Everlast Elite 2 ini merupakan sarung tangan tinju (gloves) keempat aku selepas dua tahun lebih (27 bulan) menyertai sukan tinju. Diperolehi daripada Sports Direct Malaysia melaui platform Lazada mereka untuk mengambil peluang diskaun dan kupon-kupon jualan Hari Raya Lazada beberapa minggu lepas.
Gloves ini buatan China tidak seperti gloves Outshock buatan Vietnam (BG120) dan Pakistan (BG500). Model Elite 2 ini katanya tahap/kasta di atas sedikit berbanding model basic/core.
Seperti biasa memilih saiz (berat) 14 oz, tapi agak sedikit menyesal kerana tidak memilih 16 oz untuk kelainan. Ia menggantikan gloves Everlast basic aku yang sudah banyak tanda-tanda wear and tear dan tidak lagi sesuai dibawa sessi latihan di gym atas faktor higienis. Kalau setakat latihan di rumah tiada masalah.
Seperti BG500, Elite 2 ini juga memiliki padding tambahan di bahagian belakang dan pangkal lengan sesuai untuk menahan/menangkis tumbukan ketika latihan atau sparring. Tapi bahagian telapak (palm) agak cincai sedikit buatannya.
Sudahpun dibawa semasa sessi latihan malam Selasa lepas, namun ia taklah se"elite" ketika dipakai. Agak sedikit ketat pada bahagian pangkal ibu jari, menguatkan lagi rasa menyesal kerana tidak memilih saiz 16 oz seperti perenggan ketiga tadi.
Kalau ikut pendapat dan pengalaman peribadi, Outshock BG500 lebih berbaloi dan selesa per harga dan perincian. Nasib baiklah ia diperolehi pada harga diskaun (2-digit) dan bukan harga runcit (3-digit).
_____
AADI: Ingin mencuba gloves Muaythai pula.