Showing posts with label pandora mini. Show all posts
Showing posts with label pandora mini. Show all posts

Let-Go: Korg Pandora Mini


Satu lagi gajet kegitaran yang sudah lama tidak digunakan berjaya dilepaskan. Kali ini Korg Pandora Mini (PX-Mini). *Antara gajet kegitaran yang bertahan lama dalam axology aku, dimiliki sejak 2011 lagi.


Selepas berjaya melepaskan MS-60B dua hari lepas, ada pula user mencari Pandora Mini ini di Jamtank. Selaras dengan azam untuk melepaskan gajet yang tidak digunakan, maka aku tawarkan unit ini. Urusan berjalan lancar dan ia berjaya dilepaskan dengan nilai susut 25% daripada harga asal. Kira oklah untuk unit yang berusia lapan tahun.

Ok, bertambah modal GLTL.

_____
AADI: *Gajet paling lama bertahan setakat ini ialah Korg GA-1.

Vox amPlug 2 Metal


Satu daripada harta rampasan perang jualan akhir tahun daripada Pusat Muzik Reco semasa "Black Friday" minggu lepas. Walaupun dipesan oleh seorang rakan seMUUV, tapi setelah mendapat kebenaran untuk "memandu-uji"nya sebelum ia dituntut malam nanti, dapatlah juga modal buat entri untuk kali ni.

RM150 tu harga runcit.
Akupun sebenarnya pernah terGAS untuk mendapatkan amPlug 2 Metal (seperti dalam entri ni). Tapi kebetulan rakan ni juga berminat dengan amPlug yang sama, dapat jugalah dijadikan mangsa bahan ujikaji percubaan (trial) - kalau best, aku akan membelinya semasa "pusingan kedua" nanti. Kalau tak, faham-faham sajalah, hehehe... (Pok, if you're reading this, sorry~)


Input jack yang boleh dilaras pada empat darjah kedudukan (45°, 90°, 135° dan 180°) merupakan perbezaan utama antara amPlug 2 ni dengan amPlug generasi pertama yang memiliki input jack statik. Memiliki tiga tombol untuk melaras GAIN, TONE, VOLUME, juga memiliki tiga jenis preset modulation; CHORUS, DELAY, REVERB.


Dari segi bunyi, ia tak jauh beza daripada bunyi modelling US METAL (Rectifier) yang ada pada Vox StompLab, Valvetronix+ dan Korg Pandora Mini, mungkin disebabkan ia berkongsi teknologi yang sama kot? (Korg adik-beradik Vox). Walaupun tidak setanding dengan bunyi Rectifier yang ada pada Line 6 Pod HD-series, tapi untuk kegunaan santai atau warm-up sebelum gig, ia sudah mencukupi.

Yes, made in Japan.
Pendapat peribadi - Beli jika anda (1) suka gajet kecil-kecilan, (2) suka setup ringkas terus ke headphone tanpa sebarang pedal (3) seorang pengumpul (collector) barangan Vox. Jangan beli jika anda (1) mengharapkan kualiti bunyi berdefinasi tinggi seperti Line 6 Pod HD-series (2) dah ada efek mobile lain yang boleh digunakan bersama-sama headphone - seperti Pandora Mini, Pocket Pod atau amPhone.


Disebabkan aku sudahpun memiliki Pandora Mini yang memiliki modelling Rectifier yang lebih kurang sama kualiti bunyinya, jadi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya pada "pusingan kedua" nanti.

_____
Ada apa: Ulasan temberang je ni...

Cheap Gigrig


Menyusun pedal-pedal "murahan" yang aku ada untuk dijadikan gigrig #2 (aka cheap gigrig)...


Signal chain (from right to left): Guitar -> JF-01 -> JF-03 -> FX600 -> MO-BA -> amp (or PA/mixer via DI).

Disusun pada Pedaltrain-Nano untuk sementara waktu, esok aku akan mulakan projek membuat pedalboard sendiri (DIY) untuk gigrig #2 ni.

_____
Ada apa: Pedaltrain-Nano lepas ni akan digunakan untuk gigrig #1.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2013?


Tidak seperti tahun-tahun lepas (semenjak 2009), mungkin ini kali pertama aku tidak menyambut Earth Hour. Bila dah ada anak kecil ni memang tak dapat nak bergelap, lebih-lebih lagi pada waktu perdana.

Kitar semula imej tahun lepas.
Masa ni lah Pandora Mini berguna...

_____
Ada apa: Nanti tengah malam aku ganti Earth Hour, hehehe...

Sessi Jamming Z Studio (Part 4)


Sabtu (11/8/2012) - Sessi jamming kelolaan Korawk kali ni bukanlah sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) disebabkan tak cukup korum (tidak disertai oleh Adi Herman) jadi ia hanyalah sessi jamming biasa di Z Studio.

Ternyata sessi kali ni juga bukanlah sessi yang serius (mungkin disebabkan puasa), tapi lebih kepada platform untuk "memandu-uji" beberapa alatan muzik yang baru diperolehi. Jamming tanpa bassline dan mencuba lagu raya Sepasang Gitar Kurung Biru (haha!~).

Korawk dengan gitar barunya - Ibanez Gio GRG270 BMB (beam blue). Ya, dialah tuan punya gitar yang aku order dari Crinson Music beberapa minggu lepas (codename: Projek Engkol). Selamat datang ke kem Ibanez, dan selamat datang ke dunia jambatan terapung (floating bridge).

Aku pula ingin mencuba Tanglewood TSB-6 strat-copy (aka Tobi) sebelum dibawa balik ke Membakut minggu depan. Pikap-pikap Entwistle X1 yang ada pada gitar ni memang tidak menghampakan.

Dan disebabkan tahap ketidak-seriusan sessi kali ni, aku hanya menggunakan jamming rig yang paling ringkas iaitu Korg Pandora Mini, paling menang dari segi logistik. Sessi kali ni jugak tidak mempunyai setlist seperti sessi-sessi sebelumnya, semua lagu yang dimainkan ikut suka hati sajalah.

Bob Kandar menggayakan t-shirt Iron Maiden (bootleg) barunya. Menurut Bob Kandar memang susah nak cari saiz yang sesuai. Diskriminasi saiz, hahaha...

Azrol yang masih setia dengan GRX40, pernah suatu ketika beberapa bulan lepas ingin menaik-taraf kepada Schecter 7-stringer, tapi malangnya dana-dana yang ada terpaksa disalurkan kepada benda lain...

Korawk juga menggayakan strap Planet Lock Joe Satriani "Up In Flames" yang baru diperolehi beberapa hari lepas dari Pusak Muzik Reco (via yours truly, of course). Bila lagi nak buat ulasan bro? Blog GKS dah beberapa bulan terbengkalai...

Seperti sessi MUP yang lepas, sessi kali ni juga disertai oleh drummer Curse Of God, Rashid Malim yang juga merupakan drummer asal MUP. Bergilir-gilir dengan Bob Kandar main drum tatkala seorang kepenatan.

Yang pasti, jamming ketika puasa taklah seteruk yang disangkakan, tapi mungkin disebabkan sessi ni agak santai (tanpa bassline) ia lebih kepada sessi bersosial bersama rakan-rakan di hujung minggu.

_____
Ada apa: Balik jamming singgah bazaar Ramadhan, tapi terkejut sebab bazaar tutup!

Roto Mirage


Baru berkesempatan untuk memasang tali Rotosound R9 (pink 9-42) pada Mirage menggantikan tali SIT (stock LTD strings), setelah berada dalam simpanan hampir dua tahun. Terdapat beberapa tompok karat pada tali high-E dan B disebabkan bungkusan Rotosound ni yang tak berapa kedap udara.

Mengikut pendapat peribadi, tali Rotosound ni terasa lebih kurang macam tali D'Addario. Masih ada beberapa jenama tali gitar bersaiz 9-42 dalam simpanan aku yang masih belum dicuba, dalam usaha aku untuk mencari jenama/siri tali gitar kegemaran (aka personal favourite).

_____
Ada apa: Setakat ni personal favourite aku ialah GHS Boomers.

Guitar Talk: Korg Pandora Mini


Sabtu yang "Bersih" (9/7/2011) - Berkesempatan meluangkan masa untuk sessi jamming bersama geng Hepi ;), sessi jamming pertama selepas berubah status. Lepas ni kena jamming belah petang saja, dah tak dapat nak jamming sampai larut malam macam dulu.

Disebabkan bass Black Ice aku dah let-go, sessi jamming three-piece (bersama Bob Kandar dan Azrol) kali ni aku main gitar (Goldie) dengan setup yang paling ringkas:

Goldie -> Pandora Mini -> Oren (bass amp)

Sangkutkan pada mic-stand, senang nak monitor.

Entri kali ni bukan nak cerita pasal sessi jamming, tapi lebih kepada ulasan mengenai Pandora Mini aku ni. Dah beberapa bulan sejak ia dibeli dari CK Music penghujung April lepas, baru sekarang aku berpeluang nak buat ulasan (review) kecil-kecilan.

Secara amnya, efek yang ada dalam Pandora Mini ni (amp, cab, mod, pedal, reverb, delay, etc) hampir sama dengan efek yang ada pada AX3000G (Behemoth) aku dulu, Korg tetap Korg!

Aku jenis malas nak edit sound, jadi aku lebih suka guna presets yang ada tersedia dalam Pandora Mini ni. Lagipun nak edit sound sendiri agak susah dan leceh sebab butang dan tombol yang ada semuanya kecil-kecil belaka.

Antara presets yang aku suka setakat ni (mostly song presets):

  1. #002 WONDERWALL - nice clean
  2. #010 TROOPER - British hi-gain Metal sound, need to explain more?
  3. #013 7NATION - lower octave sound
  4. #014 AENIMA - heavy distortion
  5. #029 WHERE I - spooky sound
  6. #031 NTHEBOX - macam intro lagu Generator Foo Fighters
  7. #058 EVERLONG - Foo Fighters lagi?
  8. #063 STAIRWAY - (to heaven?) great acoustic clean
  9. #064 SYMPHONY - (of destruction?)
  10. #073 AS YOU ARE - intro from Nirvana's famous song
  11. #077 UPRISING - cool synth
  12. #087 CRAZYTRAIN - I'm going off the rail on this
  13. #092 SANDMAN - bunyi distortion berpasir
  14. Coming soon...

Info-info bab teknikal tu boleh layari website rasmi Korg, tak reti aku nak cerita. Aku cuma buat ulasan mengenai kelebihan dan kelemahan Pandora Mini dari pendapat peribadi aku.

Kelebihan

  1. Kecil, saiznya lebih kurang sebesar saiz MyKad. Macam tak percaya pula semua efek seperti dalam AX3000G boleh dimuatkan dalam Pandora Mini ni.
  2. Disebabkan ia kecil, jadi ia amat mudah alih (mobile) dan sesuai untuk travelling musician.
  3. Lebih murah daripada Pandora PX5D (discontinued) yang terdahulu.
  4. Skrin LCD yang berlampu (backlit) dan jelas walaupun kecil. Boleh dipadamkan (disabled) untuk menjimatkan bateri.
  5. Boleh disambung terus pada PC menggunakan USB dan edit sound guna perisian Pandora Mini Sound Editor.
  6. Cuma menggunakan sebiji bateri AA sahaja yang boleh bertahan agak lama (dengan syarat, keluarkan bateri sekiranya tidak digunakan dalam masa yang lama). Atau guna power dari USB bus.
  7. Dua jenis output - normal 1/4" mono phone jack untuk disambung pada amp, dan mini 1/8" stereo phone jack untuk headphone. Bila dah sambung dengan headphone, anggap saja ia seperti Walkman atau iPod untuk gitar.
  8. Pitch pada AUX input yang boleh diubah kepada up/down one octave.
  9. Boleh digunakan untuk gitar dan juga bass!
  10. Oh ya, comes with built-in rhythm patterns, metronome and tuner too...

Perbandingan saiz dengan GA-1 tuner, K618i klasik dan Master Yoda.

Kelemahan

  1. Kecil, mudah hilang, kebarangkalian salah letak (misplaced) adalah tinggi.
  2. Tidak berapa sesuai digunakan untuk live performance atau jamming sebab ambil masa untuk memulas tombol bila menukar presets/patches yang lain (kecuali empat favourite patches yang boleh diset pada empat butang one-touch recall ABCD).
  3. Tidak mempunyai penyangkut tali pinggang (macam pager), yang ada cuma lubang kecil untuk diikat pada landyard. Penyelesaian, belikan pouch handphone :)
  4. Butang dan tombol yang kecil, agak susah untuk pengguna bertangan besar untuk edit sound. Penyelesaian? Edit guna perisian Pandora Mini Sound Editor.
  5. It's Plastic!

Did you know? Pandora Mini juga boleh digunakan untuk bass, terdapat banyak presets yang tersedia untuk bass (macam AX3000B?). Nanti kalau dah ada bass (baru), aku buat ulasan (mini) tambahan khas untuk bass.

Di rumah aku selalu guna Pandora Mini ni bersama-sama headphone Sony MDR-XD100 ataupun sambung dengan Oren Kecik pada clean channel untuk setup yang mini.

_____
Ada apa: Aku baru perasan AADI Odometer hampir mencecah 25k hits!

Darco Replacement


Sebelum ni aku guna string Stagg bersaiz 10-46 pada Replacement aku (RG350M), malam tadi sambil menonton filem *Small Soldier di TV3, aku cuba menggantikannya dengan string bersaiz 9-42 Martin & Co. Darco (or just Darco).

Dah lama aku beli string Darco ni dari Pusat Muzik Reco hampir setahun yang lalu, baru sekarang aku ada peluang untuk memasangnya. Dan selepas ni aku bercadang hanya akan menggunakan saiz 9-42 pada Replacement aku.

Cameo appearance by Pandora Mini.

Ternyata string Darco ni amat lembut dan selesa pada jari-jari aku. Atau adakah jari-jari aku dah biasa dengan saiz 10-46 (Goldie aku pun guna 10-46) membuatkan string bersaiz 9-42 terasa lembut? Aku juga nak tengok berapa lama string Darco ni boleh bertahan, jika bertahan lama, maka ia amat berbaloi dengan harganya (harga runcit RM12-18).

Pertukaran string dari saiz 10-46 kepada 9-42 (or vice-versa) pada gitar yang memiliki double-locking bridge (Edge III) sememangnya leceh kalau tak kena teknik. Nasib baik sebelum ni aku dah dokumenkan perbezaan ketegangan spring iaitu 4-5 kali putar pada setiap skru spring, jadi tak berapa terkial-kial.

Dan berpandukan info dari Bro Sub dalam entri ni, menukar string pada gitar yang memiliki Edge III bridge menjadi lebih senang (teknik meletak besi di belakang bridge).

_____
Ada apa: *Kirsten Dunst baru berusia 15-16 tahun dalam filem ni.

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 5)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan balik ke Membakut, seperti biasa pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) seorang diri. Mungkin ini kali terakhir aku memandu trans-Borneo seorang diri, lepas ni akan ada co-pilot.

Korg Pandora Mini, sesuai untuk travelling guitarist/bassist.

Seperti biasa aku sediakan 10 CD Metal sebagai bekalan pemanduan, anti-stress dan anti-mengantuk. Senarai untuk pemanduan kali ni - Silicon Messiah, Blood & Believe, The Man Who Would Not Die, Promise And Terror, Aeronautics, Time To Be King, Death On The Road, Flight 666, The Final Frontier dan Scream.

Gambar hiasan - McDonald's drive-thru Permyjaya, Miri.

Balik bercuti rehat di kampung dalam 4-5 hari, akan kembali semula ke Bintulu dan seterusnya ke Mukah/Dalat pada hari Sabtu nanti (bersama rombongan) untuk pelaksanaan Projek Mega 2011 minggu depan.

[Entri Mini] Tadau Kaamatan

Selamat menyambut Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan kepada rakan-rakan Dusun, Kadazan, Murut, Rungus Sabahan dan pembaca/pengikut blog AADI yang menyambutnya hari ini dan esok, dengan ucapan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni...

_____
Ada apa: Oriaj, nanti belanja aku burger mega.

Sepetang Di CK Music


Rabu (27/4/2011) - Lepas check-in di Hotel Shah's Village (PJ) dalam pukul 1.30 petang, kemudian bersiap-siap nak pi KL, memang dah plan nak pi ronda-ronda Jalan Imbi untuk sessi lawatan sambil "cuci mata" di CK Music.

Kalau bukan disebabkan nak pi CK Music (ye, sebab nak beli Pandora Mini), memang aku malas nak pi area Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi ni. Bukan pasal apa, kes malas nak bertukar-tukar LRT/Monorail dan malas berjalan jauh hehehe.

Dalam perjalanan aku awal-awal lagi dah SMS Bro Amizan pasal stok Korg Pandora Mini. Katanya stok ada cuma dia saja yang tiada di premis, aiseh...

Aaa~ Itu dia Pandora Mini, tapi aku tak suka yang warna putih sebab putihnya cuma di atas sahaja bahagian bawah masih hitam. Korg Pitchblack, walaupun ia hanyalah sebuah tuner, tapi entah mengapa ramai yang terGAS untuk memilikinya (termasuk aku).

Bila dah selesai berurusan (dengan Vincent I guess), maka bermulalah sessi "cuci mata" sambil snap gambar - dari produk-produk Line 6, Vox, Zoom, Korg di tingkat bawah sehingga produk Hamer, Craftsman, Ovation, Custom dan Hartke di tingkat atas. More info about the products please visit CK Music website.

Hartke VXL Bass Attack, dah dua tahun Year End Sale (YES) aku nak beli tapi dana-dananya selalu dibelot pada saat-saat akhir oleh benda lain. Harap-harap YES tahun ni tidak lagi dihampakan.

Bilalah agaknya aku dapat main bass guna Hartke HyDrive series ni.

Hamer Standard (and Vector), alternatif lain untuk mereka yang mencari Gibson Explorer/Flying-V look-a-like copy (selain Epiphone)... Selain Hamer, aku sempat juga meneliti craftsmanship gitar jenama Craftsman (Craftsman's craftsmanship, got it?). Not bad too... GS100/GS200 atau ST30/ST120 dan FP10 antara model-model yang berkemungkinan suatu hari nanti masuk dalam senarai axology aku.

Vox Tonelab ST (atas) dan EX (bawah) yang pernah masuk dalam senarai GAS aku suatu ketika dahulu (sebelum aku beli VT40+), cameo appearance by Satch's pedals - Time Machine (green), Ice 9 (white) and Satchurator (red).

Line 6 Pod HD400 dan HD500, mana HD300?

Line 6 Pod X3 Pro, Pod XT Pro Guitar, Pod XT Pro Bass.
Model-model yang dah discontinued.

Eh? Ada pula Line Pod X3 "Red Bean" ni? Haritu Bro Amizan kata dah habis stok, adakah showroom unit ni tidak dikira sebagai stok?

Ya, tidak syak lagi di dalam plastik ni berisi Korg Pandora Mini.

Lepas keluar dari CK Music aku cuma masuk dalam Ultimate Music just a few doors away, dulu tak sempat nak masuk... Nothing special, just some Stagg, Behringer, BC Rich, Schecter stuff. Untuk mengelakkan tergoda lagi, aku tak naik pi JS Music mahupun Bentley kat seberang Jalan Bukit Bintang nun.

Ronda-ronda kejap di Berjaya Times Square (lama aku tak pi tempat ni), kemudian aku bergegas balik PJ sebelum pukul 5.00 petang, kalau boleh aku nak elakkan daripada bersesak-sesak dalam LRT waktu warga kota sibuk balik dari kerja. Lagipun awan gelap dah berarak di ufuk timur, pastinya hujan lebat bakal melanda... And Klang Valley's evening downpour was epic!

_____
Ada apa: Tapi aku lagi suka beli barangan dari CK Music ni secara online.

Ada Apa Dengan Korg Pandora Mini? (Part 2)


Setelah teracun dengan entri Bro Sub (part 1, part 2) ini dia "harta rampasan perang" terbaru yang diperolehi selepas sessi lawatan (sambil cuci mata) ke CK Music petang semalam.

Kalau bukan pasal benda ni, memang aku malas nak pi KL (dari PJ) terutamanya Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang, kena banyak menapak. Too bad Bro Amizan was not around...

_____
Ada apa: Hampir-hampir terbeli Perri's boobies strap.

Ada Apa Dengan Korg Pandora Mini?


Aha~ Freshly new from NAMM 2011 - Korg Pandora Mini personal multi-effects processor for guitar and bass, the reincarnation of Korg's famous (discontinued?) Pandora PX5D, now in miniature scale. Bayangkan sebuah Korg AX3000G sebesar telefon bimbit...

More info please checkout Korg's website.

Shipment pertama Pandora Mini ni akan (dah?) masuk pasaran Malaysia hujung bulan ni. Minggu lepas, Bro Amizan (of CK Music) ada tanya aku kalau-kalau aku teringin menjadi antara pemilik terawal Pandora ni di Malaysia, pada promosi harga pengenalan yang memang sukar untuk ditolak @ RM3xx!

Tapi disebabkan aku ada komitmen lain, aku terpaksa tolak tawaran tersebut. Sabar-sabarlah dulu, KIV untuk CK Music's 2011 Year End Sale nanti, hah!

_____
Ada apa: Rasa-rasanya lebih berbaloi daripada Vox Amplug kan?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger