Showing posts with label blogging blues. Show all posts
Showing posts with label blogging blues. Show all posts

Cuti-Cuti Borneo


Selamat menyambut Aidiladha, Kaamatan dan Gawai 2026 dalam suasana cuti sekolah.

Cuti panjang kita kali ni termasuk cuti gantian Wesak dan Keputeraan Agong, walaupun aku bekerja hari ini dan Jumaat minggu depan. Cover rakan-rakan yang bercuti panjang dan juga simpan cuti untuk urusan kesihatan Mrs. Ijau akan datang.

_____
AADI: Rehat berblog beberapa hari...

Flashback Friday: Blogging Blues 2026


Tahun ke-19 berblog bawah platform Blogger (dahulunya Blogspot sebelum dibeli Google), selepas berpindah dari platform Friendster (The Blog Of Ijau) sekitar Januari 2007, dan kemudiannya menukar haluan menjadi blog perhobian awal 2009.

*Battle suits collection.

Tahun demi tahun berlalu, semangat dan kehangatan untuk berblog sebenarnya semakin kurang. Lebih-lebih lagi bila geng blogger yang masih aktif kini hanya boleh dikira dengan sebelah tangan. Semakin berusia ni terasa semakin kurang perasaan untuk menonjol lagi dalam dunia siber. Entahlah, kalau aku putus asa (kalau) mungkin akan berhenti berblog tahun depan 2027, biar genap 20 tahun bawah platform Blogger.

Sehingga kini pun banyak entri AADI yang sudah tidak lagi relevan aku dah tapis dan turunkan, terutamanya entri berkaitan kehidupan peribadi dan keluarga. Kalau ada hyperlink yang tidak berfungsi tu maknanya entri tu sudah aku turunkanlah. Tinggalkan entri yang betul-betul berkaitan dengan hobi sahaja - gitar, jamming, gig, CD/DVD, muzik metal, gaming, kaki wayang dan tinju.

_____
AADI: *Belajar prompting.

Banjir Bintulu 2025


Patutnya cuti CNY lepas kami balik Dalat bercuti, tapi terpaksa ditangguhkan kerana kami sekeluarga demam flu bergilir-gilir. Aku mula kena demam Jumaat 24/01/2025, sakitnya seperti kena C19. Kemudiannya Mrs. dan anak-anak. Sehingga entri ini ditaip, masih lagi batuk-batuk dan sakit kepala.

Selasa 28/01/2025 - Hujan mula turun dari sebelah petang berlarutan sampai malam, ditambah pula dengan air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan berhampiran sungai dan parit besar mula dinaiki air.

Rabu 29/01/2025 - Banjir mula melepasi paras bahaya di beberapa tempat, di kawasan perumahan aku lorong hujung sana jalan sudah dinaiki air, mujur bahagian hujung sebelah sini tinggi. Bekalan elektrik mula tiada sekitar 3.00 petang, maka bergelaplah kami sepanjang malam.

Bergilir-gilir dengan Mrs. sepanjang malam memantau paras air. Kami sudahpun bersedia sekiranya terpaksa bug-out. Syukur alhamdulillah, air tidak naik lagi di kawasan aku. Gambar di atas itulah paras paling tinggi yang aku rekodkan.

Khamis 30/01/2025 - Seawal 8.30 pagi aku sudah mula keluar mencari farmasi yang buka untuk stok bekalan ubat demam, batuk dan asma anak. Berkesempatan juga memantau kawasan kejiranan yang terjejas dengan banjir. Memang teruk banjir kali ini, kalah banjir pada penghujung 2013 (malam sebelum Rock Nite 2013).

_____
AADI: Memang seperti tiada sambutan CNY di Bintulu tahun ini.

Throwback Thursday: XVIII Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun bila tiba 15 Januari (semalam).

Tahun ini tahun ke-18 di platform Blogger, masih bertahan tatkala ada lagi platform lain yang lebih ranggi, hype dan trending. Introvert macam aku, platform Blogger masih lagi relevan.

Sekadar hiasan - imej cilok.

AADI ini blog perhobian, cerita pasal muzik metal, CD/DVD, gitar, bass, effects pedal, amp, jamming, gig dan kadang-kadang ada cerita pasal gaming, wayang dan tinju. Cerita pasal makanan dan minuman agak mula berkurangan sejak tahun lepas.

Dan seperti janji-janji aku sebelum ini, selagi ada modal penulisan, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

Kepada rakan-rakan bloggers seangkatan yang masih aktif dan bertahan lebih sedekad - Bro Sub theGUITARaddict, Berteromber, Mamu Vinyl dan Hikayat Nemut-Nemut pun masih ada entri - blog on!

_____
AADI: Ada lagi ni.

2024 Yang...


Seperti biasa, hujung tahun akan ada entri sinopsis tahunan AADI.

1) Tinju - Masih menjadi passion untuk 2024 walaupun tidak seaktif tahun lepas. Tahun ini ada sedikit kekangan antaranya masa sessi yang bermula seawal 7.30 malam, berpindah rumah yang semakin jauh dari gym, dan masalah dalaman lain. Namun aku menetapkan sekurang-kurangnya mesti menyertai sessi seminggu sekali untuk kekal berstamina, kalau dapat dua sessi lagi bagus.

2) Gaming - Kembali berkonsol dengan perolehan PlayStation 4 Pro terpakai awal Januari. Memainkan semula Days Gone, Doom 2016 dan perolehan dua tajuk iaitu Rise Of The Tomb Raider dan Red Dead Redemption II. Untuk 2024 ini, paling banyak menghabiskan masa bermain RDR2 yang meninggalkan pelbagai memori untuk dunia konsol aku.

Juga ada tiga PC games yang dimuat turun daripada Steam tahun ini - The Bard's Tale, Far Cry 2 dan FEAR 2: Project Origin yang hanya "sempat" dimainkan 15-30 minit.

3) Kegitaran - Berjaya melepaskan sebuah gitar sahaja - Dinky, tetapi masuk pula dua buah iaitu Lagoon dan Horizon, pi-mai pi-mai tang tu axology aku kembali 10 unit.

Gajet masuk - Ditto Stereo Looper, Vortex Flanger, CR3-X, CT-1 tuner, Power Block, Helix Phaser. Gajet keluar - Polytune 3, LT-Metal, DD-7, ML-2, Sentry Noise Gate dan Series One 10 AE.

Masih ada perolehan pikap tahun ini - 490T chrome, 490T gold, dan pertukaran pikap untuk gitar-gitar sendiri sebagai terapi.

Juga ada menservis empat buah gitar rakan - Gibson Explorer, Jackson JS32 King V, Ibanez Gio GRG250P dan Schecter Hellraiser C-1 FR S.

4) Kugiran - Mulanya seperti tidak aktif lagi berkugiran, hanya ada dua kali sessi jamming bulan Januari dan Oktober. Tapi penghujung tahun pula menyertai Erectus sebagai bassist jemputan (sessionist) untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 di Sibu beberapa hari lepas. Ini merupakan gig pertama aku di luar Bintulu.

5) Kaki wayang - Masih ada menonton beberapa filem, tapi tidaklah serancak tahun lepas; Furiosa, Bad Boys 4, Deadpool And Wolverine, Red One dan Gladiator II. Tahun ini lebih berhati-hati memilih filem apa yang ingin ditonton, kebanyakkan filem-filem kebelakangan ini sama ada dicemari oleh agenda LGBTQ+ dan wokeness atau langsung tak menarik.

Bersama geng Kaki Wayang Bintulu + Tebabo!

6) CD - Hanya dua CD audio diperolehi tahun ini - Exists Reunion dan But Here We Are. Tak sempat untuk mendapatkan album Peluru Cokelat, mungkin akan cuba tahun depan.

7) Kesihatan - Aku terlupa nak buat entri perbatuan yang aku sudah 20 tahun bebas rokok. Sepatutnya bulan Ogos lepas, ceritanya boleh rujuk entri 10 tahun lepas.

Imej John Couch.

Dijangkiti C19 untuk kali ketiga pada bulan Jun, beberapa minggu sebelum cuti kuarantin C19 dimansuhkan KKM. Tapi kali ketiga ini hanya macam demam selesema biasa.

Bab lutut osteoarthritis pula, dengan ikhtiar pengambilan suplemen dan merancang aktiviti yang melibatkan kaki sedikit sebanyak melegakan simptomnya. Dengan aktif bersukan tinju seperti poin nombor satu di atas tadi, hidup aku terasa lebih sihat dan berstamina.

8) Peribadi dan keluarga - Amat jarang bercerita pasal hal peribadi dan keluarga dalam AADI. Mungkin boleh cerita ronda-ronda Petaling Jaya bulan Mei lepas setelah tujuh tahun tidak menyeberang Laut China Selatan.

Juga tercapai hajat melancong di negeri sendiri membawa isteri dan anak-anak ke Kundasang pada penghujung November. Bab yang sedih pula, ibu pergi untuk selamanya pada bulan Februari, tepat 364 hari selepas pemergian ayah tahun lepas.

9) Honorary mention - Diketengahkan dalam entri personality highlight blog Bro Sub The Guitar Addict bulan lepas. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2025 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...

_____
AADI: Tahun 2024 juga berlalu begitu pantas.

Wordless Wednesday: IDK On TGA



_____
AADI: Entri tiga hari lepas.

Rumah Kampung


Mendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM, 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 2006 hingga kini kerana bekerja dan bermastautin di Bintulu. Hanya balik kampung waktu cuti sekolah dan perayaan, biasanya setahun 2-3 kali. Paling lama ditinggalkan waktu PKP dulu selama 30 bulan tak dapat balik.

Baru sampai beberapa hari lepas bersempena cuti raya. Tapi kali ini agak sugul kerana tiada lagi insan yang duduk di tangga menanti kepulangan kami. Rumah ini pun jarang-jarang ada penghuni, hanya dilawat setiap petang oleh kakak aku (ibu Aizuddin Madani) yang tinggal 2-3 blok tak jauh dari rumah ini. Kini giliran kami untuk menghidupkan suasana raya rumah ini sebelum kakak aku yang seorang lagi tiba dari Lahad Datu bersama keluarganya.

Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Rehat berblog dulu beberapa hari, healing-healing...

_____
AADI: "Bonda, akhirnya terbongkar jua rahsia..."

Throwback Thursday: February Stars (Part 3)


Juga menjadi bulan yang kurang entri seperti tahun lepas, cuma ada tujuh entri termasuk entri ini.

9/2/2024 - Memang sudah merancang untuk balik Membakut sekeluarga cuti seminggu melalui jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) bersempena CNY dan cuti sekolah. Lagipun ingin melawat ibu yang kesihatannya mula merosot sejak bulan Ogos tahun lepas.

Singgah Lawas, rehat dan makan.

Tiba di kampung rumah kakakku (mak Aizuddin Madani) sekitar 7.30 malam dan amat tak sangka ibu kini dalam fasa tenat. Sejak bulan September tahun lepas keluar-masuk wad hospital Beaufort, Kuala Penyu dan Queen Elizabeth atas pelbagai komplikasi kesihatan.

11/2/2024 - Dipendekkan cerita, ibu menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang dan pengurusaan jenazah dijalankan keesokkan paginya 12/2/2024, genap setahun selepas pemergian ayah. Bak kata abang sulungku, cinta orang dulu-dulu berjanji sehidup semati. Memang aku perasan sejak pemergian ayah, ibu sudah tidak sesihat dan seceria sebelumnya.

14/2/2024 - Baru ada peluang menukar sebiji tayar Silvia aku yang menjadi mangsa jalan Pa(i)n Borneo semasa perjalanan lima hari lepas. Memang sudah ada perancangan untuk menukar kedua-dua tayar hadapan yang sudah berkhidmat empat tahun selepas balik cuti. Tak sangka pula terpaksa ditukar awal. Maka terkoreklah dana-dana kecemasan dirampas dari tabung perhobian.

15/2/2023 - Sudah tidak membuat entri ulang tahun berteriak di Singapura selepas entri tahun ke-11, sudah boleh move-on seperti tahun lepas.

Dalam perjalanan balik dari Taman Firdaus (tanah perkuburan), sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sekolah rendahku SK Pengiran Jaya (1986-1991) yang kini sudah jauh berbeza berbanding era aku dahulu. Katanya pemenang sekolah rendah tercantik daerah Membakut.

Bangga juga kerana aku produk sekolah ini. Cuma mural "Wawasan 2020" yang aku lukis dan cat bersama-sama rakan dan guru besar ketika itu (1991) sudah tiada.

Selamat tinggal Februari...

_____
AADI: Aku ada beberapa orang rakan yang lahir pada 29 Februari.

Antara Hobi Dan Kesihatan Mental


Pendapat aku, hobi menentukan tahap kesihatan mental seseorang. Biasanya dalam kalangan rakan-rakan kita yang ada hobi (tak kisahlah apa hobi) pasti jarang stress. Lebih-lebih lagi yang banyak hobi atau hobi yang pelik.

Antara hobi aku yang masih bertahan - kegiatan bergitar (jamming, gig, servis, modifikasi) dan gaming (PC atau PS4). Tinju tu kalau ikutkan sebagai sukan untuk kesihatan, tapi bolehlah juga dikira sebagai hobi atas sebab-sebab perenggan pertama tadi. Yang sudah cair - mengumpul CD audio, menonton wayang (ikut musim). Yang sudah lama pupus - mengumpul komik.

Kalau generasi sekarang boleh claim untuk healing-healing dengan pelbagai aktiviti, kami yang berhobi sudah lama berbuat demikian, cuma istilahnya sahaja berbeza dan jarang diiktiraf umum. Masa yang dihabiskan untuk berhobi bukanlah masa yang terbuang, setuju?

_____
AADI: Dah bulan Februari...

XVII Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun bila tiba 15 Januari.

Tahun ini tahun ke-17 di platform Blogger, masih bertahan tatkala ada lagi platform lain yang lebih ranggi, hype dan trending. Introvert macam aku, platform Blogger masih lagi relevan.

Gambar hiasan, cilok website EHX.

AADI ini blog perhobian, cerita pasal muzik metal, gitar, bass, effects pedal, amp, jamming, gig dan kadang-kadang ada cerita makanan, minuman dan gaming.

Tapi mulai 2023 menyelit entri berkaitan tinju, selaras dengan azam aku tahun lepas untuk menjaga kesihatan. Entri setahun bertinju sudahpun dibuatkan entrinya minggu lepas dan sinopsis 2023 tahun lepas.

Dan seperti janji-janji aku sebelum ini, selagi ada modal penulisan, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

Juga kepada rakan-rakan bloggers seangkatan yang masih aktif dan bertahan 10+ tahun - Bro Sub theGUITARaddict, Berteromber, Mus Mamu Vinyl dan Dr. Ben Metal Sayur (dengan konsep blog baharu) - blog on!

_____
AADI: Ada lagi ni.

2023 Yang...


Hari terakhir 2023 seperti tahun-tahun sebelumnya akan ada entri sinopsis tahunan AADI.

1) Tinju - Passion dan highlight aku untuk 2023. Pada mulanya untuk kesihatan kemudiannya menjadi gaya hidup. Entri-entri berkaitan tinju mula menyelit dalam AADI. Cerita sinopsis pasal tinju telahpun dibuatkan dalam entri berasingan minggu lepas.

2) Kegitaran - Tiada gitar diperolehi tahun ini (selamat), tapi gajet lain masih ada yang masuk - wireless Joyo, MT-2-3A, GT-OD, G1Xon Four, BC-2, Mojo Gilbert dan amp Series One 10 AE. Gajet keluar - GDI21 dan MG-30.

Juga rancak memperolehi beberapa pikap gitar, sama ada untuk kegunaan mahupun koleksi - Jazz, 490R, Vintage Blues Set, Blackouts AHB-1N dan Julianbucker.

Seperti biasa, gitar-gitar sendiri menjadi mangsa pertukaran pikap. Juga sempat menservis Strat Bro Eden secara impromptu di REG Studio.

Berjaya melepaskan dua buah gitar - JS32 King V #2 (ex-Praetor) dan EC-257 (ex-Sven) menjadikan axology aku turun menjadi sembilan.

3) Kugiran - Langsung tiada gig yang disertai tahun ini, jamming pun cuma tiga kali - ketika jamming farewell Methodman bulan Ogos, jamming santai rock kapak awal dan pertengahan Disember.

4) CD - Empat album diperolehi tahun ini iaitu Glory To The Brave, Hushed And Grim, Medicine To Midnight dan Firepower. Dengan adanya platform online seperti Spotify dan YouTube Music sedikit sebanyak mencairkan minat untuk memiliki format fizikal selain harga yang melonjak naik.

5) PC gaming - Banyak tajuk yang dimuat turun dari Steam - Left 4 Dead 2, The Witcher, Wasteland 3, Call Of Pripyat, Metro 2033 Redux - tapi semuanya hanya 15-30 minit sahaja sempat dimainkan tahun ini. Kecuali L4D2 yang kini menjadi mainan harian (hence 83%). Teringin untuk kembali berkonsol PS4, mungkin boleh masuk sasaran tahun 2024.

6) Kaki wayang - Tahun ini makin menjadi-jadi dengan pembukaan GSC Bintulu (The Spring) sebagai saingan TGV Bintulu (Boulevard). Antara filem yang sempat dilayan tahun ini - The Creator, Expend4bles, The Equalizer 3, Dead Reckoning Part 1, Polis Evo 3, The Flash, Rise Of The Beasts, GOTG Vol. 3, Mario, Sisu, Honor Among Thieves, John Wick: Chapter 4, Ruse De Guerre, 65, Slam Dunk, The Last Wish dan Plane. Jika ditanya filem terbaik yang aku tonton untuk 2023, aku pilih The Creator.

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2024 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...

_____
AADI: Aku perasan tahun 2023 ini terasa berlalu begitu pantas.

Flashback Friday: MotoVlog By Mamu Vinyl


Terima kasih kepada geng blogger Mus Speedrider aka Mamu Vinyl yang menunaikan permintaan aku untuk motovlog lagu Jalan Sungai Dua (USM) Penang. Walaupun tak seperinci butiran yang diminta, tapi bila dapat melihat tempat-tempat yang dikenali, rasa sebak pun ada...

Minit ke-14 bila masuk area bulatan Bukit Jambul ke Sg. Nibong, masuk ke Jalan Sungai Dua, Batu Uban dan terus ke Gelugor Glugoq, memang area paling banyak memori suka-duka selama lapan tahun aku di Penang (student USM 1997-2001, kerja 2002-2005).

Kali terakhir aku turun Penang penghujung tahun 2009, sebab ada Kursus Kenegaraan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku akan turun Penang setiap kali musim Konvokesyen USM. Mungkin suatu hari nanti aku akan bawa Mrs. Ijau dan anak-anak melancong ke Penang.

_____
AADI: Juga terima kasih sebab tag dalam video Abu Mamu.

Flashback Friday: February Stars (Part 2)


Untuk bulan Februari 2023, AADI hanya ada lapan entri, paling sedikit sejak September 2018 yang ada sembilan entri. Selepas entri Jazz, hampir dua minggu tiada entri...

12/02/2023 - Sekeluarga balik Membakut tak sampai 24 jam selepas notis daripada kakak aku yang mengatakan ayah sedang nazak di kampung. Melalui jalan udara BTU-BKI yang hanya ada satu penerbangan pada pagi Ahad.

Kami terlambat sekitar 30 minit, tapi syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan jenazah. Taklah begitu terkejut dengan pemergiaannya, kerana waktu kami balik bulan Disember lepas pun sudah ada tanda-tanda sakit tua.

15/02/2023 - Hari ini aku mula demam (bukan coov) yang berlarutan sehingga balik Bintulu. Juga tak terbuat entri ulang tahun Maiden Singapore 2011, mungkin sudah boleh move-on selepas 12 tahun.

19/02/2023 - Kembali ke Bintulu, sebelah malam Mrs. Ijau dan anak-anak pula demam (bukan coov), berkemungkinan besar influenza. Di kampung pun dengar-dengar keluarga kakak/abang aku pun ada yang demam.

22/02/2023 - Kembali bekerja selepas cuti seminggu, itupun "hati" masih di rumah mengenang Mrs. Ijau dan anak-anak yang masih demam.

26/02/2023 - Baru ada peluang menonton filem The First Slam Dunk yang eksklusif di pawagam GSC sahaja.

27/02/2023 - Balik kerja kepala sakit, sampai tahap air liur pekat dan muntah-muntah sebelah malam. Biasanya kalau simptom begini aku ada salah makan (food poisoning). Tak sempat tengok Marty Friedman/Megadeth secara live dari Bodukan.

28/02/2023 - Syukur alhamdulillah hari ini aku sihat, sebelah malam sudah dapat kembali menyertai sessi tinju di PS Boxing Club selepas "ponteng" dua minggu.

_____
AADI: Selamat 3.3

XVI Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun bila 15 Januari.

Dah 16 tahun berblog dalam platform Blogger (dahulunya Blogspot). Bermula dari zaman "the blog of ijau" platform Friendster (2003-2004) dengan isu-isu ketidakpuasan hati sebagai tech support di sebuah premis perkomputeran di Penang. Kemudian 2007 berpindah ke Blogspot, dijenama semula menjadi blog berpaksi perhobian pada 2009 dan tahun berikutnya tajuk ditukar menjadi Ada Apa Dengan Ijau.

Bila baca balik entri-entri lama, AADI menjadi nota perbatuan dalam pengembaraan hobi kegitaranku,. Bermula dengan niat ingin belajar main gitar (bass ketika itu) sehingga bermain heavy metal di atas pentas/gig tempatan Bintulu (setakat ini).

Ada beberapa rakan bloggers telah berpindah ke platform lain yang lebih ranggi dan hype - YouTube, TikTok, Facebook Live, dll. Dan tak kurang juga yang kecundang. AADI? Penulisnya jenis introvert, maka medium blog lebih sesuai dengan jiwa.

Dan seperti janji-janji aku sebelum ini, selagi ada modal penulisan terutamanya berkaitan hobi dan makanan/minuman, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

_____
AADI: Mungkin akan bertambah satu lagi modal entri - boxing.

Flashback Friday: XV Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun, tahun ini tahun ke-15 (esok sebenarnya).

Bak kata Berteromber, spesies penulis dan pembaca blog ni makin lama makin kurang. Tak kurang juga yang beralih menjadi vlogger menggunakan platform yang lebih ranggi seperti YouTube dan TikTok.

Aku? Masih di sini dan begini... Selagi ada modal penulisan terutamanya berkaitan hobi dan makanan/minuman, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

_____
AADI: Teringin kembali aktif berseni bela diri, hmmm...

Terima Kasih YusTech


Menerima berita daripada admin Jamtank pagi tadi mengatakan guitar tech terkemuka dan rakan blogger kita YusTech GT telah meninggal dunia. Juga disahkan oleh Along Exists dalam Facebook beliau (terima kasih Mus Speedrider untuk link). Akupun masih menanti kepastian dan perincian ceritanya daripada rakan-rakan lain.

Entri lama.

Kebelakangan ini beliau tidak berapa aktif berblog (entri terakhir bertarikh 20/05/2020) tetapi lebih aktif menggunakan platform YouTube.


Video terakhir beliau bertarikh 30/01/2021.

Walaupun tak pernah berjumpa, tapi aku bangga mengaku dialah mentor online aku dan menjadi rujukan utama kalau ada kebuntuan dalam kerja-kerja pemasangan pikap gitar. Apa-apa entri AADI berkaitan pematerian dan pemasangan pikap selepas 2011 adalah dipelajari dan dipraktikkan daripada blog YusTech.

Klontone IDK - imej Facebook YusTech.

Tahun lepas beliau pernah meminta pendapat aku pedal apakah yang patut di-DIY-kan sebagai cabaran, akupun forward skematik litar Klon Centaur sebagai cabaran klonisasi. Nampaknya projek ini tidak sempat direalisasikan sebagai sebuah pedal fizikal, walaupun PCBnya sudah siap.

Apa-apapun, terima kasih bro Yusri Yusof untuk ilmu yang diberikan secara terus atau tidak langsung.

_____
AADI: Al-fatihah.

Flashback Friday: XIV Blogging Blues


Pertengahan bulan Januari biasanya akan keluar entri merapu ulang tahun berblog bawah platform Blogger (dahulunya Blogspot), tahun ini masuk tahun yang ke-14. Kalau termasuk platform lain mungkin lebih lama dari itu - aku mula berblog guna platform Friendster sekitar 2003.

Soalan umum, dengan adanya media sosial yang lebih ranggi dan trending, masih relevan lagikah medium blog begini?

Ada juga yang bagi cadangan, buat saja video blog (vlog) guna platform YouTube macam Mamu Vinyl (Speedrider) terutama untuk bab servis atau pasang pikap gitar.

Tapi serius, aku belum ada kepakaran, perkakasan dan masa lenggang untuk buat semua tu, lebih-lebih lagi bab rakam video kemudian edit sebelum dimuat naik. Dan dengan sifat aku yang agak introvert, medium vlog bukanlah pilihanku *buat masa ini.

Selamat ber-PKP/PKPB/PKPP 2.0, mungkin boleh dijadikan modal entri akan datang.

Stay safe, stay at home, and blog on!

_____
AADI: *Masa akan datang, tak pasti lagi.

2020 Yang...


Hari terakhir 2020 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Seperti yang sedia maklum, 2020 tidaklah seperti yang kita semua jangkakan... Agak terkejut bila membaca kembali hype entri terakhir AADI tahun lepas:

"Untuk tahun 2020, azam dan hala tuju hobi kegitaran harapnya dapat diperlahankan (perlahan sahaja, bukan berhenti). Mungkin akan lebih lepak di rumah kembali aktif berkonsol PS4 yang sudah lama ditinggalkan. Tapi, kita hanya merancang..."

Disebabkan isu semasa, pandemik dan PKP, hampir semua hype di atas menjadi kenyataan - perlahankan hobi kegitaran, lepak di rumah, kembali aktif berkonsol, dan *paling sedih frasa "kita hanya merancang" tu. Untuk entri memori PKP, telahpun dibuatkan entri FF khas minggu lepas.

Erectus x Insulter.

1) Jamming dan kugiran - Mulai 01/01/2020 atas sebab-sebab tertentu aku tidak lagi bersama dan mengetuai MUP. Namun, sebelum PKP sempat jugalah menyertai satu gig bersama Erectus sebagai bassist gantian semasa Metuk Ulau Fest 2020 pada 12/01/2020 yang menyaksikan Pisuljer Insulter sebagai main event.


Dan untuk penutup aktiviti muzika tahun 2020, menyertai Santai Muzikal anjuran Pemuzika Bintulu pada 26/12/2020. Walaupun pada mulanya menggunakan moniker Hepi;) tetapi penganjur tetap menggunakan nama MUP, katanya nama MUP lebih dikenali... *something has to be done*

2) PlayStation - Disebabkan PKP juga, aku kembali aktif berkonsol terutama pada sebelah malam (nocturnal gaming). Konsol PS4 yang sekian lama terperap sejak 2017 dikeluarkan semula, punya banyak masa untuk memainkan sehingga dua pusingan tajuk-tajuk seperti The Last Of Us Remastered, Doom 2016, Tomb Raider Definitive Edition dan Days Gone.

Dan selepas Hari Raya, aku mula mengalami sindrom gaming fatigue dan kemudiannya konsol PS4 tadi dilepaskan dan ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali Francesco. Entah selepas ini bila lagi akan ada peluang/masa untuk kembali aktif gaming, tak kisahlah konsol atau PC.

3) Kegitaran - Kononnya tahun ini ingin mengurangkan axology (aka 2020 purge), tapi TERtambah pula empat buah - Deluxe (Januari), Francesco (Julai), Tommy (Julai) dan Shiro (September). Tapi kedua-dua bass lama aku Francesco dan Tommy dimiliki semula melalui proses pertukaran (trade) dengan PS4 di atas dan gitar akustik di bawah.


Namun berjaya juga melepaskan tiga gitar - Sarge (Februari), Celeb (Julai) dan Nightfall (Oktober). Francesco di atas pun hampir-hampir berpindah milik beberapa minggu lepas, tapi pembeli yang tidak berpotensi tersebut mengayam-keluar (chickening out) atas alasan yang tidak munasabah.


Gajet keluar; Micro Terror, SC58 V-style, Spark Booster, MojoMojo dan LX65R. Gajet masuk; Pod HD Desktop dan DD-7. Projek 2020 purge yang tidak berapa berjaya tahun ini akan diteruskan tahun hadapan.

4) Guitar techie - Hanya gitar sendiri "dikerjakan" tahun ini; EMG 81/85 Deluxe, Entwistle Dark Star set Goldie dan Lace Alumitone HSS set Mr. Smith.

5) CD/DVD - Kembali memancing CD audio selepas bulan Oktober, itupun hanya beberapa tajuk. Antara yang diperolehi tahun ini album-album daripada Exists, Search/Awie dan Metalian daripada Radin Music Centre. Ada juga order CD daripada eBay, tapi setakat entri ini ditaip, ia belum diterima lagi.

*Ok, AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tiada berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi, terutamanya kenangan bulan Ogos dan September. Ya, di sinilah frasa "kita hanya merancang" perenggan atas tadi, namun tuhan yang menentukan dan lebih menyayangimu nak...

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2021 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian versi norma baharu kita semua. Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan.

Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...

_____
AADI: To face the fear I've once believed.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger