Showing posts with label bruce dickinson. Show all posts
Showing posts with label bruce dickinson. Show all posts

Flashback Friday: Tyrant 20


Terasa macam baru saja aku buat entri sedekad album ini, pejam celik pejak celik, hari ini sudah dua dekad jadinya album solo Bruce Dickinson kegemaranku ini - Tyranny Of Souls.

Bukan lagi menjadi album "terkini" Bruce Dickinson kerana tahun lepas sudahpun dirilis album The Mandrake Project. Dan seperti album-album terkini artis/band lain kegemaranku, juga belum tergerak hati atau berusaha untuk mendapatkannya.

Ia akan sentiasa dalam sirkulasi album-album yang selalu dipasang dalam kereta (Silvia - versi mp3, Imago - versi JSCD) untuk pemanduan harian mahupun jarak jauh. Maka akan terpiculah memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang.

_____
AADI: Belum tercapai hajat untuk cover Abduction dan/atau The Power Of The Sun.

Throwback Thursday: Picasso's Balls 30


Hari ini katanya ulang tahun ke-30 untuk album solo kedua Bruce Dickinson Balls To Picasso. Bagi aku tiada apa-apa yang menarik pada album ini kecuali lagu Tears Of The Dragon, codenamed "lagu naga".

Itupun ada memori kerana selalu didengar melalui album kompilasi The Best Of Bruce Dickinson bersama-sama lagu Laughing In The Hiding Bush yang juga ada dalam kompilasi tersebut. Lagu lain memang agak asing bagiku...

Lagu naga ini juga suatu ketika dahulu antara lagu wajib jamming MUP dan pernah dimainkan live kali pertama semasa Oktoberfest 2012. Memang enjoy main lagu ni sebab permulaan power ballad, chorus penuh emosi, solo pertama bergulung, lepas klimaks masuk pula bab reggae mengiringi solo kedua ala latin. Rindu buat persembahan seperti video di atas, ketika semua masih bersemangat main muzik.

_____
AADI: Slowly I awake, slowly I rise...

Throwback Thursday: That 10 Albums Trending


"Day x of 10 days - 10 albums in no paricular order. Album that really made an impact and are still on your rotation list. Post the cover, no need to explain, and nominated a person each day."
Akupun terjebak dengan trend semasa ini, tapi daripada dibuat hari-hari dalam media sosial, ada baiknya aku buatkan sebagai satu entri sahaja untuk kesepuluh album berserta nominee (diletak bukan nama sebenar).
  1. Bruce Dickinson - Tyranny Of Souls, nominee: Pojie.
  2. Blind Guardian - The Forgotten Tales, nominee: Nordin.
  3. Avril Lavigne - Let Go, nominee: Fer Fergie.
  4. Hootie And The Blowfish - Cracked Rear View, nominee: Shidin.
  5. Iron Maiden - Somewhere In Time, nominee: Gaban.
Pernah dibuat entri tahun 2015.
6. Metallica - Metallica, nominee: Raem Jordison.


7. Megadeth - Risk (versi asal bukan R&R), nominee: Zulk Zam.


8. King Diamond - House Of God, nominee: Habsu #rosak.


9. Foo Fighters - The Colour And The Shape, nominee: Zana Iskandar.


10. Linkin Park - Meteora, nominee: Eric Ho.


Aku terhadkan satu album per artis/band, kalau tak memang payahlah Iron Maiden saja akan tapau separuh slot.

_____
AADI: Tak ada album tempatan?

Thomas Zwijsen - Nylon Maiden, Preserved In Time


Preserved In Time merupakan album ketiga Nylon Maiden kelolaan Thomas Zwijsen, mengandungi versi akustik/instrumental 16 buah lagu-lagu Iron Maiden dan dua lagu Bruce Dickinson solo (Tears Of The Dragon, Jerusalem) yang dimuatkan dalam CD berkembar.


Diperolehi bersempena Black Friday tahun lepas, dengan promosi pengeposan percuma dengan setiap pembelian barangan (merchandise) daripada website rasmi. Walaupun dengan pengeposan percuma, album ini masih boleh dikategorikan agak premium (€19.95). Oh tak lupa juga, dogtag Nylon Maiden juga merupakan hadiah percuma sempena Black Friday.


Memang teringin untuk memiliki album ini dalam bentuk fizikal, mungkin kerana kaitannya dengan Iron Maiden, Bruce Dickinson dan Blaze Bayley membuatkan album ini terasa istimewa. Juga boleh baca ulasan blog Deaf-Angel untuk album ini.

Selain bermain gitar secara solo, juga ada beberapa lagu berkolaborasi dengan pemain biola Anne Bakker dan band Thomas sendiri.

A post shared by Ijau D. Koceng (@kucinghijau) on
Juga dikomen sendiri oleh Thomas Zwijsen dalam Instagram aku, ohsem!

Tiga lagu dengan vokal Blaze Bayley Judgement Of Heaven, Blood Brothers, Como Estais Amigos, terasa lebih emosi berbanding versi asal. Amat tertarik dengan Judgement Of Heaven, baru dapat menghayati lirik-lirik lagu ini berbanding dalam X Factor.


Pada pendapat aku, hanya lagu Wrathchild sahaja yang agak kurang enak bila diakustikkan, mungkin faktor lagu rancak. Tapi amat berbeza pula untuk lagu-lagu epik seperti Powerslave, Fear Of The Dark dan Rime Of The Ancient Mariner yang semakin ohsem bila diakustikkan.

Hanya dua lagu yang aku agak kurang familiar iaitu Burning Ambition daripada album pertama (self-titled) dan Reach Out daripada B-side Wasted Years single.


Lagu naga versi akustik yang pernah menjadi entri WW suatu ketika dahulu, antara lagu yang selalu dimainkan oleh MUP, antara pemangkin untuk aku memiliki gitar akustik (walaupun bukan bertali nylon).

Setelah mendengarkannya untuk beberapa putaran, album ini amat sesuai dijadikan lagu runut untuk mengiringi majlis-majlis rasmi contohnya makan malam tahunan. Dan tak akan ada yang tahu kesemua pada asalnya merupakan lagu-lagu metal, kecuali peminat.

_____
AADI: Up the Nylon! \m/

Moody Monday: Wings Of Silver


Kapten Bruce dan tema aviasi, berpisah tiada...





Cover in D-tuning, yay or nay?

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringat bass lama.

Wordless Wednesday: Acoustic Dragon




_____
Ada apa: Instrumental lagu ni Ahad nanti...

Lima Album Yang Selalu Dicapai


These are my "go-to" albums... Bila bukan musim (viral?) sesebuah band atau dah tak tau nak dengar lagu/album apa semasa pemanduan jarak jauh atau pergi-balik kerja, biasanya aku akan capai (secara otomatik) satu atau beberapa album berikut untuk dipasang dalam Imago.


In no particular order:
  1. Bruce Dickinson - Tyranny Of Souls.
  2. Blind Guardian - The Forgotten Tales.
  3. Avril Lavigne - Let Go.
  4. Hootie And The Blowfish - Cracked Rear View.
  5. Iron Maiden - Somewhere In Time.
Mungkin disebabkan nilai nostalgik, ataupun lagu-lagunya menenangkan semasa memandu, dalam masa yang sama ia tidak membuatkan aku mengantuk.

Entri Mini: Gayu Guru Gerai Nyamai


Selamat berbulan Jun dan selamat menyambut Gawai Dayak kepada rakan-rakan dan pengikut AADI Sarawakian.


Walaupun bukan lagu Gawai, tapi ini antara lagu Iban paling best pernah aku dengar. Jauh berbeza daripada cliche lagu-lagu Iban yang selalu berkumandang di radio-radio tempatan yang rata-rata berirama joget atau rock and roll.

Teringat pernah buat persembahan bersama-sama Majestica semasa Oktoberfest 2012.

_____
Ada apa: [Extra 6th] May - Otai Jamm! Tapi aku cuma ada CD audio versi pasar malam.

Souls Of Tyrant


Jika semalam album Silicon Messiah menyambut ulang tahun yang ke-15, hari ini album Tyranny Of Souls pula menyambut ulang tahun yang ke-10 (semalam Berteromber dah buat entri awal).


Ia merupakan album solo Kapten Bruce (Dickinson) yang keenam dan masih lagi album "terkini" (sebab belum ada album baru). Antara "my go-to album" bila dah tak tau nak dengar lagu/album apa semasa pemanduan jarak dekat/jauh.


Bila dengar lagu-lagu dalam album ni, secara automatik akan teringat memori tahun-tahun terakhir "wasted years" di Penang seperti yang pernah diceritakan dalam entri 2009 ni (dengan gaya penulisan yang rebellious ketika itu).

Dah berpakat dengan Azrol untuk cuba cover beberapa lagu daripada album ni - Abduction, Power Of The Sun, Navigate The Seas Of The Sun - untuk sessi jamming yang akan datang.

_____
Ada apa: Purple gold and blue, living colours every hue...

Bruce Dickinson - Scream For Me Brazil


Satu lagi perolehan berbaloi-baloi daripada estock_deutschland dengan harga malar tersenyum €4.02 (RM18.83) termasuk pengeposan percuma. Album live Kapten Bruce (Dickinson) kita - Scream For Me Brazil, yang dirakam semasa konsert The Chemical Wedding World Tour di Sao Paolo, Brazil 1999.

Cover art yang cikai, hahaha~
(P)(C) 1999 Duellist Holdings Ltd. under exclusive license to Air Raid Records Ltd. (Duellist? Air Raid? Sounds very Brucy hahaha...)


Dengan line-up power Adrian Smith dan geng Tribe Of Gypsies - Roy Z, Eddie Cassillas dan Dave Ingrahams, sudah pasti muzik mereka agak berbeza dan lebih "berat" berbanding Iron Maiden, lebih-lebih lagi untuk lagu-lagu daripada album The Chemical Wedding yang banyak guna talaan rendah (drop D?).

H dengan aksi duck face.
Dengar cerita, selepas konsert ni H dan Kapten menyertai semula Iron Maiden pada penghujung tahun yang sama (1999). Kapten kata kalau H tak masuk, dia pun tak nak masuk... Good point.

The shredder, Roy Z.
Jika dibandingkan dari segi kepantasan solo, Roy Z ni lebih hebat dan mantap berbanding H. Tapi H bukanlah gitaris jenis shredder jika dibuat perbandingan. Kedua-dua mereka mempunyai gaya permainan yang berbeza, secara tidak langsung membuatkan gabungan muzik mereka menjadi lebih unik.


Walaupun cover art album ni agak cikai ringkas (gambar ikan piranha tunjuk gigi je), tapi inlay 24 muka suratnya berwarna-warni penuh dengan gambar-gambar semasa konsert (tak perlulah tunjuk semua, kan?).

Kualiti bunyi dalam album ni lebih "superior" berbanding bunyi yang ada dalam DVD 2 Anthology. Jeritan penonton jelas kedengaran, manakala solo H/Roy diselang-selikan di sebelah kiri dan kanan (stereo).

Sebagai pelengkap koleksi, apa-apa rilisan Bruce Dickinson akan cuba dikumpulkan. Selepas ini mungkin akan mencari Alive In Studio A.

_____
Ada apa: Tahun ni belum ada lagi laungan "ice cream for me Bintulu..."

Bruce Dickinson - Anthology DVD


Semalam menerima satu lagi bungkusan dari UK, yang pasti merupakan pembelian eBay. Kali ni bukan daripada estock_deutschland tapi dari seller bondy54 beralamat dari Warwickshire, England.


Ia berisi sebuah DVD kompilasi Bruce Dickinson iaitu Anthology. Sebuah DVD kompilasi video konsert-konsert Bruce Dickinson sebelum era millennium. (P)(C) 2006 Duellist Holdings Ltd. under exclusive license to Sanctuary Visual Entertainment.


Pada mulanya aku membida DVD Iron Maiden Death On The Road dan Live After Death dari seller yang sama, tapi bidaan maksimum aku telah dipotong pada saat-saat akhir. Manakala DVD ni merupakan bidaan ketiga aku (dan menang) dengan harga £5.00+7.20 (RM62.99).


Sinopsis setiap DVD:
DVD 1
  • Dive Dive Live (70 minutes) - recorded at the Town And Country Club, Los Angeles on the Tattooed Millionaire Tour, August 14th 1990 - Janick Gers lebih "liar" dalam konsert ni berbanding zaman dalam Maiden.
  • Skunkworks Live (60 minutes) - filmed during the Skunkworks Tour in Pamplona and Girona, Spain on May 31st and June 1st 1996 - konsert yang agak alternative dan grungy, mungkin disebabkan muzik kumpulan Skunkworks memang begitu (selera remaja pertengahan 90an).
DVD 2
  • Scream For Me Brazil (60 minutes) - filmed during The Chemical Wedding World Tour in Sao Paolo, 1999 - konsert yang agak "berat" berbanding dua konsert dalam DVD 1, cuma aku tak puas hati kadang-kadang bila Roy Z solo tapi Adrian Smith yang kena zoom (and vice-versa).
DVD 3
  • Promotional video - a complete collection of every single promo video made during Bruce's solo career.
  • Tyranny Of Souls EPK -  a track by track breakdown of the concept behind the songs on the Tyranny Of Souls album.
  • Samson: Biceps Of Steel - Bruce's video debut fronting Samson in 1980
DVD kompilasi ni hanyalah sebagai pelengkap koleksi Bruce Dickinson aku. Lagipun konsert Scream For Me Brazil dalam DVD 2 sebelum ni selalu tengok melalui YouTube, tapi sekarang dah ada hardcopy. Ia penting sebagai rujukan aku dan Azrol untuk persembahan live cover lagu-lagu Bruce Dickinson.

_____
Ada apa: Scream for me Bintulu this Saturday! \m/

Wordless Wednesday: Audio CD



_____
Ada apa: Lagu naga?

Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised! (Part 3)


By popular requests, aku memuatnaik satu lagi video persembahan Metuk Ulau Project (MUP) semasa Oktoberfest yang lepas - Tears Of The Dragon (Bruce Dickinson cover, aka "lagu naga").


All out solo by Azrol @2:54!

Walaupun ramai pengunjung yang tak pernah dengar lagu ni tapi ia merupakan antara lagu yang "enjoyable" sebab ada part reggae @4:10. Seperti biasa, video adalah hakmilik Korawk (© 2012 Noise Of Borneo?).

_____
Ada apa: Patutnya tajuk Maidenised entri ni diganti dengan Dickinsonised sebab ini bukan lagu Iron Maiden.

Non-Maiden Weekend Mood


Hujung minggu ni, aku layan dua super album yang dipasang secara maksimum optimum dalam *Imago aku (semenjak kembali sementara menjadi lonely driver).

Promise And Terror dan Tyranny Of Souls, antara album "solo" kegemaranku dari vokalis dan bekas vokalis Iron Maiden - Bruce Dickinson dan Blaze Bayley. Walaupun kedua-dua vokalis ni mempunyai julat suara yang berbeza, tapi kedua-duanya mempunyai keunikan masing-masing.

"Iron what? Hahaha!" - image linked from ScreamForMe forum.

Nak lari sekejap dari muzik Iron Maiden, walaupun kedua-dua album ni ada kaitan dengan Iron Maiden, tapi dari segi konsep, muzik dan lirik kedua-duanya memang jauh berbeza daripada tipikal Iron Maiden yang biasa kita dengar - lebih pantas, lebih keras, lebih berat, lebih padat dan lebih layan~

_____
Ada apa: *Bukannya selalu dapat peluang pasang lagu kuat-kuat dalam Imago sekarang ni.

Ada Apa Dengan Book Of Thel?


Teringin nak jamming lagu ni, cabaran tarik vokal tinggi hampir sepanjang lagu...

Serangan gitar V berganda... Roy Z dengan Gibson Flying V (with DiMarzio X2N?), H pula guna Jackson King V.

_____
Ada apa: Btw, apa itu Book Of Thel?

Guitar Talk: Ibanez S670SE


Sebenarnya kalau gitar-gitar superstrat Ibanez, aku lebih suka Road Gear (RG) series berbanding Saber (S) series. Kali ni nak cerita merapu sedikit pasal model S670SE, merupakan model keluaran 2008 yang katanya hanya untuk pasaran Jepun.

Imej Wikia.

Antara yang membuatkan S670SE ni menarik ialah:

  • Sleek body, nipis trademark S series.
  • Made in Korea for Japan market only.
  • Mahogany body with bound swirled ebony top yang agak mengiurkan.
  • Oval inlays.
  • Ibanez ZR (zero resistant) bridge with ZPS2.
  • Cosmo black hardware.

Yummy swirl ~ Imej Ishibashi.

Dan seperti Saber series (pre-2011 models) yang lain, ia hanya memiliki 22-fret. Kenapa pula tiba-tiba cerita pasal S670SE ni?

[Entri Mini] Selamat Tahun Naga

[Edited @ 6.45 pm] AADI ingin mengucapkan selamat bertahun naga kepada pembaca blog AADI terutama yang menyambut CNY esok. Terimalah lagu rasmi "naga" daripada Kapten Bruce & C0. sebagai hiburan kita bersama...

Lagu ni dah jadi antara lagu wajib untuk sessi jamming Hepi ;) mahupun Metuk Ulau Projekt.

_____
Ada apa: Bro Sub, ada apa-apa info tambahan untuk model S670SE ni tak?

Bruce Dickinson - The Best Of


Dah lama aku tak order CD dari eBay, kali terakhir ialah Tooth And Nail bulan Oktober lepas. Pertengahan Disember lepas aku ada order tiga CD eBay, dua daripadanya baru sampai pagi tadi setelah hampir sebulan lebih menunggu.

CD eBay kali ni ialah album kompilasi The Best Of Bruce Dickinson. Aku order versi double CD yang agak rare, berbanding versi single CD, versi double CD ni agak susah nak cari di pasaran eBay pada harga yang murah, selalunya RM50 ke atas. Setelah sekian lama menunggu peluang, akhirnya aku bernasib baik sebab dapat CD kompilasi ni dengan harga RM30+ (termasuk kos pos).

eBay purchase info

  • Purchased from: martin3316
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.20+3.00 (RM31.45) menang bid
  • Ordered: 19/12/2011
  • Received: 18/1/2012
  • Label: (P)(C) 2001 Duellist Holdings Ltd.
  • Made in: England
  • Distributor: Sanctuary Record Group Ltd.

Walaupun berstatus used, tapi inlay dan kedua-dua CDnya masih lagi dalam keadaan yang amat memuaskan.

Tracklist

Disc 1 - the best of Bruce Dickinson

  1. Broken
  2. Tattooed Millionaire
  3. Laughing In The Hiding Bush (live)
  4. Tears Of The Dragon
  5. The Tower
  6. Born In '58
  7. Accident Of Birth
  8. Silver Wings
  9. Darkside Of Aquarius
  10. Chemical Wedding
  11. Back From The Edge
  12. Road To Hell
  13. Book Of Thel (live)

Disc 2 - Special edition, tracks from the vaults

  1. Bring Your Daughter... To The Slaughter (original soundtrack version)
  2. Darkness Be My Friend
  3. Wicker Man (rec. 1997) <- not to be confused with Iron Maiden's Wicker Man
  4. Real World
  5. Acoustic Song
  6. No Way Out... Continued
  7. Midnight Jam
  8. Man Of Sorrows <- extended version
  9. Ballad Of Mutt
  10. Re-Entry
  11. I'm In A Band With An Italian Drummer
  12. Jerusalem (live)
  13. The Voice Of Crube <- cakap-cakap 13 minit
  14. Dracula

My favourite song on Disc 2.

What's so special about this compilation? Yang istimewa ada pada disc 2, mengandungi lagu-lagu yang agak rare.

Aku dah ada semua CD album studio Bruce Dickinson, tapi bukan semua lagu dalam album-album tu best (kecuali album Tyranny Of Souls). Jadi album kompilasi macam the best of ni amat sesuai untuk dipasang semasa pemanduan jarak jauh mahupun dekat.

_____
Ada apa: Album apa yang ada lagu Tears Of The Dragon orchestral version?

Ada Apa Dengan Tangisan Sang Naga? (Part 2)


[Filler entry] Heavier version of Tears Of The Dragon (D# tuning), kali ni Kapten Bruce (Dickinson) dan Roy Z berkolaborasi dengan Tribuzy. Aku nak cari juga DVD Tribuzy Execution Live Reunion ni nanti.

Btw, Roy Z really shreds the stage apart!

Tears Of The Dragon versi asal (dari album Balls To Picasso) sememangnya sudah menjadi lagu wajib tiap kali sessi jamming Hepi;) & Co. (Metuk Ulau Projekt), tapi versi heavy ni agaknya boleh mengurangkan keperitan tekak ketika "tarik" chorus.

Azrol, Korawk dan Adi, siap sedia untuk detune gitar/bass anda kepada D# tuning (half-step drop) untuk marathon kelak.

_____
Ada apa: Mana Eddie Dewanaga?

Ada Apa Dengan Tangisan Sang Naga?


[Filler entry] Tadak kaitan dengan blog Bumi Sang Naga Eddie Dewanaga, hehehe...

Cuma hujung-hujung minggu ni layan praktis lagu Abang Bruce, Tears Of The Dragon dari album Balls To Picasso. Rasa-rasa nak jadikan lagu projek Hepi ;) seterusnya.

Kalau bab solo memang aku tak reti, sebab aku belum sampai tahap tu lagi, scale pun masih merangkak-rangkak... Intro 12-string tu dan clean picking nampak senang - Am, C, (Cadd9?), Am.

Vocal? Hehehe sedang berlatih tarik part chorus... Tinggi beb~ Setinggi lagu Pelayaran (May).

_____
Ada apa: Scream for me Singapore! ± 15 hari saja lagi! \m/

Bruce Dickinson - The Chemical Wedding


Bukan, ini bukan sambungan entri perkahwinan Jairo tahun lepas dengan tajuk yang hampir sama. Tapi CD eBay daripada Abang Bruce (Dickinson) kita dengan album studio kelima iaitu The Chemical Wedding.

Dengan adanya album ni, koleksi album studio Abang Bruce aku dah lengkap. Tattooed Millionaire, Skunkworks, Balls To Pocoyo Picasso, Accident Of Birth, The Chemical Wedding dan Tyranny Of Souls. Next target - The Best Of Bruce Dickinson 2-disc version.


eBay purchase info
  • Purchased from: acacia70
  • Location: US
  • Condition: used
  • Price paid: $5.50+5.00 (RM34.68) menang bid
  • Ordered: 29/4/2010
  • Received: 12/5/2010
  • Label: (P)(C) 1998 CMC International Records
  • Distributor: BMG Distribution, a unit of BMG Entertainment
  • Made in: US
Barcode dah bertebuk, biasanya CD macam ni jenis stock clearance.
Tracklist
  1. King In Crimson
  2. Chemical Wedding
  3. The Tower
  4. Killing Floor
  5. Book Of Thel
  6. Gates Of Urizen
  7. Jerusalem
  8. Trumpets Of Jericho
  9. Machine Man
  10. The Alchemist
Lagu favourite - Chemical Wedding, The Tower, Killing Floor, Book Of Thel dan Jerusalem.


Walaupun berstatus used, dan selain barcode bertebuk, inlay masih lagi dalam keadaan yang memuaskan dan CD was shiny scratchless. Btw, jewel case dah nampak seasoned. Takpa, yang penting koleksi aku dah lengkap (album studio), tinggal kompilasi dan album live saja lagi.

Abang Bruce & Co. (Eleee... H buat muka garang konon hahahaha!)

Bila masa korang dapat tengok H main Jackson King V dalam Maiden? And Roy Z was amazing too!
 

Kalau rasa bosan, baik skip terus pi 3:15 (aku suka bab solo/bridge gitar dan bass synchronised).

Muzik dan lagu Abang Bruce 'solo' memang jauh berbeza dengan muzik/lagu Iron Maiden kan? Lately album-album 'solo' Abang Bruce muziknya keras (banyak drop tune atau guna 7-string kot?) dan lirik-liriknya jugak mempunyai elemen biblical themes. Berbanding muzik/lagu Iron Maiden yang lebih galloping, story-driven, enjoy dan santai. Mungkin dalam Maiden, muzik/lirik masih lagi dikawal oleh Steve Harris kot? It's Steve's band after all. But, that's my point of view... Tak tau la pulak pendapat-pendapat otai yang lain. What say you?

Tapi tak kisah 'solo' atau dengan Maiden, Abang Bruce sememangnya seorang penghibur yang bertenaga dari segi vokal, stamina dan aksi di atas pentas. That's the fact which every single of us agreed...

_____
Ada apa: Scream for me Bintulu! (Amboi amboi.... Bintulu terus~)

bruce dickinson - balls to picasso & sick puppies - dressed up as life


bungkusan ni dah agak lama aku terima tp baru skrg nak buat entry. yup bungkusan dari us yg agak familiar... dari tauke cd bundle jayandmarie diterima pd 20/10/2009 (heh dkt 2 bln dah ni) berisi 2 cd iaitu bruce dickinson - balls to picasso dan sick puppies - dressed up as life. kali ni rasa2nya aku mls nak taip pnjg2 - masih lg ada saki-baki emo mggu lps

bruce dickinson - balls to picasso

wtf was he meant by balls to picasso anyway? "balls" tu byk maksud mendalam tu...

ebay purchase info

  • purchased from: jayandmarie
  • location: usa
  • condition: used
  • price paid: US$4.48+5.50/2 (RM25.80) menang bid
  • ordered: 19/9/2009
  • received: 20/10/2009
  • label: (p)(c) 1994 duellist enterprise ltd.
  • made in: usa
  • extra info: under exclusive license to polygram records inc.

tracklist

  1. cyclops
  2. hell no
  3. gods of war
  4. 1000 points of light
  5. laughing in the hiding bush
  6. change of heart
  7. shoot all the clowns
  8. fire
  9. sacred cowboys
  10. the tears of the dragon

lagu lain aku xkisah, tp lagu febret ofkosla lagu berhantu tears of the dragon... sapa xsuka lagu ni, habaq mai kat aku... mai kita layan versi live (roy z dlm videoclip ni goreng guna flying v, mengingatkan aku kpd sorg gitaris tersohor tanahair yg dah letgo flying v nya... hehehe)

koleksi album2 abg bruce aku bertambah lagi... skrg tggl album the chemical wedding dan the best of bruce dickinson je lg yg blm ada... dgr2 abg ben nak letgo cd the best of bruce dickinson (aku dah book tp xtau la klu2 ada org lain dah potong line dulu)

sick puppies - dressed up as life

ebay purchase info

  • purchased from: jayandmarie
  • location: usa
  • condition: like new (promo disc)
  • price paid: US$5.00+5.50/2 (RM27.66) menang bid
  • ordered: 19/9/2009
  • received: 20/10/2009
  • label: (p) 2007 RMR music group under exclusive license to virgin records (c) 2007 virgin records america inc.
  • made in: usa

spt promo disc yg lain, cd ni ada label "licensed for promotional use only, this disc has not been sold" yela tu... abihtu yg aku beli ni apa?

tracklist

  1. my world
  2. pitiful
  3. cancer
  4. what are you looking for
  5. deliverance
  6. all the same
  7. too many words
  8. howards tale
  9. asshole father <- fyi, album versi 'clean' lagu ni ofkos kena cencored
  10. issues
  11. anywhere but here
  12. the bottom

spt entry emma anzai yg aku buat time dkt2 nak raya hari tu... pertalian antara bass warwick to emma anzai to sick puppies. sbb nak tau camna muzik sick puppies ni aku ada donlod full album ni... bila dah dgr hmmm bleh tahan muzik dorg, ala2 early foo fighters + sket2 nu-metal. dan lagu2 dlm album ni mmg menarik perhatian. aku bkn nak bias dgn emma ni, tp klu korg dgr bassline dlm album ni mmg something to check out for...

_____
p/s: jayandmarie dah banned aku kat ebay... cilakak! regular kastemer pun dia nak ban? ni semua kes cd2 lmbt smpi la ni

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger