Ada Apa Dengan Fontana? (Part 10)
oleh Ijau D. Koceng 13 July 2018 pada 6:00 AM 0 commentsWalaupun campuran daripada tiga jenis buah, tetapi rasa epal paling menyerlah antara ketiga-tiganya. Seperti perisa-perisa lain, jus Fontana agak pekat dan jika tidak biasa meneguknya perlukan sedikit pencairan atau ditambah dengan ais yang banyak.
_____
AADI: Hampir dua tahun tak ada entri Fontana.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 9)
oleh Ijau D. Koceng 01 August 2016 pada 1:00 AM 1 commentTapi tak mengapa (parap-parap), kira entri re-loaded lah~
Exotic 8 fruits nectar - apple juice 16%, pineapple 10%, orange 9%, kiwi 0.5%, made from concentrated juices and peach 6%, banana 6%, mango 1.5%, guava 1%, pulp, water, sugar, malic and citric acid, flavouring and vitamins A, C, E.
Mula-mula membuka penutupnya, aku terhidu bau yang agak meloyakan, seakan-akan bau Fontana mixed vegetables juice yang pernah aku beli dulu. But smells can be deceiving... Bila dah meneguknya, rasanya teramat-amat kimochi~ hahaha! Lihat saja isi kandungannya, campuran lapan jenis jus buah-buahan eksotik yang pasti akan membuatkan reseptor rasa pada lidah anda tertanya-tanya rasa buah apakah ini?_____
Ada apa: Selamat berbulan Ogos.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 8)
oleh Ijau D. Koceng 25 January 2016 pada 8:00 AM 4 komen:Entri ni sebenarnya pun dah hampir setahun dalam bentuk draft. Akupun dah lupa macam mana rasanya Fontana delima ni, hahaha... Tapi kalau tak silap lebih kurang rasa macam beri (berries), tapi entah beri apa, beri duit kot?
_____
Ada apa: Fontana nanas tetap menjadi pujaan hatiku.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 26 August 2012 pada 10:00 PM 2 komen:Fontana lagi, kali ni jus epal...

Rasa jus epal tipikal yang agak manis. Amat sesuai dinikmati bersama-sama ais ataupun dicairkan mengikut citarasa sendiri - contoh dua bahagian jus ditambah satu bahagian air.
Seperti biasa, minuman berjenama Fontana ni diperolehi di pasaraya NWM dengan harga promosi RM2.99 per kotak 1 liter.
_____
Ada apa: Jus nanas masih menjadi kegemaran.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 09 July 2012 pada 10:00 PM 2 komen:Fontana mango nectar...

Kenapa ia dipanggil "mango nectar" dan bukan "mango juice"?
Rasanya berbeza daripada jus-jus mangga yang pernah aku minum, agak masam dan kelat tapi kurang manis, lebih kurang macam rasa jus mangga jenama Cyprina (juga buatan Cyprus).
Kalau jus mangga, setakat ni aku suka jenama Peel Fresh dan Joy.
_____
Ada apa: Nanti nak cari Fontana perisa jus dabai, hahaha...
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 5)
oleh Ijau D. Koceng 30 June 2012 pada 10:00 PM 0 commentsFontana grape juice...

Rasanya lebih kurang macam rasa blackcurrant, seolah-olah macam minum Sunquick blackcurrant atau Ribena (bancuh)... Dengan kata lain, tak best, tapi taklah sampai tahap memualkan macam mixed vegetables juice.
Setakat ni, Fontana nanas masih lagi perisa kegemaranku.
_____
Ada apa: Ribena Mobile?
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 4)
oleh Ijau D. Koceng 03 April 2012 pada 1:00 AM 0 commentsEntri pasal minuman berjenama Fontana lagi, kali ni dengan perisa ice tea with lemon (iste citron). Dengan harga promosi yang sama seperti perisa exotic 8 fruits nectar dalam entri lepas iaitu RM2.99 per kotak 1 liter didapati di pasaraya NWM.

Ingredient - water sugar tea extract, lemon juice, citric acid, sodium citrate, ascorbic acid and flavour. Seperti biasa ia merupakan produk negara Cyprus (Προϊον Κυπρου).
Rasanya? Lebih kurang macam rasa teh ais limau Yeo's cuma lebih pahit. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka jus buah-buahan Fontana (terutamanya nanas) berbanding perisa iced tea with lemon ni.
_____
Ada apa: Perisa mixed vegetables juice antara rasa yang sukar dilupakan.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 28 March 2012 pada 1:00 AM 0 commentsMinggu lepas terjumpa dengan beberapa perisa baru minuman berjenama Fontana (Προϊον Κυπρου) di pasaraya NWM dengan harga promosi RM2.99 per kotak 1 liter. Antara perisa yang membuatkan aku teringin untuk mencubanya ialah perisa "exotic 8 fruits nectar".

Exotic 8 fruits nectar - apple juice 16%, pineapple 10%, orange 9%, kiwi 0.5%, made from concentrated juices and peach 6%, banana 6%, mango 1.5%, guava 1%, pulp, water, sugar, malic and citric acid, flavouring and vitamins A, C, E.
Mula-mula membuka penutupnya, aku terhidu bau yang agak meloyakan, seakan-akan bau Fontana mixed vegetables juice yang pernah aku beli dulu. But smells can be deceiving... Bila dah meneguknya, rasanya teramat-amat kimochi~ hahaha! Lihat saja isi kandungannya, campuran lapan jenis jus buah-buahan eksotik yang pasti akan membuatkan reseptor rasa pada lidah anda tertanya-tanya rasa buah apakah ini?
_____
Ada apa: Next, Fontana ice tea lemon.
Ada Apa Dengan Fontana? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 09 December 2010 pada 1:00 AM 0 comments[Nanasmania] Fontana lagi sekali, tapi kali ni jus nanas dengan harga RM3.99 per kotak 1 liter dibeli di pasaraya New World Mart.

"Pineapple juice made from concentrated pineapple juice..."
- Info dari kotak
Tidak seperti jus sayur campuran dulu, jus nanas ni memang kick! Manis dan masam yang memang ideal dan pekat, lebih kurang macam rasa jus nanas F&N Fruit Tree. Disarankan menikmatinya bersama ketulan ais untuk mencairkan sedikit jus nanas yang pekat.
Jus piseng...
[Entri Mini] Salam Maal Hijrah
Terlambat sikit, Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 kepada pembaca blog Ada Apa Dengan Ijau? tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader. Apa azam baru anda?
_____
Ada apa: Kebelakangan ni aku suka minum jus buah-buahan...
Ada Apa Dengan Fontana?
oleh Ijau D. Koceng 17 November 2010 pada 1:00 AM 2 komen:Entri pasal minuman, tapi kali ni pelik sikit. Petang tadi lepas balik kerja pi shopping groceries di New World Mart, aku terjumpa minuman jus buah-buahan jenama Fontana. Ada banyak perisa seperti anggur, oren, lemon, dll, tapi yang menarik perhatianku ialah mixed vegetables juice. Dengan harga RM2.99 per kotak 1 liter, in true spirit of trying any exotic juices and non alcoholic beverages, so I'll give it a shot...

"Vegetable juice made from concentrated tomato, carrots, celery, beetroot, parsley, onion, paprika, lettuce and spinach juice salt and spices..."
- Info dari kotak
Pergh!~ Aku yang tak suka makan sayur bila baca ramuannya pun dah rasa mual. Προϊον Κυπρου, err I mean it's product of Cyprus by New Sevegep Ltd. Kat kotak hampir 50% tulisan Greek, dan jangan tanya pasal logo halal mana-mana negara, memang tadak langsung hahaha!
Rasanya? Uweeek!~ Sekali teguk, macam meneguk sos tiram + Bovril + Maggi seasoning sauce! Yuck! Tak sanggup aku nak meneguk untuk kali kedua, tapi nak buang sayang pula. Mungkin nanti aku jadikan ia sebagai penambah perisa bila masak Maggi, hahaha...
[Entri Mini] Salam Aidiladha (Part 3)
Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog Ada Apa Dengan Ijau? tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader. Esok kita bermandi darah! (darah lembu)...

_____
Ada apa: Teringat entri Aidiladha tahun lepas...
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






