Showing posts with label warwick. Show all posts
Showing posts with label warwick. Show all posts

Bekalan Kuasa Papan Batu


Sudah lama mencari power supply yang sesuai untuk pedal board aku (yang sehingga kini tak menjadi-jadi) terutama selepas koleksi pedal-pedal TC Electronic yang semakin berkembang.

Menggunakan kaedah daisy chain sudah tidak praktikal lagi untuk pedal board yang memiliki lebih daripada empat pedal. Pernah bercita-cita untuk mendapatkan MXR M237 DC Brick, tapi terkejut bila harga produk MXR tiba-tiba melonjak naik pada tahun ini.

Nasib baiklah RockBoard memberikan alternatif pada harga yang boleh dikira masih mampu milik dalam bentuk Power Block. Seperti biasa produk Warwick diperolehi daripada Swee Lee dengan pengeposan percuma.

Pakej disertakan dengan 10 unit power cable dan adapter pelbagai soket. Dengan layout sama seperti M237; lapan output 9V dan dua output 18V, sudah cukup untuk digandingkan dengan RockBoard Tres 3.1 aku.

Akan buat entri berasingan bila pedal board dengan pedal-pedalnya selesai disusun menjadi sebuah gig-rig kelak. Itupun entah bila baru ada mood untuk memulakan projek.

_____
AADI: Pernah juga menyasarkan Joyo JP-05.

T-Shirt Charvel


Baju raya aku tahun ini, t-shirt rasmi Charvel Guitar Logo. Satu daripada pancingan bersempena promosi limited time hot deals Swee Lee minggu lepas. Nasib baik ada saiz gergasi XXL (US) dan tidak mendiskriminasikan saiz. Dengan diskaun 40% menjadikan harganya seperti t-shirt pasar raya.

Kabel Warwick RockBoard flat patch Y-splitter 20 cm sebagai pembelian sampingan. Seperti biasa pengeposan percuma dari Swee Lee Singapura menggunakan DHL Express membuatkannya berbaloi-baloi.

Buatan Mexico dengan tag Fender, fabriknya jenis lembut seperti t-shirt Orange. Pastinya akan dipadankan dengan gitar Candy untuk persembahan pentas atau gig kelak (itupun kalau ada). Tak ramai yang guna gitar Charvel, lagi-lagi di Bintulu ni hehehe...

Seperti t-shirt Orange, ia juga bisa digayakan pada hari-hari biasa tanpa perlu risau akan menyinggung perasaan orang lain, tidak seperti t-shirt ESP. Bak kata Berteromber "syariah compliance".

_____
AADI: Sekarang saiz XL pun aku dah boleh pakai.

Papan Batu


Berpuas hati dengan layout TC'ed Fly Rig dalam entri ini, tapi OCD aku mahukan sebuah pedalboard yang "proper" berbanding pedal-Drain longkang v2.0, maka tertariklah picu untuk mendapatkan pedalboard Warwick Rockboard Tres 3.1 ini.

Diperolehi daripada Swee Lee dengan pengeposan percuma, sekaligus mengalahkan calon-calon lain daripada jenama Pedaltrain, Mooer dan Nu-X.

Ia dipilih kerana bentuk dan dimensinya, bersaiz 522 x 236 mm (ya ukuran metrik) *lebih daripada cukup untuk menempatkan TC'ed Fly Rig yang disebut pada perenggan pertama di atas. Disertakan dengan segulung hook-loop (Velcro) dan beberapa utas cable tie.

Memiliki patchbay untuk menempatkan modular MOD yang dijual berasingan. Ruangan bawah lantai yang cukup luas untuk menempatkan pedal power supply. Tapi itu semua projek naik taraf untuk masa hadapan, buat masa ini hanya mampu menggunakan daisy-chain.

_____
AADI: *Akan dibuatkan entri IDK gig rig #9 kelak.

Antara DiMarzio, Dunlop, Warwick Dan Ernie Ball


DiMarzio terakhir dengan harga jualan akhir tahun (YES) 2017, PAF Master bridge (DP261F) diperolehi daripada Gapnap bersama beberapa pembelian sampingan - Warwick RockStand Worwei, Dunlop Formula 65 polish & cleaner dan sebungkus Ernie Ball (lagi?) Regular Slinky.


Terdapat sedikit salah faham untuk PAF Master ini, aku memesan model neck DP260 yang dirancang untuk dipadankan dengan Satchur8 yang ada dalam stok untuk kombo Gilbert/Satriani. Tapi hanya tinggal dalam stok Gapnap hanyalah model bridge DP261, kalau nak order lain sudah tiada diskaun YES.


Tapi selepas menonton klip YouTube ini, it's not a bad idea after all, model bridge ini dipasang pada posisi neck. Lagipun output DP261 masih kecil 278 mV berbanding output Satchur8 375 mV, kira masih seimbang untuk kombo Gilbert/Satriani tadi.


RockStand Worwei dipesan untuk kegunaan semasa Rock & Mob, rehearsal dan D-day kelak. Stand mudah alih sebegini amat sesuai dibawa semasa busking, dan membuatkan gitar anda nampak lebih dihargai berbanding diletakkan atas lantai yang hanya berlapikkan gigbag. Cuma ia tidak sesuai untuk gitar jenis ekstrim seperti Explorer, Flying V dan seangkatannya.


Ernie Ball Slinky juga sebagai pembelian sampingan impulsif (impulsive collateral purchase?), dan sejurus selepas diterima ia terus dibuka untuk memeriksa sama ada berkarat atau tidak pada tali GBE. Ya, batch kali ini masih segar dari ladang, tiada sumpahan karat seperti 1052 yang lepas. Akan cuba dipesan sekali lagi untuk pembelian akan datang, nak tengok konsistensinya.

Harapnya, tiada lagi perolehan pikap premium untuk tahun ini.

_____
AADI: Mungkin akan bermastautin dalam Korina.

MUP/LPG Jam Session #1


Sabtu (23/3/2012) - Sessi jamming pertama persiapan untuk Love & Peace Gig yang kucar-kacir pada mulanya disebabkan jadual harian ahli-ahli Metuk Ulau Project yang tak menentu. Tapi pada saat-saat akhir ia menjadi juga, seperti biasa 36 Studio menjadi studio pilihan.

Ini saja gambar yang sempat diambil.
Untuk sessi kali ni kami agak fokus untuk mencuba cover lagu Run To The Hills (tribute untuk Clive Burr), memang lagu ni agak "tinggi" dan cukup mencabar bagi aku (dan Korawk) untuk "menarik" vokalnya.

Sessi yang akan datang mungkin kami akan memilih REG Studio untuk membiasakan diri dengan kelengkapan yang bakal digunakan untuk gig tersebut, terutamanya amp Marshall AVT100.

_____
Ada apa: Selling them whiskey and taking their gold...

5-String Mirage?


Selepas sessi jamming Sabtu lepas, tali pertama (high-E) Mirage aku selalu out-of-tune, lima tali yang lain EADGB tidak bermasalah. Petanda awal adalah semasa aku menunjukkan demo tuning dan kestabilan Floyd Rose Special (FRS) kepada si Korawk dan Azrol. Pada mulanya aku ingatkan tali putus, rupa-rupanya ia terlepas dari saddle (Korawk pastinya ingat insiden ni).

5-string guitar?
Setelah disiasat, punca utamanya adalah disebabkan tali high-E tidak dapat dikepit dengan ketat pada saddle FRS. Selama aku menggunakan FRS pada Mirage ni aku hanya mengetatkan skru saddle dengan pulasan yang optimum (bukan maksimum) dan sentiasa berhati-hati supaya tidak memulasnya terlalu ketat. Kalau terlalu ketat dikhuatiri pengepit logam kecil pada saddle akan pecah.

Bila disiasat dengan lebih terperinci... Alur skru dalaman pada saddle dah haus, longgar dan tidak dapat diketatkan lagi.

Mana aku nak cari alat ganti (spare part) untuk unit di atas sahaja?
Jo Noobaxe? Yustech? Hashtag? Nonuz?
Ya, inilah kelemahan FRS, walaupun rekabentuknya adalah 100% sama seperti Floyd Rose Original (FRO) tetapi material yang digunakan adalah jenis yang "lembut" dan tidak tahan lama. Tahun lepas masalah yang sama terjadi pada hex-bolt locking nut, diganti dengan bolt yang lebih keras diperolehi daripada Jo Noobaxe.

Kes seperti ini tidak pernah terjadi pada ex-Replacement aku dulu yang menggunakan Edge-III bridge, walaupun ramai yang komen Edge-III teruk. Sekurang-kurangnya material pada Edge-III (on RG models, not GRG) lebih keras berbanding FRS.


Jadi, sementara menunggu untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai, Mirage ni akan direhatkan dalam rockcase ular untuk suatu jangkamasa yang tidak dapat dipastikan. Aku baru terfikir nak menggunakannya untuk Oktoberfest kelak (faktor string neon). Adakah ini petanda supaya aku menggunakan gitar baru untuk Oktoberfest?

Lepas ni kalau (ya, kalau) aku beli gitar dengan sistem "locking tremolo", aku tak akan beli lagi yang menggunakan sistem FRS. Mungkin aku akan target sistem Edge-Zero II w/ZPS atau ZR atau alang-alang FRO terus.

_____
Ada apa: Kepada rakan-rakan gitaris FRS (atau bakal), jadikan kes ini sebagai tauladan.

Ada Apa Dengan So-Cal? (Part 2)


Atas permintaan ramai selepas "teaser" dalam entri minggu lepas - gitar yang dimaksudkan ialah Charvel So-Cal Style 1 HH candy green. Dituntut sendiri (self-collect) semasa sessi melepak dengan tauke Dead Eye Guitars (DEG) beberapa minggu lepas, setelah terperap disimpan dalam stok DEG sejak bulan April/Mei.

Direhatkan dalam Rockcase ular.
Ciri-ciri idaman - Stratocaster body shape, maple fretboard, powerful Dimarzio pickups (DP158/DP155), original Floyd Rose (Iron Maiden influences detected) dan yang paling penting ia berwarna HIJAU! - For more info please click here.


Walaupun ia adalah buatan Amerika (MIA), tapi harganya tidaklah seperti yang anda jangkakan. Terima kasih kepada tauke DEG kerana bersusah payah mencari dan mendapatkan So-Cal berwarna hijau ni khas untuk aku. Tak sia-sia dia letak slogan "where musicians get their gears".

I would call it IDK Sig Mark III, hehehe... (Mark I, Mark II).

_____
Ada apa: Bro Sub, got mine from the same source with the same price :)

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 5)


Bungkusan poslaju ni diterima Selasa minggu lepas (31/7/2012) beralamat dari Music Master Studio (SS2, from Gapnap).

Ia berisi pikap gitar berjenama Seymour Duncan versi pukal (bulk version). Apa beza versi pukal dengan versi runcit (retail version)? Beza utama adalah dari segi harga, versi pukal harganya 30-40% lebih murah berbanding versi runcit tanpa kotak dan manual (who needs box and manual anyway?).

Selain pikap, ia juga disertakan dengan Warwick Rockcable 3-way daisy chain yang diperolehi secara percuma. Percuma? Ya, maklumat lebih lanjut sila layari entri ni.

Pikap kali ni masih lagi Seymour Duncan JB Model tapi versi trembucker (TB-4) dan bukannya versi biasa (SH-4) seperti yang diperolehi beberapa bulan lepas. Selain skru dan spring, ia juga disertakan dengan sebiji kapasitor (unknown brand).

20111102 - 2nd November 2011? Baru lagi ni...

Versi TB-4 ni sesuai untuk gitar yang mempunyai tremolo (floating atau vintage type) sebab jarak antara kutub hujung ke hujung ialah 52-52.5 mm, berbanding 50 mm untuk versi SH-4 (yang telah dijual melalui GKC, sebab aku tak guna). Pastinya 80% kebarangkalian ia akan dipasang pada Mirage aku, 20% lagi mungkin disimpan sebagai stok atau dijual semula. Bila nak pasang? Entahlah...

_____
Ada apa: Duncanised?

Bass Talk: I Need Bass!


Hepi;) dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Penutup Karnival Sukan & Sambutan Penutup Gawai (Ngiling Tikai) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan pada Jumaat minggu depan 29/6/2012.

Sebenarnya dah lama Hepi;) tak beraksi semenjak diserap masuk ke dalam Metuk Ulau Projekt (MUP). Dan semenjak itu aku dah lama tak main bass yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk me"let-go" bass aku Clover seperti dalam entri lepas.

Warwick Vampyre, ada berani?

Sekarang aku dah tak ada bass, nak pinjam bass daripada rakan-rakan ahli muzik di Bintulu ni agak leceh (sebenarnya akupun segan nak pinjam). Petang tadi kami dah mula berlatih (tanpa bass - aku guna Goldie), main muzik tanpa bass memang akan terasa sesuatu yang tak kena.

[Edited @ 25/6/2012 8.40 am] Bob Kandar sekarang dah guna drumset digital Medeli DD506, drumset lama Tama dah jual. Eh? Medeli DD506 dan amp Orange? Macam pernah nampak je...

Long story short, I need bass!

_____
Ada apa: Rookie bassist tanpa bass...

March 2012, Rookie Bassist Turns Three


Seperti tahun-tahun lepas bila tibanya bulan Mac, secara tak rasminya aku akan "meraikan" ulangtahun keberkecimpungan aku dalam kancah kegitaran semenjak tahun 2009. Tahun ni merupakan ulangtahun yang ketiga, menjenguk sejenak apa yang berlaku dalam dunia kegitaran aku sepanjang setahun yang lepas...

Axology


Sepanjang tahun lepas, axology aku mengalami perubahan drastik, kesemua gitar-gitar aku Abominations, Black Ice, Replacement dan Ashdozen dah di"let-go" sepenuhnya (atas sebab-sebab tertentu) dan diganti dengan Goldie, Clover dan Mirage (dua gitar satu bass kira cukuplah tu kan?).


Tak lupa juga beberapa gajet tambahan (stompboxes, multi-effects, cases). Dan disebabkan Hepi ;) makeshift studio dah diberhentikan operasinya, kedua-dua amp besar aku CR50BXT dan VT40+ juga terpaksa di"let-go" demi kebaikan penjual dan pembeli.

Credits to Calvin (Dead Eye Guitars), Clement (.gapnap/Music Master), Bro Amizan (CK Music), Engbok (yNot/MMO Music), Jo (NoobAxe), LYN user (Ashportal, soad_vs_incubus) for the gears!


Tahun lepas juga aku memulakan projek menaiktaraf pikap gitar-gitar aku menggunakan jenama Tesla (AH-1, Plasma-2, Plasma-1/VR-1/VR-Extreme) dan DiMarzio (DP103/DP100) awal Februari lepas.


Suatu kepuasan terasa bila projek yang dijalankan menjadi dan hasilnya seperti yang dijangkakan. Seperti biasa kalau bab ni Bro Sub (The Guitar Addict) dan Yustech merupakan pengaruh utama.

Music Life


Semenjak Hepi ;) berkolaborasi dengan geng-geng Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) bulan September lepas, tugas bassist digalas oleh Adi Herman yang lebih berpengalaman, manakala aku pula lebih selesa menjadi "gitaris ketiga" selepas Azrol dan Naz Korawk untuk mencukupkan korum "three amigos" - kolaborasi ini secara rasminya kami namakan Metuk Ulau Projekt.


Dan dengan menggunakan nama Metuk Ulau Projekt ni, secara tidak langsung aku dah turut serta dalam pergerakan komuniti muzik bawah-tanah Bintulu (Bintulu scene) disebabkan Adi Herman dan Korawk merupakan antara yang berpengaruh dalam komuniti ni. Tanpa mereka, mungkin aku tak akan merasa bagaimana pengalaman "adrenaline-rush" waktu menyertai gig.

Imej cilok.
Dan aku agak segan bila Metuk Ulau Projekt dilabel sebagai band otai waktu OSG2012 lepas, sedangkan aku ni baru berkecimpung tiga tahun dan hanya pandai main open chords, power chords dan simple scaling saja.

Yang jelas, Bintulu scene ni agak "colourful" dan lebih meriah (Heavy Metal, Rock Kangkang, Deathcore, Buskers, Reggae, Ska, Indie, Alternatives) jika dibandingkan dengan Sibu dan Mukah scene yang agak ganas dan gelap (Black, Death Metal).

Tapi aku dah jarang main bass, rookie bassist tu dah agak kurang sesuai la pula. Apa-apapun... Scream for me Bintulu! \m/

_____
Ada apa: Masih rookie lagi ni...

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 6)


Khamis (29/12/2011) - Waktu tengahari staff Jabatan SMS aku (yang sedang bercuti di rumah, esoknya nak balik Dalat), bagitau ada menerima bungkusan poslaju dari Johor untuk aku.

Kalau dari Johor tak lain tak bukan mesti Sandman Guitar, eh bukan lah! Aku tak ada order barang dari Sandman Guitar selepas Cool Cat Metal CM-1.

Bungkusan biru seperti bantal ni sebenarnya diterima daripada Jo @ NoobAxe Guitar (nice packaging bro), walaupun nama aku ditulis tak berapa betul, tapi sampai juga ye~ hehehe... Ini merupakan perolehan alatan kegitaran terakhir untuk tahun 2011.

Ia berisi Warwick Rockbag Deluxe RB 20505 B, gigbag untuk bass.

Sebenarnya aku tak "beli" Rockbag ni (bersama patch cable Planet Waves), tapi ber"sistem barter" dengan Jo, tukar-ganti (trade) dengan set pikap ESP LH-150 dan LS-120 yang baru dikeluarkan dari Mirage beberapa minggu lepas.

Walaupun nilai tukar-ganti (trade value) agak rendah disebabkan ia merupakan pikap-pikap stok (stock pickups), sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk menjualnya (dah macam Pawn Stars la pula).

Gigbag ni khas untuk Clover aku (Ibanez GSR200EX), sebelum ni guna gigbag Antler yang agak nipis. Nak kena main bass juga kalau ada masa lapang, kalau tak nanti jari-jemari terasa janggal terkial-kial dengan scale yang panjang.

Antara kelebihan gigbag ni selain tebal (walaupun tak setebal OGB Airline Blue), tahan lasak, mempunyai backstrap dan poket sampingan yang luas, ia juga mempunyai neck velcro strap (macam OGB) yang biasanya cuma terdapat pada gigbag jenis mahal. Hahaha kantoi kulat...

Hah Jo, nanti kalau dah ada stok Rockbag untuk gitar jangan lupa bagitau aku.

_____
Ada apa: Ritter untuk Explorer/Kelly tu nampak best, tapi nasib baik...

Ada Sesuatu Dari Music Master


Selasa (27/12/2011) - Tengahari tadi dalam pukul 12.30 brader poslaju telefon aku bertanyakan sama ada aku masih ada di pejabat atau dah keluar, sebab dia nak hantar bungkusan untuk aku. Apa dia ingat aku ni jenis yang keluar rehat tengahari (lunch break) awal ke?

Err poslaju? Setahu aku selain VXL dan CM-1 minggu lepas, aku tak ada order apa-apa barang menggunakan poslaju, kalau poslambat parcel ada...

Rupa-rupanya ia adalah bungkusan (yang agak besar) pos parcel yang di"sub-kontrak"kan penghantarannya kepada poslaju beralamat dari Petaling Jaya. Ya, satu daripada "harta rampasan perang" dari Music Master Studio's Year End Sale...


Warwick Rockcase Snake Skin RC 10606 SK (aku gelar Rockcase ular), snake skin (white python?) design +1 on appearance.

By Warwick...
Jika dibandingkan dengan hardcase lain terutama jenama Gator, Rockcase ular ni agak berbaloi dan boleh dikatakan murah. Music Master menjualnya pada harga kick-a$$ untuk Year End Sale mereka (retail RM2xx) dan terhad untuk 8-10 unit sahaja.

Memang muat untuk Mirage.
Juga muat untuk Goldie

Ruangan sisi (side compartment) yang agak luas untuk menyimpan aksesori seperti kabel, strap, tremolo arm dan pedal stompbox.


Dua buah hardcase yang aku ada, yang pastinya hardcase Epiphone tu hanya muat untuk gitar Les Paul sahaja (atau singlecut lain - ART, EC). Memang dah lama aku teringin nak dapatkan sebuah hardcase yang bersaiz superstrat, sejak zaman Mephisto lagi. Kalau jenis lightweight case macam Dean MLVZ memang senang tumbuh kulat di bahagian fabrik luarnya.

Kedua-dua hardcase ni aku gunakan sebagai tempat penyimpanan gitar (sekiranya tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama) dan bukan sebagai vessel untuk membawa gitar ke sana-sini. Adalah lebih mudah dan selesa untuk ke studio jamming membawa gitar di dalam gigbag (yang boleh digalas di bahu) berbanding hardcase.

_____
Ada apa: Credits to Clement @ gapnap.

Bass Talk: Warwick RockBass Arrival!


Minggu lepas, JS Music mengumumkan ketibaan stok baru Warwick RockBass di laman Facebook mereka. RockBass merupakan bass Warwick versi ekonomi buatan China pada harga yang lebih ekonomi (RM1.5k-2.5k) berbanding Warwick buatan Jerman dan Warwick Pro buatan Korea (yang harganya lebih mahal daripada belanja kahwin aku). More info on Warwick.de website.

RockBass Streamer, Corvette.

Walaupun ia versi RockBass, tapi terpampang logo "W" Warwick,
jadi Warwick tetap Warwick :)

RockBass Corvette.

RockBass Streamer.
(Imej Rockbass link dari Facebook JS Music).

Tapi sayangnya cuma ada model varian Corvette dan Streamer sahaja. RockBass Fortress dan Vampyre tak masuk...

Cerita pasal Warwick ni, dari dulu aku minat bass Warwick, semuanya gara-gara pengaruh Marco Hietala (Nightwish, Tarot) yang bergaya dengan Warwick Infinity NT (dan kadang-kadang Vampyre NT). Antara sebab aku memilih untuk belajar bass (berbanding gitar) pada mulanya...

Warwick Infinity NT (harga sebuah Perodua Kancil).

Kalaulah model Infinity ni ada dalam versi RockBass kan bagus, macam model Vampyre. "F" holes tu yang buat ia nampak klasik dan mengiurkan.

Warwick Vampyre NT.

Warwick RockBass Vampyre.

Imej Infinity NT, Vampyre NT dan RockBass Vampyre link dari website Warwick.de

Kalau-kalau ada rezeki lebih, pastinya RockBass ni (Corvette) bakal masuk dalam "senarai tahun depan" hehehe, itupun kalau Mrs. Ijau tak bising-bising...

_____
Ada apa: Sekarang ni aku cuma mampu beli Airwick sahaja...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger