Showing posts with label bass talk. Show all posts
Showing posts with label bass talk. Show all posts

Burung Pipit


Pancingan pertama untuk jualan akhir tahun (YES) 2017 ialah dua buah pedal jenama Dr. J; D-53 Sparrow driver & DI for bass dan D-59 Lancelot distortion masing-masing dengan diskaun YES 50% dan 62%. Diperolehi daripada Amplitude Music (JL Guitars), rasanya sebelum ini aku belum pernah lagi bertransaksi dengan Amplitude. Untuk entri ini aku akan fokus pada Sparrow sahaja, Lancelot akan dibuat entri berasingan kelak.


Setelah menyesal menjual Hartke VXL (Bass Attack ver. 1) dua tahun lepas, pedal jenis preamp/driver/DI untuk bass antara yang termasuk dalam senarai GAS tahunan. Tahun ini ingin mensasarkan sama ada Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion. Manakala MXR M80, Tech21 SansAmp dan Eden WTDI seperti dalam entri ini terkeluar senarai kerana harga yang premium.


Sparrow pula tersenarai sebagai #3, alternatif sekiranya kedua-dua pedal Hartke dan EHX tadi tidak mampu dapat diperolehi. Dan disebabkan diskaun 50% YES tadi, Sparrow melonjak menjadi #1 kerana berbaloi per harga, yang kini semurah pedal-pedal Joyo biasa (Dr. J merupakan pedal boutique keluaran Joyo).


Tiada fungsi tambahan yang fancy seperti attenuation/pad, phantom power atau parallel output, cuma ada fungsi asas DI seperti XLR (balanced) output dan suis ground lift. Dan sebagai unit DI spesifik untuk bass, aku rasa fungsi-fungsi asas ini sudah mencukupi, selebihnya Samson S-Direct ada sebagai backup.


Boleh guna sama ada bateri 9V atau adapter standard 9V, no phantom as mentioned earlier. Bateri agak leceh, kena buka empat skru. Ruang agak terhad hanya sekeping plastik melindung papan litar daripada bersentuhan dengan bateri, lagipun pedal ni kecil, dimensi cuma 3.5" x 3" x ~2". Untuk jangka masa panjang, adapter merupakan pilihan terbaik.

Pedal preamp/drive/DI untuk bass sebegini ada banyak kegunaan. Dalam kes aku, ia akan digunakan sebagai amplifier maya untuk bass rig aku yang mana output XLRnya akan disambung terus ke FOH/PA system studio. Walaupun tidak se"umph" menggunakan amplifier khusus untuk bass, tapi tak ada rotan, akar pun jadilah...

Ulasan padat oleh Premier Guitar.

_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimum semasa sessi jamming petang ini.

Antara Roto Dan Reco


Kononnya nak cari tali bass Rotosound SH77 (Steve Harris signature) seperti dalam entri minggu lepas. Tapi SH77 susah nak cari (dan bajet pun agak ketat), sebagai alternatif, dapat Roto Bass RB45 pun jadilah... Rotosound juga~

Ok, itu harga runcit.
Diperolehi secara impromptu daripada Pusat Muzik Reco, dapat sekeping pick Jim Dunlop Big Stubby sebagai pemberian mutual.

Orang kata tali bass ni pelaburan jangka panjang, jangan alang-alang kalau beli, sebab ada yang boleh bertahan sehingga 2-3 tahun. Tak macam tali gitar biasa yang ditukar setiap 4-6 bulan (ikut standard aku).

_____
Ada apa: Serius, ini kali pertama aku beli tali bass.

Multi-Stomping The Bass


Semenjak kembali fokus kepada Bass, terkial-kial juga mencari efek bass yang ada amp modeling. Pada mulanya ingin mendapatkan B1on/B1Xon tetapi memilih MS-60B untuk lebih kompak dan mudah alih. Diperolehi dengan *harga penghabisan stok (unit terakhir) daripada MMO Music (yNot/Engbok).

Ini merupakan kali ketiga aku membeli pedal siri Multi-Stomp Zoom, sebelum ini pernah ada MS-50G dan MS-70CDR (kedua-duanya dah dijual).

Macam warna BC-2.
Kenapa amp modeling? Sebab aku dah tak ada amp bass. Dengan adanya teknologi amp modeling, setup bass rig aku boleh disambung terus ke PA system dengan bantuan DI unit. Dalam MS-60B ni ada enam jenis amp modeling - Ampeg SVT, Fender Bassman 100, Hartke HA3500, Aguilar DB 750, Markbass Little Mark dan Acoustic 360 - lebih daripada cukup.

*Harga pasaran untuk pedal-pedal siri Multi Stomp sekarang dah melebih RM400. Tak lama dahulu harganya hanyalah sekitar RM300-350. Harga penghabisan stok MMO Music sebenarnya murah sedikit daripada harga jualan akhir tahun, oklah tu.

_____
Ada apa: BFX-708 tuan asal nak beli balik.

Wordless Wednesday: SH77



Imej cilok.
_____
Ada apa: Tak pernah lagi beli tali gitar bass...

Sudden GAS: Bass Preamp Pedal (Part 2)


Sambungan minggu lepas...

Baru perasan yang Hartke ada meriliskan sebuah pedal preamp baru iaitu Bass Attack 2 semasa NAMM 2016 yang lepas. Adakah ia VXL Bass Attack Mark II? Hartke seolah-olah faham penyesalanku menjual VXL.
Image Samsontech.
Dengan tambahan OVERDRIVE dan fizikal yang lebih kecil (tapi panjang), sudah pasti ia lebih berbaloi dan mesra pedalboard.

Cuma kelemahan yang aku perasan:
  1. Seperti MXR M80 Bass DI+, tombol-tombolnya lebih mudah terpijak secara tidak sengaja.
  2. Menggunakan bateri AAx2 berbanding 9V, tapi masih lagi boleh menerima alternatif AC adapter atau phantom.
Jika harga runcitnya di bawah RM500, sudah pasti akan masuk dalam senarai akan dibeli. Jika lebih mahal, ada baiknya terus beli Zoom B3 atau M80 tadi.

_____
Ada apa: Tunggu, lihat dan sabar.

Wordless Wednesday: Post-2015 Bass Rig




_____
Ada apa: Menyesal let-go VXL, nak cari pengganti, mungkin WTDI.

...And Justice For Bass


Antara alasan dan pembakar semangat untuk aku mengeluarkan Tommy daripada gigbag yang terperap lama dalam almari dan kembali fokus bermain bass untuk entiti *3-piece Hepi;)


Beberapa tahun lepas waktu mula-mula berkecimpung, video di bawah ni lah yang menjadi pembakar semangat untuk belajar main bass.


Sehingga kini, setelah lebih enam tahun, tahap mainan bass aku masih pada tahap patuk ayam (gitar pun begitu) hahaha... Tapi tak mengapa (parap-parap) asalkan puas hati dan enjoy ketika jamming, itu sudah memadai.

_____
Ada apa: *Mungkin 4-piece jika boss jadi vokalis.

Bass Talk: I Need Bass! (Part 2)


Ya, aku dah BELI bass baru, dipesan terus tak lain tak bukan dari Dead Eye Guitars (DEG), dijangka sampai esok atau lusa...

Two soapbar type pickups. Image courtesy of Dead Eye Guitars.

Walaupun ia bass yang murah (sebab bajet terhad), tapi ia bukanlah bass yang cikai. Dan yang pasti ia bukan Craftsman SRB20 Stingray copy.

_____
Ada apa: If you can't borrow it, buy it!

Bass Talk: I Need Bass!


Hepi;) dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Penutup Karnival Sukan & Sambutan Penutup Gawai (Ngiling Tikai) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan pada Jumaat minggu depan 29/6/2012.

Sebenarnya dah lama Hepi;) tak beraksi semenjak diserap masuk ke dalam Metuk Ulau Projekt (MUP). Dan semenjak itu aku dah lama tak main bass yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk me"let-go" bass aku Clover seperti dalam entri lepas.

Warwick Vampyre, ada berani?

Sekarang aku dah tak ada bass, nak pinjam bass daripada rakan-rakan ahli muzik di Bintulu ni agak leceh (sebenarnya akupun segan nak pinjam). Petang tadi kami dah mula berlatih (tanpa bass - aku guna Goldie), main muzik tanpa bass memang akan terasa sesuatu yang tak kena.

[Edited @ 25/6/2012 8.40 am] Bob Kandar sekarang dah guna drumset digital Medeli DD506, drumset lama Tama dah jual. Eh? Medeli DD506 dan amp Orange? Macam pernah nampak je...

Long story short, I need bass!

_____
Ada apa: Rookie bassist tanpa bass...

Bass Talk: Simple Bass Rig


Semenjak dah selalu berkolaborasi dengan Metuk Ulau Projekt, aku dah lama tak main bass ketika jamming sebab posisi bassist digalas oleh Adi Herman yang lebih berpengalaman dan aku kini lebih fokus kepada vokal serta menjadi "si gitaris ketiga" (ambient strummer).

Petang tadi sempat juga main bass dalam setengah jam dengan rig yang ringkas - Clover (GSR200EX), Bass Blogger dan Oren Besar (CR50BXT). Memang kekok rasanya bila dah lama tak main bass, kali terakhir aku main bass ni kalau tak silap penghujung Oktober lepas.

Tengah rajin sempat juga menjenguk ruang kaviti pada Clover, memang luas dan kemas. Phat-II EQ preamp module pun kecil je rupanya. Nak upgrade pikap bass ke? Tak perlu, sebab aku memang berpuas hati dengan pikap PPD4 yang ada pada bass ni. Tapi kalau Phat-II ni diganti dengan AT2 agak-agak oke tak? Hehehe...

_____
Ada apa: Oren oh oren... Amacam Korawk?

Bass Talk: Ibanez Destroyer Bass DTB100


Tak aci! Model limited edition ni cuma ada di website Ibanez USA, di website Ibanez Asia (Tenggara) tak ada! Memang tak aci!

Drawback(s):

  • B10 bridge (Gio basses bridge).
  • Solitary Ibanez STD P (P-Bass style) split pickup.
  • Only available in candy apple (CA) finish, ewww~
  • Regional offering.

Ibanez Destroyer Bass, DTB100 CA

Tapi daripada spesifikasi, model ni berspesifikasi model entri, no wonder it was a "100" series (DTB100CA). Mungkin harganya juga dalam linkungan harga Gio series. Kalau ada ditawarkan di Asia Tenggara, bergegar lutut juga kawan kita yang seorang tu...

All DTB100 images linked from Ibanez USA

Lebih kurang macam Destoyer Adrian Smith dulu-dulu...

_____
Ada apa: ART200FM yang limited di Asia pula jadi model standard di US sana, apa nak jadi?

Bass Talk: B. C. Rich Warlock One Bass


Pertama sekali, bass B. C. Rich Warlock One ni bukan aku yang punya (I'm not into B. C. Rich), tapi kepunyaan Mr. M yang sekian lama "melepak" di rumah Jairo.

Lepas beraya di rumahnya beberapa minggu lepas, Jairo meminta pertolonganku untuk menyelenggara ketinggian action pada bridge bass ni yang terlampau rendah.

B. C. Rich Warlock One Bass

Dan pada kesempatan yang ada, sebelum ia dibawa untuk sessi jamming bersama Sanggam dan dipulangkan keesokkan harinya, sempat juga aku buat ulasan (review) kecil-kecilan pasal bass ni.

Meet the Warlock (spesifikasi)

  • Brand: B. C. Rich
  • Model: Warlock One
  • Made in: China (of course)
  • Serial no: J01100164
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood
  • Neck: Maple
  • Fingerboard: Rosewood, with dot inlays
  • Pickups: B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups
  • Colour: Onyx black
  • Hardware: Chrome die-cast tuner
  • Scale: 34"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Adjustable stop?
  • Price: RM1xxx (owner bought it from Dead Eye Guitars too...)

Info lebih lanjut sila layari website B. C. Rich.

Four-in-line pointed headstock (macam headstock Ironbird Jairo), ini merupakan entry-level Warlock. High/medium-end Warlock memiliki headstock berbentuk Beast/Widow.

China mari.

Kelebihan

  1. Agak ringan untuk bass sebesar ni, mungkin disebabkan ia menggunakan kayu basswood dan bukan mahogany macam Black Ice aku dulu.
  2. Bentuk yang ikonik (Warlock), sesuai untuk penampilan mereka yang main muzik Metal yang ekstrim.

B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups, volume and tone knobs.

Kelemahan

  1. Entry-level bass with solitary p-bass style split pickup, but it gets the job done very well, don't worry.
  2. Tidak mempunyai built-in pre-amp untuk boost bottom end.
  3. Susah nak cari gigbag yang sesuai.

B. C. Rich neck plate.

Sekiranya anda jenis yang suka bass berbentuk ekstrim tanpa menghiraukan pakej dari segi pikap serta elektronik, dan agak ekonomi, Warlock One merupakan pilihan anda. Kalau ada bajet lebih, baik pilih Warlock Revenge. Tapi bentuk Warlock ni memang popular di kalangan rakan-rakan gitaris/bassist yang berjiwa Mental (Metal Kental).

Kalau ikut pendapat aku, pada harga yang sama aku akan memilih Ibanez SR300 ataupun Squier Vintage Modified Precision Bass yang agak "menang" dari segi ergonomik, pikap dan elektronik, atau mungkin disebabkan faktor aku tak minat B. C. Rich kot? Well, different people different taste... Rock on! \m/

_____
Ada apa: Jairo, adakah anda masih mengidamkan bass Virgin 4 yang kita tengok di Davis GMC bulan Februari lepas?

Bass Talk: MXR M87 Bass Compressor


MXR M87 Bass Compressor - new from NAMM 2011 last January?

Image linked from Jim Dunlop website.

"Take your favorite studio compressor to the stage with the MXR M87 Bass Compressor. A complete array of controls — Attack, Release, Ratio, Input, and Output — makes it easy to fine-tune your sound, from subtle peak limiting to hard squashed compression effects. Its CHT™ Constant Headroom Technology gives you plenty of headroom and clear performance. This totally transparent compressor allows your full dynamic range to shine through until your signal reaches the compression threshold, which is indicated by the ten, highly visible gain-reduction status LEDs. It’s all packed into a durable, lightweight aluminum-housing pedal that’s the size of a Phase 90."

2:04 ada iras-iras bunyi Master Of Puppets.

Bila tengok videoclip tu aku rasa fungsinya tak jauh beza dengan pedal Behringer BLE100 bass limiter/enhancer (klon Boss LMB-3). Tapi adakah fungsi compressor dan limiter/enhancer adalah sama? Yang ni kena tanya pada yang pakar...

My plasticy Behringer BLE100.

Cuma satu perkara saja yang aku tak suka pasal pedal/stompbox MXR ni - harganya mahal! Adakah disebabkan statusnya "made in USA" (seperti Electro-Harmonix @ EHX) membuatkan harganya mahal?

Nak masukkan dalam "wishlist"? Mungkin tidak! Lagi berbaloi kalau aku beli ketuhar gelombang mikro (microwave oven @ mike)...

_____
Ada apa: Guna mike untuk panaskan juadah bersahur? Idea yang bagus...

Bass Talk: Warwick RockBass Arrival!


Minggu lepas, JS Music mengumumkan ketibaan stok baru Warwick RockBass di laman Facebook mereka. RockBass merupakan bass Warwick versi ekonomi buatan China pada harga yang lebih ekonomi (RM1.5k-2.5k) berbanding Warwick buatan Jerman dan Warwick Pro buatan Korea (yang harganya lebih mahal daripada belanja kahwin aku). More info on Warwick.de website.

RockBass Streamer, Corvette.

Walaupun ia versi RockBass, tapi terpampang logo "W" Warwick,
jadi Warwick tetap Warwick :)

RockBass Corvette.

RockBass Streamer.
(Imej Rockbass link dari Facebook JS Music).

Tapi sayangnya cuma ada model varian Corvette dan Streamer sahaja. RockBass Fortress dan Vampyre tak masuk...

Cerita pasal Warwick ni, dari dulu aku minat bass Warwick, semuanya gara-gara pengaruh Marco Hietala (Nightwish, Tarot) yang bergaya dengan Warwick Infinity NT (dan kadang-kadang Vampyre NT). Antara sebab aku memilih untuk belajar bass (berbanding gitar) pada mulanya...

Warwick Infinity NT (harga sebuah Perodua Kancil).

Kalaulah model Infinity ni ada dalam versi RockBass kan bagus, macam model Vampyre. "F" holes tu yang buat ia nampak klasik dan mengiurkan.

Warwick Vampyre NT.

Warwick RockBass Vampyre.

Imej Infinity NT, Vampyre NT dan RockBass Vampyre link dari website Warwick.de

Kalau-kalau ada rezeki lebih, pastinya RockBass ni (Corvette) bakal masuk dalam "senarai tahun depan" hehehe, itupun kalau Mrs. Ijau tak bising-bising...

_____
Ada apa: Sekarang ni aku cuma mampu beli Airwick sahaja...

Bass Talk: Ijau D. Koceng Signature Series Mark II


Tengah sibuk-sibuk gawat nak berprojek mega pun sempat cerita pasal IDK sig Mark II (wannabe). Ibanez GSR200EX GSF (green shadow flat).

Ibanez GSR200EX GSF.

Yes green shadow flat, same colour as my former IDK sig Dinoscars (GAX010LTD). Bass ni merupakan model 2010, berbeza dengan GSR200 biasa yang mempunyai fusion pickup STD-P2/J2, varian EX (experimental) ni mempunyai pickup PPD4 yang dikatakan lebih punchier berbanding gandingan P/J. It's also sports black hardware rather than chrome.

Ibanez GSR200 BK (black).

Dan seperti varian GSR200 biasa, ia juga memiliki PHAT II EQ preamp (seperti yang ada pada Black Ice) yang pastinya akan menghasilkan low tone yang lebih menggoncang dada. It's also available in BKF (black flat) for those who're not into green stuff.

Ibanez GSR200EX BKF.

Sedar tak sedar ia mengingatkan kembali kepada bass pertama aku Crows (GSR190J). Berdasarkan pengalaman, bass Ibanez SR/GSR series merupakan antara bass yang stabil dan selesa dimainkan.

Oh ya, bass ni merupakan GIO series, dan ia tidaklah semahal yang disangka. Oleh sebab itu, secara rasminya ia dah termasuk dalam wishlist 2011 aku hehehe... Tapi nanti-nantilah, selesaikan projek mega dulu.

Imej-imej bass link dari website rasmi Ibanez.

_____
Ada apa: Model GARTB pun boleh tahan!

Bass Talk: Black Ice Turns One!


Ahad 26/12/2010 - Today marks the first anniversary of my beloved Black Ice (Ibanez ICB200EX Iceman Bass) in my possession. Aku menerimanya sehari selepas Krismas tahun lepas, setelah hampir sebulan menunggu selepas diorder dari Dead Eye Guitars (DEG).

Walaupun pada mulanya aku tak berapa berkenan dengan balance issue (neck dive) bass ni. Disebabkan tak puas hati, aku pernah mengiklankannya di Mudah.my seminggu selepas aku memilikinya. Dan ada seorang enthusiast dari Kuching yang dah berminat nak beli bass ni dari aku, tapi tak jadi disebabkan masalah harga. Mungkin jodoh aku memang dengan Black Ice ni.

Tapi bila dah selalu jamming guna bass ni, lama kelamaan akhirnya ia serasi dengan aku (in terms of ergonomics, playability and comfortability) walaupun aku belum pandai main bass. And with the new addition of Oren and Bass Blogger, the fury of it's PHAT II EQ (which has been dormant for so long) was now unleashed! Memang tak sia-sia keputusan aku untuk upgrade bass dari Crows kepada Black Ice...

Setakat ni Black Ice merupakan equipment aku yang paling lama bertahan, rekod sebelum ini dipegang oleh Behemoth, tapi akhirnya pergi jua. [Edited] Eh, silap! Rekod masih dipegang oleh Micro-Cube. Mungkin perangai rakus aku (seperti yang dilabel oleh Oriaj) bertukar-tukar equipment tetap ada, dan sememangnya ada hati untuk memiliki bass baru, adakah Black Ice bakal menerima nasib yang sama?

_____
Ada apa: Menurut Bob Kandar, bentuk Iceman agak "rare" di Bintulu.

Bass Talk: Orange Crush Pix 50BXT Bass Amp


Setelah beberapa minggu berperap di rumah dan dimainkan dengan volume yang minimum, akhirnya Sabtu lepas (11/12/2010) aku dapat "pandu-uji" oren empat segi aku ni seperti biasa di Hepi ;) makeshift studio pada tahap volume 50%. Bila dah "pandu uji" baru boleh buat review kan?

Emblem Orange yang agak old-school.

"The ultimate combo practice amp, perfect for rehearsal or smaller gigs. The Orange Crush PiX combo combines portability with solid Orange construction and durability."

- hype dari DV247.com

Spesifikasi

  • Power: 50 Watts
  • Channel configuration: Clean thru overdrive
  • Speaker: 12" Orange design
  • Clean channel controls: GAIN and VOLUME
  • EQ: 3-band EQ LOW, MID, HIGH
  • Headphone output
  • Line output
  • Speaker output
  • AUX MP3 CD player input
  • Built-in guitar tuner
  • Weight: 18 kg
  • Dimensions : 42 x 48 x 27 cm
  • Serial number: F100410150
  • Made in: PRC
  • Price paid: RM7xx + RM8x (normal parcel post)

Bundled stuff - Power cable, manual, six units of thin picks (four Planet Waves, two Epiphone), business card Dead Eye Guitars (DEG), resit dan free gift. Seperti biasa, kalau aku beli barang daripada DEG pastinya akan dapat free gift. Kali ni dapat Planet Waves ergonomic peg winder. Aik? Aku dah beli benda ni sekali waktu beli Kelly Kelly dulu. Nanti-nanti aku nak jual kat Grune Katze Corner.

No-nonsense bass amp without any effects, just volume, EQ and gain knobs.

Terdapat dua input; (1) bass input dan (2) CD/MP3 input. Tiga output; (1) HEADPHONE - untuk headphone la apa lagi? (2) SPEAKER - external speaker, tapi tidak dinyatakan dalam manual spesifikasi dan impedence external speaker yang boleh digunakan (3) LINE OUT - unbalanced signal, untuk disambung uplink pada input speaker lain, mixer atau PA system.

Orange amps trademark, hieroglyphic symbols.
With built-in tuner, a bonus added feature for this amp.

Neat closed type backpanel.

Okela asyik cerita pasal spesifikasi saja, bagaimana dengan bunyi? Buat pertama kali aku dapat pulas full-blast tombol PHAT II pada Black Ice aku tanpa rasa ragu-ragu, dan amp ni memang dapat menampung bunyi low-end tanpa sebarang bunyi yang meragukan pada speakernya.

Dengan volume level 50% memang cukup untuk menandingi bunyi drums. Jadi 50 watt memang cukup kuat untuk sessi jamming yang akan datang. Dan disebabkan amp ni khas untuk bass, ia akan mengeluarkan bunyi low-end yang agak dalam dan kurang nyaring sekiranya digunakan untuk gitar. Dalam kata lain, tidak sesuai untuk gitar (kecuali terpaksa).

"Voice of the world London England" - yup, tapi made in PRC.

Pedal/stompbox untuk bass yang aku ada (B2, BOD100, BDI21, BLE100, Blogger) semuanya aku dah cuba dengan amp ni. Ternyata pedal BLE100 yang sebelum ni aku tak pernah cuba, amat berguna dalam rantaian efek bass.

Tapi bagi aku, rantaian efek yang ringkas sudah memadai untuk amp ni, tak perlu konfigurasi yang kompleks. Gabungan limiter dan overdrive sudah memadai.

Grill depan yang boleh dibuka dengan senang, sebab ia hanya menggunakan velcro. Di dalamnya terdapat 12" Orange design driver (speaker). Kalau nak tengok isi perut amp ni boleh baca entri ni. Biasanya cuma gitar saja yang aku bagi nickname, tapi disebabkan benda ni dah selalu aku gelar oren empat segi, kira aku bagi nickname OREN sajalah.

Kelebihan:

  1. Agak berbaloi untuk harga per wattage, berbanding jenama-jenama lain.
  2. Cool orange (orange in colour, not it's brand, pun intended), walaupun aku minat warna hijau, tapi warna oren ni nampak ceria.
  3. No built-in effects. Mungkin ada yang akan kata ia sebagai kelemahan, tapi bagi aku, amp bass yang ringkas adalah lebih bagus.

Kelemahan:

  1. Tidak mempunyai manual yang lengkap. Hanya sekeping kertas yang menunjukkan spesifikasi sahaja, manakala fungsi-fungsi tombol (knobs) dan input/output tidak dijelaskan.
  2. Cheap packaging. Hanya kotak dan sedikit polystyrene, tidak sesuai untuk sistem logistik yang agak kasar.
  3. Faulty upon arrival. Belum apa-apa dah rosak, nasib baik rosaknya tak teruk.

For more info, please visit official website for Orange Crush Pix 50BXT.

_____
Ada apa: Sejak Sabtu lepas entri ni dalam bentuk draft.

Bass Talk: Electro-Harmonix Bass Blogger


Khas untuk kaki blog @ blogger :)

Newly addition to my bass stompbox pedals collection - Electro-Harmonix Bass Blogger bass distortion/overdrive, I wonder why does it called "Blogger" anyway? Satu lagi pembelian hebat (great purchase?) daripada Dead Eye Guitars (DEG) yang diterima bersama-sama Gator GBE-EXTREME-1 Isnin (6/12/2010) lepas.

Bulan Mac lepas aku ada buat entri merapu pasal bass overdrive/distortion, dua pedal EHX termasuk dalam list iaitu Bass Blogger dan Bass Big Muff Pie. Waktu tu memang susah nak cari pedal-pedal EHX, mula-mula nak target Boss ODB-3, but in the end aku beli Behringer BOD100 sebab murah hahaha!

Imej link dari Facebook JS Music.

Tapi memandangkan ada gambar terbaru yang menunjukkan pedal-pedal EHX (termasuk Bass Blogger) dalam Facebook JS Music (distributor EHX di Malaysia selain Bentley), aku terus maklumkan kepada tauke DEG (macam kes VMNTx dulu) supaya orderkan untuk aku.

Pedal/stompbox, user manual, colourful EHX products catalog, warranty card, resit pembelian dan seperti biasa business card DEG (ntah dah berapa banyak aku ada kad ni). Owh, tak lupa setiap kali aku berurusan dengan DEG pastinya akan ada free gift, kali ni dapat Planet Waves guitar strap (strap biasa je).

Simple construction, three knobs - VOLUME, TONE and DRIVE. This pedal have two modes - FUZZ (distortion) and DRIVE (overdrive), selectable by a small switch below TONE knob.

FUZZ mode bunyinya agak berpasir (istilah krenmaut), DRIVE mode boleh dapat bunyi overdrive ala-ala bass Lemmy Motörhead. FUZZ mode kalau guna gitar boleh dapat bunyi Blues/Country crunch (macam Boss BD-2). Long story short, I got two (analogue) pedals in one metal casing...

Satu perkara saja yang aku tak suka pasal pedal ni - no battery compartment, tak macam Moen Violent Metal. Kalau nak tukar bateri terpaksa buka keempat-empat skru, the most annoying thing when you don't have a screw driver when you need it.

Tidak seperti pedal-pedal Boss (dan Moen) yang tidak memerlukan sebarang alat untuk membuka tempat bateri. Dan secikai-cikai pedal Behringer pun senang nak buka kalau nak tukar bateri (cuma guna pen). Bayangkan waktu tengah best jamming, tiba-tiba bateri habis... Rasanya lagi baik guna AC adapter.

Oke, pasal bunyi-bunyian aku tak reti sangat nak review, lagipun aku test dengan oren empat segi pada volume yang seminimum mungkin, as long as it "nice" to my ears, I'm cool with that. But here's some demo videos from YouTube, I guess you'll get the rough idea what this pedal can do.

_____
Ada apa: Oren empat segi pun belum lagi aku buat review.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger