Showing posts with label tgs. Show all posts
Showing posts with label tgs. Show all posts

Tona Berkirong


Pembelian agak impulsif sempena promosi 3.3 Lazada, sebuah pedal stompbox Electro-Harmonix (EHX) Tone Tattoo Analog Multi-Effects diperolehi daripada The Guitar Store. Dengan statusnya B-stock (display unit?), ditambah pula dengan kupon bertindih 3.3 Lazada membuatkan harganya menjadi 1/3 daripada harga runcit semasa.

Pedal ini sudah discontinued secara rasminya tahun lepas, harga runcit pula semakin naik mendadak (rujukan). Pernah terGAS pedal ini 10 tahun lepas tapi harganya ketika itu tidak mampu milik, aku hanya mampu pedal Metal Muff Top Boost sahaja.

Ia seperti tiga buah pedal EHX - Metal Muff, Neo Clone, Memory Toy - yang digabungkan dalam satu perumah. Distortion, chorus dan delay - tiga efek yang bagi aku sudah kira cukup untuk memainkan lagu-lagu metal atau rock.

Didatangkan juga dengan adapter 9.6 Volts kerana di dalam pedal memang tiada ruangan untuk bateri seperti pedal-pedal EHX lain. Mungkin tidak relevan untuk menggunakan bateri kerana biasanya efek chorus dan delay membuatkan bateri cepat habis.

Bahagian Metal Muff ada tambahan noise gate, walaupun ala kadar hanya satu tombol THRESHOLD, tapi lebih baik daripada tak ada langsung. Manakala bahagian Memory Toy (delay) disertakan dengan tombol GAIN tambahan yang amat cemerlang untuk menambah output, amat berguna ketika solo.

Aku perasan distorsi pedal ini amat sesuai untuk gitar talaan rendah, kerana bunyi nyaring "berpasir" Metal Muff akan diseimbangkan dengan bass-y talaan rendah. Selebihnya tak perlulah aku buat ulasan, temberang saja lebih. Yang pasti, ia akan lebih menjadi pedal koleksi seperti MT-2-3A, BC-2 dan MojoMojo Paul Gilbert.

Pembelian sampingan dua unit tali gitar Rotosound Roto Yellow Double Decker R10-2 (10-46 x2) dan Roto Purples R12 (12-52). TGS juga memberi sekeping pick tebal 1.20 mm berjenama Soloking sebagai hadiah percuma.

_____
AADI: Kirong = tattoo (Brunei).

Blackouts TGS


Setelah berpuas hati dengan prestasi Seymour Duncan Blackouts AHB-1N neck pada kedudukan bridge Shiro (ESP Eclipse-II), mendapatkan seunit lagi *AHB-1N sebagai pasangannya daripada The Guitar Store dengan diskaun 5% dengan tambahan kupon Hari Malaysia Atome.

Seperti pikap-pikap yang diperolehi daripada TGS sebelum ini, ia merupakan unit baharu stok lama (NOS) kerana harganya masih lagi harga pra-pandemik tatkala harga terkini pikap-pikap Seymour Duncan dan DiMarzio mencecah harga pikap boutique.

Seperti biasa, didatangkan sekali dengan pot 25k, kapasitor, stereo output dan kabel-kabel lain yang diperlukan. Kedua-dua AHB-1N ini kelak dirancang akan dipasang pada gitar yang dikhususkan untuk talaan rendah (D-standard, drop-C), mungkin satu daripada Les Paul aku.

Plastik pun tak buka.

Tapi untuk sementara waktu, ia dipasang pada Shiro kerana hanya perlu plug-and-play menggantikan set EMG 81/60 yang ada. Akan dikeluarkan semasa proses penukaran tali seterusnya kelak...

*Kenapa tak pilih versi bridge AHB -1B atau versi metal AHB-2? Kalaulah masih ada dalam pasaran (online) Malaysia, memang aku dah pilih AHB-2.

_____
AADI: Mungkin serasi dengan EMG 85.

Vintage Blues TGS


Mendapatkan set pikap Seymour Duncan Vintage Blues ini daripada website The Guitar Store sebagai self-reward bersempena hari ayah dengan berbekalkan dana-dana pelepasan ex-Preator bulan lepas.

Roto Blacks sebagai pembelian sampingan.

Aku rasa ini merupakan set Seymour Duncan paling murah dalam pasaran kerana masih mengekalkan harga pra-pandemik. Ditambah diskaun 10% TGS dan kupon hari ayah Atome menjadikannya semakin murah. Pasca-pandemik hampir kesemua harga set Seymour Duncan dalam pasaran mencecah empat digit.

Sudah lama inginkan pikap jenis classic output pada kedudukan bridge. Ikut sejarah aku, hampir kesemua pikap bridge yang pernah diguna/dipasang pada gitar-gitar aku adalah jenis high output, kecuali Epiphone Probuckers dan pikap asal Goldie iaitu Gibson '57 Classic/Classic Plus.

Set yang terdiri daripada '59 Model neck dan bridge (SH-1N/SH-1B), katanya period correct iaitu mengekalkan ciri-ciri pikap penghujung 50an - tiada label "Seymour Duncan" atas bobbin, selotep ikonik, wayar satu conductor dan kaki pikap yang lebih panjang berbanding pikap moden. Hanya wax potted sahaja ciri yang moden.

Dengan ciri-ciri tadi, ia pastinya akan dipasang pada Les Paul aku sama ada abang long Goldie ataupun gitar rimau Tigera.

_____
AADI: Pasang songsang ala Greeny?

Vox Boss


Sudah agak lama mengintai pedal Boss BC-2 Combo Drive ini di website The Guitar Store mahupun platform Shopee/Lazada mereka. Ini antara pedal stompbox Boss yang sudah discontinued, jadi agak sukar untuk mendapatkannya lagi. Bila ia dikategorikan sebagai B-stock dalam website TGS dan 20% lebih murah berbanding harga runcit, terus masuk bakul.

Pernah memiliki pedal ini pada awal 2016, setahun kemudian ditukarkan (trade) dengan ST-2 Power Stack. ST-2 pula telah dilepaskan penghujung 2019. Kemudian terasa menyesal pula melepaskan kedua-duanya. Berbekalkan dana-dana GLTL MG-30 beberapa minggu lepas, terus dilaburkan untuk pedal ini sebelum ia benar-benar discontinued.

Untuk kelebihan pedal ini boleh baca entri 2016 tadi. Seperti ML-2 dan MT-2-3A, pedal ini juga akan berstatus koleksi, hanya akan akan beraksi jika perlu.

_____
AADI: Menunggu peluang untuk DS-2 pula.

Zon Logam 30 Tahun


Ketika pedal Boss MT-2-3A Metal Zone 30th Anniversary ini dirilis pada tahun 2021, aku teringin untuk mendapatkannya sebagai pedal koleksi. Tapi bila dapat tahu harganya jauh lebih mahal berbanding MT-2 biasa, maka hasrat itu terus dilupakan.

Dengan promosi 3.3 Lazada The Guitar Store, harga MT-2-3A ini kini menyamai harga MT-2 biasa. Dengan pantas terus masuk bakul. Untuk versi 3A ini didatangkan dengan tulisan berwarna kelabu dan skru warna perak, selebihnya pasti sama sahaja...

Aku pernah memiliki MT-2 dua kali (#1, #2) tapi kedua-duanya tidak bertahan lama dalam axology kerana ketika itu aku lebih ke arah multi-fx berbanding stompbox dan seperti biasa ia dilepaskan untuk modal pusingan GLTL.

Aku rasa ini antara model stompbox Boss terawal buatan Malaysia berbanding Taiwan sebelum ini. Tapi aku perasan, semenjak batch buatan Malaysia, harga stompbox Boss naik mendadak. Sepatutnya makin turun sebab buatan tempatan kan?

Sekarang bila sudah tahu rahsia MT-2 terutama tombol MID FREQ, pedal ini jauh lebih berpotensi berbanding pedal distorsi yang hanya memiliki dua (atau tiga) band EQ contohnya LT-Dual, LT-Metal, ML-2 dan Dark Matter. Dengan setting seperti di atas, distorsi pedal ini dapat menyamai ~98% bunyi distorsi amp Joyo BanTamP XL Zombie II.

Sudah boleh berbangga mengatakan "aku gitaris metal dan ada Metal Zone".

_____
AADI: Juga terGAS kembali BC-2 Combo Drive.

Jazz TGS


Pikap Seymour Duncan Jazz Model neck (SH-2N) ini diperolehi daripada website The Guitar Store untuk projek memuaskan nafsu kegitaran akan datang.

TGS masih mengekalkan harga lama untuk beberapa model Seymour Duncan (stok lama?) berbanding premis terkenal lain yang mengenakan harga *pasca-pandemik yang melambung naik.

Ya, tepat jangkaanku pikap ini merupakan stok lama. Berdasarkan label di belakang ia merupakan keluaran 2016.

"The Jazz Model humbuckers (SH-2) offer a bright, clear tone that is great for adding clarity to neck position leads, clean rhythm playing, or brightening up a dark sounding guitar." - Hype website Seymour Duncan.

Perancangan akan dipadankan dengan JB kontot menjadi JB/Jazz hot-rodded set, tapi tak pasti lagi gitar mana yang bakal menjadi perumahnya kelak.

_____
AADI: *DiMarzio juga tidak terlepas daripada kenaikan harga mendadak.

ME-Series (Analog) Terakhir?


Walaupun berjaya memiliki Nu-X MG-30 tahun lepas, tapi atas sebab-sebab peribadi aku masih terGAS dengan multi-effects gedabak Boss ME-80. Harga runcitnya tiap tahun makin naik tapi ada peluang semasa promosi 12.12 Lazada daripada The Guitar Store untuk mendapatkannya pada harga jauh lebih murah berbanding harga runcit semasa.

Ya, teknologinya boleh dikira agak kuno berbanding multi-effects jenama lain pada harga yang sama (MG-30, Zoom G5n, Mooer GE250, Hotone Ampero One, Valeton GP-200), tapi ada sesuatu yang mistik tentang produk Boss ini.

Kenapa agak kuno? Pertama, teknologi modeling (PREAMP) COSM Boss hanya ada sembilan jenis, tidak ada ruang untuk model tambahan pada masa akan datang dan tiada teknologi impulse response (IR). Yang ada hanyalah cabinet simulation yang diaktifkan jika output headphone digunakan.

Kedua, hanya ada paparan LED dua digit sahaja seperti multi-effects awal 2010an, berbanding skrin LCD besar dan berwarna-warni pada multi-effects lain yang setaraf. Mungkinkah ini ME-series yang terakhir kerana wujudnya model GX-100?

Tapi apa yang membuatkan model ini istimewa ialah pertama, dengan adanya 30 tombol yang terasa analog, selain memiliki hampir kesemua karekter stompbox Boss yang terkenal termasuklah NS-2, juga memiliki karekter stompbox Boss terbaharu iaitu MO-2 dan TE-2. Kalau biasa guna multi-effects, tombol-tombol sebegini lebih cepat untuk melaras parameter preamp dan efek berbanding menekan butang menu.

Kedua, kedudukan expression pedal (PEDAL FX) juga agak jauh dengan suis kaki paling hujung, kebarangkalian terpijak expression pedal ketika memijak suis paling hujung amatlah jauh (vice-versa). Aku beberapa kali pernah mengalami situasi begini semasa menggunakan MG-30 dan B1Xon, amat gabra ketika persembahan pentas.

Ketiga, walaupun susunan lapan suis kaki nampak serabut, tetapi sebenarnya disusun supaya hanya empat suis bawah sahaja yang senang dipijak. Dan dengan rekabentuk suis berlawanan arah, membuatkan empat suis sebelah atas agak sukar untuk terpijak dalam kehangatan beraksi atas pentas.

Dan tiada fungsi yang memerlukan dua butang dipijak sekaligus seperti multi-effects kompak lain, dapat mengurangkan peluang untuk membuat kesilapan memijak bagi yang berkaki besar.

Disertakan dengan enam biji bateri alkali AA, manual 24 muka surat dalam tujuh bahasa dan adapter PSA compatible sama seperti yang ada dalam Boss GT-1. Aku tidak menggunakan adapter ini kerana sudah ada PSA-230 original yang lebih senyap.

Ya, ia juga boleh dikuasakan dengan bateri AA, katanya boleh bertahan sehingga 12 jam dengan bateri alkali. Aku tak kisah, kalau dapat bertahan dua jam pun sudah kira cukup untuk satu sessi persembahan pentas (yang biasanya leceh mencari punca elektrik untuk adapter).

Fungsi selebihnya seperti USB recording dan Boss Tone Central, tak perlulah aku cerita. Aku mendapatkan unit ini hanya fokus untuk kegunaan live (jamming, gig) kerana ciri-ciri yang aku ceritakan di atas tadi. Dan disebabkan jenama Boss itu sendiri, ketegapannya tidak perlu dikompromi.

Hampir terlupa, aku pernah ada ME-50B dan pernah mencuba ME-70.

_____
AADI: Selamat menyambut Hari Natal.

MS-70CDR 2022


Baru sahaja melepaskan pedal yang sama April tahun lepas, tapi bila mana ia ditawarkan oleh The Guitar Store dengan harga penghabisan stok (display unit?) bersempena 11.11 ditambah dengan bonus dan baucar Lazada, harganya kini 1/3 daripada harga runcit semasa. Juga jauh lebih murah berbanding harga unit yang aku melepaskan tahun lepas, antara sebab kenapa aku mendapatkan semula pedal ini.

Unit yang diterima ini batch lama kerana firmware masih v1.00 (batch terkini ada sticker v2.00 pada kotak), tapi nampak masih baharu hanya berdebu sedikit. Juga diberi percuma seunit patch cable dan sekeping pick oleh TGS. Selepas diterima firmware terus dikemaskini kepada v2.10 dan di"hack" menggunakan Zoom Effect Manager v1.1.1 untuk menambah efek-efek drive dan amp simulation kegemaran.

Ini menjadikannya pedal kedua memegang rekod diperolehi untuk kali ketiga (#1, #2) selepas Vox Satchurator. Harapnya aku tidak terfikir lagi untuk melepaskan pedal ini (dan menyesal) pada masa akan datang.

_____
AADI: Selamat hari RAYA.

Cort Pertama


Ini merupakan pembelian impulsif musim PKP (bahaya ni) dan gitar pertama diperolehi untuk 2021. Selain satu daripada model tersenarai untuk *projek gitar perumah Lace Alumitone HSS, spesifikasi Cort G200DX ini dan harga yang ditawarkan juga antara faktor.

Serius, sebelum ini aku tak pandang pun gitar-gitar jenama Cort kecuali model KX5 dan G250FR (klon SDX?). Padahal kilang Cort Indonesia merupakan OEM kepada beberapa gitar jenama lain seperti Ibanez, PRS SE, Squier dan Jackson.

Bila gitar ini ditawarkan semasa promo "FMCO Meal Deals" oleh pengedar rasmi Cort di Malaysia iaitu The Guitar Store, harganya terus menjadi murah seperti harga model G100, maka tertariklah picu...

Pertukangan kayu kilang Cort tak perlu dipertikai, kalau letak jenama lain pada headstock (contohnya Jackson) dengan kualiti begini, senang-senang saja harga runcitnya mencecah RM2k.

Badannya adalah daripada kayu ash, sepatutnya ringan kan? Tidak pada gitar ini yang beratnya 4.0 kg, seberat sebuah Les Paul standard (Goldie aku 3.9 kg). Bentuk offset Strat begini lebih ergonomik dan seimbang bila digalas dengan strap, tetapi membuatkannya tidak muat dalam peti cap buaya.

G-series ini tidak memiliki headstock "cangkuk" seperti kebanyakkan Strat-copy lain. Lubang truss rod juga terletak pada headstock dan bukan pada pangkal neck seperti SDX, lebih mudah untuk diakses. Tali asal 9-42 (D'Addario daripada ball-end warna-warni) masih bagus dan dibiarkan dalam talaan E-standard.

Mengikut nombor siri IE210304405 ia keluaran Mac 2021, aku jangkakan dapat batch 2020. Tuner yang cukup-cukup makan, tapi untuk gitar berharga sebegini, tak hairanlah.

Radius fretboard katanya 240 mm (~9.5") agak melengkung berbanding radius 12" yang biasa aku guna. Neck dan fretboard adalah daripada sebatang kayu maple yang sama (1-piece hard Canadian maple?) dengan sedikit ketara pola "bird's eye" sepanjang fretboard, neck dan headstock membuatkan penampilannya sedikit eksotik.

Bridge standard vintage tremolo enam skru. Perlu sedikit masa membiasakan diri dengan bridge begini kerana telapak tangan aku dah biasa dengan bentuk bridge jenis TOM dan FR untuk palm mute. Akan dibiarkan dalam keadaan "fixed" tanpa perlu aksi tremolo.

Antara tabiat buruk aku, terus bercadang untuk menggantikan pikap stok dengan pikap aftermarket (dalam kes ini, Alumitone HSS) tanpa memberi peluang kepada pikap stok untuk beraksi dan menunjukkan taring mereka. Jika pikap stok Powersound HSS ini cemerlang dalam situasi jamming kelak (entah bila), maka ia akan dikekalkan.

Sambungan bolt-on ala AANJ Ibanez lebih mesra telapak tangan, neck juga ada skunk stripe. Kayu badannya adalah daripada dua keping (2-piece) kayu sahaja. Semburan "clear" pada seluruh badan agak tebal seperti ex-Korina, seakan-akan lapisan cermin 1 mm meliputi badan gitar ini. Adakah ini mempengaruhi tona dan berat keseluruhan?

Satu kelebihan gitar jenama Cort ialah setiap gitar dibekalkan dengan gigbag tak kisahlah ia model murahan. Gigbag walaupun ala kadar nipisnya, tapi lebih bagus daripada tak ada langsung kan?

Amat berpuas hati malah kagum dengan kualiti yang jauh lebih bagus daripada jangkaanku terutama pertukangan kayunya yang aku rasa setaraf dengan Squier Classic Vibe yang berharga 2-3 kali ganda. Cuma hardware (tuner, bridge) dan elektronik sahaja ala kadar, tapi itu boleh dinaik taraf kemudian. Hanya action sahaja terlalu tinggi untuk citarasa peribadi, akan dilaras dan diintonasi kemudian.

Disertakan dengan trem bar, dua batang Allen key, spring tremolo ekstra dan dua keping pick Alice sebagai pemberian. Tiada manual, tag model dan tag tali D'Addario disertakan. Rotosound DarkZone DZ10 itu pula merupakan pembelian sampingan.

Seperti biasa, gitar murahan sebegini akan dijadikan gitar projek dan gitar harian, tatkala anak-anak rajin masuk bilik hobi, tak cuak sangat bila gitar ini dikacau berbanding gitar lain... Nickname? Dengan penampilannya yang natural kombinasi kayu ash dan maple, ia akan digelar WOODY.

_____
AADI: *Model lain yang tewas - Squier Bullet/Affinity HSS dan Yamaha Pacifica PAC012.

Cleartone 10.10


Satu-satunya pancingan jualan 10.10 tahun ini ialah tiga unit tali gitar Cleartone Monster Heavy Series 7-string 9409-7 (9-52) daripada website The Guitar Store. Jenama Cleartone ini agak premium, sama kasta seperti Elixir, Skull Strings, D'Addario NYXL dan Ernie Ball Paradigm. Jika dibeli seadanya (tanpa promosi) ia *tidak berbaloi bagi pengguna seperti aku.

Harga promosinya untuk 10.10 ialah RM10.10 seunit, tapi ada udang di sebalik batu syarat, perlu ditambah dengan kos penghantaran sebanyak RM12 (RM8 Semenanjung) untuk setiap unit, ya setiap unit, bukan pukal, menjadikan harganya RM22.10 seunit. Tapi ia masih jauh murah berbanding harga pasaran sekitar RM65-69 seunit, dan juga masih murah untuk set 7-string berbanding jenama besar lain.

Katanya 36% lebih nyaring, 3-5 kali lebih tahan lama. *Tapi ini semua subjektif terutama bab tahan lama tu. Aku biasanya guna tali gitar tanpa saduran (uncoated) harga RM20-25 seunit pun boleh tahan sekitar tiga bulan kalau selalu jamming atau sehingga setahun kalau jarang guna.

_____
AADI: Makin banyak stok.

Roto 11.11


Mengambil peluang bersempena Jualan 11.11 Lazada untuk mendapatkan bekalan stok tali gitar peribadi yang kekurangan saiz standard. Standard di sini bermaksud saiz yang selalu aku gunakan untuk jamming ataupun gig yang biasanya ditala E/Eb-standard.


Diperolehi daripada 724Rocks (TGS Kepong?), dua unit Rotosound Roto Yellow R10 (10-46) dan tiga unit Roto Blues RH10 (10-52). Kali ini Rotosound dipilih sebagai alternatif kepada jenama kegemaran D'Addario yang harganya sudah melonjak naik. Kelebihan Roto-series berbanding siri atau jenama lain ialah satu tali high-E ekstra untuk setiap set.

Juga ingin mencuba Primo Slinky (9.5-44), satu daripada saiz terbaru Ernie Ball. Agak susah mencari saiz 9.5-44 dalam pasaran tempatan. Sebelum ini hanya pernah menggunakan saiz 9.5-44 berjenama SIT Rock Light dan D'Addario EXL120+. Jualan hujung tahun nanti akan cuba untuk mendapatkan GHS Boomers GB9.5 daripada CK Music.

_____
AADI: Harapnya Primo Slinky murah dan mudah didapati selepas ini.

Peti Gitar Cap Buaya (Part 2)


Mengambil peluang bersempena promosi 9.9 Lazada untuk mendapatkan hardcase Gator GC-LPS daripada 724Rocks. Kos penghantaran yang ditawarkan oleh 724Rocks juga jauh lebih rendah berbanding penjual lain.


Kebetulan ada dana-dana hasil jualan Seymour Duncan Invader dalam entri lepas, jadi dananya dapat dikitar semula untuk perhobian, gali lobang tutup lobanglah katakan.

Lebih besar dan tegap berbanding hardcase Epiphone.
Fungsi utamanya tentulah tempat penyimpanan gitar-gitar Les Paul aku (Nightfall atau Goldie) dan juga vessel untuk travelling sebagai fungsi sekunder.


Model ini memang khas untuk gitar potongan saiz Les Paul atau singlecut lain yang serasi (LTD EC, Ibanez ART/ARZ) dengan sudut neck/body sekitar 3-5°.


Memang perfect fit untuk Goldie, tetapi agak janggal untuk Nightfall yang memiliki sudut neck/body yang lebih rata, menyebabkan neck agak terjungkit ke atas.

Neck Nightfall, terjungkit lebih kurang 1 cm.
Masalah ini boleh diatasi dengan menambah sedikit foam pada bahagian bawah belakang hardcase sebagai counter-angle, supaya neck gitar betul-betul berada di atas neck support.


Tetapi atas sebab-sebab ergonomik, pada pendapat aku hardcase ini lebih sesuai untuk Goldie, manakala hardcase Epiphone akan dikhaskan untuk Nightfall.

Batch baru (inspected on 08/12/2017, or is it 12/08/2017?), good to know...
Sama seperti hardcase GC-ELECTRIC-A, materialnya juga lebih tahan berbanding hardcase ular sawa yang aku pernah ada dulu.


Cuma bahagian dalamnya hanya khusus untuk gitar kanan, agak mendiskriminasi pemilik Les Paul kidal, tidak seperti hardcase Epiphone yang ambidexterity.

_____
AADI: Nak cari gigbag yang boleh memuatkan dua gitar sekaligus.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger