_____
AADI: Rancak menguaci semenjak PKP.
Throwback Thursday: Rindu Berkonsol
oleh Ijau D. Koceng 04 August 2022 pada 6:00 AM 0 commentsKebelakangan ini terasa rindu nak main game PlayStation 4 terutama game Days Gone dan *The Last Of Us Remastered. Kerana kedua-duanya bertemakan post-pandemic pasti ia akan mengingatkan aku pada musim pandemik/PKP dua tahun lepas ketika ia dimainkan.
Sayangnya konsol PS4 aku sudahpun dilepaskan, ditukar (trade) dengan bass Francesco ketika peralihan fasa PKP kepada PKPB sekitar Jun 2020. Faktor utamanya adalah gaming fatigue, faktor sekunder kerana bakal menyambut baby baru yang dijangka lahir bulan September/Oktober tahun tersebut. Ikut pengalaman, bila dilanda baby blues memang tiada masa untuk berhobi apatah lagi berkonsul. Tapi aku hanya merancang, tuhan lebih menyayanginya.
Tergerak hati juga untuk mendapatkan semula seunit konsol PS4 baharu tak kisahlah versi Fat, Slim atau Pro (GAS tahun lepas). Sepatutnya harga PS4 turun kerana faktor PS5, tapi yang menghairankan sekarang harganya lebih mahal berbanding ketika aku memperolehi penghujung 2016 dulu. Opsyen kedua cuba untuk mendapatkan unit terpakai.
PC gaming? Kos seunit konsul PS4 lebih "murah" berbanding menaiktaraf PC aku sekarang. Dilema yang sama seperti tahun 2015. Nampaknya kenalah lepaskan 1-2 gitar atau gajetnya untuk menampung kos perhobian ini.
_____
AADI: *Aku kurang setuju dengan The Last Of Us Part 1 (aka Remake).
Moody Monday: 2021 Dan PKP
oleh Ijau D. Koceng 18 January 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Musim PKP(x) datang lagi tahun ini... Kononnya nak merapu memori ketika musim PKP 2020, tapi ia sudahpun dibuatkan entri FF bulan Disember lepas.
Sarawak pada mulanya hanya menjalani PKPP bersama-sama Perlis, tapi bila ada beberapa bahagian/daerah telah diisytihar menjalani PKP contohnya Sibu (Selangau dan Kanowit), maka mulai Ahad 17/01/2021, seluruh Sarawak diisytihar PKPB kecuali kawasan yang telahpun diisytihar PKP tadi.
Kerja? Masih bekerja seperti biasa, cuma masa bekerja dipendekkan dari 9.00 pagi sehingga 3.30 petang sahaja. Juga diberi opsyen untuk bekerja dari rumah, tapi kerja aku bukanlah jenis yang boleh dibawa balik ke rumah. Nasib baiklah jarak antara rumah dan tempat kerja hanya sekitar 4-5 km.
Tiada lagi peluang untuk berkonsol sebab PS4 sudahpun dijual, kah kah kah... Bila aku mula buka cerita nak beli PS4 lagi (PS5 masih panas, mahal) jika PKP(x) berlarutan, terus melirik mata Mrs. Ijau~
Mungkin kali ini boleh fokus kepada hobi kegitaran, siapkan lagu Hepi;) dan proses rakaman lagu di rumah.
Ditambah lagi dengan pengisytiharan darurat sehingga Ogos, belum tentu ada peluang lagi nak balik Sabah beraya tahun ini. Bersedialah untuk beraya PKP lagi macam tahun lepas.
Bersambung(?)...
_____
AADI: Backdated.
2020 Yang...
oleh Ijau D. Koceng 31 December 2020 pada 6:00 AM 3 komen:Hari terakhir 2020 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Seperti yang sedia maklum, 2020 tidaklah seperti yang kita semua jangkakan... Agak terkejut bila membaca kembali hype entri terakhir AADI tahun lepas:
"Untuk tahun 2020, azam dan hala tuju hobi kegitaran harapnya dapat diperlahankan (perlahan sahaja, bukan berhenti). Mungkin akan lebih lepak di rumah kembali aktif berkonsol PS4 yang sudah lama ditinggalkan. Tapi, kita hanya merancang..."
Disebabkan isu semasa, pandemik dan PKP, hampir semua hype di atas menjadi kenyataan - perlahankan hobi kegitaran, lepak di rumah, kembali aktif berkonsol, dan *paling sedih frasa "kita hanya merancang" tu. Untuk entri memori PKP, telahpun dibuatkan entri FF khas minggu lepas.
![]() |
| Erectus x Insulter. |
1) Jamming dan kugiran - Mulai 01/01/2020 atas sebab-sebab tertentu aku tidak lagi bersama dan mengetuai MUP. Namun, sebelum PKP sempat jugalah menyertai satu gig bersama Erectus sebagai bassist gantian semasa Metuk Ulau Fest 2020 pada 12/01/2020 yang menyaksikan Pisuljer Insulter sebagai main event.
Dan untuk penutup aktiviti muzika tahun 2020, menyertai Santai Muzikal anjuran Pemuzika Bintulu pada 26/12/2020. Walaupun pada mulanya menggunakan moniker Hepi;) tetapi penganjur tetap menggunakan nama MUP, katanya nama MUP lebih dikenali... *something has to be done*
2) PlayStation - Disebabkan PKP juga, aku kembali aktif berkonsol terutama pada sebelah malam (nocturnal gaming). Konsol PS4 yang sekian lama terperap sejak 2017 dikeluarkan semula, punya banyak masa untuk memainkan sehingga dua pusingan tajuk-tajuk seperti The Last Of Us Remastered, Doom 2016, Tomb Raider Definitive Edition dan Days Gone.
Dan selepas Hari Raya, aku mula mengalami sindrom gaming fatigue dan kemudiannya konsol PS4 tadi dilepaskan dan ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali Francesco. Entah selepas ini bila lagi akan ada peluang/masa untuk kembali aktif gaming, tak kisahlah konsol atau PC.
3) Kegitaran - Kononnya tahun ini ingin mengurangkan axology (aka 2020 purge), tapi TERtambah pula empat buah - Deluxe (Januari), Francesco (Julai), Tommy (Julai) dan Shiro (September). Tapi kedua-dua bass lama aku Francesco dan Tommy dimiliki semula melalui proses pertukaran (trade) dengan PS4 di atas dan gitar akustik di bawah.
Namun berjaya juga melepaskan tiga gitar - Sarge (Februari), Celeb (Julai) dan Nightfall (Oktober). Francesco di atas pun hampir-hampir berpindah milik beberapa minggu lepas, tapi pembeli yang tidak berpotensi tersebut mengayam-keluar (chickening out) atas alasan yang tidak munasabah.
Gajet keluar; Micro Terror, SC58 V-style, Spark Booster, MojoMojo dan LX65R. Gajet masuk; Pod HD Desktop dan DD-7. Projek 2020 purge yang tidak berapa berjaya tahun ini akan diteruskan tahun hadapan.
4) Guitar techie - Hanya gitar sendiri "dikerjakan" tahun ini; EMG 81/85 Deluxe, Entwistle Dark Star set Goldie dan Lace Alumitone HSS set Mr. Smith.
5) CD/DVD - Kembali memancing CD audio selepas bulan Oktober, itupun hanya beberapa tajuk. Antara yang diperolehi tahun ini album-album daripada Exists, Search/Awie dan Metalian daripada Radin Music Centre. Ada juga order CD daripada eBay, tapi setakat entri ini ditaip, ia belum diterima lagi.
*Ok, AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tiada berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi, terutamanya kenangan bulan Ogos dan September. Ya, di sinilah frasa "kita hanya merancang" perenggan atas tadi, namun tuhan yang menentukan dan lebih menyayangimu nak...
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2021 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian versi norma baharu kita semua. Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan.
Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: To face the fear I've once believed.
Flashback Friday: 2020 Dan PKP
oleh Ijau D. Koceng 25 December 2020 pada 6:00 AM 4 komen:Bila hampir keseluruhan negeri di Malaysia kembali menjalani PKPB beberapa bulan lepas, dan tak lama kemudian semua sekolah bawah KPM ditutup, terpiculah kembali beberapa memori ketika musim PKP (Mac-Julai 2020).
PlayStation 4 - Musim PKP akan sentiasa diingati sebagai musim berkonsul PS4, hobi bergitar tolak tepi dulu. Inilah aktiviti nocturnal aku ketika PKP. Serius, kalau bukan pasal PKP memang tak tersentuh pun PS4. Selain memainkan tajuk-tajuk yang tak sempat dimainkan sebelum ini iaitu Tomb Raider Definitife Edition dan The Last Of Us, Remastered, juga sempat memesan dua lagi tajuk iaitu Doom 2016 dan Days Gone sebelum kena sindrom gaming fatigue.
Roti dan mentega kacang - ini antara barang makanan yang agak sukar dicari ketika musim PKP. Kami sekeluarga sudah biasa dengan roti jenama Chef (Bintulu tiada Gardenia) kerana roti jenama ini merupakan makanan ruji anak autistik kami Ijau Jr. Siapa ada anak autistik pasti faham dilema dan pola pemakanan mereka.
Semasa PKP kena keluar awal kerana pukul 2.00 petang biasanya kedai roti Chef sudah tutup. Nasib baiklah ada roti JJ Bakery sebagai alternatif kedua.
| Imej Lam Soon. |
Begitu juga dengan mentega kacang, Ijau Jr. tak nak jenama lain selain Lady's Choice atau Daisy. Itupun mesti yang creamy bukan chunky/crunchy. Daripada bau pun dia dapat tahu kalau kita guna jenama lain. Jadi, jangan cuba-cuba nak buyuk tipu.
WFH - Masuk fasa ketiga, sudah diarahkan untuk hadir ke pejabat, tapi cuma 2-3 hari dalam seminggu selebihnya WFH. Itupun hanya 3-5 jam sehari untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tertunggak sebelum PKP. Masuk fasa kelima barulah bekerja lebih lama sedikit. Nasib baiklah rumah kami dekat dengan tempat kerja (~5 km), taklah tersangkut di mana-mana sekatan jalan raya.
Online shopping - Gawat Poslaju dan kurier lain bila rakyat Malaysia mula berbelanja atas talian terutamanya melalui platform Shopee dan Lazada. Pejabat aku berjiran dengan pejabat pos, dapatlah menyaksikan sendiri lambakan barangan yang tak mampu dihantar seperti biasa kerana melebihi kapasiti harian. Jadi, ada barang yang terkandas di pejabat pos sehingga 1-2 bulan.
Raya PKP - Mahu tak mahu PKP telahpun berlarutan sehingga raya. Terimalah hakikat yang raya tahun ini agak istimewa... Raya ala kadar walaupun langsung tidak terasa rayanya. Ceritanya di sini.
PKP merupakan jangka masa yang agak "menarik" yang kita tak pernah terfikirpun akan terjadi dalam hayat kita. Nasib baiklah Malaysia tak sampai tahap perintah berkurung (curfew), itu lagi dahsyat. Punca PKP tu rasanya tak perlulah diulas dalam AADI, cukuplah dengan harapan agar ia tidak akan berulang lagi selepas ini, amin...
Serius, selepas mengamalkan budaya kebersihan diri dan norma baharu, bilakah kali terakhir anda selsema, batuk atau demam?
Terima kasih frontliners, termasuk rider Foodpanda dan GrabFood.
_____
AADI: Selamat Hari Natal.
Ada Apa Dengan Carbon Masks? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 03 December 2020 pada 6:00 AM 1 commentSetelah berpuas hati dengan kecemerlangan set topeng pelitup muka jenama Carbon yang menjadi pelitup muka harianku, tertarik hati pula untuk mencuba versi terbaharu iaitu Carbon Air. Versi ini sedikit mahal berbanding versi klasik, jadi cuba beli seunit dulu.
![]() |
| Ash grey. |
Antara penambahbaikan versi Air ini ialah kualiti fabriknya yang lebih telus udara dan elastik berbanding versi klasik. Pada versi klasik, ketelusan dan elastik fabriknya berbeza mengikut warna - putih paling nipis, kelabu sederhana dan hitam agak tebal.
Kedua, label Carbon yang berjahit (knitted) dan bukannya bercetak (printed) seperti versi klasik yang mudah tanggal bila kerap dicuci.
Ketiga, tali earloop juga lebih panjang dan mudah dilaras, sesuai untuk mereka yang bertudung/hijab yang biasanya menggunakan earloop extender.
Selain berjimat dan mesra alam, pelitup muka Carbon ternyata lebih ranggi metropolis untuk musim-musim PKPx ini berbanding menggunakan pelitup muka pakai-buang.
_____
AADI: Carbon-fam.
Ada Apa Dengan Carbon Masks?
oleh Ijau D. Koceng 24 July 2020 pada 6:00 AM 0 commentsTapi sebelah malam pula TERbeli Carbon Masks yang agak premium selepas tertarik dengan iklannya di Instagram. Buatan Malaysia dengan pengeposan percuma dihantar menggunakan Ninja Van dan bukannya Poslaju (nasib baik).
Materialnya nampak seperti fabrik seluar dalam (kah kah kah), di dalamnya ada penapis yang katanya boleh bertahan 20 kali penggunaan sebelum ditukar, dan ia boleh dibeli berasingan (strategi pemasaran).
Topengnya pula boleh diguna berkali-kali dan disarankan untuk dicuci sehari sekali atau beberapa hari jika jarang digunakan. Pastikan penapis dikeluarkan dahulu sebelum topeng dicuci. Bagi aku, penapis ini hanya berkesan untuk musim-musim jerebu dan bukan musim-musim PKP ni (kalau faham konsep pemakaian topeng muka).
Dengan pengalaman bekerja aku berbelas tahun yang sentiasa memakai PPE (surgical, N95 & filtered respirator), ternyata topeng jenama Carbon ini agak selesa untuk kegunaan harian tatkala isu semasa masih belum selesai. Ia juga nampak ranggi metropolis.
_____
AADI: Persediaan 01/08/2020?
T-Shirt Virus
oleh Ijau D. Koceng 02 July 2020 pada 6:00 AM 2 komen:Selepas menerima emel ini penghujung Februari lepas, dengan pantas (taklah pantas mana, selepas dua hari) aku terus pesan...
"As you know, due to popular demand our Iron Maiden 25th anniversary shows have been expanded into 2020 with another exciting run of festival performances. To mark this we have a new T-shirt in the 'Virus' theme with Blaze's head centred in place of Eddie!
Our thanks once again to Iron Maiden, Rod Smallwood and his team for approving our design. Our thanks also to designer Akirant Illustration for his fantastic work.
The back of the shirt will be a list of all anniversary shows confirmed for 2020 so far.
The new shirt is available to pre-order with immediate effect and it's estimated that shipping will begin on 10th March."
Sebagai peminat kedua-dua Blaze Bayley dan Iron Maiden, aku mesti mendapatkan t-shirt ini yang katanya edisi terhad (cetakan tahun ini sahaja). Dipesan melalui website Blaze Bayley pada 24/02/2020, dipos pada 05/03/2020 dan hanya diterima beberapa hari lepas 30/06/2020 setelah hampir *empat bulan terkandas akibat isu semasa dan PKP.
| Imej Wiki. |
![]() |
| Depan. |
![]() |
| Belakang. |
There's an evil virus that's threatening mankind
Not state of the art, a serious state of the mind
The muggers, the backstabbers, the two faced elite
A menace to society, a social disease
Untuk lagu Virus itu sendiri, ia dilayan ketika kemaruk album kompilasi Best Of The Beast (aku tak ada versi single) penghujung 90an.
Up the Blaze! \m/
_____
AADI: Watching beginnings of social decay.
Wordless Wednesday: Back To Normal With New Normal
oleh Ijau D. Koceng 10 June 2020 pada 6:00 AM 1 commentActivated Deluxe (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 31 May 2020 pada 6:00 AM 2 komen:![]() |
| Seleaps - BRIDGE VOLUME/NECK VOLUME/NECK TONE. |
![]() |
| Sebelum - MASTER VOLUME/DUMMY/MASTER TONE |
Semasa keghairahan berkonsul PS4 sepanjang PKP dan Ramadhan lepas, memang agak jarang aku memegang gitar dan gajet-gajetnya, termasuklah Pod HD Desktop yang baru diperolehi. Sekarang selepas habis memainkan Days Gone dua pusingan, agak "gaming fatigue" dan mungkin boleh kembali santai bergitar-gitaran.
_____
AADI: Akan cuba aktifkan kembali Hepi;) Studio.
Raya PKP
oleh Ijau D. Koceng 24 May 2020 pada 6:00 AM 1 commentAku sejak fasa kedua lagi sudahpun membuat keputusan untuk beraya di Bintulu sahaja, faktor utama ialah kesihatan Mrs. Ijau yang dah masuk trimester kedua. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali ketiga aku beraya "di perantauan".
Tapi bagi aku beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan dapat bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...
Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1441H. Raya, raya juga, tapi tak payahlah beraya ke rumah orang, duduk di rumah sendiri sahaja.
_____
AADI: #shramzb
Throwback Thursday: Ramadhan Dan Gaming
oleh Ijau D. Koceng 21 May 2020 pada 6:00 AM 0 comments1990 - Super Contra (NES)
1991 - Batman (NES)
1992 - Gun-Dec (NES)
1993 - Ninja Ryukenden (NES)
![]() |
| Entri lama. |
1998 - Quake II, Hexen II
1999 - Tomb Raider III: The Adventures Of Lara Croft
2000 - Baldur's Gate
2001 - Fallout 2
2002 - Call Of Duty
2003 - Will Rock
2004 - Half-Life 2
2005 - The Chronicles Of Riddick: Escape From Butcher Bay
2006 - Tomb Raider Legend, Prey
2007 - ???
2008 - BioShock
2009 - Tomb Raider Anniversary
2010 - ???
2011 - Fallout New Vegas
Bermula 2012 rasanya sudah susah mencari masa untuk gaming kerana sudah ada tanggungjawab besar ketika itu dan sama untuk tahun-tahun seterusnya.
Tahun ini dek kerana PKP, aku kembali aktif gaming dengan konsol PS4 untuk "mengisi masa lapang" dan "duduk rumah". Dan tajuk yang akan terpahat dalam memori gaming Ramadhan tahun ini ialah Days Gone. Sudahpun habis dimainkan minggu lepas, kini dimainkan untuk pusingan kedua dengan tahap kesukaran yang lebih mencabar.
Tapi minggu ini aku perasan seperti mengalami gaming fatigue, selepas habis memainkan Days Gone (pusingan pertama) terasa tidak lagi berminat untuk memainkan Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey yang dimuat turun dua minggu lepas. Mungkin sudah tiba *masanya untuk aku kembali rehat daripada gaming kot?
Selamatlah dana-dana perhobian daripada terbeli Rise Of The Tomb Raider, Shadow Of The Tomb Raider, The Outer World dan DualShock 4 camo (DS4 asal dah mula drifting).
_____
AADI: *Dan kembali menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab, hehehe...
Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 14 May 2020 pada 6:00 AM 1 comment![]() |
| Insya-Allah tahun depan dapat enam kupon :) |
Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?
_____
AADI: Tahun lepas katanya tutup kilang, hehehe...
Uncharted: The Nathan Drake Collection (PS4)
oleh Ijau D. Koceng 08 May 2020 pada 6:00 AM 0 comments"As people around the world do the right thing by staying at home to keep each other safe, we’re offering two PS4 games on us to help players carry on having adventures while physical distancing remains in place."
Jika diintai di Shopee/Lazada, paling murah CDnya sekitar RM50+ (game yang agak basi). Adalah juga game tambahan untuk dimainkan selepas habis main Days Gone kelak.
Serius, memang puas hati dengan Days Gone, dimainkan hampir dua minggu dengan purata lima jam sehari. Setakat ini sudahpun habis main kempen utama.
Stay safe, stay at home and PlayStation.
_____
AADI: Journey juga dimuat turun sementara ia masih percuma, akan dimainkan "bila ada masa".
Days Gone (PS4)
oleh Ijau D. Koceng 25 April 2020 pada 6:00 AM 0 commentsDays Gone dipilih kerana ia eksklusif untuk PS4 sahaja berbanding dua tajuk tadi yang juga ada pada platform lain seperti Xbox dan PC. Diperolehi menerusi Shopee daripada seller yang sama untuk Doom 2016. Ini merupakan game rilisan tahun lepas (26/04/2019) boleh dikira setahun basi dan harga pasarannya juga turun sedikit tapi tidaklah semurah Doom 2016 tadi.
Berlabel kuning "not to be sold separately" yang bermaksud game ini sepatutnya bundle sekali dengan pembelian sistem PS4 baharu. Tapi tak mengapa, yang penting ia original dan diterima dalam keadaan baru dan berbungkus (sealed).
Ketika entri ini ditulis, aku sedang dalam fasa menghabiskan game Tomb Raider: Definitive Edition yang tidak berkesempatan dimainkan ketika ia diperolehi tiga tahun lepas. Game ini pula akan mula dimainkan sejurus TRDE tadi habis dimainkan, bekalan untuk PKP fasa keempat.
Mengambil peluang sepanjang tempoh PKP ini untuk berkonsol "nocturnal gaming" sepuas mungkin. Nanti dah habis PKP pastinya tiada peluang lagi untuk berkonsol, pola tidur kena kembali normal. Lebih-lebih lagi hujung tahun nanti bakal ada ahli keluarga baharu, insya-Allah.
Stay safe, stay at home, the world comes for you...
_____
AADI: Tak tersentuhlah gitar dan Pod HD.
Ramadhan PKP
oleh Ijau D. Koceng 24 April 2020 pada 6:00 AM 3 komen:Tetapi Ramadhan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana masih dalam tempoh PKP. Paling ketara tiada bazaar Ramadhan dan tiada solat tarawih di masjid.
![]() |
| Gambar hiasan entri tahun lepas. |
Stay safe, stay at home, ahlan wasahlan ya Ramadhan.
_____
AADI: Berkebarangkalian besar tiada sambutan Hari Raya.
Pod HD, Si Kacang Hitam
oleh Ijau D. Koceng 18 April 2020 pada 6:00 AM 0 commentsPembelian sampingan ialah dua unit tali gitar jenama GHS, Boomers GB9 1/2 (9.5-44) dan Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46). Kebetulan juga ketika itu CK Music ada promosi GHS 20%.
Diterima dalam keadaan yang memuaskan, cuma kotak asal sahaja agak kemek akibat transit. Kandungan di dalam lebih ringkas berbanding Pod X3, cuma ada manual ringkas dan adapter. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6, juga tidak disertakan dengan kabel USB (duh~).
Unit ini berstatus new old stock dan bukannya display unit, katanya masih ada 1-2 unit lagi dalam stok mereka. Cuma, tiada lagi waranti kerana perenggan pertama di atas. Diperolehi berbekalkan dana-dana hasil jualan Micro Terror dan SC58, aku cuba mendapatkannya awal bulan Mac tetapi tertangguh kerana PKP.
![]() |
| Second input, XLR version. |
Fungsi-fungsi utamanya iaitu amp modeling lebih kurang sama seperti yang ada pada Pod HD300, tetapi lebih banyak opsyen contohnya dual-tone dan dual-rig sama seperti Pod X3. Setelah dicuba secara spontan, ia terus dikemaskini dengan flash memory terkini v2.62 untuk mendapatkan tujuh lagi model amp tambahan.
Seperti Pod X3, ia lebih digunakan sebagai mainan di rumah (*lebih-lebih lagi musim PKP ini) berbanding dibawa jamming, gig atau persembahan pentas. Akan dipadankan dengan Laney IRT-X atau menggunakan headphone HD-330 untuk mod senyap. Selain hanya memainkan patches yang tersedia ada (kes malas buat patch sendiri), juga akan cuba download patches yang ada pada website custom tone Line 6.
*Tapi serius ketika musim PKP ini serius kehangatannya telah dipotong oleh PS4...
_____
AADI: Beg Line 6 FG5 sudah boleh digunakan semula :)
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-














































