dan gambar kejadian ke media sosial.

Dikhabarkan sessi gig berlangsung sehingga lewat petang dengan persembahan beberapa buah band lagi, kemuncaknya persembahan geng-geng otai daripada Pro-X Band (Bintulu Rockers Re-Union).

_____
Ada apa: Stage Of The Beast boleh lawan tak?

Jepak MAY-hem


Memulakan bulan Mei dengan menyertai Jepak Mini Gig 2016 tengahari tadi anjuran rakan-rakan dari band Mother Earth. Mini gig secara opened-air diadakan di gelanggang sepak takraw Kampung Jepak (ala-ala live band orang kahwin).


Selain band penganjur dan MUP, gig ini juga disertai oleh beberapa buah band tempatan sekitar Jepak dan Bintulu - yang aku ingat Nawaitu Band, Project Band, Pro-X Band (BRRU) dan Jepak Buskers.

Tahniah kepada penganjur selain menyediakan backline dan PA yang mantap (over-par untuk acara sebegini), mereka juga ada menyediakan makanan dan minuman untuk peserta, epik!


Line-up: IDK, Nas Korawk, Adi Herman, Bob Kandar dan Azroy Hammett (seasonist, ganti Azrol yang bercuti). Setlist: Intro CSIT, Kabus, Bujang Senang, Sejati, The Trooper, *Master Of Puppets Jepak, *Creeping Death Jepak.

*Aku sebenarnya tak berapa setuju memainkan lagu-lagu Metallica untuk tempat terbuka sebegini, lebih-lebih lagi kedua-duanya ditambah pada saat-saat akhir tanpa latihan - hasilnya lagu habis berterabur. Tapi layan sajalah nak menyampaikan hajat si Korawk untuk bermain lagu-lagu Metallica secara live walaupun serius tak kena dengan tempat.

_____
Ada apa: Tunggu entri terperinci Adi Herman, aku dah tak ada idea dan masih "rasa bersalah".

Jepak Mini Gig


Kesinambungan sessi Tupa Blacen Rock Santai beberapa tahun lepas. Kali ni acaranya lebih kepada gig (mini) berbanding jamming santai dan masih kelolaan rakan-rakan daripada kugiran Mother Earth


Menurut Bob Kandar, kelengkapan (drumset, amp) yang akan digunakan adalah kelengkapan sendiri ahli kumpulan Mother Earth seperti sessi sebelum ini. Dan ada kebarangkalian kelengkapan PA system HSE juga akan digunakan.

Sessi kali ni agak sedikit mencabar bagi MUP, ia tidak akan disertai oleh gitaris utama Azrol kerana ada aktiviti lain yang lebih penting pada tarikh berkenaan. Line-up dan setlist akan dibincangkan kelak. Tapi, aku bercadang nak buat setlist parodi...

_____
Ada apa: Main atas gelanggang takraw?

Sekitar Sessi Jamming Tupa Blacen Rock Santai


Dah dekat seminggu (6/4/2014) baru aku nak buat entri pasal sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai ni. Sessi jamming santai anjuran Bob Kandar dan Razib (vokalis Mother Earth), sebenarnya akupun tak banyak info mengenai sessi jamming ni, yang aku tau Bob suruh aku, Azrol datang ke Dewan Balairaya Kampung Jepak pukul 12.00 tengahari (bawa sekali rakan Azrol untuk diaudisi).


Peralatan PA system yang digunakan adalah aset Hepi Sound And Entertainment, manakala drumset, amp gitar dan bass adalah peralatan peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Sessi jamming bermula secara rasminya sekitar 1.00 petang.

Drumset Ludwig.
Pada mulanya dijadualkan tiga buah band Unity Band, Mother Earth dan Hepi;) untuk beraksi, tapi Unity Band tidak dapat hadir disebabkan masalah-masalah yang tidak dijelaskan. Dan sessi jamming ini agak tertutup, yang datang hanyalah ahli kumpulan, rakan-rakan dan beberapa orang penduduk Kampung Jepak yang tinggal berhampiran dewan.


Sempat mencuba sekejap rig ringkas Micro Terror aku bersama-sama GI100 sebelum sessi bermula. Rig ni amat sesuai digunakan bersama-sama Goldie disebabkan ia mempunyai volume berasingan untuk setiap pikap (neck untuk clean, bridge untuk distortion).


Amp utama untuk sessi ini ialah Marshall MG102FX (sama seperti yang digunakan di 36 Studio) disambung ke PA system menggunakan Behringer DI20.

Cilok dari Facebook Razib.
Cuma ini sajalah gambar Hepi;) yang ada, tiada gambar lain semasa kami jamming. Untuk sessi kali ni aku main bass, bermain secara 3-piece +1 memainkan lagu-lagu cover Wings.

Mother Earth sedang beraksi.

Gitaris utama Mother Earth dengan Les Paul Custom dan beberapa ketul stompbox. Ya, itu Gibson bukan Epiphone.


Gitaris kedua Mother Earth dengan gaya rockstar (sebenarnya sedang terkial-kial dengan setting amp). Amp Valvetronix VT40+ (my ex) digunakan sebagai monitor kerana bunyi gitar telah di-DI-kan daripada Zoom G2 ke PA system melalui Moen MO-BA (also my ex).

Pada pendapat aku, sessi jamming ni lebih kepada eksperimentasi penggunaan DI unit yang pelbagai; Behringer DI20, GI100, Moen MO-BA dan tak lupa Hartke VXL untuk bass. Kesimpulannya, jangan bimbang sekiranya amp gitar/bass anda ciput untuk main live jika anda disokong oleh PA system yang lengkap.

_____
Ada apa: Tupa blacen tu pun aku tak tau apa maksudnya...

Audisi Gitaris Baru?


Azrol mencalonkan seorang rakannya dari Kidurong untuk diaudisi, bukan sebagai pengganti tapi gitaris kedua - lagi ramai lagi meriah, kan? Menurut Azrol, skill mereka berdua seakan-akan setaraf (yang ni aku nak tengok).

Kami menggunakan sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai di Dewan Balairaya Kampung Jepak Ahad lepas (akan ada entri lain) sebagai platform audisi.


Daripada kelengkapan yang dibawa, aku dapat rasakan rakan Azrol ni (walaupun pemalu) merupakan seorang gitaris yang serius. Gitar yang digunakan ialah Charvel Desolation DC-1 FR dengan pikap EMG 81/85 sebagai nadi.


Juga seorang penghuni kem stompbox, berketul-ketul pedal jenis stompbox dilekatkan pada Pedaltrain Jr. Dalam banyak-banyak pedal yang ada, Blackstar HT Metal tu membuatkan aku ternganga. Bekerja di sektor minyak dan gas di kawasan Kidurong, jadi tidak hairanlah dengan kelengkapan yang agak mewah.

Katanya sebelum ni biasa main dengan tuning drop-D dan drop-C, jarang main standard. Tapi senang-senang saja dapat main lagu Sejati dan beberapa lagu mainstream Metallica semasa audisi, cuma lagu-lagu Iron Maiden dan Bruce Dickinson (solo) agak asing baginya...

_____
Ada apa: Hasil audisi? Lulus.

Hepi;) Live In Jepak?


Bakal beraksi di Dewan Balairaya Kampung Jepak esok, menggunakan moniker Hepi;) kerana hanya bermain secara 3-piece. Juga akan disertai oleh Unity Band, Mother Earth dan Rusty Blade. Sessi ni hanyalah sessi jamming santai (seperti Jammed Of The Beast) dan bukannya gig.

No Mohaideen?
Peralatan yang digunakan adalah daripada inventori Hepi Sound & Entertainment (HSE) dengan sokongan kelengkapan (amp & drumset) peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Disebabkan temanya agak rock, jadi lebih kepada cover lagu-lagu Wings (sesuai untuk 3-piece).

_____
Ada apa: Setlist parody...

Permata Yang Hilang?


Operasi: Mencari Permata Yang Hilang

Sabtu 13/3/2010 - Beberapa hari yang lepas aku dapat info daripada Bob Kandar, ada saudara sebelah isterinya (kat Kampung Jepak) yang nak letgo alat-alat muzik lama - gitar, bass, amp Peavey besar. Back in the 80-90's diorang dulu ada band sendiri, main kat kelab-kelab malam, tempat orang kahwin, just a typical local band, sekarang dah retired. Aku bab gitar dan bass tu tak berapa berminat, tapi bila dengar bab "amp Peavey besar" tu aku terus bincang dengan Bob Kandar nak buat lawatan sosial kat rumah tuan punya.

The ghettoness of Kampung Jepak... Owh I miss Kampung Pimping

Dalam pukul 2.30 petang aku dan Bob Kandar pi Kampung Jepak. Fyi, Kampung Jepak ni terletak di seberang sungai dari Bandar Bintulu (seberang dari Esplanad Bintulu), kalau naik bot atau feri kejap je kot sampai dalam 10-15 minit, kalau bawak motorsikal bolehlah nak naik feri, feri kecik je bukan macam feri kat Penang nun. Jadi kitorang lalu jalan darat jalan (with my Imago) yang jauhnya lebih kurang 30 km jugaklah sebab terpaksa pusing jauh (melalui jalan nak pi airport Bintulu).

Dipendekkan cerita, sampai-sampai saja kitorang "disajikan" dengan beberapa worn-out equipments - dua buah gitar strat, sebuah bass Yamaha, sebuah amp gitar unknown brand 15 watt dan amp besar Peavey.

Dua buah worn-out strat guitars... Apa brand?

Hahaha! Orient? Cap naga ooo... Kalau Vantage tu aku pernah dengar la jugak.
Aku kalau worn-out Fender, Gibson atau Ibanez terliur jugak aku, hehehe...

Yamaha BB300 beb! Vintage P-bass. Info lebih lanjut sila layari Bass Guitar Museum.
Kalau aku tadak bass, nak jugak aku beli dan repair bass ni.

Bagi aku, the real "Permata Yang Hilang" was this Peavey amp... Peavey Scorpion TKO 115 80 watt bass amp! It's huge! With 15" speakers! Whooping 80 watts! And it's a f**king Peavey damn it! Dalam website Peavey, model ni dah obsolete dan digantikan dengan model Max 115. Tapi kalau nak baca review pasal amp ni boleh layari website Ultimate-Guitar ni.

The real "Permata Yang Hilang" - Peavey Scorpion TKO 115 80 watt bass amp.

Made in USA beb! Not China, India or Indonesia.

Kadang-kadang aku rasa sedih bila tengok benda macam ni terbiar.

Kitorang test semua equipment, walaupun gitar dan bass dah kekurangan string but guess what?... Everything still in functional state, even the crappy rusted strat pickups (aku tak tau bila last skali benda-benda ni kena test). Lain-lain aku tak berminat kecuali amp Peavey tu, walaupun dah buruk tapi masih berfungsi 100% (kecuali satu tombol EQ dah tercabut). Ni kalau main kat makeshift studio kitorang, kompom kalah bunyi ketukan drums Bob Kandar.

Aku bagitau tuan punya yang aku berminat dengan amp ni (sebenarnya Bob yang runding-runding, diorang cakap bahasa Melanau Vaie yang sepatah pun aku tak paham). Tuan punya suruh aku letak harga, aku bagitau aku paling tinggi aku berani letak RM500. Katanya harga yang aku letak tu terlampau rendah, waktu dia beli dulu harganya RM1800 (siap tunjuk lagi buku kira-kira, hehehe) kurang-kurang pun dia letak harga separuh daripada harga asal RM900.

Dalam hati kecil aku berkata "Dude, it's a 15-20 years old Peavey, and you bought it with Bintulu price... RM500 take it or leave it, kalau aku tak beli amp ni kompom tersadai kat rumah jadi sarang anai-anai" tapi tak sampai hati pulak nak cakap macam tu betul-betul kan?... Hehehe. Bukan apa, dengan RM8xx-9xx aku boleh dapat amp baru 45-75 watt dari CK Music, yNot Studio atau Dead Eye Guitars. So RM500 tu bagi aku kira dah berbaloi la tu...

Jadi, kitorang akhiri operasi kali ni dengan kata-kata standard "takpa kitorang pikir dulu, ada apa-apa nanti kitorang kontek lagi". Kalaulah dia berminat dengan harga RM500 yang aku tawarkan tu...

Tapi aku rasa National RQ-K12 Bob Kandar lagi antik daripada Peavey ni.

_____
Ada apa: Kalau dah macam tu, baik aku beli amp baru... Lagi berbaloi.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger