Showing posts with label dream theater. Show all posts
Showing posts with label dream theater. Show all posts

Harmony Strings


Dengan kenaikan harga tali gitar jenama D'Addario, mula mencari jenama alternatif lain yang masih dalam lingkungan harga mampu milik. Rotosound, GHS dan Darco biasanya menjadi pilihan pada julat harga begini, tapi kali ini ada sedikit kelainan.

Sudah lama ingin mencuba tali gitar jenama Harmony ini, tiga saiz dipesan daripada Swee Lee untuk percubaan iaitu Light HE01 (9-42), Regular HE02 (10-46) dan Custom Regular HE04 (10-52). Harmony ini pun sebenarnya bukanlah jenama calang-calang, jadi harapnya tali gitar mereka juga tidaklah mengecewakan.

Menggunakan bungkusan sampul kertas dan plastik lutsinar seperti tali jenama PRS, jadi fizikal talinya dapat dipantau dari masa ke semasa. Adakah ia dibuat di kilang yang sama?

Selain untuk kegunaan sendiri, stok tali gitar aku juga kadang-kadang dibeli oleh rakan sepergitaran Bintulu yang inginkan saiz pelik-pelik atau untuk tatkala kedai alatan muzik sudah tutup tapi perlukan tali gitar untuk kegunaan hari berikutnya.

Pembelian sampingan ialah *Ernie Ball Skinny Top Beefy Bottom 2216 (10-54) dan set pick John Petrucci PVP119 daripada Dunlop.

Pick Petrucci ini lebih kepada koleksi berbanding untuk kegunaan. Tapi jika darurat, Petrucci saiz Jazz III akan digunakan dahulu kerana feel tak jauh beza dengan Jazz III Max Grip, Jazz III Hammett dan Jazz III MKH yang selalu digunakan.

_____
AADI: *EB lagi? Tak serik ke?

Petruccised Goldie


Ini projek pasca sahur Ahad lepas, memasang pikap DiMarzio Petrucci set (LiquiFire + Crunch Lab) pada Goldie. Petrucci set ni diperolehi pada harga tersenyum Pawn Star (serendah mungkin) setelah dilelong oleh penggunanya sebelum ini.


Ini merupakan kali ketiga Goldie mengalami modifikasi pikap selepas Tesla Plasma-2 gold set dan DiMarzio Classic Rock set (PAF 36th Anniversary + Super Distortion).

Classic Rock set sebelum ini memang serasi dengan Les Paul, lebih-lebih lagi jika dimainkan terus kepada amp tanpa sebarang efek pedal (contohnya Marshall MG102DFX). Jadi, kenapa tukar? Because I can...


Masih mengekalkan pendawaian asal Epiphone dengan push/pull pots untuk dual sound (series-parallel) dan Mallory caps walaupun aku ada beberapa biji Sprague Orange Drop caps dalam stok.

Yang pasti, walaupun dipasang dengan Petrucci set, ia tidak akan membuatkan anda otomatik menjadi hebat seperti John Petrucci, percayalah! Lebih-lebih lagi macam aku ni yang masih lagi main "patuk ayam" hahahaha...

Kalau tak serasi pun apa susah, pasang balik Classic Rock set, because I can too...

_____
Ada apa: Masih ada Air Norton dan Super 3 dalam stok.

De-Petruccised Korawk's GRG270


Sabtu lepas Korawk menghantar gitar "1Malaysia"nya (Ibanez GRG270) untuk diservis, dibaikpulih dan dipasang dengan tali baru GHS Boomers (GBCL 9-46). Ketika dihantar, gitar ini penuh dengan debu dan sticker merata (lupa nak ambil gambar sebelum diservis).


Selain dibuang segala kotoran, debu-debu liar, karat dan sticker yang menjengkelkan, Korawk juga meminta supaya pikap DiMarzio Petrucci Set (Liquifire/Crunch Lab) yang dipasang dua tahun lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal Ibanez Powersound. Dengan kata lain, ia menjalani proses baikpulih (restoration) kepada konfigurasi asal.


Dengar-dengar Korawk ingin menjual gitar ni kerana dah bosan dengan karenah floating bridge, selain alasan mencari dana-dana tambahan "gali lobang tutup lobang" untuk GAS gitar raya baru.

_____
Ada apa: Petrucci set juga ingin dijual secara berasingan, hmmm...

Dream Theater - Systematic Chaos (Special Edition)


Satu lagi album Dream Theater yang diperolehi secara impromptu setelah terjumpa disenaraikan dengan harga tersenyum €4.18 (RM18.45) dalam katalog estock_deutschland. Diterima serentak dengan Cryptic Writings minggu lepas.


Selain harga tersenyum seperti kompilasi Greatest Hit, album Systematic Chaos (album semut) yang diperolehi kali ni juga merupakan versi "special edition" dengan tambahan DVD bonus dan imej slipcase yang berbeza sedikit (sekurang-kurangnya bukan digipak).


(P) & (C) 2007 The All Blacks B. V. issued to Road Runner Records. Meskipun slipcase yang koyak dan jewel case yang patah/retak, namun inlay, CD/DVD dan selebihnya masih nampak baru.


DVD bonus pula memiliki keseluruhan album dengan kualiti bunyi 5.1 surround dan sebuah dokumentari 90 minit bertajuk Chaos In Progress: The Making Of Systematic Chaos - diarahkan oleh MP. Memang best kalau ada (atau bekerja dalam suasana) studio seperti dalam dokumentari ni.


Ada beberapa perkara aku perasan dalam dokumentari ni - (1) MP memang bossy, hahaha!~ (2) JR jarang ditemuramah (3) lagi teruk, tiada langsung JM ditemuramah, mungkin aku terlepas pandang kot? (4) perkataan yang paling banyak disebut semasa temuramah MP/JP/JLB ialah "you know~".

Sebelum memiliki album ni, aku cuma pernah dengar tiga buah lagu sahaja iaitu In the Presence of Enemies, Forsaken dan The Dark Eternal Night. Tetapi secara peribadi, album ni lebih mudah dihadam berbanding Train Of Thought. Mungkin disebabkan lagu-lagu dan beberapa solo JP dalam album ni ada iras-iras lagu yang pernah aku dengar (Metallica, Anthrax, Iron Maiden, King Diamond, Opeth, Masterplan, dll).

Aku tercari-cari ulasan pakar (Krenmaut) untuk album ni, tapi tak jumpa.

_____
Ada apa: Akan rembat lagi album Dream Theater lain sekiranya disenaraikan dengan harga tersenyum.

Dream Theater - Greatest Hit (...And 21 Other Pretty Cool Songs)


Jika terjumpa album atau kompilasi menarik (terutamanya CD berkembar) diiklankan dalam katalog estock_deutschland harga bawah RM20, biasanya aku akan rembat terus. Album kompilasi Dream Theater ni diperolehi dengan harga tersenyum €4.18 (RM18.60).


(P) & (C) 2008 Rhino Entertainment Company, a Warner Music Group Company, made in EU. Seperti yang selalu aku keluhkan, aku tak suka album dalam bentuk digipak, lebih-lebih lagi jenis CD masuk poket (slip in, macam Iron Man 2 dan Black Ice), susah nak akses CD.

Tahun lepas aku hampir-hampir terbeli album ni di premis Speedy Video Wawasan Plaza (KK), tapi dibelot oleh Opera Dalam Kenangan (I & II) yang lebih rare.


Kedua-dua CD dan inlay masih dalam keadaan baru, tapi digipak ada sedikit kerosakan (koyak), mesti kes susah nak keluar/masuk CD daripada poket - sebab utama aku tak suka digipak. Kompilasi sebegini lebih sesuai untuk peminat kasual Dream Theater seperti aku (tracklist) dan lebih mudah dihadam berbanding cuba untuk merentasi album-album mereka satu persatu.

Untuk ulasan pakar, boleh rujuk entri Krenmaut ni.

_____
Ada apa: Nak cover Dream Theater konon, tapi bila jamming/gig semua nak playsafe...

Dream Theater - Train Of Thought


Aku hanyalah peminat kasual Dream Theater, diskografi (fizikal) mereka yang aku ada hanyalah album Images And Words (nostalgic value).

Tapi ketika pembelian semula album Image And Words, Dr. Ben (peminat tegar) menyarankan agar aku mendapatkan sekurang-kurangnya satu lagi album mereka iaitu Train Of Thought. Maka terbelilah album ni sebagai pembelian sampingan Eternity bersama kompilasi Back To The Start seperti dalam entri minggu lepas,


Lagu-lagu dalam album ni agak "berat" muziknya berbanding lagu-lagu mereka yang pernah aku dengar sebelum ini. Mungkinkah ketika ini Petrucci dah mula menggunakan JP7? Rapping LaBrie dalam lagu Honor Thy Father juga sesuatu yang agak mengejutkan.

Low tuning, heavy riffs, pinch harmonics, rapping - mungkinkah mereka ingin mencuba resepi nu-metal yang menjadi trend semasa ketika itu (awal 2000an)?

Aku sebenarnya agak susah mengikuti lagu-lagu progresif yang melebihi julat 10 minit, tapi sekurang-kurangnya album ni masih boleh dihadam berbanding Awake yang pernah aku miliki suatu ketika dahulu (telah dilelong). Tapi secara seriusnya, solo-solo Petrucci dan Rudess dalam album ni memang gulung habis seperti tiada esok lagi (like there's no tomorrow?).

_____
Ada apa: Untuk ulasan pakar yang ringkas dan padat, bolehlah rujuk entri ni.

Aku, CD Dan eBay... (Part 8)


Bungkusan eBay kali ni datangnya dari Australia, merupakan pembelian pukal (setelah menang beberapa bidaan) daripada seller underblueskies35. Lari sekejap daripada dominasi estock_deutschland.


Pada mulanya aku hanya membida album live Kamelot The Expedition, sampai satu tahap aku terpaksa mengalah kerana dah tak mampu untuk menandingi harga pembida lain yang hampir mencecah tiga digit (dalam RM). Jadi fokus bidaan beralih kepada album Eternity yang juga ada dalam senarai dan dimenangi pada harga AU$6.75 (RM21.34).

Train Of Thought dan kompilasi Greatest Hits: Back To The Start pula merupakan bidaan sampingan supaya kos pengeposan AU$14.00 (RM44.25) dapat dioptimumkan. Kedua-duanya dimenangi dengan harga yang agak tersenyum AU$3.99 (RM12.61) dan AU$1.29 (RM4.08). Fizikal ketiga-tiga CD nampak seperti baru dibeli walauupn berstatus terpakai (used), cuma jewel case ada sedikit retak kesan pengeposan yang boleh dimaafkan.

Ada masa nanti aku cuba buat entri yang berasingan untuk setiap CD.

_____
Ada apa: Nak lengkapkan diskografi Kamelot.

Dream Theater - Images And Words (Part 2)


Images And Words, satu lagi album yang menerima nasib yang sama seperti diskografi Metallica, Children Of Bodom, Nirvana, Motorhead dan beberapa album lain dalam koleksi aku yang dilelong untuk mendapatkan dana-dana segera pasca Projek Mega 2011 dulu.

Dengan adanya eBay seller seperti estock_deutschland, memperolehi semula album-album tersebut tidak lagi menjadi bebanan disebabkan harga dan pengeposan percuma. Dan bungkusan ni baru sahaja diterima pagi tadi...


Diperolehi dengan harga tersenyum €3.16 (RM14.32), fizikal CD yang agak bermusim (seasoned) mungkin disebabkan ia cetakan pertama 1992 (German pressing) lebih kurang macam CD yang pernah aku miliki beberapa tahun lepas.

Aku bukanlah peminat tegar mahupun pengumpul diskografi Dream Theater, tetapi Images And Words merupakan album Dream Theater kegemaranku (all time favourite) dan wajib ada dalam koleksi.

Album ni boleh dikategorikan sebagai super album kerana hampir semua lagu-lagu di dalamnya memang layan terutamanya Pull Me Under, Another Day (kegemaran Portdy ni), Metropolis - Part I dan Under A Glass Moon.

_____
Ada apa: Ada masa dan kudrat, mungkin nak cover lagu-lagu Dream Theater pula.

Petruccised Korawk's GRG270


Atas sebab-sebab tertentu, Korawk yang pada mulanya ingin memesan Jackson SDX (sebagai pembelian gila-gila sebelum mengakhiri zaman bujang) akhirnya bertukar fikiran untuk menyalurkan dana-dana yang ada untuk projek modifikasi gitar "1Malaysia"nya iaitu Ibanez GRG270.


Projek yang bakal dilaksanakan - pasang pikap baru, servis masalah Edge-III bridge, bersihkan fretboard, pasang tali baru (Ernie Ball Super Slinky) dan polish badan sampai berkilat. Gitar ni baru berusia sekitar 6-7 bulan, tapi dah berkarat pada beberapa tempat, macam mana kau jaga gitar ni Korawk?


Korawk merupakan seorang peminat tegar Dream Theater, sudah pasti John Petrucci menjadi gitaris idolanya. Antara sebab dia memilih DiMarzio Petrucci Set - Liquifire (DP227) dan Crunch Lab (DP228) untuk dipasang pada gitar ni.

Ironinya, Korawklah yang pada mulanya memesan DiMarzio Petrucci set ni dulu (dalam entri ni) tapi tak jadi beli pada saat-saat akhir menyebabkannya berada beberapa bulan dalam entri GKC ni.


Kaviti pikap (routing) yang bersih dan kemas, walaupun ia versi Gio dan buatan China, tapi seni pertukangan (craftsmanship) Ibanez pasti tidak mengecewakan.


Kaviti "isi perut" pun agak kemas, aku tidak menggunakan pendawaian litar asal untuk pikap baru, tapi menggunakan pendawaian mengikut skematik pada fail PDF ni, yang agak sedikit berbeza.


Bahagian belakang Liquifire dan Crunch Lab berwarna hitam, berbeza dengan PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) berwarna kuning tembaga seperti dalam entri ni. Ia juga kurang berbau jeruk masam.


Antara teknik memasang tali pada gitar jenis floating bridge yang aku pelajari dari blog Bro Sub. Letak sekeping logam di bawah bridge, supaya ia berada dalam kedudukan "seimbang". Lapik dengan kain supaya  logam tadi tidak meninggalkan kesan tekanan pada badan gitar.

Keseluruhan proses mengambil masa sekitar tiga jam (tanpa sebarang kesilapan/pengulangan pematerian), ini termasuk proses servis/pelarasan Edge-III bridge, pembersihan fretboard dan pemasangan tali baru.


Cuma aku agak kecewa dengan kualiti tali Ernie Ball ni, terdapat beberapa tompok karat pada tali GBE padahal ia dibungkus dalam bungkusan yang kedap udara (tali Gibson dalam entri ni lagi teruk). Ini merupakan kali ketiga aku mengalami masalah yang sama dengan tali Ernie Ball, secara automatik Ernie Ball tidak akan menjadi jenama tali gitar kegemaranku.

Bunyi? Entah... Ia masih lagi berbunyi seperti gitar elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi trompet mahupun tamborin. Ikut pengalaman aku (yang amatur ni), sukar untuk membezakan bunyi dengan hanya menggunakan amp kecil 10 watt ataupun menggunakan headphone disambung pada multi-effects. Karekter sebenar pikap-pikap sebegini hanya akan dapat diketahui jika menggunakan amp besar pada volume yang tinggi (alasan untuk dibawa jamming).

Dan supaya tidak berasa cemburu, aku dah reset minda yang aku lebih suka kombo DiMarzio DP103/DP100 seperti yang ada pada Goldie aku.

_____
Ada apa: Korawk, are you ready?

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 7)


Bungkusan poslaju yang sepatutnya sampai petang semalam (Rabu 5/12/2012) tetapi hanya diterima pagi tadi, dengan alasan "unable to deliver the item due to missed delivery". Tapi tak mengapalah, bukannya nak guna segera pun benda di dalamnya.

Bungkusan yang terima dari Music Master Studio (MMS) ni berisi dua buah pikap (kombo) gitar jenama DiMarzio. Kebetulan MMS pun ada buat promosi pikap DiMarzio untuk Year End Sale (YES) mereka. Hampir kesemua model pikap humbucker DiMarzio dijual pada harga rata RM299, manakala RM199 untuk singlecoil (check-out prices here).

Liquifire DP227, Crunch Lab DP228.
Kombo yang aku maksudkan ialah Liquifire dan Crunch Lab (aka John Petrucci set). Sebenarnya kombo ni dipesan oleh seorang rakan gitaris Bintulu yang meminati Petrucci dan Dream Theater. Aku? Aku juga ada memasan kombo lain (personal) yang akan menyusul kemudian - Air Norton DP193 dan D-Activator DP220.

Still sealed, of course distributed in Malaysia by JS Music.
Kebelakangan ni aku dah agak melencong ke arah kem DiMarzio berbanding kem lain (terutamanya Tesla). Dua buah gitar utama aku juga masing-masing menggunakan DiMarzio dengan kombo yang menarik:
Hanya Mirage sahaja yang masih setia dalam kem Tesla. Itupun kalau dapat tahan godaan racun DiMarzio YES MMS ni... Silap-silap ada juga TERpesan DiMarzio Velvet/Area/HS series ni nanti.

_____
Ada apa: Credits to Gapster for another smooth transaction.

Tahun-Tahun Berongga?


Ini idea madness gila-gila dari si Korawk dan Rashid Malim...

Selepas sambutan yang memberangsangkan semasa Oktoberfest minggu lepas, kedua-dua mamat ni mencadangkan agar Metuk Ulau Project (MUP) cuba cover lagu-lagu Dream Theater pula (mostly the ballads).


Dan lagu projek yang dicadangkan untuk sessi jamming akan datang ialah lagu Hollow Years (versi studio, bukan versi live Bodukan seperti video di atas). Diberi masa satu minggu untuk berlatih...

Korawk, this is madness!

_____
Ada apa: Juga dicadangkan cover lagu Slayer?

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 4)


Balik dari Suria KLCC aku singgah sekejap di Amcorp Mall sebelum balik ke hotel. Tak lengkap kalau aku tak singgah Amcorp Mall setiap kali berada di PJ.

Antara tujuan utama aku ke Amcorp Mall ni ialah untuk singgah ke premis Reissue Magazine di tingkat bawah tanah (basement) tapi sayangnya premis tu dah tutup awal.

Kemudian singgah ke premis Victoria Music Centre (seperti biasa). Victoria Music ni lah tempat aku selalu mencari CD/DVD yang memang susah nak dapat di premis-premis menjual CD/DVD yang lain.

Target aku kali ni nak mencari audio CD Nightwish album terbaru Imaginaerum, tapi malangnya ia dah sold-out menurut kata patron yang bertugas (sold-out ke atau tak ada?).

Look what I've found? Iron Maiden En Vivo! imported 2-disc DVD. Versi biasa (kiri) berharga RM51.90 manakala versi limited edition tin box berharga RM100.90! Aku tak beli pun, sebab aku baru saja menang bid DVD ni versi biasa di eBay minggu lepas dengan harga RM40+ (new & sealed).

Juga terjumpa En Vivo! versi audio CD dengan harga RM52.90 dan Wings Biru Mata Hitamku berharga RM19.90 (mahal ke Portdy?).

Belek punya belek, tak beli pun apa-apa CD atau DVD... Tapi terbeli pula dua helai t-shirt (bootleg) ni di premis yang sama - Dream Theater 20th Anniversary (XL) dan Iron Maiden Paschendale (M-size, untuk si Korawk yang manjang suruh aku carikan t-shirt Iron Maiden murah) dengan harga RM50 untuk kedua-duanya. Banyak juga t-shirt yang best-best, tapi faktor diskriminasi saiz membantutkan pembelian.

_____
Ada apa: Tengoklah nanti lepas balik dari Melaka singgah lagi...

Dream Theater - Awake & Joe Satriani - Surfing With The Alien


Kalau aku tak silap, bungkusan ni merupakan bungkusan eBay yang pertama untuk tahun 2010 ni. Bungkusan dari UK berisi dua used CD iaitu Dream Theater - Awake dan Joe Satriani - Surfing With The Alien yang aku terima 8/2/2010 yang lepas. Ni pun kira aku menang joybid daripada eBay seller r4rock dengan harga £5.13 (RM28.58) untuk kedua-duanya termasuk kos penghantaran, seller yang sama untuk CD Dead Again.

Dream Theater - Awake

(P)(C) 1994 Atlantic Recording Corporation. German press. Bla bla bla... Jewel case dah retak sikit, tapi inlay dan CD dalam keadaan memuaskan.

Tracklist

  1. 6.00
  2. Caught In A Web
  3. Innocence Faded
  4. Erotomania (instrumental)
  5. Voices
  6. The Silent Man
  7. The Mirror
  8. Lie
  9. Lifting Shadows Off A Dream
  10. Scarred
  11. Space-Dye Vest

Aku tak reti nak review album Dream Theater ni, aku rasa sama je macam album-album Dream Theater yang lain. Lagipun aku menang joybid CD ni dengan harga yang murah. Bagi aku album Images And Words tetap menjadi poojaan hatiku... Jadi aku serahkan kepada peminat tegar Dream Theater untuk memberikan komen tentang album ni.

Tapi aku terus terang, vocal James Labrie ni sedikit sebanyak banyak mempengaruhi vocal style aku hehehe...

Joe Satriani - Surfing With The Alien

Slightly worn out inlay, cracked jewel case, tapi CD masih dalam keadaan memuaskan. Seller did mentioned about worn-out inlay sebab kena air, ntah air apa aku tak tau... (C) 1987 Strange Beautiful Music/ASCAP (C) 1987 Relativity Records, Inc.

Btw, watak Silver Surfer kat cover-art album ni ada copyrights TM & (C) 1987 Marvel Entertainment Group.

Tracklist

  1. Surfing With The Alien
  2. Ice 9
  3. Crushing Day
  4. Always With Me, Always With You
  5. Satch Boogie
  6. Hill Of The Skull
  7. Circles
  8. Lords Of Karma
  9. Midnight
  10. Echo

Aku sebenarnya bukanlah peminat Satch, aku joybid CD ni pun pasal nak tau macam mana muzik Joe Satriani ni, selepas aku membeli Satchurator hujung tahun lepas. Dan aku memilih album ni disebabkan hype album ni yang berjaya mengangkat nama Satch. Dan yang pastinya disebabkan ada sedikit Rock & Roll vibe, album ni sesuai didengar waktu tengah drive long distant.

Speaking of Ice 9, aku dapat info dari blog tHE gUITAR aDDICT! yang Vox akan keluarkan Joe Satriani signature Ice 9 Overdrive Pedal pertengahan tahun ni. Harap-harap harganya tak jauh beza daripada Satchurator yang aku ada. Ni kena tunggu CK Music Year End Sale hujung tahun ni kalau nak dapat harga yang berbaloi...

Ni ada sedikit video YouTube pasal Ice 9 Overdrive ni.

Aku tak tau nak review panjang-panjang... Tapi kalau korang meminati cool guitar works album, pastinya akan teruja mendengar alunan gitar Satch dalam album ni especially Always With Me, Always With You. Senang cerita semua lagu best!

_____
Ada apa: Ada Apa Dengan Joe Satriani?

Dream Theater - Images And Words


Kalau diikutkan dah lama aku terima CD ni sejak 26/10/2009 yang lepas lagi (ada beberapa lagi CD eBay yang masih belum aku buat entri). Tapi CD ni memang samtingrong ada sesuatu yang tak kena, ni dah masuk kali ketiga atau keempat aku cuba buat entri untuk album Images And Words Dream Theater ni, setiap kali nak buat entri selalu saja ada masalah, gambar tak dapat upload lah, sangkut waktu post entri lah, tiba-tiba Celcom Broadband offline lah, tensi tensi... Menyampah rasanya (mesti feng shui CD ni tak berapa bagus).

Baru sekarang ni dapat post entri, sampai aku dah naik muak dah nak taip balik ayat-ayat entri standard CD eBay aku. Kali ni aku letak gambar jelah, yang lain-lain korang komenlah pengalaman sendiri pasal album ni. Used CD and first Germany pressing, period!

Yang pastinya album ni merupakan album yang memperkenalkan aku kepada muzik Dream Theater somewhere in 1997 (versi MP3) dan merupakan album Dream Theater yang paling aku suka, so far aku cuma ada dua CD Dream Theater. Oh btw, Myung rocks!

_____
Ada apa: Minggu lepas aku baru terima lagi satu CD eBay Dream Theater - Awake

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger