Showing posts with label yogurt. Show all posts
Showing posts with label yogurt. Show all posts

Ramadhan Pertama... (Part 3)


Ramadhan tiba lagi, ahlan wasahlan...

Tahun ini terasa sedikit kelainan. Pertama, disambut di kediaman baharu dengan suasana kejiranan perkampungan moden, nampak meriah. Anak autis aku si Ijau Jr. pun bersemangat tahun ini belajar puasa.

*Design macam tahun lepas.

Kedua, disambut dengan status anak yatim. Ayah dah pergi tahun lepas, ibu pula baru pergi bulan Februari lepas. Terasa sedikit sebak bila tiada orang tua untuk dihubungi menjelang Ramadhan.

Apa-apapun AADI mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan 1445H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam.

_____
AADI: *Design 2022 cantik.

Wordless Wednesday: Lactel Bliss Kurma Gula Melaka 2023



_____
AADI: Bandingkan versi 2022, 2021 dan 2017.

Ada Apa Dengan Lactel Bliss? (Part 2)


Lactel Bliss meneruskan tradisi edisi terhad minuman yogurt pada musim perayaan seperti era Nestle. Dengan perisa kegemaranku kurma gula melaka.

Mungkin ini merupakan edisi terhad untuk Ramadhan 2022, dengan grafik yang lebih ceria dan moden berbanding grafik versi tahun lepas yang agak retro 80-an.

_____
AADI: Bila nak buat perisa cendol?

Ada Apa Dengan Lactel Bliss?


Baru perasan yang jenama minuman yogurt Bliss bukan lagi di bawah Nestle, tapi kini dimiliki oleh Lactel.

"From October 2019, all Nestle chilled dairy products is sold under a new brand, Lactel."

- website Lactel Malaysia.

Tapi mungkin untuk meneruskan tradisi edisi terhad minuman yogurt pada musim perayaan, Bliss kali ini kembali dengan perisa kegemaranku iaitu kurma gula melaka. Adakah ia edisi terhad untuk Ramadhan 2021?

Walaupun perisa terhad ini pernah keluar ketika tahun 2017, tetapi rekabentuk grafik botolnya tidak sama. Serius, rasanya pun (pendapat aku) tidak sama seperti empat tahun lepas, lebih ke arah tangy macam oren.

_____
AADI: Tak kimochi~

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 6)


Nestle Bliss, edisi terhad bersempena CNY. Sebenarnya perisa ini sudahpun ada dalam pasaran sejak awal Januari. Berperisa epal, laici dan tembikai, berlabel warna merah sinonim dengan tema CNY.


Rasa? Ternyata rasa (dan bau) laici lebih aromatik dan menyerlah, menenggelamkan rasa tembikai dan epal. Kenapa tiga-tiga buah ini digabungkan? Mungkin sebab ketiga-tiganya berwarna merah. Tapi kalau ikutkan, perisa kurma gula Melaka masih perisa kegemaran.

_____
AADI: Kononnya stok untuk entri CNY, tapi lambat lagi.

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 5)


Seperti sudah menjadi kebiasaan minuman yogurt Nestle Bliss untuk mengeluarkan perisa edisi terhad setiap kali musim perayaan. Untuk Krismas tahun ini aku terjumpa perisa gingerbread (roti halia).


Imej dan latar belakang label kalau budak-budak tengok pun dah tahu ia bertemakan Krismas, ditambah pula tag di leher botol seperti kad ucapan. Aku tak tahu macam mana nak cerita perisa gingerbread ni, sebab akupun tak pernah makan gingerbread. Mungkin seperti perisa original ditambah dengan sedikit rasa seperti biskut (cookies).

Oh ya, selamat Hari Krismas kepada pembaca dan pengunjung AADI.

_____
AADI: Krismas 2016 perisa epal, markisa dan lemon. Krismas 2015 perisa epal pisang.

Nestle Bliss Mania (Part 2)


Minuman yogurt Nestle Bliss ini dijual secara lelong kerana sudah hampir tempoh luput, empat botol pada harga RM11.00, kalau harga biasa sekitar RM5.00-6.00 sebotol 1 liter. Aku memilih perisa buah campuran berbanding perisa buah tunggal.

  1. Buah-buahan tropika campuran - terdiri daripada nanas, markisa (passion fruit), pisang, biabas guava dan epal, rasa nanas lebih kuat berbanding rasa buah lain.
  2. Epal pisang - pernah menjadi perisa "edisi terhad" beberapa tahun lepas seperti dalam entri ini.
  3. Epal kiwi - rasa yang agak lucu (funny taste?) kelat-kelat dan masam kiwi digabungkan dengan rasa manis epal.
  4. Pic mangga - ok, ini perisa kegemaran dalam keempat-empat botol yang dibeli, rasa eksotik gabungan pic (peach) dan mangga paling menanglah!
_____
AADI: Tapi perisa kurma gula Melaka lagi epik.

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 4)


Edisi terhad minuman yogurt Nestle Bliss kembali lagi dengan dua perisa - ros bandung dan kurma gula Melaka. Pada pendapat aku ia lebih bertemakan Ramadhan berbanding Hari Raya.


Berlatarbelakangkan corak kain batik yang agak funky tradisional. Kedua-dua perisa sememangnya sinonim dengan juadah sungkei (iftar, buka puasa) kita orang Malaysia. Perisa ros bandung yang rustic amat mudah diteguk, sesuai bagi mereka yang baru nak belajar minum yogurt.

Lain pula bagi perisa kurma gula Melaka, ini memang perisa "nang nyaman padah orang Sarawak" dan "paling manang bilang orang Sabah" antara kedua-duanya kesemua perisa Nestle Bliss yang pernah aku cuba. Tak nak cerita, cuba sendiri, kah kah kah... Tapi perisa ini memang susah nak cari di Bintulu (setakat ini) selalu sold-out.

_____
AADI: Entri edisi terhad lain - epal markisa lemon, original, epal pisang.

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 3)


Jika perisa terhad (limited) Nestle Bliss untuk Krismas tahun lepas ialah epal pisang, untuk tahun ni aku perasan ada lagi perisa terhad; epal, markisa (passion fruit) dan lemon.


Corak label botol pun masih funky, tetapi kali ni berwarna kuning dan bukan merah seperti epal pisang tahun lepas.

Rasa? Ok rasa lemon membuatkannya sedikit masam, epal pula harum dan manis, manakala rasa buah markisa, ya rasa buah markisa membuatkannya lebih eksotik berbanding perisa campurah buah-buahan Bliss biasa.

_____
Ada apa: Bukan Music Bliss.

Nestle Bliss Mania


Sebelum ini aku pernah buat entri perisa terhad (limited) epal pisang dan original. Nah kali ni dibelanja oleh adik ipar aku enam lagi perisa minuman yogurt Nestle Bliss - strawberry, oren, campuran, epal kiwi, biabas guava (jambu batu) dan blackcurrant.


Adik ipar aku kerja di sebuah pastri hotel, batch yang ni dah nak dekat tarikh luput. Daripada dibuang begitu saja, dia bawa balik sebanyak mungkin, sebab dia tau aku memang kilar hebat minum minuman yogurt, kah kah kah...

Ok, perisa campuran tu pelik sikit, aku boleh katakan rasanya agak "ketercelaruan identiti" sebab ada lima perisa buah-buahan yang aromatik membuatkan reseptor rasa pada lidah agak bercelaru.

_____
Ada apa: Kenyang yogurt...

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 2)


Jika perisa terhad (limited) epal pisang dalam entri tahun lepas bertemakan ala Krismas, edisi terhad Nestle Bliss kali ni bertemakan ala Hari Raya pula, tapi dengan perisa original (kenapa tak buat perisa dodol?).


Sebelum ini kalau minuman yogurt (Nestle, Dutch Lady) biasanya aku akan pilih perisa buah-buahan, tak pernah minum perisa original. Tapi kalau dah biasa makan yogurt Nestle, perisa original ni agak senang untuk diteguk, lemak berkrim, cukup manis, sesuai untuk minuman pasca-raya.

_____
Ada apa: Masih mahal berbanding jenama Dutch Lady...

Ada Apa Dengan Nestle Bliss?


Semenjak rajin minum minuman yogurt Dutch Lady, aku mula mencuba minuman yogurt jenama lain, antaranya Nestle Bliss (bukan Music Bliss).


Kali ni tertarik untuk mencuba perisa terhad (limited) epal pisang, dengan corak label botol yang agak funky berbanding Bliss lain. Kenapa terhad? Mungkin ada kaitan dengan Krismas kot?

Rasanya? Rasa pisang lebih jelas terasa (tekak akulah) berbanding rasa epal yang hanya akan terasa apabila sudah ditelan. Sungguh luar biasa!

_____
Ada apa: Mahal daripada Dutch Lady, sedih...

Ada Apa Dengan Dutch Lady Yoghurt Drink?


Dulu aku berpendapat minuman jenis yogurt sebegini memualkan, serius, bukan semua orang dapat teguk yogurt kan? Tapi bila dah cuba sebotol, walaupun baunya sedikit lucu, tapi rasanya taklah seperti yang disangka, lebih-lebih lagi yang berperisa buah.


Minuman yogurt Dutch Lady berperisa nanas acai (acai?) dengan hype "with real fruit juice" antara yang tersedap pernah aku rasa setakat ini (ya, dah cuba beberapa perisa, tunggu entri lain). Bayangkan saja rasa macam yogurt pekat + minuman susu kultur + perisa buah.

Kelemahan minuman sebegini ialah harganya yang premium, dalam julat RM5.00-6.00 untuk sebotol 700 gram (guna berat, tak guna isipadu?). Tapi tak mengapa (parap-parap), boleh dijadikan sebagai minuman kesihatan selain jus, selain alternatif kepada minuman berkarbonat.

Selepas ini akan cuba minuman yogurt jenama lain pula seperti Marigold dan Nestle.

_____
Ada apa: Nanasmania!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger