Showing posts with label victoria. Show all posts
Showing posts with label victoria. Show all posts

Exists - Reunion


Pembelian CD audio pertama untuk 2024, ini antara album artis tempatan yang aku intai sejak sebelum pandemik lagi. Album Exists Reunion diperolehi di Victoria Music Centre minggu lepas, sebuah album kompilasi dengan satu lagu baharu Tak Berakhir.

Mati-mati aku ingatkan mereka rakam semula lagu-lagu lama dalam album ini. Rupa-rupanya lagu asal dalam rakaman asal, menjadikan album ini album kompilasi biasa yang lebih fokus pada era Mamat. Daripada 13 lagu lama, hanya ada empat lagu era Ezad (pasca-2000) - Jesnita, Percayakan Siti, Seperti Dahulu dan Jesnita.

Itu yang terasa agak kecewa, kalau aku tahu memang aku beli album Mutan. Silap aku juga tak buat research/homework pasal album ini. Tapi tak mengapa, kalau nak layan lagu era Ezad pra-2000, album kompilasi ini ada. Mutan tu pula, mungkin selepas ini...

Nampak sangat aku macam pro era Ezad, kenapa?

"Aku tak follow Exists, tapi lagu-lagu mereka pra-2000 memang banyak memori. Memori dari zaman sekolah menengah hingga zaman USM. Paling terasa lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu."

Kalau era Mamat awal 90an dulu pasti teringat zaman-zaman mula masuk sekolah menengah, zaman baru kenal dunia, zaman yang kenangannya tak berapa best.

Exists ini sudah boleh dikira supergroup kerana kesemua ahlinya lama dan baharu boleh dikira nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Termasuklah Joey Daud yang langsung tak ada dalam rilisan ini.

Tiap kali ada ulangan Konsert Minggu Ini di TV6 pasti aku akan terlayan sampai habis... Ok dalam konsert RTM ni ada Joey.

_____
AADI: Teringat member aku tauke ais krim Mingomingo muka macam Ezad.

Antara Amcorp Mall Dan Victoria Music Centre


Sebelah petang hari pertama baru ada peluang meronda Amcorp Mall untuk mengembalikan nostalgia seperti entri-entri 2010an AADI. Entah selepas 11 tahun tak turun PJ, aku rasa agak hambar dan seperti tiada mood untuk melangkah masuk Amcorp Mall. Kehangatan itu sudah tiada...

Pertama sekali terkejut bila Victoria Music Centre sudah "tiada" kini ia menjadi premis menjual baju(?). Rupa-rupanya masih ada, cuma sudah berpindah lokasi, nasib baik tak jauh daripada lokasi dulu, aku dah hampir kecewa dan putus asa rasa nak balik.

Kononnya ingin membeli CD audio album warna kuning yang belum ada dalam koleksi. Tapi bila tengok harga memang ternyata harga CD audio kini melambung naik, rata-rata RM70-80 untuk satu album yang dahulunya boleh dapat bawah RM50. Manakala RM100-120 untuk album yang memiliki CD berkembar, contohnya Senjutsu. Album-album lama pun menerima tempias kenaikkan harga, contohnya album kompilasi ini yang sekarang sudah naik hampir empat kali ganda! Dengan alasan, triple discs.

Rumusannya, berhobi CD audio pun kini kosnya hampir mengejar hobi berpiring hitam. Aku tak beli pun album warna kuning tu, bajet yang aku ada (ketika itu) hanya mampu untuk membeli satu album *artis tempatan.

Ada juga cuba mengintai premis-premis lain yang biasa dilewati dahulu, tapi seperti perenggan pertama tadi, kehangatan itu sudah tiada...

_____
AADI: *Itupun terasa sedikit menyesal.

Antara En Vivo! Dan Maiden England '88


Dua album live terkini Iron Maiden versi audio CD - En Vivo! (dah ada versi DVD) dan Maiden England '88 yang hanya sempat digambar semasa mengunjungi premis Victoria Music, Amcorp Mall bulan lepas.


Tak mampu nak beli (pada ketika itu) atas sebab-sebab kegawatan ekonomi, dua unit album ni pun dah mencecah RM100+, aku hanya mampu membeli album Bikin Wilayah sahaja. Tapi tak mengapalah, ada masa (dan dana tambahan) nanti aku cuba cari di premis Speedy Video atau order melalui eBay (harap-harap dapat harga murah).

_____
Ada apa: Lari daripada kehangatan demam Metallica Singapore.

Search Awie - Bikin Wilayah


Setelah merapu dalam entri ni dan diprovokasi secukup rasa dalam entri Speedrider, akhirnya nasib menyebelahi aku...


Aku terjumpa CD audio album Search (bersama Awie) yang boleh dikatakan agak "rare" iaitu Bikin Wilayah, di premis Victoria Music Centre, Amcorp Mall, Selasa lepas (singgah PJ lepas balik dari berkursus di Melaka) dengan harga RM19.90, aku rasa kalau di premis Speedy Video harganya pasti sekitar RM12.90 atau RM9.90 waktu promosi, tapi tak kisahlah.

Aku tak pasti sama ada ia versi asal (1st pressing) ataupun versi cetakan semula seperti album-album Search/Wings keluaran Sony BMG yang lain. Ulasan pasal album ni rasanya tak payah aku ceritakan di sini, anda boleh baca entri Speedrider dalam link yang diberikan di atas tadi.


Cuma memori di sebalik album ni kembali segar dalam ingatan. Penghujung tahun 1998 merupakan era aku bertungkus-lumus menaikkan semula CGPA yang agak teruk pada semester sebelumnya semasa menuntut di USM Penang. Lagu-lagu dalam album ni (bersama-sama album Wings Orang Asing dan Mencari Asal Usul) merupakan peneman menyiapkan "kerja rumah" tutorial kimia organik dari malam hingga waktu sahur (waktu tu bulan puasa).

Entri Mini: Kaamatan Dan Gawai


Imej cilok.
Selamat menyambut Tadau Kaamatan (30-31 Mei) dan Gawai Dayak (1-2 Jun) kepada pembaca dan pengikut AADI di seluruh Borneo tak kira apapun bangsa dan kaum anda, kita 1Borneo sama-sama meraikannya.

_____
Ada apa: Hari ni Bintulu dah lengang...

Medicine - Memori Hits


CD kompilasi berkermbar yang diperolehi di premis Victoria Music Centre semasa ronda-ronda Amcorp Mall minggu lepas, Medicine - Memori Hits kompilasi tahun 2010 edaran NSR.


Kumpulan Medicine antara kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar penghujung 80an dan awal 90an dulu mungkin disebabkan imej mereka yang "bersih" (berbanding imej kumpulan lain ketika itu) menyebabkan mereka antara kumpulan yang selalu muncul di kaca TV.


Sebenarnya aku dah pegang-pegang CD kompilasi Bloodshed (seperti dalam entri Takilala ni), kemudian ternampak pula kompilasi Medicine ni. Bagi aku, lagu-lagu kumpulan Medicine lebih banyak mengembalikan memori zaman kanak-kanak aku berbanding lagu-lagu Bloodshed, sebab itu aku memilih Medicine.

Kenapa tak beli dua-dua sekaligus? Sebab dana-dana pada ketika itu amat terhad.

Tracklist.
Lagu-lagu seperi Titian, Tika Dan Saat Ini, Nostalgia Terluka, Rimba Cinta, Kerana Cinta dan Cinta Mistik merupakan antara lagu-lagu yang pasti mengembalikan nostalgia sekitar tahun 1988-1990 dahulu, terutamanya nostalgia ketika musim menuai padi.

Lirik lagu Titian memang dalam, sedalam lirik lagu Anugerah (Wings), rupanya-rupanya ditulis oleh orang yang sama.

_____
Ada apa: Oh ya, tiba-tiba aku teringat VCD belajar gitar bersama Ija Medicine (entri lama ni).

Gary Moore - The Platinum Collection


CD kompilasi Gary Moore - The Platinum Collection, diperolehi beberapa bulan lepas dari Victoria Music, Amcorp Mall (bersama-sama Biru Mata Hitamku) terlepas pandang nak buat entri.

Simple cover art.
Dengan harga RM33.90 untuk kompilasi tiga CD (imported) aku rasa ia agak berbaloi. Kompilasi ni merupakan keluaran tahun 2006, maknanya ia bukanlah kompilasi yang "tumbuh bak cendawan lepas hujan" selepas kematian beliau tahun lepas.

Jarang dah jumpa jewel case macam ni.
Kompilasi yang mengandungi tiga CD memuatkan lagu-lagu terbaik Gary Moore sepanjang zaman yang diasingkan mengikut genre; CD pertama - rock, CD kedua - blues dan CD ketiga - live (visit Wikipedia for track listing).

(P)(C) 2006 Vokill Virgin Records Ltd. Distributed by EMI International.
Aku bukanlah peminat tegar Gary Moore ni, karya seni beliau yang aku miliki hanyalah album Still Got The Blues (dan beberapa mp3 sedut). Tapi lagu-lagu seperti Parisienne Walkways, Wild Frontiers, Over The Hill And Far Away dan Still Got The Blues memang antara lagu-lagu yang menggamet memori. Dengan adanya kompilasi ni, aku dapat menikmati beberapa karya agung (masterpiece) beliau tanpa perlu mengumpul semua diskografi (belum sampai tahap tu lagi).

Gambar cilok.
Ya, selain Adrian Smith, Gary Moore juga merupakan antara pengaruh kenapa aku minat dan menggunakan gitar jenis Les Paul (walaupun aku hanya mampu memiliki versi Epiphone sahaja). Dan beliau juga membuktikan bahawa solo-solo gitar yang hebat tidak semestinya jenis "shredding" laju gila babi beratus-ratus bpm.

_____
Ada apa: Huh! Ada orang beli Les Paul Custom wooo~

Wings - Biru Mata Hitamku


Akhirnya terjumpa juga audio CD album "susah-nak-cari" Wings ni di Victoria Music Centre, Amcorp Mall minggu lepas...


Dibeli dengan harga RM19.90, adakah ia dijual lebih murah (RM12.90) di Speedy Video? Beli sajalah... (P)&(C) 1996 Fly-Wings Sdn. Bhd. Adakah ia cetakan pertama (first pressing) ataupun cetakan semula? Yang itu kena tanya Muspeed, tapi aku rasa CD ini merupakan versi cetakan semula.

Bila dengar lagu Biru Mata Hitamku ni, aku teringat zaman gila main kereta mini 4WD sekitar 1996 dulu.
Btw, sekiranya ada rakan-rakan yang berminat nak kumpul album ni dalam versi kaset, sila lawati blog GKC aku.
_____
Ada apa: Rasa macam nak cover lagu Enigma versi akustik.

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 4)


Balik dari Suria KLCC aku singgah sekejap di Amcorp Mall sebelum balik ke hotel. Tak lengkap kalau aku tak singgah Amcorp Mall setiap kali berada di PJ.

Antara tujuan utama aku ke Amcorp Mall ni ialah untuk singgah ke premis Reissue Magazine di tingkat bawah tanah (basement) tapi sayangnya premis tu dah tutup awal.

Kemudian singgah ke premis Victoria Music Centre (seperti biasa). Victoria Music ni lah tempat aku selalu mencari CD/DVD yang memang susah nak dapat di premis-premis menjual CD/DVD yang lain.

Target aku kali ni nak mencari audio CD Nightwish album terbaru Imaginaerum, tapi malangnya ia dah sold-out menurut kata patron yang bertugas (sold-out ke atau tak ada?).

Look what I've found? Iron Maiden En Vivo! imported 2-disc DVD. Versi biasa (kiri) berharga RM51.90 manakala versi limited edition tin box berharga RM100.90! Aku tak beli pun, sebab aku baru saja menang bid DVD ni versi biasa di eBay minggu lepas dengan harga RM40+ (new & sealed).

Juga terjumpa En Vivo! versi audio CD dengan harga RM52.90 dan Wings Biru Mata Hitamku berharga RM19.90 (mahal ke Portdy?).

Belek punya belek, tak beli pun apa-apa CD atau DVD... Tapi terbeli pula dua helai t-shirt (bootleg) ni di premis yang sama - Dream Theater 20th Anniversary (XL) dan Iron Maiden Paschendale (M-size, untuk si Korawk yang manjang suruh aku carikan t-shirt Iron Maiden murah) dengan harga RM50 untuk kedua-duanya. Banyak juga t-shirt yang best-best, tapi faktor diskriminasi saiz membantutkan pembelian.

_____
Ada apa: Tengoklah nanti lepas balik dari Melaka singgah lagi...

Sepagi Di Amcorp Mall


Sabtu 30/4/2011 - Setelah empat hari berada di Petaling Jaya, baru hari ni aku berpeluang menyeberang (dari Shah's Village Hotel) pi Amcorp Mall. Dua-tiga hari lepas sama ada faktor sibuk, hujan atau malas menyebabkan aku tidak berpeluang menyeberang.

CK Music dan Music Master Studio yang jauh sempat pula aku pi...

Seperti biasa, premis pertama yang aku akan singgah kalau pi Amcorp Mall ni tak lain tak bukan Victoria Music Centre. Kali terakhir aku pi Victoria ni kalau tak silap setahun yang lepas (merapu dalam entri ni).

Wajah baru Victoria Music Centre,
tak banyak yang berubah kecuali signboard je kot?

Oke, sebenarnya ada banyak gambar-gambar CD yang aku snap (patron Victoria tu pun buat derk je tengok aku snap gambar), tapi aku pilih beberapa sahaja yang aku rasa menarik untuk dimuatkan dalam entri kali ni. Here goes...

Dua album klasik remastered Abang Ozzy (Osbourne) - Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz versi imported. Dengan harga melebihi RM50 per CD, tak berbaloi aku nak beli sebab album-album ni boleh dapat murah di eBay.

Seksyen artis tempatan pula sememangnya banyak CD tahap "rare" yang susah nak cari di premis-premis lain, yang penting rajin korek.

Empat album Papa Rock Ramli Sarip versi remastered, seperti yang diiklankan oleh Takilala dalam Facebook. Aku tak kumpul Ramli Sarip, kompilasi Ruh Zaman pun aku dah jual. Tapi pada peminat (dan pengumpul album) Ramli Sarip, apa tunggu lagi?

Look what I've found! Aku tak berapa sangat dengan album-album jenis macam ni, tapi album ni boleh dikira tahap "rare" dah ni. Sapa-sapa peminat arwah Samad, cepat-cepat pi Victoria, kebas album ni!

Bumi Putra Rockers (BPR) Megapack 3 in 1, bila dah balik Bintulu baru aku rasa menyesal sebab tak beli set ni.

Hahaha! Sama seperti BPR tadi yang ni pun rasanya menyesal tak beli, takpelah ada rezeki lain kali kalau ada peluang pi Victoria (dan Amcorp Mall) lagi memang CD Salih Yaacob dan BPR masuk dalam senarai harus dibeli.

"Aku tekan butang ini... Komputer muzik!"

Disebabkan takut over-spent, aku cuma beli dua CD sahaja - Ella 30110 (yang dah lama aku target) dan kompilasi Dio The Collection. Sebenarnya kompilasi Dio tu pun boleh dikira collateral purchase...

Habis menggeledah Victoria, aku turun pi area basement mencari sesuatu, but that was another story....

_____
Ada apa: Sup selipar?

Dio - The Collection


Satu daripada dua CD yang aku beli dari Victoria Music Centre, Amcorp Mall Sabtu minggu lepas (30/4/2011) selain CD Komputer Muzik Ella 30110 (remastered version).

Album kompilasi 2003 Dio, The Collection dengan harga RM29.90. Ini merupakan CD Dio pertama yang aku miliki, sebelum ni aku cuma ada diskografi Dio dalam bentuk mp3 sahaja. Amat sesuai dipasang dalam Imago pagi-pagi dalam perjalanan pi kerja.

Imported version, made in mana akupun tak tau. (P)(C) 2003 Spectrum Music, licensed to Spectrum Music, a division of Universal Music Operations Ltd. Diimport oleh Universal Music (Malaysia) Sdn Bhd. Tengok cover art mesti orang (golongan non-Metal) ingat ni album Black Metal, huh! Aku rasa cover novel Twilight tiru cover album ni...

Tracklist

  1. Holy Diver
  2. Don't Talk To Strangers
  3. Rainbow In The Dark
  4. Stand Up And Shout (live)
  5. Straight Through The Heart (live)
  6. We Rock
  7. The Last In Line (live)
  8. Mystery
  9. I Speed At Night
  10. Rock 'N' Roll Children
  11. Hungry For Heaven
  12. King Of Rock And Roll
  13. Sacred Heart (live)
  14. Dream Evil
  15. I Could Have Been A Dreamer
  16. Wild One
  17. Jesus, Mary & The Holy Ghost

Dah nama pun album kompilasi lebih kurang macam "the best of" sudah tentu ia mengandungi lagu-lagu terbaik Dio. Cuma aku tak berapa suka bila versi live masuk dalam kompilasi "the best of", apa salahnya letak versi studio (versi asal)? Kalau disuruh buat pilihan lagu Dio mana yang paling aku suka, aku akan pilih We Rock, sebab "we rock!", period!

Aku minat Dio tapi aku bukan jenis kipas-susah-mati macam Mr. Bert. Sama seperti lagu-lagu Abang Ozzy (Osbourne), aku mula layan lagu-lagu Dio (dan mana-mana band vokal RJD) bila selalu dengar Braingell Radio yang banyak mendedahkan aku pada lagu-lagu Rock/Metal klasik.

RIP RJD... You rock! We rock! \m/

_____
Ada apa: Stand up and shout!

Komputer Muzik (Part 2)


Kalau dulu aku ada share YouTube pasal lagu Francisca Peters Komputer Muzik, nah kali ni aku ada jumpa albumnya! Tapi aku taklah terlalu fanatik sampai tahap nak membelinya (walaupun harganya murah RM16.90).

Aku terjumpa waktu belek-belek CD area local female artists di Victoria Music Centre, Amcorp Mall pagi tadi, dalam proses mencari CD Ella 30110 (remastered version). Banyak juga CD artis tempatan yang best aku jumpa, tapi tu dah jadi cerita lain...

_____
Ada apa: Nanti aku buat entri lain pasal sessi melawat Victoria ni...

Ella - USA (Part 2)


Setelah diprovok oleh Takilala (yang macam dah pencen dari dunia blog) dalam Facebook yang mengatakan ada CD Ella - USA versi terbitan semula (reissued), akupun terkial-kial mencarinya sekitar Borneo. Dari Speedy Video kat area Miri sehingga area KK (entri Sickening Art). Akhirnya aku terjumpa CD ni kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall bulan Mei lepas. A must-buy stuff! Beli sekali dengan CD Iron Man 2.

Ya, aku tau aku dah ada CD ni versi Album Rock Terunggul yang dibelikan oleh saudara Portdy tahun lepas. Tapi disebabkan versi ni mempunyai cover art ori (macam versi kaset tahun 1994) dan inlay yang lengkap dengan lirik dan kredit kepada staf yang terlibat, so wtf? Aku beli lagilah! Bukannya mahal pun, cuma RM15.90 je (dah dasar collector, memang macam tu).

Nanti ada masa aku beli lagi 30110 versi terbitan semula...

_____
Ada apa: Terjagaku dari tidur yang lena... [malam Isnin lepas tertidur 12 jam, terlupa dunia seketika, kes balas dendam]

Sepetang Di Amcorp Mall (Part 2)


Selasa 18/5/2010 - Dari KLIA tadi (storm riding experience) sampai ke PJ, Lembah Kelang ni kalau hujan, paham-paham sajalah memang teruk. Nasib baik waktu aku sampai kat stesen LRT Taman Jaya hujan dah reda sikit, kalau tak memang basah kuyup sampai kat hotel.

Selepas check-in kat Shah's Village Hotel dalam pukul 6.30 petang, aku mengambil keputusan untuk ronda-ronda kat Amcorp Mall saja, disebabkan aku malas nak pi KL (rush hour + hujan).

Kali terakhir aku ronda-ronda kat Amcorp Mall ni bulan November tahun lepas, waktu tu pun hujan... Nak kena pi beli payung jugak ni.

Victoria Music Centre, premis yang wajib aku singgah kalau aku pi ronda-ronda kat Amcorp Mall ni. Jom serbu! Target utama, area new albums, best selling dan promo items. Tapi yang kurang best, tahun ni UOB tak buat promosi untuk pemegang UOB VOX card seperti tahun-tahun lepas. Kalau tak, sekurang-kurangnya dapat diskaun 15% untuk item-item terpilih kat VMC ni.

AC/DC newest album! (Compilation album that is). Iron Man 2, ada dua versi (1) versi CD audio sahaja berharga RM36.90 (2) versi 2-disc, CD audio + DVD (DVD includes AC/DC video clip, concerts, the making of, multimedia contents, etc...) berharga RM62.00! Berbaloi ke aku beli versi 2-disc ni?

Patron VMC jugak ada tunjukkan aku versi limited deluxe edition (collector's edition) berharga RM1xx! Isi kat dalam CD, DVD, poster Iron Man 2, komik Marvel Iron Man #1 (edisi reprint) dan kalau tak silap ada sticker. Disebabkan aku bukanlah peminat tegar AC/DC mahupun Iron Man, versi CD audio sudah cukup memadai untuk koleksi aku.

Iron Maiden's live album Death On The Road berharga RM59.90, album live Iron Maiden bukanlah priority dalam koleksi aku. Album-album studio Iron Maiden kat VMC ni semuanya aku dah ada, jadi boleh skip.

Ella 30110. Versi cetakan semula berharga RM15.90... Memang tension, versi yang aku beli dulu versi Album Rock Terunggul yang agak hampeh tanpa sebarang info kat dalam inlay selain tracklist sahaja. Yang lagi tension versi cetakan semula ni harganya jauh lebih murah daripada yang aku beli dulu.

Sama kes dengan Ella USA ni, album Ella yang paling aku suka (selain 30110) versi cetakan semula dengan harga yang sama RM15.90, versi Album Rock Terunggul yang Portdy belikan haritu harganya RM25.90 sama kes macam 30110 kat atas tadi, versi yang aku ada tadak apa-apa info kat dalam inlay kecuali tracklist.

Versi cetakan semula ni mempunyai info yang cukup lengkap kat dalam inlay seperti tracklist, pencipta lagu, penulis lirik, ahli muzik yang terlibat dan lain-lain info yang patut ada dalam inlay sesuatu CD... Walaupun CD kat dalam masih sama warna ungu. Disebabkan aku memang mencari album USA ni dari bulan lepas (bersama-sama Takilala, sebelum tengok gig Sickening Art) tapi tak jumpa, jadi kali ni memang aku tak lepaskan...

Ada beberapa lagi CD yang agak menarik aku jumpa kat VMC tapi tak sampai tahap nak beli...

Sikit lagi aku nak beli CD kompilasi Best Of Belantara ni (bukan Bentara).
Menurut info dari Berteromber, lagu-lagu dalam album ni semua lagu slow.

Rhoma Irama Edisi Platinum! Someday, I'll buy this CD!

Malas nak browse CD lain, aku cuma beli AC/DC Iron Man 2 dan Ella USA sahaja. Memandangkan bajet tak berapa mengizinkan untuk membeli CD melebihi RM60. Aku paling tak suka kalau dapat kursus, latihan (or exam in this case) waktu belum dapat gaji, lebih-lebih lagi kalau dapat pi area Lembah Kelang, hilang mood nak cuci mata pi Bentley, CK Music, JS Music dan kedai-kedai gitar yang lain. Nasib baik Dinoscars dah setelkan awal (prabayar) sebelum datang jumpa tauke DEG.

Setelah penat ronda-ronda kat Amcorp Mall, sebelum balik hotel... Aku singgah kat restoran A&W PJ Drive-In pekena Coney Tuesday. Yup sampai malam hujan renyai-renyai... Nasib baik waktu beli stationeries kat Popular tadi aku ada beli payung.

Sampai hotel, bukak buku study untuk exam esok sambil menikmati Coney Tuesday dan Root Beer float A&W, bukan selalu dapat pekena A&W ni.

To be continued...

_____
Ada apa: Ada sapa-sapa tau, apa dah jadi kat kedai Mahogany kat Amcorp Mall?

(#27) sepetang di amcorp mall


[entry #27 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
3 more to go! wohooo!~

isnin 16/11/2009 - 1700hrs lps abis kursus, disebabkan hujan renyai2 aku mcm mls nak jln2 pi kl (mula2 mmg plan nak pi bentley bkt bintang), so aku jln2 pi amcorp mall yg xbrapa jauh dari tmpt aku kursus. tujuan utama nak pi victoria music centre dan mahogany

apa yg best kat victoria music centre ni? ekceli xde apa yg best cuma kedai cd (mostly audio cd) mcm speedy video (minus the videos)... tp disebabkan aku uob vox card holder, aku layak dpt 15% diskaun utk cd2 kat kedai ni, hehehe... (antara cd2 yg aku beli kat sini dulu - dark passion play dan somewhere in time)

aku browse kat area international group... mula2 aku belek2 cd2 album iron maiden. album2 yg ada iron maiden, killers, piece of mind, no prayer for the dying (yg ni imported version, mahal RM70!), death on the road dan flight 666 (m'sian press)

disebabkan koleksi aku blm complete, so aku target la album piece of mind (incase xde cd lain yg aku berkenan) dgn harga standard seluruh m'sia RM39.90 (nett price, even vox card holder xdpt diskaun 15% utk cd ni)

belek2 lg aku jumpa megadeth - endgame dgn harga RM36.90! tp album ni aku dah beli kat kkplaza RM40 lps raya hari tu (alaaa beza RM3 je) so, pass... then terjumpa children of bodom - skeleton in the closet (pic bwh) kat area newly released... hah! apa lg sambar terus la! (piece of mind bleh beli kemudian) dgn harga RM40.50 slps diskaun 15% uob vox card holder (harga asal RM44.90) [akan direview kemudian]

then, operasi nak cari kedai mahogany (kedai gitar la)... 2 kali aku tawaf turun naik, xjumpa2 jugak. last2 aku tanya information centre dorg ckp tgkt 2 belah kiri. aku ronda lg skali, xjumpa pun... yg aku jumpa cuma aba music (kedai gitar jugak) tp dah tutup awal. ni ke mahogany? xde pun tulis managed by 'mahogany' etc2? sapa2 ada info pasal mahogany amcorp mall branch, bleh kongsi bersama (last year waktu aku blm lg gila gitar... aku rasa mcm aku ada lalu kedai mahogany kat amcorp mall ni)

btw, amcorp mall ni pd pendapat aku la kan... hobby shopping complex, sbb mostly kedai2 kat sini berkonsepkan hobi. plng byk kedai2 jual action figures, radio controlled stuff, audiophiles, new & used magazines/books, brg2 antik, etc... berikut antara pic action figures yg smpt aku snap sbg penyeri entry

dgn perasaan sket kecewa dan mcm xpuas hati (sbb xjumpa kedai mahogany)... aku pi kl, target nak pi bentley bkt bintang. tgk jam dah dkt2 1800hrs, aku gamble smpi bkt bintang before 1900hrs (sbb bentley tutup 1900hrs) but that was another story...

_____
p/s: nasib baik hobi aku bkn kumpul action figures atau berkaitan dgn rc stuff

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger