Showing posts with label imago. Show all posts
Showing posts with label imago. Show all posts

Perampas Dana: Radiator Imago


Setelah beberapa bulan tersadai, Imago aku kini sudah boleh digunakan tanpa perlu rasa risau. Sebelum ini tersadai kerana enjin cepat overheat akibat masalah pada radiator. Bila dah masuk kategori kereta tua (bukan buruk ye), faham-faham sajalah, macam tuannya juga...

Anak-anak selalu komplen kenapa ayah jarang guna kereta popop (istilah untuk Imago ini, kerana bunyi lock/unlock nya), mereka lebih suka naik Imago waktu pagi pergi sekolah berbanding Sylvia (Alza). Akupun kalau drive solo memang akan guna Imago, teringat zaman-zaman bujang.

Tukar motor kipas radiator (rosak), tukar cover atas radiator (retak), cuci radiator, tukar coolant dan upah, hangus juga sekitar harga semasa sebuah pikap DiMarzio. Kan? Kadang-kadang kita tak berkira pun kalau bab berkaitan hobi, tapi kalau bab lain amatlah lokek untuk berbelanja, tangguh sana, tangguh sini, kah kah kah...

Tapi tak mengapa, asalkan Imago aku dapat beraksi semula... Aku sayang Imago aku, 18 tahun bersama, masih lagi comel. Ada lagi beberapa masalah pada kereta tua ini yang belum diselesaikan - seatbelt, aircon, power window - tapi semuanya taklah sampai tahap menjadi kekangan untuk dipandu. Tidak seperti masalah utama di atas, kayuh pelan-pelan untuk dibaiki.

_____
AADI: Ada hati juga mau bikin cantik-cantik, tapi rujuk perenggan ketiga.

Flashback Friday: No Prayer For 31st


Kalau dua hari lepas, ulang tahun ke-35 Somewhere In Time, hari ini pula ulang tahun ke-31 No Prayer For The Dying, album studio ke-8 Iron Maiden. Juga terlepas buat entri ulang tahun ke-30 tahun lepas.

Seperti yang pernah aku kata dalam entri Fates Warning 10 tahun lepas, album NPFTD antara album Maiden yang jarang aku dengar. Walaupun tidak bertaraf soundtrack of my life, tapi bila dengar lagu-lagunya teringat memori yang hampir sama dengan SIT...

"Waktu kerja kat cybercafe dulu (early 2000's), selain pasang mp3 album Somewhere In Time, aku jugak selang-selikan dengan album No Prayer For The Dying, Fear Of The Dark dan jugak Best Of The Beast (pendek kata semua mp3 Iron Maiden aku random play) untuk hiburan cybercafe. Ada seorang regular customer exchange student from Canada, selalu request lagu Holy Smoke, Can I Play With Madness dan The Number Of The Beast."

- Entri 2010.

Hari ini juga katanya hari kopi sedunia dan hari pemain cakera padat sedunia. Kopi? AADI antara blog yang selalu ada menyelit entri kopi tin dan kopi bancuh 3-in-1.

Pemain cakera padat (CD player)? Untuk koleksi CD aku biasanya akan dipasang dalam Imago, satu-satunya tempat aku boleh layan dengan volume yang optimum. Kalau dalam Silvia sistem bunyinya tak berapa sedap. Selebihnya akan ditukarkan kepada format MP3 untuk dipasang dalam PC atau telefon pintar dan CD asalnya disimpan.

_____
AADI: Mini hi-fi di rumah pula dah rosak sejak 2016 hahaha...

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 17)




_____
AADI: Dua-dua belah pula tu...

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 16)




_____
AADI: Tua, bukan buruk.

Raya PKP


Mahu tak mahu PKP telahpun berlarutan sehingga raya. Terimalah hakikat yang raya tahun ini agak istimewa...


Aku sejak fasa kedua lagi sudahpun membuat keputusan untuk beraya di Bintulu sahaja, faktor utama ialah kesihatan Mrs. Ijau yang dah masuk trimester kedua. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali ketiga aku beraya "di perantauan".

Tapi bagi aku beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan dapat bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...

Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1441H. Raya, raya juga, tapi tak payahlah beraya ke rumah orang, duduk di rumah sendiri sahaja.

_____
AADI: #shramzb

Perampas Dana (Part 14)


Menghantar Imago aku untuk servis rutin dan tambahan Sabtu lepas, dah dua minggu Imago aku tersadai di rumah atas sebab-sebab berikut...


Masalah pertama ialah ekzos bocor, sama seperti tujuh tahun lepas, bocor disebabkan berkarat teruk pada bahagian tertentu. Nampaknya masalah ini rutin setiap 6-7 tahun, mungkin tahun 2025-2026 kelak aku harus bersedia...

Imej kitar semula.
Juga imej kitar semula.
Masalah kedua yang lebih kritikal ialah ketika membrek, kadang-kadang pendek/keras (normal) dan tiba-tiba panjang/lembut (abnormal). Jika anda seorang pemandu, pasti akan faham apa yang aku maksudkan.


Puncanya, pam utama cecair brek (brake master pump) yang bermasalah. Bila dipukalkan semua kos alat ganti dan servis, terpaksalah mengorbankan dana-dana perhobian. Lebih-lebih lagi hasil jualan Mirage dan SD-1 baru-baru ini, untuk menambah dana-dana khas yang telah diasingkan untuk servis.

Gambar hiasan, entri lama.
Tapi tak mengapa (parap-parap), asalkan Imago aku dapat beraksi semula setelah dua minggu tersadai, semua itu berbaloi... Aku sayang Imago aku, walaupun kategori kereta tua (bukan buruk ye) berusia 13 tahun, tetapi masih lagi comel.

_____
AADI: Nasib baik ada Silvia.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 13)




_____
AADI: ~Harga seketul MT-2.

Moody Monday: Perampas Dana (Part 12)


Kali ni bila ia mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah sejak beberapa minggu lepas, terus ditukar tanpa perlu menunggu keadaan menjadi lebih teruk. Maka, dana-dana perhobian tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

"Pounding out aggression, turns into obsession..."
Jangka hayatnya tak sampai dua tahun, lebih teruk daripada unit sebelum ini yang bertahan tiga tahun. Tapi aku memang respek dengan unit pertama kerana mampu bertahan hingga lima tahun. Aku rasa pemain CD sedikit sebanyak menjadi faktor pelupus kuasa bateri Imago aku.

Masih setia dengan jenama Yokohama walaupun ditawarkan jenama alternatif lain yang lebih murah/mahal.

_____
Ada apa: Mujurlah bulan ni tak ada terGAS apa.

Wordless Wednesday: The Quadrupleness Of Moderate Distance Driver



Kakak pink, adik hijau...
_____
Ada apa: Penuh Imago aku, tapi tak mengapa (parap-parap)...

Moody Monday: Perampas Dana (Part 10) Versi Year End Sale


Tidak seperti tiga tahun lepas, kali ini ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada hari sebelumnya.


Mungkin juga disebabkan kealpaan diri menggunakan "jus" berlebihan semasa membersihkan ruangan kabin semalam tanpa menghidupkan enjin.

Oleh sebab itu, dana-dana yang bakal disalurkan untuk memuaskan nafsu barangan Year End Sale 2014 terpaksa dirampas tanpa belas kasihan, melepaslah seketul pedal wah.

_____
Ada apa: December to remember...

Perampas Dana (Part 9)


Sabtu lepas terpaksa menghantar Imago aku untuk servis penghawa dingin (bahasa pasarnya aircon) di premis yang sama seperti dalam entri 2010 ni. Kes aircon dah tak sejuk, dah lapan tahun guna baru sekali servis, hehehe...


Servis kali ni agak teruk, selain pekerjanya yang teruk (bumper depan pun boleh calar?), ia juga agak "teruk" dari segi kos kerana ada beberapa bahagian terpaksa diganti. Tertangguh lagi hasrat untuk mendapatkan semula MT-2 kerana dana-dananya telah dicopet.

Tapi tak mengapa (parap-parap) kerana kabin Imago aku kini dah sejuk seperti berada di Scotland pada penghujung musim luruh.

_____
Ada apa: Macamlah pernah pergi Scotland...

Perampas Dana (Part 8)


Pagi-pagi lagi dah mengular ke Sri Ting Auto (authorised Perodua Service Centre) untuk mengenalpasti bunyi "misteri" yang kurang menyenangkan di bahagian bawah-belakang Imago aku yang mula dikesan sejak minggu lepas.


Terkial-kial juga mekanik mencari punca bunyi "misteri" tu, yang mungkin hanya boleh didengar oleh (1) tuan punya Imago (2) mekanik berpengalaman (3) mutant with super-human hearings. Dalam kes aku ni, tauke Sri Ting sendiri yang turun padang.


Pemeriksaan untuk kali kedua mengesahkan penyerap hentakan (shock absorber, oksoba?) belakang kiri bermasalah. Benda ni baru saja aku tukar (sepasang) selepas balik bercuti raya tahun 2013. Semenjak itu rasanya Imago aku tidak mengalami sebarang situasi hentakan kuat yang cukup untuk membuatkan benda ni rosak. Atau mungkin dah nasib...

Tapi tak mengapa (parap parap), dana-dana yang dikumpul untuk sesuatu terpaksa dikorbankan untuk menggantikannya. Nak harapkan "sindrom Tony Stark" lagi dua minggu lah jawabnya. Aku agak cerewet bab-bab keselamatan dan keselesaan Imago ni, tak nak tunggu lama-lama.

_____
Ada apa: Sesuatu...

Unmercyful Fate


Masih lagi dalam viral tema King Diamond/Mercyful Fate seminggu ni, walaupun entri ni agak jauh menyimpang daripada landasan muzik KD/MF.


Gambar ni sebenarnya gambar lama, tahun 2007. Ketika Imago aku (yang baru berusia setahun) memiliki sticker "Mercyful Fate" buatan sendiri (DIY). Kalau tak silap sticker ni pun baru 5-6 bulan ditampal.


Ni gara-gara rakan serumah (housemate) pinjam Imago aku terlanggar pili bomba semasa berundur daripada tempat letak kenderaan dalam kesibukan kami berpindah rumah.

Memang takdir tanpa belas kasihan (unmercyful fate) lah Imago aku ketika itu. Nasib baik juga rakan serumah tadi bertanggungjawab sepenuhnya (kopak juga RM250 untuk pembaikan) sebelum aku masuk fasa rage merciless.

_____
Ada apa: Sekarang ia telah digantikan dengan sticker Sarawak Metal Force.

Sepetang Di Pekan Beaufort (Part 2)


Ni kira entri "tribute to Beaufort" yang dilanda banjir sejak Khamis lepas...

Belek-belek gambar dalam telefon bimbit aku K618i yang primitif, terjumpa beberapa gambar di pekan Beaufort semasa bercuti balik kampung tiga minggu lepas.


Aku suka tengok keretapi melintas, dengan bunyi amaran auto-gate turun beserta lampu merah kelip-kelip, terasa macam cliche drama Jepun (entri lama).


Lokasinya di bulatan limau berdekatan dengan Jambatan Sungai Padas (Google Maps). Sarawak tak ada keretapi, kalau ada pun setakat "keretapi balau" di Dalat seperti dalam entri Barangkali Marus ni.


Aku doakan sanak-saudara dan rakan-rakan yang dilanda musibah banjir di daerah Beaufort, Tenom dan Keningau semuanya dalam keadaan selamat dan agar tabah menghadapai dugaanNya.

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringin nak makan soto dan rojak Beaufort...

Antara Imago Dan Koridor Pembangunan Bintulu


Antara perkara rutin untuk Imago aku sebelum balik kampung trans-Borneo melalui jalan darat (aka tour de Brunei) ialah servis berkaitan tayar - balancing, rotation, alignment. Kali ni aku kembali menghantarnya untuk servis di premis Metro Tyres, Parkcity.


Setelah diteliti, ada tanda-tanda dana perhobian aku bakal dirampas untuk membeli tayar baru (senasib macam TJ). Terdapat satu bonggolan pada tayar (bulges/bubbles), ni mesti kes terlanggar lubang di bulatan Assyakirin beberapa hari lepas (nasib baik rim tak bengkok).

Kalau setakat untuk pemanduan berulang-alik ke tempat kerja dan ronda-ronda sekitar Bintulu aku tak kisah pun benda ni, tapi bila memikirkan untuk pemanduan jarak jauh - safety first.

Tak dapat lari daripada vandalisme.
Sementara menunggu giliran Imago aku untuk diservis, sempat menjenguk sebuah taman yang aku rasa agak lengang tidak jauh daripada Metro Tyres - taman Koridor Pembangunan Bintulu(?) dengan senibina ikonik Cina.


Sebenarnya dah lama taman ni siap, tapi baru kali ni aku berpeluang menjejakkan kaki kerana setiap kali aku melimpas melalui taman ni, suasananya agak lengang seperti kawasan perkuburan. Ataupun ia menjadi tumpuan ramai pada masa-masa tertentu sahaja? Seperti Pantai Temasya dan Promenade (Bintulu Waterfront).

Aku harap wartawan smeteter Barangkali Marus akan buat liputan dan laporan mengenai taman ni (ye Cik Marus?).

_____
Ada apa: Boleh buat tempat rakaman videoklip karaoke ni.

Membakut, Here I Come! (Part 10)


Untuk raya tahun ni, kami sekeluarga akan balik kampung (Membakut) menaiki Imago, maka akan bermulalah babak baru iaitu "the tripleness of the long distance driver" menggantikan babak "the doubleness..." dan "the loneliness..." sebelum ini.


Sebelum memulakan perjalanan jauh, seperti biasa aku menghantar Imago aku untuk diservis tayar (balancing, alignment). Enjin? Enjin baru sahaja diservis major (80k) beberapa bulan lepas, hanya perlu beberapa servis kecil-kecilan (periksa radiator, air bateri, dll) yang boleh dilakukan sendiri.

Dah hampir dua tahun aku tak memandu trans-Borneo (aka tour de Brunei) untuk balik ke Membakut, kali terakhir waktu raya tahun 2011. Semenjak "musim panik" sehingga cuti CNY awal tahun ni, penerbangan Maswings merupakan alternatif pilihan untuk kami sekeluarga balik Sabah. Sekarang Lil'Ijau dah cukup besar untuk dibawa bersama-sama melalui jalan darat.

_____
Ada apa: Cuti Krismas baru balik Dalat...

Imago Dan Ekzos


Khamis (13/12/2012) - Mengular ke Sri Ting Auto (authorised Perodua Service Centre) untuk mengenalpasti apakah masalah ekzos Imago aku yang agak "longgar" dan kuat bergegar semenjak balik dari Dalat seminggu sebelumnya.

Bukan selalu dapat peluang menjenguk bahagian bawah Imago aku ni.
Oke, bocor bahagian ni dah lama aku perasan.

Rupa-rupanya ada lagi kebocoran besar di bahagian bawah (beyond repair/welding), yang boleh putus dan jatuh bila-bila masa sahaja. Kalau jatuh ketika berada di bandar Bintulu tiada masalah, kalau jatuh semasa dalam perjalanan balik Dalat minggu depan, pasti akan kelam-kabut.

_____
Ada apa: Nasib baiklah kos menggantinya tak sampai tiga digit...

Perampas Dana! (Part 5)


Memulakan pagi Khamis dengan bersarapan roti canai keju telur dan teh tarik di Refah Cafe. Ya, hari ni aku cuti.


Refah Cafe (tak berapa jauh dari La Bistro Cafe), boleh dikatakan premis yang menjual roti canai antara yang tersedap di Bintulu. Tapi kalau diikutkan rasa rotinya biasa-biasa sahaja, tapi kuahnya (kari ayam + sambal bilis) yang sedap membuatkan roti canai Refah Cafe ni berbeza daripada roti canai di tempat lain.

Oh ya, bukan nak cerita pasal roti canai Refah Cafe ni, tapi aku cuti hari ni kerana ingin menghantar Imago aku ke Sri Ting Auto - authorised Perodua Service Centre, untuk menukar set penyerap hentakan (shock absorber, tapi orang kampung aku sebut oksoba) depan Imago aku yang dah "keras" sejak beberapa bulan lepas.


Sepasang absorber tulen Perodua bersama mounting (mounting asal dah bengkok) dan upah servis, melayang juga RM5xx. Ini merupakan kali pertama Imago aku bertukar absorber sepanjang enam tahun aku menggunakannya.

Dana-dana hobi persediaan untuk Year End Sale sekali lagi dirampas oleh Imago aku selepas servis 75k awal bulan November lepas. Tapi demi keselamatan dan keselesaan diri sendiri dan keluarga, relaku korbanan dana-dana hobi kerana ini adalah keperluan yang didahulukan (priority) dan bukan kemahuan.

_____
Ada apa: Bulan depan dapat bonus, boleh ganti ;)

Perampas Dana! (Part 4)


Odometer Imago aku baru sahaja melebihi 75k bulan lepas. Jadi tiba masanya untuk servis major terutamanya penggantian pad brek dan beberapa belting (termasuk timing belt).


Dipendekkan cerita, kos yang terlibat ialah RM5xx, lebih beberapa ringgit daripada jangkaanku (RM500), *sigh~* RM500 yang pada mulanya merupakan dana-dana yang disimpan untuk CK Music 2012 Year End Sale (YES), akhirnya terpaksa disalurkan pada Imago aku.

Seperti biasa, kepentingan lebih diutamakan berbanding kemahuan.

_____
Ada apa: Melepas G3/G5 la nampaknya tahun ni...

Antara Imago, Servis Dan Balik Kampung


Berkesempatan mengunjungi Sri Ting Auto Service, sebuah pusat servis diiktiraf Perodua pagi Sabtu lepas (petangnya jamming MUP) untuk menghantar Imago aku menjalani servis 75k.

Mungkin disebabkan Sabtu ni merupakan Sabtu kedua selepas gaji, jadi tak ramai yang menghantar kereta untuk diservis. Biasanya kalau Sabtu pertama selepas gaji memang jenuh menunggu giliran.

Sebenarnya odometer Imago aku belum lagi mencecah angka 75k walaupun dah berusia enam tahun (11/7/2006) manakala tarikh sepatutnya diservis adalah pada bulan Mac yang lepas. Bacaan odometer aku masih lagi di bawah 74k jadi mekanik Perodua menyarankan agar servis major dilakukan pada servis berikutnya (80k+).

Masih lagi comel walaupun dah berumur enam tahun :)

Beberapa hari kemudian pula selepas balik kerja, aku menghantar Imago aku ke premis Metro Tyre untuk servis tahunan berkaitan tayar (rotation, balancing and alignment). Kenapa aku tak buat sekaligus di Perodua? Entahlah, mungkin disebabkan aku dah biasa mengunjungi Metro Tyres seperti tahun-tahun lepas untuk servis berkaitan tayar.

Kadang-kadang geram juga bila tengok sport rim dan tayar berprestasi tinggi yang dipamerkan di dalam premis ni. Waktu mula-mula berkereta dulu aku hampir-hampir membeli set rim 15" dan tayar yang baru gara-gara terpengaruh dengan rancangan Pimp My Ride.

Sekarang ni memang dah tak ada minat nak mengubahsuai, sebab aku masih selesa dengan penampilan "standard" Imago aku, semuanya masih lagi "stock" kecuali tayar, bateri dan pemain CD (spark plugs, belting, gasket, oil filter and all other mechanical fluids was a different story).

Cerita pasal servis Imago ni sebenarnya adalah persediaan untuk perjalanan jarak sederhana balik kampung Mrs. Ijau hujung minggu ni, nak bawa Lil'Ijau balik berjumpa atuk, nenek dan sanak-saudaranya di Dalat.

_____
Ada apa: Hmmm, tajuknya "
The Tripleness Of A Moderate Distance Driver"...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger