Showing posts with label ps boxing. Show all posts
Showing posts with label ps boxing. Show all posts

Boxing Diaries: July 2026


Seperti bulan lepas, bulan Julai ini pun aku kurang mengikuti sessi latihan. Selama 2-3 minggu ini terlibat dengan karnival sukan dalaman di tempat kerja (badminton, ping-pong, bola tampar, dodgeball, street soccer) pada sebelah petang yang membawa penat hingga ke sebelah malam.

Jersi cap 3-singa versi Econsave.

Lain cerita, ada dua lagi pempengaruh tinju yang aku ikuti media sosial mereka iaitu Jetmir Prenga (Miri Boxing) dan Frank Gilfeather. Gilfeather sudah berumur 80 tahun tapi masih fit untuk bertinju, motivasi untuk aku yang masih pertengahan 40an.

Miri Boxing pula banyak memberi tutorial kombo yang senang dan ringkas tapi amat praktikal untuk sessi heavy bag mahupun ketika sparring. Dengan gaya dan pelaksanaan yang amat majestik.

_____
AADI: Bukan merujuk kepada Miri Sarawak.

Boxing Diaries: May 2026


Untuk bulan Mei ini beberapa ahli yang berstatus pelajar sekolah menengah tidak hadir latihan atas alasan fokus untuk peperiksaan. Ya, minggu lepas dan minggu ini musim peperiksaan sekolah.

Juga ada beberapa ahli baharu menyertai PS Boxing dalam beberapa minggu ini, seorang daripadanya berpengalaman mempelajari Silat Cekak, Bro Arip. Katanya belajar Silat Cekak ketika menuntut di UTP.

Walaupun berlainan aliran, aku PSSCM dia Cekak Hanafi, tapi secara harfiahnya ilmu yang dipelajari adalah sama, silat Ustaz Hanafi. Sekurang-kurangnya nanti ada juga partner untuk praktis semula buah-buah Silat Cekak yang sudah lama tidak dipraktikkan.

_____
AADI: Agak mencabar bila sparring dengan southpaw.

Boxing Diaries: April 2026


Kembali aktif bertinju selepas cuti raya, ada masanya memang penuh tiga sessi seminggu.

Atas faktor ahli yang paling senior (dari segi umur dan tempoh penglibatan), bulan April ini aku lebih banyak menjadi penolong juru latih membimbing anak-anak muda belasan tahun yang bakal mengikuti Karnival Tinju Bakat, Junior Dan Remaja Sibu Tahun 2026 yang bakal berlangsung minggu ini.

Dan diberi tanggung jawab menjadi juru latih (bidan terjun) untuk dua sessi ketika juru latih dan fighter anak-anak muda berada di Sibu untuk karnival tersebut.

Cuma agak sedih sebab bakat-bakat kelahiran sessi tahun lepas sudah tidak lagi bersama-sama di PS Boxing. Sama ada mereka ke kelab lain, sibuk belajar/kerjaya ataupun sudah berhenti bertinju.

_____
AADI: Nanti nak intai kelab lain, hehehe...

Boxing Diaries: March 2026


Teringat ketika sessi latihan malam Sabtu (28/02/2026) berhenti seketika sekitar 9.30 malam sebab nak layan perlawanan antara coach Aman Koboi menentang Weerian secara live PPV Byon Madness.

Serius skrin kecik (telefon) layan 10 orang, tapi sound sambung ke PA system gym melalui Bluetooth, memang epik.


Tak perlu aku ulas pasal perlawanan ni, jelas nampak sangat jauh beza tahap antara Aman Koboi dan Weerian. Aman Koboi seakan-akan bersahaja dan tidak ambil serius sambil bermain psikologi. Aku tak pasti adakah ia sebahagian daripada "skrip" supaya perlawanan nampak lebih menarik atau memang secara spontan.

Sepanjang bulan puasa ni, biasanya aku hanya mampu dua sessi latihan sahaja iaitu malam Selasa dan Sabtu. Sessi sparring malam Rabu selalu tak mampu nak ikut sebab penat sessi malam Selasa masih belum kebah, *biasanya perlu sehari penuh untuk fully recover. Atau mungkin minggu ni akan cuba sessi malam Rabu dan Sabtu pula.

_____
AADI: *Faktor usia?

Boxing Diaries: February 2026


Aku perasan ramai remaja belasan tahun dan 20-an yang mula menyertai PS Boxing awal tahun ini. Harap tidak *HHTA seperti beberapa batch sebelum ini. Pengalaman aku sejak 2023, tiada ahli yang bertahan lama, kalau ada pun cuma geng-geng PS Muaythai yang join sekali bertinju.

Disebabkan aku ahli yang paling senior (dan paling tua berumur, setakat ini), kadang-kadang otomatik jadi penolong juru latih. Ajar budak/remaja kaedah tumbukan dan pergerakan asas tinju. Paling senang ajar kalau budak/remaja yang ada latar belakang seni lain sebelum ini (silat, karate, taekwondo, dll), mereka cuma perlu ubah sedikit postur badan dan gaya tumbukan.


Sepanjang bulan Ramadhan pula, sessi bermula lambat iaitu 8.30 hingga 10.00 malam. Teringat zaman-zaman PS Boxing beroperasi di gym Vortex dulu, sampai rumah biasanya jam 11.00 malam.

_____
AADI: *Hangat-hangat tahi ayam.

Boxing Diaries: January 2026


Kembali menyertai sessi tinju selepas tiga minggu bercuti hujung tahun. Selepas sessi pertama 2026 minggu lepas, hampir tiga hari badan aku lenguh-lenguh ditambah lagi dengan *pasca-asthma, terasa semput macam lepas kena coov dulu.

Gambar hiasan, prompt AI paling tepat setakat ini.

Minggu ini selepas dua sessi malam Selasa dan Rabu berturut-turut, badan sudah mula kembali "normal", tiada lagi lenguh dan penat yang melampau. Minggu ini juga ramai ahli baharu menyertai PS Boxing, kebanyakkannya remaja penghujung belasan dan awal 20an.

Semakin bersemangat pula aku kerana "Abang Ali" ini masih lagi memegang takhta paling tua berumur, dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda. Jika "Abang Ali" yang menghampiri status warga emas boleh lakukan, mustahil anak-anak muda tak boleh kan? Ha hah hah!

_____
AADI: *Dah nak dekat 50, baru kena asthma.

Boxing Diaries: 3rd Anniversary


10/01/2026 - Genap tiga tahun aku menyertai PS Boxing Club, kali ini sudah boleh terima kenyataan yang aku boleh mampu bertahan dan bersukan tinju pada usia kini lanjut 40-an. Ada tikanya hanya mampu satu sessi seminggu, selalunya dua sessi dan juga pernah penuh tiga sessi seminggu. Waktu sakit (demam, cedera) rehat, tak perlu paksa diri.

Kondisi lutut pun kini sudah boleh dikira tidak lagi membebankan, hanya perlu kurangkan warm-up skipping dan diganti dengan warm-up ala zumba untuk mengurangkan beban pada lutut. Pemakaian kasut bermula sessi bulan Disember juga sedikit sebanyak membantu.

Dalam tahun lepas PS Boxing ada dua kali pertukaran juru latih. Bermula dengan coach Ting sejak gym lama (Vortex), diganti dengan coach Aman Koboi pertengahan tahun dan kemudiannya penghujung tahun diganti oleh coach Dee. Masing-masing dengan cara mereka yang berbeza, coach Ting lebih kepada endurance/stamina, coach Aman lebih kepada defense/toughness, manakala coach Dee lebih kepada striking.

Cuma aku agak "rindu" dengan coach Ting, sebab dia paling peka dengan tahap kemampuan dan perkembangan anak didiknya dari zero knowledge sehingga mampu hard sparring. Dengar-dengar coach Ting kini ada kelab tinju lain, di gym lain.

Ya, sehingga kini masih lagi memegang takhta sebagai ahli paling tua, namun sudah kurang digelar "Uncle" dan diganti dengan gelaran "Abang Ali". Mungkin disebabkan faktor umur aku dan coach Dee tak jauh beza.

Harapanku masih sama, tetap konsisten demi menjaga kesihatan lebih-lebih lagi ketika usia lanjut 40-an ini. Pencapaian-pencapaian lain, masih sama seperti entri tahun lepas. Tahun ini perlu lebih berdisiplin mengawal pemakanan, terutamanya pengambilan gula dan karbohidrat.

_____
AADI: Malam tadi merupakan sessi pertama 2026.

Boxing Diaries: December 2025


Mulai penghujung November lepas PS Boxing menerima juru latih baharu iaitu coach Dee (Awang Soharidie) yang berpengalaman sukan tinju bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menggantikan juru latih sebelum ini coach Aman Koboi yang akan kembali fokus kepada sukan Muay Thai dan berlatih untuk perlawanan tempatan dan antarabangsa.

Bawah coach Dee kami disarankan supaya sentiasa berkasut semasa sessi latihan untuk membezakan antara peninju dan Nak Muay. Kadang-kadang kami akan berkongsi gelanggang yang sama bila team PS Muay Thai ada latihan intensif sebelum apa-apa perlawanan atau kejohanan dalam dan luar Bintulu.

Pakai helmet ragbi kalau sparring dengan coach.

Sekarang aku guna kasut futsal saja, ringan dan sesuai untuk tatami gym kombat. Ada rezeki lebih kelak mungkin akan mendapatkan kasut khas untuk tinju (Decathlon lagi?).

Bawah coach Dee juga ditekankan kepentingan sentiasa sparring. Selain untuk mempraktikkan teknik yang dipelajari, ia juga mengajar supaya lebih berani dan tidak takut untuk menerima tumbukan. Ini sukan tinju, kena tumbuk itu sudah pasti, cuma intensiti tumbukan (ketika sparring) masih ramai yang belum pandai mengawalnya.

Aku lebih suka soft sparring bersama-sama geng fighter atau ahli lama kerana mereka ini pandai mengawal intensiti tumbukan. Walaupun nampak macam boksing labu-labi tapi ketika soft sparring inilah lebih banyak dapat mengasah refleks, seronok, lambat penat dan balik rumah nanti taklah lebam-lebam muka, kah kah kah...

_____
AADI: Selamat Hari Natal.

Boxing Diaries: November 2025


Kembali menyertai sessi latihan selepas rehat dua minggu akibat kecederaan otot betis kanan. Cuba untuk menyertai dua sessi seminggu jika mampu, kalau tak mampu satu sessi seminggu pun masih kira ok daripada tak ada langsung.

Selepas menguji prestasi aku, juru latih mencadangkan aku untuk menyertai perlawanan tinju amatur tertutup kategori veteran tahun depan. Tapi aku kata aku belum bersedia untuk bertanding, lagipun haluan tinju aku hanya untuk bersukan dan kesihatan, bukan ke arah menjadi fighter. Dah tua-tua ni tak ada apa lagi ingin dibuktikan, tapi tengoklah macam mana mood aku tahun depan...

Serius, kali terakhir aku bertarung secara sah (legal) waktu ambil *Sijil Rendah Silat Cekak 26 tahun lepas.

_____
AADI: *Nak cari persalinan baru dan belajar semula.

Boxing Diaries: October 2025


Bulan ini masih menyertai sessi latihan seminggu sekali, tapi kemudiannya terpaksa cuti daripada segala sukan kerana cedera otot betis (gastrocnemius) kanan ketika/selepas perlawanan intensif badminton beregu antara staff pada Sabtu lepas (18/10/2025).

Mulanya agak risau kerana sakitnya seakan-akan kekejangan otot, menyebabkan mobiliti agak terbatas beberapa hari. Tapi ketika entri ini ditaip, sakitnya sudah berkurangan dan mungkin perlu rehat lagi seminggu untuk pulih sepenuhnya.

Juga terlepas peluang berguru sekali lagi dengan Kilat Boy (feat. Sapok Biki) semasa sambutan *Minggu Belia Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bintulu pada 13-19/10/2025, kerana slot tinju diadakan pada hari bekerja Khamis dan Jumaat.

Lepas tu dia datang Sapphire Gym waktu sessi Muaythai pula (malam Khamis), aiseh... Tapi kalau dia datang waktu sessi tinju (malam Sabtu) pun memang aku tak dapat datanglah sebab dah cedera, rujuk perenggan pertama.

_____
AADI: *Masih beliakah aku?

Boxing Diaries: September 2025


Bulan September masih menyertai sessi hanya seminggu sekali seperti bulan-bulan sebelumnya. Macam biasa kekangan masa dan kesihatan, kebelakangan ini asyik batuk. Dua minggu lepas, siap buat x-ray paru-paru sebab batuk berlarutan lebih sebulan. Nasib baiklah bukan sakit yang serius.


Paling muda 12 tahun, paling tua 45 tahun 😅

Lain cerita, Kejohanan Muaythai Piala Premier kembali lagi tahun ini berlangsung pada 19-21/09/2025 di lokasi yang sama Naim Paragon Street Mall. Namun tahun ini hanya sebagai penonton dan tidak terlibat (bawah panji PS Boxing) seperti tahun lepas dan 2023.

Agak sedikit berbelah-bagi kerana acara tahun ini berselisih dengan Pesta Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) 2025 yang berlangsung 17-21/09/2025. Dan malam Sabtu (20/09/2025) aku memilih untuk pergi ke Paragon kerana dah janji nak bawa anak-anak tengok muaythai berbanding menonton Battle Of The Band bersempena BIKF.

Apa yang menarik malam itu ialah ada perlawanan tag-team pro wrestling APAC antara The Retis Double K dan Bad Boy Hendo Ramli melawan Alpha Alfa Nazri dan Raga Ngadai. Yang pasti team Alpha dan Ngadai adalah face malam itu.

Bagi yang biasa tengok pro wrestling dan faham segala gimik dan kayfabe (seperti aku) memang terhibur. Segala taktik yang biasa kita tengok di TV semua keluar - referee pengsan, guna kerusi, lawan luar gelanggang. Secara amnya, sambutan penonton lebih meriah berbanding perlawanan muaythai.

Juga ada berlangsung Kejuaraan Silat Tertutup Bintulu 2025 yang menyaksikan persembahan pelbagai (sembilan?) persatuan silat seluruh Sarawak selain perlawanan silat olahraga. Cuma agak kesianlah segala kelengkapan ala kadar tidak segah muaythai di sebelah sana. Mungkin dana terhad atau tiada penaja? Teringat zaman-zaman aktif bersilat cekak (PSSCM) ketika siswa USM 1997-2000.

Selain itu juga ada perlawanan dart dan e-sports memeriahkan suasana Paragon yang sekian lama sunyi daripada pengunjung.

_____
AADI: Terhibur anak autis aku tengok wrestling.

Boxing Diaries: August 2025


Sebelum menyertai PS Boxing, aku ada follow beberapa konten tinju di media sosial, contohnya channel Tony Jeffries. Ini antara channel yang terawal aku follow, aku belajar asas tinju - jab, cross, hook, uppercut - daripada channel ini.

Aku ada latar belakang Silat Cekak dan Nanquan Wushu (ketika menuntut di USM). Tapi serius, mula-mula belajar asas tinju memang agak susah untuk membuang habit kedua-dua seni tadi.

Selain itu ada juga follow konten-konten tinju lain yang agak lucu dan menghiburkan. Contohnya Papaiosif Boxing Family (Greece) dan seorang mamat Kazakhstan aku lupa namanya Mukhit Amantayev. Kedua-dua konten ini jarang ada dialog, hanya dengan memek muka dan isyarat tangan pun kita boleh faham.


Waktu sessi ni aku tak datang.

Tapi pendapat aku, belajar melalui media sosial hanyalah sebagai rujukan. Seperti seni dan ilmu lain, perlu ada guru, juru latih atau mentor untuk membimbing kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

_____
AADI: Frank Gilfeather sebagai pembakar semangat keusiaan.

Boxing Diaries: July 2025


Untuk bulan Julai kembali mengikuti sessi latihan, dapat satu sessi seminggu pun sudah kira ok. Kena mula perlahan selepas rehat beberapa minggu akibat sakit lutut bulan lepas. Kembali memakai pendakap lutut (knee braces).

Mulai Julai juga masa sessi latihan bermula pukul 8.00 malam berbanding 7.30 sebelum ini. Lebih memudahkan terutamanya untuk budak sekolah sessi petang dan mereka yang berkeluarga macam aku. Taklah terlalu kelam-kabut mengejar masa. Teringat zaman gym lama dulu (Vortex) sessi bermula 8.30 malam.

Dan kini sessi latihan diterajui oleh jurulatih Aman Koboi, satu nama yang tidak asing dalam dunia Muaythai Bintulu dan Sarawak amnya.

_____
AADI: Nak beli Ebene lagilah.

Boxing Diaries: June 2025


Bulan ini kembali jarang menyertai sessi latihan, selain cuti panjang (Gawai, Agong, Aidiladha), lutut aku pula kembali sakit selepas sessi beep test beberapa minggu sebelum cuti. Mahu tak mahu kena bawa berehat 1-2 minggu penuh.

Gambar hiasan, rekreasi AI (gambar asal di sini).

Ini empat orang remaja ahli PS Boxing yang menyertai Kejohanan Tinju Bakat Dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan 2025 - Davidson, Richard, Oliver dan Brian.

Mereka ini antara rakan aku ketika sessi latihan dan sparring. Umur masih belasan tahun tapi masing-masing ada teknik tersendiri - David peek-a-boo Tyson style, Richard pula lincah Soviet style, manakala Oli dan Brian pula berlatar belakangkan Muaythai, terutama Brian yang pernah jadi juara remaja Muaythai dan berlatih sampai ke Thailand. Harapnya mereka cemerlang di Sibu.

Lain cerita, adalah tertengok satu perlawanan tinju antara dua influencer (pempengaruh?) minggu lepas. Serius, kalau kau ada latar belakang seni beladiri apa sekalipun, kalau *tak biasa sparring (atau bergaduh betul) memang akan nampak janggal dan lucu. Satu lagi, kalau main dalam gelanggang, stamina kena nombor satu, kalau tak memang kena "rope-a-dope"lah kau. Selebihnya malaslah aku nak komen.

_____
AADI: *"Everyone has a plan 'til they get punched in the mouth." - Mike Tyson.

Boxing Diaries: May 2025


Selama hampir tiga tahun menyertai PS Boxing aku rasa dalam bulan ini ada sekali aku mampu menyertai ketiga-tiga sessi latihan dalam seminggu iaitu malam Selasa, Rabu dan Sabtu. Sebelum ini biasanya hanya menyertai satu atau dua sessi seminggu bergantung kepada faktor kepenatan badan dan masa.

Dan untuk malam sparring (biasanya Rabu, kadang-kadang Sabtu) juga mampu menghabiskan semua pusingan latihan (8-10 pusingan), 3 minit per pusingan, 1 minit rehat. Kalau sebelum ini biasanya hanya mampu separuh, nampaklah ada peningkatan stamina di situ.

Masih ada sessi S&C menyelit. Kadang-kadang rasa enjoy bila ada sessi S&C sebegini, terasa seperti boleh push limit kendiri. Serius, kalau buat S&C sendiri di rumah memang tiada motivasi, antara sebab aku sertai PS Boxing sebab ada juru latih yang akan asses kemampuan dan keupayaan ahli.

Lain cerita, rancangan dokumentari Contender terbitan TVS yang sessi rakamannya dilakukan di Sapphire Gym tahun lepas (entri ini) telahpun mula disiarkan pada Jumaat lepas 16/05/2025 8.15 malam di TVS. Boleh tonton semula di sini, tak dapat nak embedded.

Adalah seorang "uncle" tu berseluar hijau menyelit menjadi NPC bermula @7:15 dan seterus-terusnya. Katanya dokumentari ini ada enam bahagian, tak pasti Jumaat minggu ini masih fokus ke PS Muaythai lagi atau kelab/gym Muaythai lain di Sarawak.

_____
AADI: NPC pun NPC-lah, janji masuk TV.

Boxing Diaries: April 2025


Dalam sebulan, pasti akan ada diselitkan sessi latihan S&C (strength and conditioning). Sessi yang tiada tumbuk menumbuk, hanya 6-7 trek pelbagai tugas - angkat besi, angkat/tolak tayar Hilux, hempas bola besar, shadowbox dengan beban dumbbell 1-4 lbs, hayun tali besar dan macam-macam lagilah ikut kreativiti juru latih. Satu minit setiap trek, dan biasanya 4-5 pusingan.

Tujuannya semata-mata untuk membina dan menguatkan otot. Anggap saja macam montaj latihan Batfleck dalam filem BvS. Tanda-tanda ada peningkatan ialah apabila dapat menghadapi dan menghabiskan keseluruhan pusingan trek tanpa banyak komplen berbanding sebelum ini.

Kadang-kadang jadi pemangkin kepada ahli-ahli muda yang "uncle" 40an ini juga bisa melakukannya walaupun ada kekangan osteoarthritis. Selepas sessi S&C juga pasti akan mendapat tidur malam yang paling berkualiti berbanding selepas sessi latihan heavy bag, padding atau sparring, kerana penat hampir keseluruhan badan.

_____
AADI: Facebook page PS Boxing dah hilang?

Boxing Diaries: March 2025


Sepanjang bulan Ramadhan, sessi dilewatkan setengah jam iaitu bermula pada 8.00 malam. Anak dara aku si Lil'Ijau pula terpaksa cuti sampai lepas raya sebab grounded oleh maknya.

Bulan ini aku perasanan banyak sessi strength and conditioning menyelit, termasuklah senaman yang paling aku tak suka risau iaitu lunges.

Tapi selepas beberapa sessi lunges dan squats, lutut kini terasa lebih kuat berbanding tahun lepas, walaupun efek osteoarthritis masih ada. Sejak bulan lepas, aku sudah tidak memakai pendakap lutut (knee braces) lagi untuk setiap sessi.

Dah jadi trademark aku mengikat tuala di kepala seperti semutar, yang sebenarnya untuk menyerap peluh di dahi yang agak menjengkelkan bila selalu masuk dalam mata. Walaupun sebenarnya aku ada headband Decathlon, tapi lagi sedap mengikat tuala.

Masih lagi memegang rekod ahli paling tua berumur dalam kalangan ahli yang rata-ratanya ramai remaja belasan tahun dan awal 20an. Ada juga yang 30an, tapi biasanya tak ramai. Tapi yang pasti bukan lagi ahli paling obes, hehehe...

_____
AADI: Cuti raya seminggu.

Boxing Diaries: 2nd Anniversary


10/01/2025 - Genap dua tahun aku menyertai PS Boxing Club, tak sangka masih boleh bertahan walaupun kini hanya menyertai satu daripada tiga sessi (malam Selasa, Rabu, Sabtu) seminggu. Kalau dapat dua sessi seminggu tu kira bonus.

Kebelakangan ini efek lenguh-lenguh badan pasca-sessi agak lambat dirasai. Biasanya pagi esok lepas bangun atau paling lambat sekitar 10-11 pagi, pelik. Kemudian memerlukan 1-2 hari untuk pulih (faktor usia?). Antara sebab dalam seminggu biasanya hanya mampu satu sessi sahaja seperti perenggan pertama tadi.

Apa pencapaian aku selepas dua tahun?

  • Lebih bertenaga dan berstamina. Sudah amat jarang mengambil Berocca untuk hari-hari yang memerlukan tenaga ekstra seperti persembahan pentas/gig (terbukti ketika SMR 2024), gotong-royong dan pemanduan jarak jauh. Semput pasca-C19 pun sudah tiada.
  • Otot lengan, bahu dan dada semakin membesar, tapi perut masih boroi (dad bod) kah kah kah! Cabaran tahun ini ialah cuba untuk mengawal pemakanan, terutama pengambilan gula, lemak dan karbohidrat.
  • Lutut semakin kuat walaupun masih ber-osteoarthritis dengan ikhtiar suplemen. Cabaran mendaki Bukit Mesilou juga tercapai. Ada kalanya tidak lagi memakai pendakap lutut (knee braces) ketika sessi.
  • Rambut perlu sentiasa pendek supaya lebih selesa setiap sessi, cukup dua bulan biasanya akan potong rambut sependek skinhead. Syukurlah aku masih ada rambut berbanding rakan seusia, cuma banyak ubanlah.
  • Komuniti Bintulu Fight Team (PS Boxing, PS Muaythai). Selain geng-geng main muzik bawah/atas tanah Bintulu, sekarang aku juga selesa dengan komuniti ini dan boleh menyelit bersama-sama mereka jika ada acara di Bintulu. Jenis introvert seperti aku ini amat sukar bersosial dan bergaul dengan komuniti.

Harapanku sama seperti sebelum ini supaya aku tetap konsisten walaupun hanya satu sessi seminggu untuk menjaga kesihatan. Kalau penat, rehat, tak perlu nak paksa diri. Yang penting tidak putus asa.

_____
AADI: Luk tiwas selagik buleh!

Boxing Diaries: November 2024


Tidak seaktif bulan lepas, tapi masih menyertai sessi seminggu sekali...

Setelah hampir dua tahun menyertai, tiada lagi diskaun beban latihan atas faktor *usia mahupun berat badan, kini dilayan sama rata seperti dengan ahli lain yang jauh lebih muda dan lebih pantas. Jurulatih tahu yang aku mampu melakukannya walaupun menjadi yang terakhir. Gelaran "uncle" pun kini beransur-ansur berubah menjadi "bro".


Iklan.

_____
AADI: *Masih lagi pegang rekod ahli paling tua veteran.

Boxing Diaries: October 2024


Untuk bulan Oktober, aku rasa lebih banyak menyertai sessi berbanding bulan-bulan lain pada 2024 (setakat ini).

Juga sudah kembali mengikuti sessi sparring malam Rabu (Wednesday's fight night) bila sudah ada headgear. Apa yang agak menjengkelkan ketika sparring sebelum ini ialah contact lens selalu terkeluar bila kena serangan (mostly hooks) bergeser dengan kelopak mata. Dengan adanya perlindungan tambahan ini dapat mengurangkan situasi tadi.

Dua hari lepas pula ada perkhidmatan saringan kesihatan di tempat kerja bersempena Minggu OSH, termasuk perkhidmatan yang menggunakan perkakasan InBody.

Banyak fakta kesihatan yang menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya hasil daripada aktif bertinju hampir dua tahun. Tapi mahu tak mahu pada umur sekarang, aku perlu juga mengawal pemakanan terutama pengambilan gula dan karbohidrat.

_____
AADI: Lutut pun terasa lebih mudah bergerak.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger