Showing posts with label amplug. Show all posts
Showing posts with label amplug. Show all posts

Vox amPlug 2 Metal (Part 2)


Pancingan kedua dan terakhir bersempena YES 2024 CK Music, sebuah Vox amPlug 2 Metal. Dipesan penghujung tahun beberapa minit sebelum 2025 dan tamat masa promosi. Dengan rilisan generasi ketiga amPlug 3, harga generasi kedua ini memang semakin *murah.

Juga diperolehi melalui platform Lazada seperti HT Metal 1 minggu lepas untuk mengeksploitasi kupon diskaun tambahan dan pengeposan percuma berbanding melalui website rasmi CK Music.

Pernah memiliki versi Classic Rock hampir sedekad lepas tapi sudah rosak. Juga pernah memiliki amPlug generasi pertama berperisa Night Train, tapi telah diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani musim PKPx lepas.

Sebelum terlupa, pernah juga membelikan amPlug 2 Metal ini untuk seorang rakan ketika YES 2014, dan sempat memandu-ujinya sebelum dituntut. Antara sebab aku memilih versi Classic Rock tahun berikutnya untuk kelainan.

Rasanya, tak perlulah buat entri ulasan lagi.

_____
AADI: *Harga YES 2024 sama seperti harga runcit 2014, inflasi...

Let-Go: IRT-Pulse


Gajet ini dimiliki sejak 2017 hasil *pemberian daripada Bro Sub The Guitar Addict, tapi hanya pernah digunakan beberapa kali. Ia lebih optimum untuk kegunaan rakaman rumah atau studio berbanding kegunaan live semasa jamming atau gig.

Aku tidak memiliki masa dan kepakaran untuk rakaman, beberapa kali ia cuba diasimilasikannya untuk jamming, dipasang pada pedalbord dan disokong oleh beberapa pedal lain. Disebabkan rekabentuknya yang mendedahkan litar dan tiub-tiub di dalam kepada elemen persekitaran, ia tidaklah sesuai diletak di atas lantai.

Atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan untuk melepaskan gajet ini kepada mereka yang lebih seronok menggunakannya untuk rakaman. Untuk meneruskan legasi *pemberian, ia tidak dijual, sebaliknya diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani (AM) yang namanya kini makin naik dalam scene indie di Sabah.

Selain sudah ada EP sendiri, AM juga kini menjadi FB streamer dan producer untuk beberapa orang artis DIY di sana.


TSB6 masih digunakan di situ.

Juga diselitkan dengan beberapa warisan pemberian sampingan iaitu tuner Sledgehammer Pro, amPlug Night Train dan beberapa unit tali gitar dan pick sebagai tanda sokongan pakcikmu di sini, moga barangan ini lebih bermanfaat di sana.

[Updated 24/02/2021] Dah sampai, siap buat unboxing video lagi...

_____
AADI: Hampir dua tahun tak dapat balik Sabah, gara-gara PKPx.

Wordless Wednesday: Slice Of Home At Work



MCO Phase-5, Day 1.
_____
AADI: Backdated.

amPlug 2 For My Birthday


Ok, hari jadi aku minggu lepas Mrs. Ijau hadiahkan Vox amPlug 2 Classic Rock. Jika tahun-tahun sebelumnya dapat tuner Korg (Pitchclip, PitchHawk-G), kali ni ubah selera walaupun masih dalam lingkungan kegitaran.


Diperolehi daripada Pusat Muzik Reco sebelum cuti tahun baru, masih lagi pada harga jualan akhir tahun (YES). Tapi mahal sedikit berbanding harga tahun lepas, faham-faham sajalah.


Dah lama terGAS untuk memiliki amPlug sejak versi pertama lagi, tak lama dahulu pun pernah belikan amPlug 2 Metal untuk seorang rakan, sempat juga mencubanya, tapi tak tergerak hati untuk memilikinya sendiri.

Nippon mari.
Jika versi Metal adalah emulasi bunyi amp Mesa Rectifier, versi Classic Rock ni pula emulasi bunyi amp Marshall tak pasti model apa (JCM800 kot?). Bunyi yang sesuai dengan genre muzik yang selalu dimainkan (NWOBHM, 80's rock).



Dengan tiga mode (clean, crunch, high gain) dan tiga efek (chorus, delay, reverb), amPlug ni memang seringkas-ringkas rig, lebih ringkas daripada Pandora Mini - just plug in headphone and rock on! Sesuai untuk lepas gian tengah-tengah malam atau warm-up sebelum gig.


Seperti biasa, ada pembelian sampingan, satu set patch cable Cort dan input jack cover.

_____
Ada apa: Patutnya minta DiMarzio PAF 36th Anniversary, tapi dah ada.

Vox amPlug 2 Metal


Satu daripada harta rampasan perang jualan akhir tahun daripada Pusat Muzik Reco semasa "Black Friday" minggu lepas. Walaupun dipesan oleh seorang rakan seMUUV, tapi setelah mendapat kebenaran untuk "memandu-uji"nya sebelum ia dituntut malam nanti, dapatlah juga modal buat entri untuk kali ni.

RM150 tu harga runcit.
Akupun sebenarnya pernah terGAS untuk mendapatkan amPlug 2 Metal (seperti dalam entri ni). Tapi kebetulan rakan ni juga berminat dengan amPlug yang sama, dapat jugalah dijadikan mangsa bahan ujikaji percubaan (trial) - kalau best, aku akan membelinya semasa "pusingan kedua" nanti. Kalau tak, faham-faham sajalah, hehehe... (Pok, if you're reading this, sorry~)


Input jack yang boleh dilaras pada empat darjah kedudukan (45°, 90°, 135° dan 180°) merupakan perbezaan utama antara amPlug 2 ni dengan amPlug generasi pertama yang memiliki input jack statik. Memiliki tiga tombol untuk melaras GAIN, TONE, VOLUME, juga memiliki tiga jenis preset modulation; CHORUS, DELAY, REVERB.


Dari segi bunyi, ia tak jauh beza daripada bunyi modelling US METAL (Rectifier) yang ada pada Vox StompLab, Valvetronix+ dan Korg Pandora Mini, mungkin disebabkan ia berkongsi teknologi yang sama kot? (Korg adik-beradik Vox). Walaupun tidak setanding dengan bunyi Rectifier yang ada pada Line 6 Pod HD-series, tapi untuk kegunaan santai atau warm-up sebelum gig, ia sudah mencukupi.

Yes, made in Japan.
Pendapat peribadi - Beli jika anda (1) suka gajet kecil-kecilan, (2) suka setup ringkas terus ke headphone tanpa sebarang pedal (3) seorang pengumpul (collector) barangan Vox. Jangan beli jika anda (1) mengharapkan kualiti bunyi berdefinasi tinggi seperti Line 6 Pod HD-series (2) dah ada efek mobile lain yang boleh digunakan bersama-sama headphone - seperti Pandora Mini, Pocket Pod atau amPhone.


Disebabkan aku sudahpun memiliki Pandora Mini yang memiliki modelling Rectifier yang lebih kurang sama kualiti bunyinya, jadi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya pada "pusingan kedua" nanti.

_____
Ada apa: Ulasan temberang je ni...

Black Friday Haul From Reco


Pusingan pertama bersempena Year End Sale 2014. Barangan diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, kebetulan pula ia diterima pada hari Black Friday.

Abaikan harga pada label, itu harga runcit bukan harga YES.
Hanya pedal tuner Pitchblack Poly sahaja yang aku punya, tuner PitchHawk-G (aku dah ada) dan amPlug 2 Metal merupakan pesanan tumpangan daripada rakan MUUV. Manakala tali gitar akustik jenama Good Strings (duh~) sebagai penggenap bayaran.

Bila dah cuba "pandu uji" amPlug tu, macam hilang pula rasa GAS...

_____
Ada apa: Credits to Miss Ng of Reco.

2014 YES GAS: Vox amPlug 2


Dah lama terGAS dengan amPlug sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas. Tapi ketika itu aku rasa Pandora Mini lebih berbaloi. Mungkin jika ada rezeki *lebih, akan cuba mendapatkan sebuah amPlug sempena Year End Sale (YES) tahun ni.


Sayangnya amPlug hard-on K-On! hanya untuk pasaran Jepun (kalau tak silap) dan terhad 5000 unit untuk setiap model (3000 unit untuk model lama). Kalau tak, memang aku target model Yui Hirasawa (amPlug Lead). Tapi rasanya masih boleh cari di eBay dan Amazon kot.

Cocok kat goldtop? Image source.
Dan kebetulan Vox telah mengeluarkan amPlug versi 2.0 (aka amPlug 2) dengan beberapa kelebihan berbanding versi 1.0 yang dah lama berada di pasaran. Apa kelebihan versi 2.0 ni? Entah, akupun tak tau... Yang pasti, akan target model Metal (rectifier wannabe) berbanding model AC30, Classic Rock atau Bass (duh~). Harga pasaran boleh rujuk di sini.

*Itupun kalau tak "dipotong" oleh gajet lain...

_____
Ada apa: Vox amPlang?

Ada Apa Dengan Vox Amplug?


Dua "perisa" yang agak baru untuk Vox Amplug - Twin dan Night Train. Tak lama dulu aku hampir-hampir TERbeli Amplug Joe Satriani, tapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih Korg Pandora Mini yang lebih berbaloi per harga.

Vox Amplug Twin.


Vox Amplug Night Train.

Tapi model Night Train ni membuatkan aku kembali GAS untuk memiliki Amplug, sepertimana aku GAS untuk memiliki Vox Night Train (dan Lil Night Train). Harap-harap Amplug Night Train ni sempat masuk pasaran Malaysia sebelum CK Music Year End Sale (YES) hujung tahun ni.

Imej-imej Amplug link dari website Vox UK.

_____
Ada apa: Amplug, bukan amplang...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger