Showing posts with label telecaster. Show all posts
Showing posts with label telecaster. Show all posts

Let-Go: Johnny


Mengucapkan selamat tinggal kepada Johnny (modded Squier J5 Telecaster) yang telah berpindah milik kepada seorang rakan sekerja (staff baru) yang juga merupakan seorang *penghobi gitar elektrik, setelah teracun dan berkenan dengan feel Telecaster ini.


Gitar ini berada dalam axology aku tak sampai setahun (9+ bulan), belum memiliki nilai-nilai nostalgik, not yet attached, jadi aku tidak terasa keberatan untuk melepaskannya. Yang penting balik modal dan berjaya mengurangkan satu slot gitar dalam axology.

Adakah ia laluan untuk gitar lain? Entahlah, buat masa ni belum terGAS untuk gitar baru. Mungkin akan di-GLTL-kan untuk benda lain.

_____
AADI: Penghobi = hobbyist?

Un-Pimped My Telecaster (Part 2)


Sekali lagi, Johnny dipasangkan semula dengan pikap asal HBJ5(N/B)-DB. Set hibrid DiMarzio Evolution dan Seymour Duncan Pegasus sebelum ini dikeluarkan untuk projek akan datang. Masih mengekalkan konfigurasi pot 1 VOLUME + 1 TONE, tanpa push-pull.


Selain itu sticker silver carbon fibre pada pickguard logam juga dibuka (selalu sangat terkopek) untuk menyerlahkan kembali "mirror finished" yang menjadi trademark signature Telecaster John 5 ini. Tak lupa juga dibelanja dengan set tali gitar baru SIT 9-42 dan ditala pada talaan standard.

_____
AADI: Dah lama tak main standard.

DiMarzio Duncan Johnny


Dengan perolehan DiMarzio Evolution DP158FW beberapa minggu lepas, akhirnya Seymour Duncan Pegasus yang lebih setahun terperap dalam simpanan kini sudah memiliki pasangan yang sesuai.


Walaupun berlainan jenama, tapi aku rasa inilah kombo yang sesuai untuk dieksperimentasikan pada Johnny (Squier J5 Telecaster) selepas set DiMarzio classic rock yang dikeluarkan sebelum ini. Warna bobbin kontras putih-hitam agak sesuai dengan penampilan gitar ini berbanding jika dipasang pada gitar lain.

Evolution neck.
Pengalaman beberapa tahun menggunakan Calypso (Charvel So-Cal) membuktikan Evolution pada gitar berkayu alder merupakan kombinasi yang mantap. Karekternya terserlah semasa solo, setiap not yang dimainkan akan dapat mencilok (cut-thru mix) walaupun riff-riff pemain rhythm lebih padat dan tepu.

Pegasus bridge.
Secara mitosnya, pikap dengan output medium seperti Pegasus ini lebih cemerlang pada gitar yang berat (Johnny @ 4.7 kg). Juga bunyi low-end yang dihasilkan oleh Pegasus ini dapat mengimbangi bunyi nyaring (bright) yang sinonim dengan gitar Telecaster.

Abaikan pendawaian yang buruk, asalkan berfungsi 100%.
Masih mengekalkan konfigurasi tombol kegemaran; 1 volume + 1 tone, push-pull pot untuk variasi split coil dan kapasitor Mallory 22 nF. Gitar yang jenis nyaring seperti Telecaster perlu ada tombol tone.

Ya, Telecaster purely for metal, with the best of both camps! Ia akan menjadi gitar utama (or backup) untuk persembahan awam atau gig akan datang. Tinggal satu saja lagi kelemahan gitar ini, iaitu beratnya...

_____
AADI: Hari ini Hari Gitar Sedunia 2017?

Un-Pimp My Telecaster


Atas sebab-sebab tertentu, set pikap Classic Rock DiMarzio (Super Distortion + PAF 36th Anniversary) yang dipasang pada Johnny (Squier J5 Telecaster) bulan Mei lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal iaitu HBJ5N-DB (neck, alnico) dan HBJ5B-DB (bridge, ceramic).


Reka bentuk kedua-duanya pula seakan-akan reka bentuk pikap-pikap DiMarzio. Daripada apa yang aku Google pasal pikap HBJ5B-DB, ia merupakan imitasi(?) pikap Fender Enforcer seperti yang ada pada Telecaster John 5 versi Fender.



Sebelum dipasang DiMarzio, aku tidak berkesempatan mencuba kedua-dua pikap J5 ini bersama-sama pot B500k. Mungkinkah pot asal A250k penyebab bunyinya agak "gelap" (dark/gloomy)? Akupun tak pasti, yang itu perlukan jawapan teknikal daripada Yustech.


Masih menggunakan konfigurasi pot kegemaran iaitu 1 VOLUME + 1 TONE berbanding konfigurasi asal 2 VOLUME. Pot yang digunakan adalah jenama Gotoh dikitar-semula daripada gitar-gitar servis sebelum ini, walaupun hodoh berserabut timah lama, tapi masih berfungsi 100%.


Pot push/pull tidak digunakan sebab pikap J5 ini hanya ada dua wayar. Kali ni aku menggunakan kapasitor Mallory (.022uF) berbanding Sprague Orange Drop seperti projek-projek sebelum ini.


Setakat ini hanya dipandu-uji dengan Amplug2 Classic Rock terus ke headphone HD-330. Terkejut juga sebab bunyinya jauh berbeza berbanding ketika mula-mula dimiliki. Paling ketara lebih treble dan output, seolah-olah potensi penuh pikap-pikap ini terserlah dengan pot yang sesuai. These pickups will stay...

_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming malam ini.

Fender Telecaster Poplar (Replica)


Beberapa hari selepas Strat ungu dituntut tuannya, menerima lagi dua buah gitar untuk diservis, juga daripada rakan-rakan gitaris dari kumpulan NV Unity (band ni ada tiga gitaris, macam MUP). Servis aku dicanangkan dari mulut ke mulut rupanya, kah kah kah...


Sebuah Fender Telecaster dan sebuah singlecut ala Les Paul jenama Harmonics. Telecaster ingin diservis "tengok-tengokkan apa yang patut", manakala Les Paul ingin tukar isi perut baru (overhaul, new wirings) dan setup action sebab ada dead note pada fret bawah.


Untuk entri ni aku hanya akan cerita pasal Telecaster ni, Les Paul Harmonics tu aku akan buat entri berasingan. Sekali imbas memang nampak cantik kan? Masih baru, bau kayunya pun masih kuat.


Kemasan atas amber sunburst yang cantik dengan corak kayu poplar, ada binding tepi. Standard T-style SS singlecoil pickups, cuma aku kurang familiar dengan bridge jenis sebegini.

Fender, made in USA eh?

Ok, selepas 5-6 minit memegangnya, aku perasan ada beberapa perkara yang tak kena dengan gitar ni - hujung fret kasar, tuning peg (gambar atas) ada sticker putih yang meragukan.


Area bolt-on, neck lebih lebar ~2 mm daripada neck socket. Ok sah, ini bukan Fender original. Tak sampai hati cakap "tiruan" pada tuan punya, hanya cakap "replika" sahaja. Tuan punya memuji aku sebab dapat kesan gitar ni bukan original (kembang la sikit), dia kata harga gitar ni RM5XX sahaja. Fuh, untuk gitar replika, dari segi pertukangan ia boleh dikira masih berbaloi per harganya.


Sempat menjenguk isi perut, menggunakan suis dan pot jenis Alpha berbanding CTS dan Fender-style 3-way switch. Dengan bau harum kayu yang familiar seperti bau gitar-gitar Ibanez RG/GRG-series (GRG270, RG350M, RG331M), aku pasti ini kayu basswood. Begitu juga dengan kemasan atas poplar tadi, bukannya kayu poplar betul, tapi hanyalah veneer.


Aku tak tau macam mana nak servis "tengok-tengokkan apa yang patut". Buat intonation pun agak mencabar untuk bridge jenis sebegini, string senang "melompat" kalau strumming ganas, sebab alur saddle yang tidak munasabah.

Selain intonation dan action, tiada apa-apa yang aku boleh buat, wiring pun tak ada masalah. Cuma aku boleh cadangkan tuan punya tukar tiga benda kalau nak gitar ni jadi hebat:
  1. Tuning peg @ machine head - bending sikit, dah lari talaannya, cari machine head yang lebih stabil.
  2. Bridge - seperti yang aku ceritakan di atas tadi, mungkin boleh ganti dengan saddle jenis blok.
  3. Pickups - tuan punya nak main metal, tapi pikap stok agak tidak menepati citarasa untuk metal, kuat humming, kurang-kurang kena guna pikap jenis rail, stacked-singlecoil atau pikap aktif.
Tapi serius, dengan harga RM5XX untuk replika, gitar ni memang menarik, corak poplarnya pasti menyerlah atas pentas.

_____
AADI: Kenapa tak pilih Squier? Lagi puas hati.

Pimp My Telecaster


Masa untuk bereksperimen dengan Johnny (J5 Telecaster) dengan menambah sedikit sentuhan peribadi. Pada asasnya gitar ni memang dah bagus, tapi disebabkan fizikal badannya yang banyak calar halus dan beberapa lekuk, ia agak menjengkelkan bagi aku yang lebih suka gitar-gitar yang kemas.


Satu daripada sentuhan peribadi, ia akan dipasangkan dengan kombo pikap kegemaranku iaitu DiMarzio Super Distortion (DP100) + PAF 36th Anniversary (DP103) yang baru sahaja dikeluarkan daripada Korina.


Neck ada tarikh 2010-04-0?, mungkin ini tarikh ia dibuat kot? Maknanya ia merupakan batch 2010, dah tujuh tahun usianya.


Kaviti "isi perut" yang kemas, cuma pematerian yang agak berserabut. Agak terkejut sebab potentiometer yang digunakan ialah A250k, kalau ikutkan "rule of the thumb" pikap humbucker patutnya guna pot B500k kan? Adakah ini punca output gitar ni agak dark/gloomy? Bro Yustech kalau ada baca entri ni boleh komen sikit.


Aku perasan walaupun ini merupakan gitar signature John 5, namun tiada tertulis apa-apa J5 ataupun John 5 pada pada gitar, kecuali pada belakang pikap.


Setup asal gitar ni ialah 2-VOLUME (A250k), masing-masing untuk pikap neck dan bridge berasingan tanpa ada tombol TONE. Aku akan gantikannya menjadi 1-VOLUME (B500k) + 1-TONE (A500k).


Kaviti pikap nampak kemas, hanya ada debu-debu liar mungkin sebab lama tidak dibuka dan dibersihkan oleh pemilik asal.


Begitu juga dengan dengan kaviti untuk suis jenis toggle yang kemas, nampak urat-urat kayu alder padu di dalamnya. Segala pendawaian lama dikeluarkan (overhaul) kecuali suis toggle dan output jack.


Ok, untuk menutup calar-calar dan lekuk kecil pada badan, ia akan dilekatkan dengan sticker kereta bercorak "digital camo" untuk badan dan "silver carbon fibre" untuk pickguard. Lekuk-lekuk kecil akan dititiskan dengan lilin kemudian diratakan. Permukaan yang hendak dilekat sticker dibersihkan menggunakan Jim Dunlop Formula No. 65.

Kaedah sticker lebih senang dan cepat berbanding menggunakan semburan cat. Ia juga reversible - boleh dibuka semula atau diganti dengan corak lain jika dah bosan dengan corak lama.


Petua daripada seorang rakan, selepas sticker dilekat ia perlu dipanaskan (heat treated) menggunakan seterika atau pengering rambut supaya lekatannya kemas dan tahan lama. Kalau guna seterika pastikan permukaan sticker dilapik dengan sehelai fabrik atau kertas.


Pendawaian dipermudahkan seperti yang dipelajari melalui blog Yustech. Pot TONE adalah jenis push/pull untuk opsyen coil-split kedua-dua pikap. Oh ya, tak lupa ditambah dengan sebiji buah oren (Sprague Orange Drop 22pF).


Hasil akhir, nampak lebih menarik berbanding tema asal hitam/krom (imej di bawah). Bila dah nampak menarik, otomatik ia akan selalu dicapai untuk dimainkan. Fretboard nampak berkilat selepas dicuci dengan Jim Dunlop Fingerboard 01 & 02 dan Fretboard 65 Ultimate Lemon Oil.


Dengan nadi Super Distortion dan PAF 36th, karekter bunyinya lebih mirip kepada Les Paul berbanding Telecaster, memang sesuai dengan citarasaku. Tapi dengan opsyen push/pull tadi, ia juga masih boleh menghasilkan bunyi twang ikonik Telecaster.


Juga tak lupa untuk dibelanja dengan tali gitar baru D'Addario EXL120 (9-42) untuk melengkapkan eksperimen. Ditala standard-E dan mungkin juga sekali-sekala untuk drop-D.

Akan cuba dijadikan gitar utama semasa jamming, jika serasi mungkin juga akan dijadikan gitar pentas menggantikan Calypso jika tiada keperluan tremolo/whammy pada lagu-lagu yang dimainkan. Jiwa lebih tenang jika mengusung gitar sebegini ke lokasi gig atau studio jamming, berbanding gitar mahal.

_____
AADI: Sorry John.

Akhirnya, Telecaster!


Hasil pancingan pasca konsert Megadeth minggu lepas, sebuah gitar terpakai Squier J5 Telecaster (John 5 signature). Setelah beberapa kali terGAS untuk mendapatkan Telecaster (Squier Affinity dan Michael Kelly 1953), akhirnya kali ni berjaya.


Dibawa sendiri dari Rawang ke SS City Hotel pagi Jumaat minggu lepas oleh seorang ahli Jamtank Facebook yang juga merupakan rakan sekelas USM dulu. Sambil micro-reunion sekejap setelah lebih 15 tahun tak jumpa. Harga pun harga kawan-kawan.

Serius, mula-mula terjerumus dalam hobi kegitaran ni aku memang tak suka bentuk Telecaster. Tapi mungkin sebab hukum karma atau faktor usia membuatkan bentuk Telecaster kini nampak menarik, beauty is in the eye of the beholder, kan?


Ok, selain faktor mojo Telecaster itu sendiri, faktor harga (60% lebih murah berbanding unit baru) juga merupakan penggerak untuk aku mendapatkan gitar ni selepas diiklankan di Jamtank. Aku taklah berapa mengikuti John 5, tapi Telecaster J5 ni memang dicipta untuk muzik metal, sesuai dengan tema warnanya hitam dan krom.


Spesifikasi boleh rujuk website rasmi atau entri Dead Eye Guitars (abaikan komen aku ketika itu). Ini merupakan gitar jenama Squier pertama aku, berpuas hati dengan kualiti pertukangannya, yang pada pendapat aku setanding dengan siri Classic Vibes.


Fizikalnya masih boleh dikatakan 8.5/10, cuma banyak calar-calar halus dan 2-3 lekuk kecil pada badan. Pickguard logam "mirror finished" tu juga banyak calar-calar halus, pastinya kesan pick. Tapi tak mengapa (parap-parap), fizikal sebegini sesuai dijadikan workhorse, gitar projek atau belasahan.


Beratnya 4.7 kg, gitar aku yang paling berat setakat ini. Untuk perbandingan; Goldie 4.0 kg, Mirage 3.5 kg, Calypso 3.7 kg, Tommy 3.2 kg dan Korina 3.6 kg. Mungkin disebabkan badannya seketul kayu alder padu dan ruang kaviti yang minimum.


Cuba untuk membiasakan diri dengan bridge jenis 6-saddle seperti gambar di atas, agak kurang selesa untuk palm-mute (rasa tajam), action perlu ditinggikan sedikit.

Akan dicuba dulu sama ada serasi atau tidak dengan setup asal, jika tidak ia akan dimodifikasi seoptimumnya, ada pikap DiMarzio atau Seymour Duncan menanti untuk dipasang. Nickname? Disebabkan ia merupakan signature John 5, aku gelarkan ia JOHNNY.

_____
AADI: Kuota 4 dah bubar...

GAS 2017...


Dah masuk hari ke-31 tahun 2017, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS (tiru ayat tahun lepas).

1) Console gaming - Rise Of The Tomb Raider, sekuel kepada Tomb Raider (2013), tunggu harganya turun, biasanya game PS4 baru rilis harganya ada sedikit mahal berbanding tajuk yang sudah basi beberapa bulan (macam kes Fallout 4). Target lain, mungkin The Last Of Us (Remastered version).


2) Kegitaran - Sejak menjadi PS4 gamer tahun lepas, GAS kegitaran sedikit sebanyak reda. Kalau ada pun terGAS tahun ni mungkin cuma dua tiga item ni:

i) Hartke Bass Attack 2 - Generasi kedua, menggantikan Bass Attack VXL generasi pertama. Agak menyesal kerana menjual VXL aku pada penghujung 2015. Tapi tak mengapa (parap-parap), dijanjikan oleh CK Music untuk membawa masuk generasi kedua ni pada tahun 2017. Kalau harganya mahal, aku akan cuba cari generasi pertama.

Imej: Gear Otaku.
ii) Laney Ironheart IRT-Pulse - Agak kecewa kerana untuk pasaran Malaysia harganya mencecah RM1k, sungguh tidak berbaloi. Walhal kalau ikut harga pasaran negara jiran, ia sekitar RM600 sahaja. Tak apalah, mungkin aku akan cari kalau-kalau ada unit terpakai diiklankan di Jamtank.

Imej: Davis Guitar.
iii) Dan ini tambahan terbaru, jika tahun lepas terGAS dengan Squier Affinity Telecaster butterscotch blonde (nasib baik tak sangkut), tahun ni terGAS pula dengan Michael Kelly 1953, dengan kemasan blue jean wash yang nampak kehijauan. Bentuk tele memang berhantu...

Imej: Monster Music.
Bila dapat tahu yang jenama Michael Kelly ni diedarkan di Malaysia oleh Roland Asia Pacific dengan harga yang agak mampu milik, maka GASnya makin menjadi-jadi. Mula memikirkan klausa-klausa untuk menambah nombor enam.

_____
AADI: Eh? Dah nak masuk enam?

Teslarised Chop's Telescotch


Menerima "cabaran" daripada Chop Sudir, vokalis/gitaris kumpulan Ana & The Scene (ATS) untuk memindahkan pikap Tesla Plasma-X1 zebra set yang ada pada Ibanez GAX30 (dipasang hampir empat tahun lepas) ke gitar Squier Vintage Modified Telecaster Custom II (VMTC2).


Chop sukakan bunyi pikap Tesla ni, tetapi pada masa yang sama Chop lebih selesa menggunakan VMTC2 ni sebagai gitar utama/pentas (mojo Telecaster, serius).



Masalah utama yang dihadapi untuk projek ini - pikap asal VMTC2 ni merupakan jenis P90 (Duncan Designed) dan bukannya humbucker. Jadi, perlukan banyak kerja jika ingin memasang humbucker pada gitar ni.


Nasib baik kavitinya cukup besar untuk menampung saiz humbucker, aku tiada peralatan pertukangan kayu yang lengkap untuk buat routing humbucker jika kavitinya kecil. Untuk memudahkan kerja, hanya perlu mencari pickguard gantian yang sesuai.


Pickguard ni diperolehi melalui *Lazada (ya, Lazada, jangan terkejut) dengan harga RM25.30 sahaja. Walaupun saiznya retrofit dengan VMTC2 tetapi ada dua masalah yang dihadapi.

Pertama, daripada 14 lubang skru yang ada, hanya tiga sahaja yang selari dengan lubang asal pada badan gitar. Tapi tak mengapa (parap-parap), Chop membenarkan aku untuk menebuk lubang-lubang baru.


Kedua, lubang pikap adalah bersaiz Fender wide range yang lebih besar berbanding saiz humbucker. Idea penyelesaian untuk masalah ni pula diperolehi selepas teringat Dave Murray Stratocaster (HSH)...


Iaitu dengan memasang ring pikap di atas pickguard. Ring pikap logam yang digunakan ni dah hampir tiga tahun terperap dalam simpanan kes projek terbengkalai. Akhirnya berguna juga benda ni...


Pertukangan yang agak kasar, tapi sekurang-kurangnya masalah selesai dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. Pendawaian dan komponen elektronik asal (suis, kapasitor, potentiometer) dikekalkan, tak perlu banyak kerja memateri.


Output jack asal tele yang bermasalah selalu tercabut juga diganti dengan output standard dua skru.


Atas permintaan Chop, VMTC2 ni juga dipasangkan dengan set tali baru SIT Power Wound bersaiz 9-42. Aku agak kecewa sedikit kerana jenama SIT ni juga tidak terlepas daripada beberapa tompokan kecil karat walaupun ia merupakan stok baru dan bungkusannya kedap udara.

Dengan modifikasi di atas tadi, tele ni dah bertukar nama jadi Modern Modified Telecaster Custom II (MMTC2) hahaha... Dengan set Plasma-X1 ni, tele Chop dah boleh main genre metal! \m/


Lain cerita, Ibanez GAX30 pula kembali kepada konfigurasi dan pikap asal, kesian gitar ni...

_____
Ada apa: *Lazada pun dah jadi macam eBay.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger