Showing posts with label jamming. Show all posts
Showing posts with label jamming. Show all posts

Sepetang Di REG Studio (Part 7)


Ahad (24/05/2026) - Sessi jamming santai sebelum bercuti Aidiladha dan Gawai di REG Studio. Bukan selalu dapat jamming sebagai entiti Hepi;) - 3-piece bersama Azrol dan Bob Kandar - kali terakhir bulan September tahun lepas.

Selain mencari chemistry Hepi;) yang hilang, tujuan sekunder ialah untuk memandu uji amp DV Micro 50 M bersama-sama kabinet 4x12" yang ada di REG Studio. Randall RG412 dipilih berbanding Marshall MG412 atau Laney LX412A.

Kali ini menggunakan Shiro (ESP Eclipse-II) untuk menunaikan "janji" ketika dipasangkan tali baharu beberapa minggu lepas supaya ia kembali *aktif dan tidak terperap dalam hardcase.

Azrol membawa dua gitar; Jackson DK2 (ex-Dinky) dan Schecter Demon-7 FR, menggunakan Boss ME-80 (milik studio) dan SD-1 terus ke amp Ceriatone Overtone Special FM50.

Seperti dirancang memainkan lagu-lagu cover Wings era bukan Awie - Lena Diulit Intan, Hati Sulam Lain, Bukan Kerana Mentari, Keris Tak Bersarung dan Enigma. Juga impromptu lagu Tears Of The Dragon dan 2 Minutes To Midnight yang ke laut.

Pedal yang aku gunakan kali ini hanyalah Helix Phaser (untuk vibe Phase 90) dan Raw Dawg overdrive pada front end. Manakala Tone Tattoo melalui effects loop untuk efek chorus dan delay sahaja, distortion metal tidak digunakan. Suis kaki BanTamP Joyo untuk menukar channel amp.

Post-mortem

  1. Distorsi pada drive channel pada DV Micro 50 M cukup keras untuk memainkan lagu-lagu hard rock dan metal tanpa perlu booster daripada Raw Dawg. Lebih-lebih lagi jika menggunakan pikap aktif EMG 81/60. Untuk main lagu-lagu Wings, gain suku hingga separuh pun sudah cukup.
  2. Untuk amp 50 Watts, menggunakan kabinet 4x12" ia cukup kuat untuk jamming. Aku hanya menggunakan 40-50% volume untuk sessi ini.
  3. Tone Tattoo cemerlang sebagai pedal effects loop - chorus, analog delay.
  4. Pada talaan E-standard dan tali bersaiz 9-46 barulah Shiro ini terasa "sedap" dimainkan. Sebelum ini ia dikhaskan untuk talaan Eb-standard/drop-C# pada tali varian 10-46/52/54.
  5. Lama tak tarik vokal tinggi pada original key, mula-mula memang terbatuk-batuk jugalah. Tapi 80% masih mampu tarik kalau cukup warm-up.

_____
AADI: *Datang gatal tangan nak pasang balik pikap pasif.

REG Studio 2026


Sabtu (31/01/2026) - Dijemput oleh Azrol untuk *jamming saja-saja di REG Studio ketika menghantar EC-1000VB-nya (ex-Deluxe) untuk diservis malam sebelumnya kerana bermasalah pada pot. Tiada perancangan dan latihan, hanya harapkan muscle memory memainkan 3-4 lagu. Oklah, akupun dah lama tak jamming, dapatlah juga menjadi platform untuk mencuba memandu uji gitar dan pedal.

Kali ini giliran **Horizon (GrassRoots G-HR3-68) dibawa untuk dipandu uji kerana tidak pernah lagi dibawa jamming lebih-lebih lagi selepas dipasang dengan set Seymour Duncan Jazz/JB Mac tahun lepas. Sekali lagi berpeluang menggunakan amp lagenda JCM800.

Juga baru berkesempatan menggunakan gigbag ukulele Ibanez IUBS301 sebagai beg sampingan untuk mengisi pedal, adapter, kabel, strap, dll. Pedal LT-Dual dipilih kali ini sebagai overdrive/front-end booster JCM800 bersempena 10 tahun ia dalam axology aku tahun lepas. MS-70CDR pula seperti biasa untuk chorus/delay/reverb dalam effects loop.

Mulanya agak menyesal membawa LT-Dual ini kerana secara sonik bunyinya agak kureng jika digunakan sebagai overdrive (low gain, high volume) melalui high sensitivity input pada JCM800. Aplikasi yang sebelum ini amat cemerlang jika menggunakan pedal GT-OD atau overdrive lain seperti MojoMojo atau SD-1.

Tapi bila guna low sensitivity input, barulah LT-Dual ini cemerlang digunakan sebagai mild distortion unit (mid gain, mid volume) terutama channel 1 berbanding channel 2 yang agak boomy. Maka ternyatalah LT-Dual ini adalah sebuah pedal distortion dan bukannya overdrive. Demo? Video? Tak ada, ini semua temberang saja...

*Sebenarnya Azrol dan rakan-rakan termasuk Bro Eden (tauke studio) sedang dalam proses mencari ilham dan praktis lagu terbaharu projek kolaborasi mereka. Aku? Aku menempel saja di situ, tidak terlibat dengan projek.

**Mulai 2026, Horizon ini akan aku gelar TOFU atas sebab karekter putihnya yang seakan-akan tofu/taufufah.

"Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai."

- Entri GrassRoots Brado.

_____
AADI: Masih rasa janggal guna superstrat.

MUP Comeback?


Sabtu (27/09/2025) - Sessi jamming "comeback" di REG Studio sebagai entiti MUP setelah sekian lama dorman. Tiada latihan, hanya harapkan muscle memory untuk memainkan lagu-lagu playsafe yang biasa dimainkan suatu ketika dahulu. Sebenarnya matlamat sekunder adalah untuk memandu uji amp, gitar dan pedal. Juga disertai oleh Asri Cop Kids sebagai bassist jemputan.

Kali ini aku berpeluang menggunakan amp Marshall *JCM800 + 1960AHW REG Studio yang baru diperolehi tahun lepas. Bukan selalu dapat main amp harga 5-digit (rujukan harga - head, kabinet). Atas sebab itu, akses untuk menggunakan amp ini ketika jamming hanya diterhadkan kepada rakan-rakan gitaris terdekat sahaja.

Mulanya ingin membawa Iron Cross, tetapi memilih Swede kerana gilirannya untuk dipandu uji semasa jamming setelah hampir tiga tahun dalam axology. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan dengan kombo PAF Pro/Super 3.

Aku juga ada membawa amp head BanTamP XL Zombie II untuk dipandu uji dengan beberapa kabinet 4x12" yang ada di REG Studio. Di rumah aku hanya pernah menggunakannya bersama-sama kabinet 1x10" Vox V110NT. Di REG Studio aku sempat mencubanya dengan kabinet Randall RG412.

JCM800 REG Studio ini adalah model 2203 Reissue, memiliki effects loop di belakang. Untuk setup aku, pedal MS-70CDR digunakan di sini untuk efek-efek chorus, delay, reverb dan solo boost.

Dua pedal overdrive/distortion yang terpilih dalam entri lepas (GT-OD dan Dark Matter) sebagai front-end booster (max VOLUME, min GAIN). JCM800 ini hanya ada satu channel sahaja dan amat cemerlang untuk bunyi overdriven. Kalau nak clean, kena pandai bermain gain dan tombol volume pada gitar.

Secara tunggal seadanya, bunyi amp ini hanyalah se-rock 'n roll ala AC/DC. Tapi jika ditambah overdrive, ketika inilah karekter lagenda JCM800 itu diperolehi. Bunyi NWOBHM dan early thrash metal memang senang-senang dapat.

Setting yang aku guna - PRESENCE-0, BASS-8, MIDDLE-8, TREBLE-0, MASTER-2, PRE-AMP-5. Tube amp 100 Watts memang agak overkill untuk setup studio jamming, pada VOLUME suku pun sudah kira cukup bingit jika berdiri betul-betul di hadapan amp. Antara sebab kedua-dua tombol PRESENCE dan TREBLE tadi pada nilai minimum.

Azrol pun sempat mencuba Zombie II aku dengan kabinet Laney LX412A. Tapi pendapat aku, kabinet Randall tadi lagi padat bunyinya. Untuk sessi jamming pula Azrol menggunakan amp Ceriatone Overtone Special FM 50. Katanya dia suka bunyi ala Plexi amp ini yang cut-thru.

Post-mortem

  1. Hagstrom Ultra Swede - Kedudukan suis toggle di belakang bridge yang agak janggal untuk aku yang sudah biasa dengan suis di bahagian atas pikap neck standard Les Paul. Saiznya yang lebih kecil berbanding Les Paul juga sedikit sebanyak mengganggu keergonomikan perut aku yang boroi. Respon pikap PAF Pro/Super 3 tetap mantap.
  2. MXR M193 GT-OD - Tetap ganas memacu amp-amp tiub berbanding overdrive lain dalam axology aku.
  3. TC Electronic Dark Matter - Sebagai booster, bunyinya agak kelam sedikit (darker), sesuai untuk boosting amp jenis bingit. Jika di-gain stack-kan dengan overdrive lain, contohnya GT-OD di atas, ia boleh menghasilkan distorsi yang ampuh sesuai untuk clean amp.
  4. Marshall JCM800 2203 Reissue - Amp lagenda antara lagenda, kena ada ilmu kalau nak guna amp ini. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka menggunakan amp Orange Rockerverb 100 MkIII kerana ada dua channel, built-in reverb dan gain yang tinggi tanpa perlu booster/overdrive.
  5. Joyo BanTamP XL Zombie II - Dengan kabinet 4x12" barulah keganasan amp ini terserlah. Cukup padat (tight) walaupun pada suku GAIN - sesuailah dengan hype-nya sebagai klon amp Mesa/Boogie Dual Rectifier. Mungkin akan menggunakan amp ini untuk sessi jamming akan datang jika tidak mendapat akses kepada amp JCM800 atau Rockerverb REG Studio.
  6. Ingin praktis cover lagu-lagu Wings era Orang Asing untuk sessi akan datang.

_____
AADI: *Kalau aku ada dana begini, aku akan pilih model JVM410H yang lebih moden.

Sepetang Di REG Studio (Part 6)


Sabtu (26/4/2025) - Diajak oleh Bro Eden untuk datang dan lepak di REG Studio sambil menyaksikan geng-geng Erectus praktis lagu-lagu baharu mereka sebelum proses rakaman tidak lama lagi. Taklah petang pun, sebenarnya lewat sedikit sekitar 9.00 malam.

Vokalis baru balik majlis raya?

Aku? Aku bukan ahli tetap Erectus, aku hanya sessionist untuk masa-masa kecemasan contohnya ini dan ini. Jadi tidaklah terlibat dalam sessi latihan dan rakaman kelak. Datang melepak dan berborak dengan Bro Eden di luar studio (aka REG café).

Ex-Francesco pun sudah tergantung di dalam bilik mixing studio. Semoga lebih berbakti di sini berbanding terperap dalam simpanan aku. Bro Eden juga ada bercadang ingin membuat livestream lagi, mungkin akan menjemput MUP ala reunion show lagi. Mungkin...

_____
AADI: Kalau line-up cukup.

MS-70CDR Erectus SMR 2024


Sessi ketiga jamming latihan bersama Erectus di REG Studio malam Jumaat lepas (20/12/2024) persediaan untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 Sabtu ini.

Untuk sessi kali ini aku menggunakan pedal Zoom MS-70CDR yang telah di"hacked" dan disalinkan patch peribadi yang ada dalam B1Xon. Seperti biasa, pedal ini hanya digunakan untuk fungsi tuner, compressor dan sedikit drive. Behringer BDI-21 pula tak sempat dicuba.

Amp modeling yang diguna (SVT-based) dalam patch juga dinyahaktifkan kerana sessi kali ini menggunakan amp bass lagenda studio iaitu Fender Bassman 100T yang baru diservis.

Azrul mengeluarkan dua ex-pedal aku yang sudah lama dorman iaitu Moen MO-BA Buffalo dan Dr. J D-58 Blademaster. Katanya karekter Blademaster ini hanya menyerlah jika digunakan bersama-sama amp besar pada volume yang tinggi. Buffalo tu pula kali terakhir aku tengok Azrol guna ketika MUP main gig Oktoberfest 2012.


Sessi kali ini dikira sessi latihan terakhir untuk aku sebelum gig kerana aku tiada di Bintulu sepanjang minggu ini (cuti sekolah) sehingga hari kejadian. Erectus akan terus berlatih tanpa aku untuk satu sessi lagi Jumaat kelak.

Dan untuk gig kelak aku memutuskan untuk menggunakan pedal MS-70CDR tadi sejajar dengan tema traveling light. Manakala Tech 21 Fly Rig PL1 juga dibawa sebagai backup dan/atau untuk kegunaan praktis semasa dalam perjalanan.

_____
AADI: Setlist enam lagu berbanding lima sebelum ini.

Tommy Erectus SMR 2024


Sessi kedua jamming latihan bersama Erectus di REG Studio malam Ahad lepas (8/12/2024) persediaan untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 hujung bulan ini.

Seperti keputusan entri minggu lepas, kali ini aku menggunakan Tommy (Ibanez SR300, aka IDK sig mark IV) terus ke amp Behringer studio dengan perantaraan Tech 21 Fly Rig PL1.

Sudah serasi lebih 10 tahun menggunakan bass Ibanez Soundgear dan dua variasi Gio sebelumnya; ex-Crows (GSR190J) dan ex-Clover (GSR200EX).

PL1 digunakan untuk fungsi compressor, sedikit reverb dan tuner sama seperti setup ketika Metuk Ulau Fest 2020. Walaupun ia efek untuk gitar, tapi wasser (clean channel) amat cemerlang sebagai preamp bass, terutama fungsi compressor yang ada dengan satu tombol yang ringkas.

Untuk sessi seterusnya mungkin akan mencuba efek bass lain lagi, sebelum memutuskan efek apa yang sesuai digunakan pada hari kejadian kelak.

_____
AADI: Lid dan redum.

Francesco Erectus SMR 2024


Sessi pertama jamming latihan bersama Erectus di REG Studio malam Sabtu lepas (30/11/2024) mencari keserasian awal persediaan untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 hujung bulan ini.

Seperti cadangan entri lepas, sudahpun mencuba menggunakan Francesco (BC Rich PFG5) terus ke amp Behringer studio dengan perantaraan B1Xon. Amp lagenda studio ini Fender Bassman 100T katanya sudahpun rosak.

B1Xon hanya digunakan untuk fungsi compressor, sedikit drive dan tuner, sama seperti setting MUP FB Livestream beberapa tahun lepas.

Membawa bass ini ke studio pun sudah terasa kekangan logistik kerana bergelut dengan fizikalnya yang berat (4.9 kg) dan panjang, serta tiada beg yang sesuai (aku guna Rockbag) kerana beg asal sudah koyak. Dan selepas mengambil kira faktor gig kelak di luar Bintulu (Sibu), logistiknya pasti akan lebih mengerikan. Maka aku memutuskan untuk menggunakan Tommy (SR300) sahaja selepas ini.

_____
AADI: Kalau gig di Bintulu masih boleh dipertimbangkan.

Dilema Band Dan Jamming


Aku setuju dengan video Stevie T di bawah ni...

Poin terkini yang paling aku setuju ialah bab TikTok dan buat live di media sosial tanpa pengetahuan/persetujuan ahli lain.

Hampir 15 tahun aku berdepan dengan pelbagai karenah ketika jamming. Yang selalu dihadapi ialah bandmate tak study setlist (kecuali jamming impromptu), tak praktis di rumah terlebih dahulu, membuang masa main lagu yang tiada dalam setlist, minda masih di tempat lain (tidak fokus) dan yang paling menjengkelkan ialah bab komitmen dan rockstar attitude...

_____
AADI: Itu belum lagi bab "kehilangan" ahli kumpulan.

Sessi Jamming Meraikan Nuing


Sabtu (12/10/2024) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah entah berapa lama 14 bulan tidak jamming sebagai entiti MUP. Kali ini untuk meraikan Nuing yang akan berpindah ke Kanowit mulai minggu depan.

Sessi kali ini juga disertai oleh Azrol dan si Korawk menjadikan suasana lebih meriah kucar-kacir dengan setlist yang ke laut. Bolehlah juga dikirakan sebagai sessi gathering/reunion dengan sedikit hidangan pizza, kola dan isotonik.

Anak aku si Arlo pun ikut kali ini, dah cukup besar untuk dibawa. Bila ada peluang waktu uncle Bob rehat, mulalah dia mengetuk drumset. Kalau abangnya si autis Junior memang tak boleh toleran dengan bunyi bising begini.

Kali ini aku membawa Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dipandu uji, sudah dua tahun dimiliki belum pernah dibawa jamming. Akan dibuat entri berasingan untuk pasca pandu-uji.

Dilema efek dalam entri beberapa hari lepas pun terjawab dengan membawa Fly Rig PL1 (dengan pacuan AT Drive) atas faktor logistik, selepas memikirkan faktor membawa makanan dan minuman seperti perenggan kedua tadi.

Nuing hanya menggunakan RG370AHMZ "sehelai sepinggang" terus ke amp studio MG100HGFX. Perkakasan lain efek, strap, kabel katanya sudahpun dikemas untuk berpindah. Azrol pula menggunakan ex-Dinky (Jackson DK2), ME300 dan SD-1. Korawk? Yang ni tak payah ceritalah...

Sementara menunggu si Korawk.

Sedikit trivia mengenai Nuing - diperkenalkan oleh Korawk (bertugas di tempat sama) dan menyertai MUP sebagai gitaris utama sejak Isolated Gig Vol. 1 April 2019 menggantikan Azrol yang ketika itu sedang berkomitmen dengan band lain yang lebih maju jaya hingga merantau ke Filipina.

Era Isolated Gig Vol. 1. Aku suka gambar ni, kawaii gitu~

Beberapa kali Nuing mengikuti gig bersama-sama MUP, antaranya Isolated Gig Vol. 1, Isolated Gig Vol. 2, Distinguish Gentleman's Ride 2019, Various Evo Band Challenge, MUP 10th Anniversary FB Livestream, King's Garage Open Gig dan terakhir Local Gig 2022 KKB.


Aku paling suka versi ini kerana MUP 3-amigos, tiga-tiga ada solo dalam satu lagu.

Semoga Nuing lebih maju jaya bertugas mendidik anak bangsa di Kanowit (ye, dia cikgu) dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Terima kasih kerana menjadi keluarga MUP yang line-up sentiasa kucar-kacir tapi progresif.

Waktu ni aku dah balik melayan karenah si Arlo.

_____
AADI: Misi merekrut ahli baharu lagi.

Dilema Jamming Impromptu


Inilah dilema aku setiap kali ada sessi jamming impromptu, lebih-lebih lagi bila lama tak jamming dan tanpa ada latihan di rumah.

Nak senang dari segi sonik atau senang dari segi logistik? Kalau bawa ME-80 senang untuk bertukar-tukar patches, senang dipijak tapi besar dan berat. Kalau bawa PL1 pula sonik amat terhad, agak mencabar untuk dipijak tapi lebih mudah alih dan ringan.

Itu belum bab nak pilih gitar lagi...

_____
AADI: Macam kes entri 2022 ni.

Jamming Healing Di Luk Lalai Studio


Sabtu (16/12/2023) - Sekali lagi diajak jamming oleh rakan-rakan dan tauke Luk Lalai Studio (NV Studio), katanya jamming malam "healing-healing" dengan *setlist lagu-lagu rock jiwang. Dengan sedikit latihan dan persediaan, jamming kali ini agak lancar berbanding jamming impromptu awal Disember lepas.

Kali ini aku membawa gitar rimau Tigera untuk mencuba prestasi set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang dipasang bulan lepas bersama-sama Boss ME-80 terus ke effect return amp studio (ex-Laney LX65R).

Cover emas seperti mengekang prestasi optimum treble set pikap ini (jenis hex-pole pieces). Akan dibuka dan biarkan dalam keadaan DiMarzio original kelak. ME-80 pula dah hampir setahun barulah dapat peluang dibawa jamming.

Kolaborasi MUP, NV Unity, Erectus, Cop Kids?

*Setlist kali ini Suratan Takdir, Masih Aku Terasa (Gersang), Gerhana Cinta Luka, Hakikat Sebuah Cinta (Iklim), Di Alam Fana Cintamu, Luka Seribu Rindu (Fotograf), Ngap Sayot, Akar Dan Bumi (Amuk). Ngap Sayot saja yang aku masih blur... Nasib baik bukan aku yang vokal.

Ini katanya sessi jammng terakhir untuk tahun ini. Akan kembali Januari tahun depan...

_____
AADI: Bila mat metal buang tebiat main lagu rock jiwang.

Jamming Impromptu Di Luk Lalai Studio


01/12/2023 (Jumaat) - Sebelah petangnya Bob Kandar tiba-tiba mesej aku, katanya tauke Luk Lalai Studio (NV Studio) ajak jamming santai pada sebelah malam. Azrol dan Asri Cop Kids juga turut serta, bukan selalu ada peluang jamming 4-piece terutama dengan Azrol yang kini tahap muzikanya telah jauh mengembara.

Kebetulan pada sebelah petangnya amp Blackstar S1-10 aku baru sampai, bolehlah terus dibawa untuk sessi pandu uji. Rig aku ringkas grab and go, menggunakan abang long Goldie (*mencuba prestasi Julianbucker), wireless Joyo dan overdrive Mojo Gilbert disambung terus ke S1-10.

Sedikit kelainan kali ini kerana mencuba lagu-lagu rock kapak dengan rujukan chords dari internet secara impromptu iaitu Krisis Di Pertengahan Hidup, Bukan Kerana Matahari (Wings), Maya Persada, Lagenda Cinta (Lefhanded) dan Luka Seribu Rindu (Fotograf). Sampai juga hajat aku untuk cover lagu-lagu Wings dan Lefthanded ini.

*Dan selepas ini Goldie sudah boleh direhatkan daripada tugasan jamming untuk memberi laluan kepada singlecut lain yang belum diberi peluang untuk beraksi.

_____
AADI: Video? Tak ada, nanti dah kompeten barulah rakam.

Sepetang Di REG Studio (Part 5)


Sabtu (5/8/2023) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah tujuh bulan tidak jamming dan sebagai sessi jamming terakhir MUP bersama Methodman yang akan berpindah ke Kuching mulai minggu depan.

MUP menghadiahkan seutas strap gitar Dunlop Flambe sebagai token kerana Methodman pernah menyertai MUP semasa Local Gig 2022 di KKB Disember tahun lepas.

Rasanya inilah kali pertama (dan terakhir?) Methodman jamming di sini. Aku pernah membawanya ke sini tahun lepas tapi untuk menjenguk koleksi gitar Bro Eden dan bukan untuk jamming. Sessi kali ni pun ala kadar dengan lagu-lagu playsafe setlist Local Gig yang tunggang langgang.

Semoga Methodman lebih maju jaya bertugas di Kuching dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

_____
AADI: Misi merekrut ahli baharu lagi.

Sepetang Di REG Studio (Part 4)


Setahun lebih tidak menjejak kaki di REG Studio, kali terakhir ketika sessi MUP FB Livestream Disember 2021. Kini REG Studio berubah wajah sekali lagi menjadi semakin luas. Selain layan sessi jamming rakan-rakan Erectus, Bro Eden juga menjemput aku datang untuk menservis gitarnya.


Sessi jamming Erectus ini sebagai persediaan mereka untuk gig *Sarawak Metal Regime 2023 di Sibu bulan September nanti bersama-sama Langsuir, Sil Khannaz, As Sahar, Necrotic Chaos, dll. Kali ini disertai oleh Herman Akmal (NV Unity, Sunday Mirka) sebagai growler.

Cerita pasal servis gitar, Fender Stratocaster Bro Eden ini sudah lama bermasalah dengan tombol volume. Menservisnya agak impromptu dengan tools di studio yang ala kadar. Bro Eden ni geng motor Harley-Davidson, kalau tools untuk repair motor memang banyak, tapi tools yang kecil dan delicate agak terbatas.

Nasib baiklah aku siap sedia bawa beberapa tools yang bisa membantu - ESP multi spanner, string winder, solder sucker dan timah sendiri (Pro'sKit) - timah yang disediakan adalah jenis lambat cair.

Seperti yang aku sarankan ketika menservis bass Ibanez RB630 Roadster II tahun lepas, Bro Eden menyediakan alat ganti yang berkualiti iaitu potentiometer DiMarzio EP1200 custom taper 250k.

Ini bukanlah pickguard yang asal kerana yang asal berwarna putih, pikap dan elektronik pula aku lupa nak tanya cerita. Untuk sebuah Strat MIA, agak pelik kerana menggunakan 5-way switch jenis Alpha dan dua pot mini Gotoh. Mungkin elektronik asal sudah rosak dan diganti dengan apa yang ada ketika ia diservis tahun 2018.

Bro Eden kata selepas ini kalau ada masa mungkin dia minta aku tukar switch pula, aku sarankan guna switch jenis CRL/Oak Grigsby daripada Allparts atau DiMarzio dan tukar sekali kedua-dua pot tone dengan pot DiMarzio EP1200 juga.

Dengan tools yang terbatas, mengambil masa sekitar sejam untuk menyiapkannya, berlatar-belakangkan lagu-lagu Erectus. Teringat ketika menjadi bassist bidan terjun mereka sebelum pandemik dulu. Terlupa pula ambil gambar isi perut setelah selesai untuk diarkibkan di sini sebagai legasi YusTech.

_____
AADI: *Kalaulah gig itu dibuat di Bintulu.

Sepetang Di King's Studio


Sabtu (26/11/2022) - Acara memecah ais setelah sekian lama tidak jamming bersama, persediaan awal untuk Local Gig KKB hujung minggu ini. Serius, kali terakhir jamming bersama ketika persediaan FB Livestream tahun lepas (sessi yang ini tidak dikira jamming). Juga sudah lama tidak mengunjungi di King's Studio, kali terakhir ketika sebelum pandemik.

Sessi ini juga sempat mencuba satu lagu cover baharu untuk dimainkan kelak, standard MUP agak susah untuk mencuba lagu cover baharu, apatah lagi lagu baharu ciptaan sendiri disebabkan line-up yang tidak stabil. Aku dan Nuing sebenarnya ada beberapa lagu dicipta untuk MUP atau Hepi;) tapi belum dipraktikkan.

Aku merekrut Methodman sebagai gitaris kedua, manakala aku menggalas tugas sebagai bassist untuk sessi ini. Methodman menggunakan Dinky JS32 DKA birunya, manakala Nuing menggunakan RG370AHMZ. Aku juga mengambil kesempatan untuk memandu-uji gitar baharu aku iaitu Dinky.

Akan ada satu lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, harapnya ketika itu keserasian MUP sudah kembali.

_____
AADI: Perlu mencari bassist tetap.

Sekitar MUP FB Livestream Jamming Session @ REG Studio


Sabtu (4/12/2021) - Kami datang lebih awal ke REG Studio sekitar 1.30 petang supaya dapat soundcheck sebelum waktu siaran rasmi yang dijadualkan bermula pukul 3.00 petang. Agak kecewa juga dengan sikap beberapa individu yang membuat keputusan tidak profesional, walau bagaimanapun acara perlu diteruskan.

Rig yang aku gunakan ringkas sahaja, Tommy (SR300) terus ke amp Fender Rumble studio dengan perantaraan B1Xon untuk fungsi compressor, sedikit drive dan tuner sahaja.

Azrul membawa dua buah gitar iaitu M-103FM (ex-Mirage) dan Demon-7 FR. Setup terus ke amp Rockerverb MKIII studio. Rody Erectus sebagai drummer kedua membawa double-pedal dan throne sendiri.

Drummer ketiga Ijal (The Cuppycakes) datang lambat sebab ada urusan keluarga dan tak sempat soundcheck, tapi masih berkomitmen untuk datang sebelum masa livestream, syabas.

Nuing pula menggunakan RG331M dan GT-1 terus ke amp Valvestate 100 studio. Ada tiga kamera disediakan, kamera utama (full band), kamera zoom muka/gitar dan kamera drummer (drumcam). Dipantau oleh kru studio di bilik command centre.

Sebelum sessi soundcheck bermula, sempatlah menjamu selera di luar studio dengan makanan yang dibawa sendiri ala potluck. Waktu ini yang ada di tempat kejadian hanyalah ahli MUP dan kru studio.

Tak sangka selepas sessi soundcheck, ramai pula rakan-rakan rockers/metalhead Bintulu lepak-lepak di luar studio. Rupa-rupanya iMac di luar sana bukanlah semata-mata hiasan, tapi untuk tontonan secara "live" bagi mereka yang hadir secara fizikal.

Seperti dipersetujui, setlist dibahagikan kepada tiga mengikut drummer, pertama Bob Kandar, kedua Rody dan ketiga Ijal. Lagu-lagu yang dimainkan pun agak pelbagai, terdiri daripada lagu sendiri dan cover yang biasa dimainkan serta beberapa lagu cover eksperimentasi yang belum pernah dimainkan sebelum ini.

Setlist

  1. Pentagram Di Atas Pusara (MUP original)
  2. Kabus
  3. Coming Home
    --tukar drummer--
  4. Don't Talk To Strangers
  5. Warriors Ride On The Chariots
  6. Symphony Of Destruction
    --tukar drummer-
  7. Master Of Puppets*
  8. Creeping Death
    --tukar drummer--
  9. [Encore] Silent Night, Bodom Night* (Azrul vokal)
Apa kes?

Seperti entri semalam, "siaran ulangan" boleh ditonton semula di Facebook REG Recording Studio. Aku tak dapat nak embed video dalam blog atas sebab-sebab copyrights.

Masa keseluruhan livestream sekitar satu jam 14 minit termasuk dua kali rehat untuk pertukaran drummer. Agak menepati masa yang diperuntukkan iaitu satu jam, itupun lagu-lagu yang bertanda * terpaksa dipendekkan dan/atau disingkirkan untuk menepati masa.

IEM murahan.

Seperti biasa IDK post-gig livestream syndrome melanda - sakit otot diafragma selepas meneran vokal, sedikit sebanyak mengganggu mood dan persembahan. Kalau perasan dalam video semasa set Metalicak aku mula memegang perut dan melalut pasal sakit perut, lirik dan bass pun ke laut. Mujur aku ada berbekal sepeket Gaviscon untuk sedikit kelegaan selepas persembahan.

Penjarakan bersosial.

Post-streaming - sambil makan, masing-masing menonton semula video melalui telefon pintar dan memuji produksi pihak REG Studio kerana kualiti video dan bunyi yang bertahap siaran langsung TV. Walaupun ada sedikit jurang masa antara keselarian video dan audio, tapi ia amatlah kecil tahap mikro-saat sahaja.

Sebagai suatu acara Facebook livestream, ia berjaya di luar jangkaan. Dan paling terkejut, rakan-rakan rockers/metalheads Bintulu yang hadir ke studio sebenarnya menjangkakan acara ini adalah secara fizikal seperti Jammed Of The Beast suatu ketika dahulu. Ada juga yang datang untuk belajar cara live broadcasting/streaming daripada REG Studio.


Terima kasih kepada tuan rumah REG Studio kerana memberi MUP peluang untuk bereksperimentasi dengan teknologi dan trend terkini. Ini merupakan milestone kami paling menarik era pasca-pandemik ini. Ada peluang boleh anjurkan lagi, yang penting ADA penganjur...

#heavymetalsakitperut

_____
AADI: Banyak gambar menarik, tapi SOP ada sikit ke laut.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger