Showing posts with label gapnap. Show all posts
Showing posts with label gapnap. Show all posts

Wordless Wednesday: CK YES GHS



_____
AADI: Juga melalui perantaraan Gapnap.

ALX Vs H1


Tidak seperti Seymour Duncan Blackouts AHB-1N, pikap-pikap berikut tidak disenaraikan dalam website Bentley Music, dan diskaun jualan hujung tahunnya (YES) hanya eksklusif untuk pelanggan walk-in seperti kes PRS SE Torerro beberapa tahun lepas.

Unsealed...

Namun, kedua-dua pikap ini berjaya diperolehi menerusi perantaraan Gapnap yang datang ke Bintulu beberapa hari lepas. Untuk YES Bentley, EMG-ALX Alexi Laiho set ini berdiskaun 30% manakala *EMG-HZ H1-N pula berdiskaun 50%!

Hmmm... Mana sweatband COB?

EMG-ALX ini antara pikap yang teringin aku miliki sejak diiklankan oleh Dead Eye Guitars sedekad yang lepas. Tapi dengan harga runcitnya, terasa tidak berbaloi ketika itu. Tapi dengan diskaun 30% terasa tersenyum memilikinya.

Ini merupakan batch baharu (batch 2018) berlogo "EMG", tidak seperti batch lama berlogo "EMG-HZ". Kalau ikutkan spesifikasi, EMG-ALX ini sama seperti EMG-HZ H2, ya sebuah pikap pasif.

Yang membuatkannya istimewa ialah litar aktif ABQ EQ/boost seolah-olah memiliki sebuah overdrive/booster dengan frekuensi resonans yang boleh dilaras.

EMG-HZ H1-N (neck) ini pula diperolehi untuk melengkapkan kedua-duanya sebagai sebuah set pikap pasif EMG dengan ABQ EQ/boost aktif.

H1-N ini merupakan batch agak baharu (batch 2015) juga berlogo "EMG" seperti EMG-ALX tadi. Tanpa mata terlatih (trained eyes), kedua-duanya akan nampak seperti EMG Revelation (Prashant Aswani) set.

Akan dipasang untuk projek kegitaran tahun 2022. Secara tidak langsung, ia akan menjadi tribute untuk Alexi "Wild Child" Laiho selepas setahun pemergiannya, walaupun aku bukanlah peminat tegar Laiho dan COB/BAM. Gitar apa? Tunggu...

_____
AADI: *Kalaulah ada model bridge H1-B atau H2-B, memang aku beli lagi satu set.

Sepetang Bersama Gapnap


Dihubungi oleh Gapnap beberapa minggu lepas mengatakan dia akan ke Bintulu dan Miri beberapa minggu untuk bercuti melancong bersama keluarga. Serius, sudah agak lama aku tidak berurusan dengan Gapnap, kali terakhir penghujung 2018.

Sempatlah meluangkan masa lepak bersama di The Hood Bintulu Town Square malam Krismas lepas (juga hari lahirnya) sambil bercerita tentang situasi bisnes alat muzik terkini Malaysia. Berlatar belakangkan dentuman guruh, kilauan petir dan tempias hujan lebat.

Aku kenal Gapnap sejak zaman forum Lowyat.net (LYN) dan era awal penubuhan Music Master Studio awal 2010an dulu. Antara tempat untuk aku mendapatkan barangan kegitaran selain Dead Eye Guitars, Engbok (yNot Studio) dan Satchman. Berkesempatan juga mengunjungi premis Music Master Studio dua kali pada 2011 dan 2013.

Dan untuk meneruskan tradisi, aku ada memesan beberapa barangan jualan hujung tahun (YES) daripada Bentley Music dan CK Music melalui Gapnap sebelum dia datang ke Bintulu. Akan dibuatkan entri berasingan kelak.

Thanks Gapster, and happy birthday!

_____
AADI: Selamat menyambut Hari Natal.

X2N 2019


Entri pertama untuk 2019 (deja vu entri tahun lepas), menyambung kembali mood jualan akhir tahun (YES) dengan perolehan sebuah pikap DiMarzio X2N (DP102). Ini merupakan pancingan YES 2018, diperolehi daripada Gapnap dengan diskaun hujung tahun yang sukar untuk ditepis.


Antara model DiMarzio yang mula-mula aku kenali selain Super Distortion (DP100). Mungkin disebabkan reputasinya sebagai pikap beroutput paling tinggi dalam katalog DiMarzio. Buat masa ini ia disimpan dalam stok sehingga ada gitar perumah yang sesuai. Atau menjadi pelaburan, waktu gawat nanti boleh dijual semula dengan harga runcit, kah kah kah!~

Up the DiMarzio! \m/

_____
AADI: Selamat tahun baru 2019.

Micro Tangerine Reloaded


Pembelian yang bukannya disebabkan jualan akhir tahun (YES) ataupun Black Friday, kerana tiada diskaun hujung tahun untuk produk Orange di Malaysia.


Berisi amp head Orange Micro Terror, diperolehi melalui Gapnap berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan beberapa pedal stompbox yang tidak diperlukan.


Diperolehi untuk projek komuniti yang akan datang, selain koleksi untuk kepuasan diri. Sekarang ini lebih relevan membelanjakan dana-dana GLTL untuk amp berbanding pedal.

Perbandingan saiz.
Pernah memilikinya sekitar tahun 2014, tetapi tahun berikutnya ditukar (trade) dengan set EMG 81/60 dengan seorang kenalan dari Labuan. Walaupun pernah terGAS dengan versi Micro Dark, tetapi harganya yang kurang munasabah membuatkan aku kembali *memilih Micro Terror.

Versi 2014.
Versi baru ini ada sedikit perbezaan, selain kotak yang berbeza grafik, perbezaan utama ialah impedens output minimum speakernya 8 ohm berbanding 4 ohm pada versi lama.

"A 4 Ohm load can be connected but may cause the amplifier to overheat if used for prolonged periods at high volumes. In this case the amp should be switched off and allowed to cool."
- Hype daripada website Orange.
Versi 2014.
Bakal digandingkan dengan kabinet Vox V110NT (10") atau Blackstar HT-112 (12"), kedua-duanya berimpedens 16 ohm. Dan jika ingin full-blast, mungkin aku boleh gabungkan kedua-dua kabinet tadi secara selari (parallel) supaya impedensnya 8 ohm - projek DIY akan datang.


Pembelian sampingan merupakan dua unit tali gitar Ernie Ball dan Dunlop bersaiz 10-52. Ironinya kedua-dua jenama ini antara jenama yang... Tapi tak mengapa (parap-parap) sebab jenama-jenama ini sahaja yang ada saiz 10-52 ketika proses pembelian berlangsung.

*Vox MV50 AC juga antara calon yang kecundang.

_____
AADI: Atau kalau ada bajet lebih, mensasarkan kabinet PPC108.

Blackstar HT-112 Speaker Cabinet


Antara yang pernah terGAS beberapa tahun lepas, akhirnya kini berjaya diperolehi. Kabinet speaker Blackstar HT-112 yang teramat-amat sesuai dipadankan dengan HT-5RH head.


Diperolehi daripada Gapnap berbekalkan dana-dana hasil GLTL Peavey Vypyr 30 bulan lepas. Ironinya, Vypyr 30 pada mulanya digunakan sebagai kabinet speaker 1x12 untuk HT-5RH (entri ini)


1/3 opened-back, ia tidaklah tertutup habis seperti kabinet Vox V110NT. Dengan hukum ibu jari (rule of thumb?) kabinet jenis opened-back akan menyerlahkan bunyi yang agak nyaring berbanding jenis closed back yang lebih tebal (bass-y).


Sayangnya, pada sebelah atas amp tiada lubang khas untuk menempatkan "kaki" HT-5RH supaya tetap pendiriannya. Dengan berat sekitar 11 kg, kabinet ini masih dikira ringan untuk dibawa ke lokasi jamming, jika perlu.


Speaker yang digunakan ialah Blackstar 50, berimpedens 16 Ohm dan mampu menampung kuasa sehingga 50 Watt. V110NT juga berimpedens 16 Ohm, maka kedua-duanya boleh disambung pada HT-5RH secara serentak menggunakan kedua-dua output 8 Ohm.

The green and the black.
Akhirnya lengkaplah pasangan HT-5RH dengan HT-112. Seperti biasa, sesebuah speaker amp baru perlu mengambil sedikit masa untuk break-in. Mungkin akan dibawa jika ada sessi jamming Hepi;) untuk lebih break-in. Yang pasti aku tak akan membawanya untuk sessi rehearsal Rock & Mob petang nanti atas faktor-faktor logistik.

_____
AADI: Katanya Adrian Smith pun guna amp ini semasa rakaman TBOS.

Wordless Wednesday: 50 Watts 16 Ohms




_____
AADI: Formerly Blackbird 50.

Antara DiMarzio, Dunlop, Warwick Dan Ernie Ball


DiMarzio terakhir dengan harga jualan akhir tahun (YES) 2017, PAF Master bridge (DP261F) diperolehi daripada Gapnap bersama beberapa pembelian sampingan - Warwick RockStand Worwei, Dunlop Formula 65 polish & cleaner dan sebungkus Ernie Ball (lagi?) Regular Slinky.


Terdapat sedikit salah faham untuk PAF Master ini, aku memesan model neck DP260 yang dirancang untuk dipadankan dengan Satchur8 yang ada dalam stok untuk kombo Gilbert/Satriani. Tapi hanya tinggal dalam stok Gapnap hanyalah model bridge DP261, kalau nak order lain sudah tiada diskaun YES.


Tapi selepas menonton klip YouTube ini, it's not a bad idea after all, model bridge ini dipasang pada posisi neck. Lagipun output DP261 masih kecil 278 mV berbanding output Satchur8 375 mV, kira masih seimbang untuk kombo Gilbert/Satriani tadi.


RockStand Worwei dipesan untuk kegunaan semasa Rock & Mob, rehearsal dan D-day kelak. Stand mudah alih sebegini amat sesuai dibawa semasa busking, dan membuatkan gitar anda nampak lebih dihargai berbanding diletakkan atas lantai yang hanya berlapikkan gigbag. Cuma ia tidak sesuai untuk gitar jenis ekstrim seperti Explorer, Flying V dan seangkatannya.


Ernie Ball Slinky juga sebagai pembelian sampingan impulsif (impulsive collateral purchase?), dan sejurus selepas diterima ia terus dibuka untuk memeriksa sama ada berkarat atau tidak pada tali GBE. Ya, batch kali ini masih segar dari ladang, tiada sumpahan karat seperti 1052 yang lepas. Akan cuba dipesan sekali lagi untuk pembelian akan datang, nak tengok konsistensinya.

Harapnya, tiada lagi perolehan pikap premium untuk tahun ini.

_____
AADI: Mungkin akan bermastautin dalam Korina.

Boss GT-1: On-The-Go Gig Rig


Selepas kes Pod HD300 yang kaput bulan lepas aku mula cuak untuk memiliki multi-fx utama jenis besar gedabak. Sebagai pengganti, aku memilih Boss GT-1 yang bersaiz sederhana untuk menjadi gig rig on-the-go aku. Digitech RP360 yang ada akan diasimilasikan bersama-sama Laney IRT-Pulse dan stompbox Boss sebagai big rig.


Diperolehi daripada Gapnap, berbekalkan dana-dana hasil GLTL Johnny beberapa minggu lepas. Perolehannya begitu lancar sekali, cuma lambat sampai disebabkan perkhidmatan penghantaran yang sudah tidak laju, sepatutnya sampai sebelum cuti CNY lagi.


Semasa dirilis tahun lepas, aku agak tertarik dengan dimensi dan saiznya yang sebesar Pedaltrain-Nano dengan layout yang agak kemas.

Pakej asal tidak disertakan dengan adapter (dijual berasingan), tapi bersempena promosi tertentu, adapter PSA compatible ini disertakan. Aku dah ada adapter Boss PSA-230 yang original, Zoom AD-16E pun aku rasa jenis PSA compatible.


Juga boleh dikuasakan menggunakan empat biji bateri AA yang disertakan sekali (GP Alkaline, bukan Panasonic di bawah). Dalam manual, untuk bateri jenis alkali boleh bertahan sehingga tujuh jam penggunaan. Mungkin aku akan cuba guna bateri rechargeable untuk sessi jamming akan datang, berapa lama ia mampu bertahan dengan penggunaan berterusan?


Panel I/O yang ringkas, AUX IN (auxiliary input), PHONES (out), output stereo. Tidak memiliki DI output, tetapi jenis output boleh dipilih bersesuaian dengan backline yang digunakan, sama ada amp (JC-120, small amp, combo, stack), effects return atau line (mixer, recording, PA system).


CTL2,3/EXP2 boleh digunakan bersama-sama foot switch Boss FS-6/7 untuk mengawal parameter tambahan. Juga boleh digunakan untuk expression pedal jenama lain contohnya Zoom FS-2. Juga memiliki USB port untuk disambungkan dengan PC atau laptop untuk kegunaan update firmware, aplikasi Boss Tone Studio atau recording DAW.


Walaupun amp modelling yang ada tidak sebanyak yang ada pada RP360, tapi sudah cukup untuk muzik yang aku mainkan. Yang penting ada modelling AC30, 1959 Plexi, 5150, R-fier dan acoustic simulation, selebihnya nasi tambah. Juga memiliki bunyi-bunyian beberapa pedal stompbox Boss terkenal.



Patches yang ada tidak kurang menarik, tapi kalau tak puas hati juga boleh pilih dan download beberapa patches liveset daripada selebriti terkenal seperti Steve Lukather, Alex Hutchings, Gus G, Marty Friedman, Jack Thammarat, Herman Li, dll.

Bab-bab teknikal, looper dan DAW mungkin aku boleh buat dalam entri lain (kalau rajin). Dengan adanya GT-1 ini, maka GAS untuk memiliki MT-2 terlebur secara otomatik.

_____
AADI: Serius, boleh muat dalam beg Pedaltrain-Nano.

Former Magnetar


Ya, belum sampai sebulan, sudahpun membeli pikap DiMarzio lagi. Walaupun dalam entri pertama, aku cuba untuk tidak terGAS atau membeli pikap gitar untuk tahun ini, hahaha... Faktor diskaun +30% jualan akhir tahun (YES) yang masih sah daripada Gapnap merupakan racun utama.


Kali ini model Satchur8 (DP273F) menjadi pilihan, signature terbaru Joe Satriani yang sebelum ini dikenali sebagai Magnetar. Tapi atas sebab-sebab pertikaian nama, ia ditukar kepada Satchur8, bersempena signature Satriani (Satch) dan magnet alnico 8 yang digunakan. Untuk ulasan lebih lanjut mengenai model Satchur8 ini, boleh singgah blog Darth Phineas.

Aku bukanlah peminat Satriani, walaupun sebenarnya ada atau pernah memiliki barangan signature beliau (Satchurator, Time Machine, strap, picks). Satu daripada kelebihan pikap DiMarzio berbanding jenama yang satu lagi tu, walaupun ia pikap signature artis tertentu (Satriani, Vai, Petrucci, Bowen, etc), tetapi harganya masih dalam lingkungan harga pikap model-model biasa.


D'Addario EXL117 (11-56) pula sebagai pembelian sampingan, malangnya ia bocor akibat terkena bucu tajam kotak DiMarzio semasa dalam pengeposan. Tapi tak mengapa (parap-parap) akan ditampal semula dengan sellotape.

Belum buat keputusan gitar mana satu bakal menjadi perumah. Pikap ini katanya lebih afdal dipasang pada gitar superstrat, floating/locking bridge, 24-fret. Mungkin akan disimpan dalam stok sehingga ada gitar perumah sesuai. Atau menjadi pelaburan, waktu gawat boleh dijual semula dengan harga runcit, kah kah kah!~

_____
AADI: Menunggu pikap signature Nita Strauss.

Pengaktif Putih


Entri pertama untuk 2018, menyambung kembali mood jualan akhir tahun (YES).

Ini merupakan pancingan YES 2017 terakhir daripada Gapnap diterima Sabtu lepas. Sebuah pikap gitar DiMarzio D-Activator bridge (DP220FW) F-spaced dengan bobbin putih. Beberapa tahun lepas aku pernah memiliki model ini, tetapi telah dijual kepada seorang rakan dari Sabah yang beria-ia ingin membelinya.


Ernie Ball 10-52 (lagi?) sebagai pembelian sampingan setelah diumpan dengan harga yang murah (it's a trap!). Manakala Pick Buddy pula sebagai hadiah percuma daripada Gapnap, yang aku anggap sebagai hadiah hari jadiku yang jatuh pada bulan ini, thanks Gap!


Warna putih dipilih untuk dipadankan dengan Evolution neck (DP158FW) yang ada dalam simpanan selepas dikeluarkan daripada Johnny. Set Evolution/D-Activator ini aku gelar "Hurricane" set kerana diilhamkan daripada set yang ada pada Ibanez RGT320Z Nita Strauss.

Source.
Dalam keghairahan masuk khemah Seymour Duncan dan EMG tahun lepas, aku masih juga setia dalam khemah DiMarzio. Pembelian pikap terakhir untuk tahun lepas, dan harapnya untuk tahun ini tidak terGAS lagi untuk membeli pikap.

_____
AADI: Instagram feeds (widget atas kiri tu) dah bagi spoiler.

Andy Timmons Clone Drive


Pancingan jualan akhir tahun pertama daripada Gapnap, sebuah pedal Joyo JF-305 AT Drive dengan diskaun *58.33% (bersama-sama tali Ernie Ball dalam entri sebelum ini). Mungkin saki-baki daripada stok zaman Music Master Studio kot?


Didatangkan dengan dua jenis pad, velcro dan getah, terpulang kepada pengguna sama ada ingin menggunakan pedal ini pada pedalboard ataupun di atas lantai.

Daripada warna merah/oren ia mungkin klon Xotic BB Preamp, tapi kalau ikut nama pula ia mungkin klon JHS The AT Channel Drive (Andy Timmons signature). Apa-apapun memang Andy Timmons pernah/sedang menggunakan kedua-dua pedal tersebut.


Stapler sebagai perbandingan saiz, dan disebabkan saiznya yang kecil ini, tiada tempat untuk bateri seperti pedal-pedal mini jenama lain (Mooer, Hotone) penggunaan power supply adalah mandatori.

Apa yang menarik perhatian ialah suis pijak (stomp switch) dengan klik yang lembut, seperti suis pada pedal-pedal MXR (contoh M234). Hanya sedikit daya diperlukan untuk mengaktifkannya, tidak seperti pedal Dr. J, Joyo siri lama mahupun Electro-Harmonix yang agak keras.


Plastik penutup (Ironman's visor) yang lebih tebal dan tegap daripada jangkaan. Inovasi daripada Joyo supaya dapat melindungi empat tombol kecil HIGH, LOW, VOLUME, DRIVE yang nampak kurang tegap daripada rosak dipijak. Dan secara tidak langsung dapat juga melindungi setting tombol-tombol itu tadi daripada terubah secara tidak sengaja.

Bunyinya agak unik, walaupun dikategorikan sebagai overdrive, tapi boleh mencecah bunyi seakan distortion. Tombol DRIVE memainkan peranan karekteristik pedal ini, jika dipulas lebih daripada separuh, bunyi overdrive seakan-akan termampat (compressed). Selebihnya nak cerita banyak pun nanti temberang saja lebih, kah kah kah...



Satu daripada tiga pedal berikut - AT Drive, Blademaster dan Lancelot - akan berpindah milik kepada Azrol dan digunakan sebagai pedal distortion/overdrive utamanya (masuk khemah stompbox). Tapi belum pasti yang mana satu akan dipilih kelak, petang nanti atau esok mungkin ada sessi shoot-out.

*Kalaulah semua pedal siri Ironman berharga sebegini, tentu pedalboard aku akan penuh dengannya...

_____
AADI: Dah tahu dari mana datangnya idea nama Ironman kan?

Gapnap, Joyo Dan Sumpahan Ernie Ball


Lagi pancingan jualan akhir tahun, kali ni daripada Gapnap. Sebuah pedal Joyo JF-305 AT Drive dengan diskaun ~58.33% dan dua bungkus tali gitar elektrik dan akustik jenama Ernie Ball sebagai pembelian sampingan.


Eh? EB lagi? Tak serik dengan sumpahan karat EB? Aku sebenarnya mencari tali gitar bersaiz 10-52, dan EB skinny top heavy bottom inilah sahaja tali (berjenama besar) 10-52 yang termurah selepas Martin/Darco (sold-out) untuk melengkapkan pembayaran. I'd give 'em a second chance selepas berpuas hati dengan versi stainless steel slinky. Tali akustik EB Earthwood pula untuk projek akan datang.


Selepas berdebar-debar membelek satu-persatu lima tali pertama (besar ke kecil), akhirnya tali keenam dan terkecil didapati ada sedikit tompokan karat, memang sumpahan EB? Padahal bungkusan ini merupakan batch terbaharu kerana ada iklan Paradigm di belakang helaian gambar St. Vincent tu.

Sebelum karatnya melarat dan menjadi-jadi, set ini akan diberi keutamaan untuk dipasang pada gitar (mungkin pada Neon) dalam masa terdekat. Oh ya, AT Drive tadi akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Rust in peace EB.

Zoom Expression


Benda yang dipesan melalui Gapnap sepatutnya sampai Jumaat minggu lepas (sebelum Gig Terjun), tapi sampai Isnin berikutnya atas sebab-sebab syarikat penghantar dah tak berapa laju.


Zoom FP02M expression pedal, M untuk metal, ya casisnya diperbuat daripada logam, sedikit tahan lasak berbanding model lama FP02 daripada plastik.


Menggunakan kabel patch stereo (TRS) untuk sambungan kepada apa-apa peranti yang serasi dengan pedal ini. Dalam kes aku, ia akan digunakan bersama-sama Digitech RP360.


Digunakan sebagai pedal ekspresi (duh~) untuk mengawal parameter yang telah diset pada setiap patch. Selain mengawal VOLUME output, ia juga boleh diset untuk mengawal GAIN distortion/drive, nilai MODULATIONS/DELAY/REVERB dan dijadikan sebagai pedal WAH.


Jenguk isi perut, hanya mekanisme ringkas. Aku rasa gear tu disambung kepada potentiometer jenis optikal berbanding mekanikal.

Kelebihan - murah berbanding pedal ekspresi jenama lain yang kebanyakkannya melebihi RM300.

Kelemahan - potentiometer yang digunakan adalah jenis log dan bukannya linear. Jadi nilai parameter yang dikawal agak melonjak dan tidak sekata/linear. Mungkin ada setting dalaman kot?

_____
AADI: Kalaulah dapat guna dengan Zoom MS-50G kan bagus.

Loxx, The Smart Strap Lock?


Pembelian eksesif daripada Gapnap, selain alat ganti elektronik kegitaran yang lain. Strap lock stainless steel jenama Loxx buatan Schaeffertec Jerman.


Lebih kurang sama seperti sistem Hennessey, cuma lebih kecil, low-profile dan lebih tegap. Katanya boleh bertahan sehingga 200 lbs @ ~90 kg (betulkan kalau salah).


Strap button yang kecil, manakala cap yang bergigi mencengkam teguh hujung strap, amat sesuai untuk hujung strap yang diperbuat daripada kulit. Memasang dan membukanya daripada strap amat mudah kerana dibekalkan spanar kecil dalam pakej.


Digandingkan dengan strap The Betty untuk dipasangkan pada Johnny. Disebabkan ia berwarna krom, ia juga serasi dipasang pada Goldie sekiranya sudah bosan pada Johnny.


Satu kelemahan sistem Loxx ini ialah diameter skru Loxx lebih besar berbanding skru asal strap button, sedikit sebanyak merosakkan alur/lubang kayu lama. Sekiranya ingin memasang semula strap button asal, skru asal tidak dapat digunakan.

_____
AADI: Strap lock adalah mandatori.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger